Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mengapa Ramai GAGAL Buat Duit Di Internet?

Saya banyak juga menerima emel daripada mereka yang telah banyak mencuba buat duit di internet. Malah ada yang mengatakan mereka banyak juga tertipu dengan program SCAM.

Malah yang agak mengecewakan adalah, setiap kali saya bercakap mengenai perniagaan internet, ada yang mencelah, “eh, ni program apa ni?”. Oh, mereka hanya tahu program sahaja.

Di luar sana, banyak program skim cepat kaya. Saya tak nak komen hal ini. Bagi saya, sendiri buat, sendirilah tanggung. Pihak kerajaan, media, pendakwah, bloggers, semua dah pesan agar jauhi program sebegini. Jadi, menjadi tanggungjawab kita lah untuk peka dan serius dengan hal-hal sebegini.

Rahsia Perniagaan Internet?

Sebenarnya, tiada rahsia di dalam perniagaan internet atau buat duit di internet. Hakikatnya apa yang perlu adalah:

1. Cara yang BETUL

2. Fokus dan terancang

3. Konsisten

4. Usaha yang RAJIN

5. Tak mudah putus asa

Rata-rata yang gagal buat duit di internet adalah bermindakan mahu wang semata-mata. Sebab itu mereka gagal. Matlamat awal dan akhir mereka, tujuan utama mereka, fikiran mereka, HANYA DUIT SEMATA-MATA.

Jadi, disebabkan mereka telah berusaha kuat dan tidak mendapat hasil, akhirnya mereka berputus-asa dan paling teruk akan menyalahkan orang lain.

Sepatutnya, mereka perlu terus belajar dan belajar, mencuba dan mencari apakah yang berkesan untuk mereka. Namun hakikatnya kebanyakan orang tidak rela melakukan semua ini. Mereka hanya mahu duit cepat. Mereka tidak mahu bersusah-susah dahulu.

Terkadang saya terfikir seketika, adakah orang zaman sekarang sudah tidak mahu berpijak di bumi nyata? Jiwa mereka yang suci telah dicemari dengan kehendak-kehendak yang merendahkan martabat dirinya sendiri yang mana Allah jadikan mereka dengan begitu sempurna.

Kalau inilah mentaliti orang-orang kita, amat susah kita mahu berganjak daripada keadaan kemunduran yang dihadapi sekarang kepada satu tahap yang lebih baik. Amat sukar..

Memanglah kita mahukan duit. Siapa yang tak mahu duit yang banyak. Saya pun nak juga. Semua orang nak. TAPI, kita jangan utamakan fokus pada hasilnya, tapi fokuslah pada usaha yang dilakukan. Kalau kena usahanya, hasilnya pasti ada.

Usaha itu perlulah BETUL dan TERANCANG dengan baik. Saya katakan usaha yang betul kerana ramai yang buat sesuatu dengan cara yang kurang betul. Jadi bagaimana nak dapat hasilnya kan? Nak tahu cara yang tepat dan menjadi, perlulah BELAJAR.

Bila sebut belajar, hmm, tak semua orang sudi, rela dan mahu ambil masa untuk belajar. Mereka hanya tahu cepat, cepat dan cepat. Kalau boleh tak nak lah susah-susah ni.

Realiti yang mengejutkan!

90% mereka yang mahu berniaga di internet adalah kerana fikiran mereka yang kusut memikirkan masalah wang! Mereka juga ingin lari jauh daripada pekerjaan makan gaji sebab bosan dengan karenah bos dan politik pejabat!

Ya, ramai yang menghubungi saya menyatakan mereka ingin lari daripada masalah wang dan kekusutan hidup. Memang tidak salah niat tersebut. NAMUN, jika ia dijadikan sebab utama untuk berniaga, amat sukar untuk perniagaan bertahan lama.

Kalau setakat berniaga untuk cari duit TAPI anda tidak minat berniaga, tidak mahu belajar, tidak mahu usaha kuat, kekusutan hidup akan semakin bertambah.

Apa yang betulnya adalah, perlu niat di hati melakukan perniagaan adalah kerana mahu membina sebuah perniagaan yang maju dan berjaya. Kekusutan semua itu hanyalah masalah yang akan selesai jua kelak. Jangan jadikan ia sebab utama melakukan perniagaan.

Kesimpulan

Berjaya atau gagal usaha yang dilakukan adalah bergantung kepada mentaliti kita dan gaya kita berfikir. Jika arah pemikiran kita adalah POSITIF, insyaAllah hasilnya juga positif. Jika cara kita berfikir adalah negatif, sudah tentu susah untuk dapat hasil.

Berusahalah dengan rajin, sentiasa belajar sedikit demi sedikit dan bina empayar perniagaan atau kekayaan yang anda mahukan dengan cara FOKUS kepada usaha. Bukan fokus kepada DUIT semata-mata.

Akhir kata, tukarlah cara kita berfikir kepada pemikiran yang lebih POSITIF, tenang, tidak kalut dan sentiasa berdoa dan tawakal kepada ALLAH SWT.

Incoming search terms:

  • mengapa usaha gagal
  • tukarlah cara kita berfikir

Menerima Kritikan Dengan Terbuka

Hidup di dunia tidak dapat lari daripada kritikan dan kata-kata manusia. Walaupun kita buat perkara baik, kita tetap dikritik.

Manusia yang teruk adalah manusia yang suka cakap mengenai hal orang. Hatta rumahtangga orang pun tanpa segan silu diperkatakan. Mereka ingat mereka berkata baik agar masalah yang berlaku dapat selesai. Tapi mereka silap, mereka telah mengumpat dan menambah marak api yang belum terpadam.

Semoga kita tidak menjadi seperti manusia-manusia itu. Aib orang, kesalahan orang, ALLAH memerintahkan kita simpan baik-baik. BUKAN dedahkan.

Ok, saya bukan nak cerita pasal mengumpat hal orang, tapi saya mahu sentuh mengenai kritikan.

Usahawan Perlu Berani Terima Kritikan

Sebagai usahawan, kritikan daripada para pemerhati (baca: tukang kritik) atau pelanggan yang tidak berpuas-hati haruslah diterima dengan terbuka dan tanpa ada rasa ‘terseksa’.

Dengar atau fahami kritikan mereka dan jika ada yang baik untuk kita, terima ia dan jadikan sebagai satu pemangkin untuk kita terus berusaha.

Cuma, jangan terlalu habiskan banyak masa dengan kritikan-kritikan yang negatif. Jangan terlalu layan mereka.

Jenis-Jenis Kritikan

1. Kritikan Membina

Kritikan jenis ini amat membantu. Biasanya ia disampaikan dengan beradab dan berfakta.

2. Kritikan Negatif

Biasanya disampaikan dengan emosi yang negatif. Malah terkadang ia bersifat serangan peribadi dan yang lebih teruk, sebahagian kata-kata kritikan adalah tidak betul.

Jadi, jika kita ingin mengkritik orang, kritiklah dengan cara yang baik. Jika tidak puas hati, bawa berbincang dengan orang yang kita tidak puas hati tersebut. Sebaliknya, bukan dihebohkan di sana sini. Ia bukan jalan penyelesaian yang bijak.

Kembalikan Segalanya Kepada ALLAH

Sebagai seorang muslim, kita sebenarnya sudah mempunyai sumber kekuatan yang abadi iaitu ALLAH. Inilah sumber motivasi yang teragung.

Selagi mana kita ada perasaan takut terutama kepada manusia, ia mungkin boleh dimengertikan bahawa ALLAH belum betul-betul ada di dalam hati kita.

Dekatkanlah diri dengan ALLAH agar hati kita yakin padaNYA 100% dan insyaAllah, kita akan menjadi seorang yang berani berhadapan dengan makhlukNYA yang tiada apa-apa daya dan kuasa.

Firman Allah di dalam Al-Qur’an: “Mereka sekali-kali tidak dapat membahayakan kalian, selain hanya berupa gangguan saja“. (Ali ‘Imran: 111).

Nah, ALLAH sendiri menyatakan manusia tidak dapat berbuat apa-apa. Maka mengapa kita masih takut kepada mereka?

Tiada sebab untuk kita takut selagi mana kita melakukan benda yang betul. Teruskan usaha, fokus pada kerja. InsyaAllah, walhasilnya kita menjadi seorang hambaNYA yang tidak menyia-nyiakan hidup ini.

Tolak Kritikan atau Serangan Peribadi Secara Baik

Allah memberikan panduan bagaimana cara terbaik untuk menolak kejahatan manusia terhadap kita:

“Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara lebih baik, maka tiba-tiba orang yang ada permusuhan antaramu dan antara dia seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” (Fushshilat: 34-35)

“Maka bersabarlah kamu seperti Ulil ‘azmi (mereka yang mempunyai keteguhan hati) dari rasul-rasul telah bersabar.” (Al-Ahqaf: 35)

“Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) Rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka bersabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Kami kepada mereka.” (Al-An’am: 34)

Pelajaran:

1. Tolak kritikan dengan cara baik.

2. Bersabar

3. Orang yang baik ada sifat sabar

4. Yakin dengan pertolongan Allah (berdoa dan berharap)

Jangan Hilang Punca

Seorang muslim solat lima kali sehari (solat fardhu). Tetapi terkadang mereka hilang punca, risau, takut dan sebagainya. Maka boleh dikatakan solat itu belum terkesan sepenuhnya untuk diri mereka.

Seperti yang diperkatakan di atas, ALLAH adalah sumber dan punca kekuatan yang abadi. Segala apa yang berlaku, rezeki, kebaikan, keselamatan, semuanya datang daripada ALLAH.

Jadi mengapa perlu hilang punca padahal Allah itu sentiasa ada?

Sebagai seorang muslim, kita perlu usaha agar Allah sentiasa ada di dalam hati kerana perjalanan hidup yang sebenar pun adalah menuju kepada Allah jua..

Formula Kejayaan

Tak guna ada hati yang teguh dan tak guna mempunyai keyakinan kalau tidak melakukan tiga perkara berikut di dalam usaha perniagaan:

1. Perancangan yang BETUL

2. Usaha BERSUNGGUH-SUNGGUH

3. Fokus SEPENUHNYA

Lakukan sahaja apa yang perlu dilakukan. Jangan terlalu risau dan jangan meluangkan masa yang banyak melayan kritikan.

Lakukan Saja..

Jika anda melakukan perkara yang betul, maka anda ada hak untuk melakukannya.

“Lakukanlah sahaja apa yang kamu ingin lakukan. Kalau kamu lakukannya, kamu akan dikritik. Malah kamu juga tetap dikritik kerana tidak melakukannya.”

Semoga kita semua menjadi usahawan yang memiliki hati yang teguh.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • menerima kritikan
  • respon usahawan terhadap kritikan
  • respon terhadap kritikan dalam usahawan
  • usahawan menerima kritikan
  • menerima kritikan dalam perniagaan
  • usahawan menerima kritik
  • bagaimana kritikan menjadi motivasi
  • setiap usahawan perlu menerima kritikan
  • usa hawan yang menerima kritikan dalam perniagaab
  • perkara terbaik adalah menerima kritikan

Makluman Produk Resell Rights SmartUsaha.com

Makluman Ringkas:

Kepada para pembaca blog SmartUsaha,

Jika anda berminat untuk mengetahui atau mendapatkan produk-produk terbaru SmartUsaha.com, silakan mendaftar diri di LIST SmartUsaha.com:

http://smartusaha.com/vip

Hanya perlu daftar dan tunggu emel makluman daripada saya setiap kali ada produk terbaru.

Pastikan emel saya masuk ke Inbox. Jika masuk ke folder Spam/Bulk, sila unspamkan dengan remove ke Inbox agar sebarang emel mendatang daripada saya terus ke Inbox anda.

Sila daftar sekarang agar tidak terlepas sebarang makluman:

http://smartusaha.com/vip

Sekian, terima kasih.

Lapan Teknik Menulis Artikel Yang Hebat

Ramai yang mengatakan mereka tidak pandai menulis di blog. Sebenarnya itu hanya alasan semata-mata. Menulis di blog tidak memerlukan kita memiliki ijazah atau pun sijil penulisan.

Sebaliknya, kita perlu sedikit kreatif dan tahu mendapatkan idea untuk menulis. Itu sahaja. Kreatif di sini bermaksud bagaimana cara kita menulis untuk berinteraksi dengan pembaca. Artikel itu seboleh mungkin akan membuatkan pembaca merasakan kita bercakap dengan mereka (berinteraksi).

Penulisan di blog sebenarnya adalah satu perkara yang amat ‘kritikal’. Ia bukan sekadar tulisan, tetapi dibaca oleh ratusan sehingga mencecah ribuan orang. Salah satu unsur kritikal yang saya maksudkan adalah sejauh mana para pembaca dapat menerima tulisan kita.

Penulisan di blog adalah satu ‘seni’. Walaupun kita boleh menulis ‘ikut suka hati aku’, tapi kita perlu menerima bahawa para pembaca tidak akan selalu mengikut apa yang kita suka. Namun semuanya berbalik kepada apa tujuan kita berblog.

Tapi tidak di dalam blog untuk bisnes, penulisan artikel memerlukan kita kreatif di dalam penulisan agar pembaca seronok dan akan terus kembali membaca tulisan-tulisan kita yang akan datang.

Sebelum saya menyenaraikan lapan teknik mudah berikut, anda perlu mengikut satu syarat sebelum melaksanakan mana-mana teknik yang akan saya kongsikan ini.

Syaratnya adalah: Tulisan anda mesti original dan unik. NO COPY & PASTE.

Tidak kisahlah tulisan anda pendek, panjang atau sebagainya, yang penting 95% tulisan anda mestilah unik.

Baik, berikut adalah lapan teknik yang saya maksudkan:

1. Guna imej atau video yang berkaitan

Di dalam tulisan, jika sesuai untuk anda selitkan video, maka masukkanlah sekurang-kurangnya satu video. Kalau video yang dibuat sendiri lagi bagus.

Alasan memasukkan imej atau video ini salah satunya adalah menghilangkan bosan mata pembaca. Kalau setakat teks semata-mata, ‘keseronokan’ mereka kurang sedikit.

2. Jangan terlalu banyak smiley

Apa :) perasaan :D anda :) semasa :) membaca :D ayat :) ini?

Tidak begitu enak untuk dibaca bukan? Berpada-padalah di dalam penggunaan smiley.

3. Guna blockquote

Di dalam memetik kata-kata seseorang atau rujukan tertentu, sebaiknya gunakan blockquote.

Contoh:

Ini adalah contoh blockquote.

Gunakannya untuk menaip petikan ayat-ayat tertentu atau untuk menekan ayat yang penting.

Itu bentuk quote bagi blog ini. Setiap theme blog wordpress mempunyai bentuk style blockquote tersendiri.

4. Jangan panjang lebar

Saya pernah lawati satu blog. Katanya, “saya tulis panjang-panjang ni, suka hati andalah nak baca sampai habis atau tak. Saya tulis benda baik, jadi kalau nak yang baik, pandai-pandailah baca sampai habis”.

Saya walaupun kuat membaca orangnya, tapi membaca di komputer dan membaca buku adalah dua perkara yang berbeza. Bagi kes blog tadi, saya tak baca sampai habis artikelnya. Bukan sebab isinya, tapi sebab terlalu panjang. Sakit mata nak baca sampai habis. Lainlah ebook, kita boleh buka bila-bila masa tanpa perlu sambungan internet.

Artikel yang panjang boleh dibahagikan kepada beberapa siri. Malah ini akan mengembalikan semula pembaca blog setia pada setiap kali siri diterbitkan. Jangan sesekali membosankan para pembaca anda.

Atau, jika anda tidak mahu menulis secara bersiri, anda boleh tulis sedikit di blog dan jadikan semua keseluruhan artikel sebagai sebuah ebook. Contoh:

Ini hanyalah sebahagian. Untuk pembacaan yang lebih lanjut, sila download ebook berikut.

5. Berbentuk senarai

Bentuk senarai atau point adalah bentuk yang paling disukai oleh ramai orang. Bahkan artikel yang sedang anda baca sekarang ini pun adalah berbentuk senarai.

Contoh Senarai Numbering:

  1. Item 1
  2. Item 2
  3. Item 3

Contoh Dalam Bentuk Point:

  • Point 1
  • Point 2
  • Point 3

6. Hidupkan blog anda!

Para pembaca setia blog anda ingin tahu siapa anda. Jadi ceritakan serba sedikit apa yang anda telah, sedang atau akan buat.

Penulisan yang terlalu strict kepada topik utama semata-mata terkadang amat membosankan. Ceriakanlah pembaca anda dengan sesuatu seperti menceritakan hal-hal kehidupan atau di luar daripada topik utama.

7. Link!

Ramai yang ingat kalau letak link ke artikel orang lain pada artikel yang ditulis, maka itu amat merugikan. Ini adalah amat silap. Sebabnya mudah:

Jika anda berkongsikan sesuatu yang amat bermanfaat kepada pembaca anda, maka mereka semakin berterima kasih kepada anda dan semakin mahu membaca blog anda.

Blog adalah sumber ilmu dan informasi. Jadi salah satu cirinya ialah meletak link ke artikel blog atau laman web lain sama ada sebagai perkongsian atau sebagai bahan rujukan tambahan kepada tulisan anda.

Tapi jika blog anda khas untuk bisnes, cara ini adalah tidak wajib, lagi-lagi kepada pesaing anda sendiri. Jangan tikam diri anda sendiri. Bisnes tetap bisnes.

8. Selitkan dengan angka yang menarik!

Contohnya begini:

Jika saya ada dalam 500 orang di dalam autoresponder saya dan kemudian saya jual ebook berharga RM37.00, maka hasil yang saya akan perolehi jika 20 orang membeli adalah sebanyak RM740.00.

Penggunaan angka atau nombor sebenarnya akan membuatkan fikiran pembaca ‘berinteraksi’ dengan artikel yang ditulis. Maka di sini hasilnya adalah mereka tidak akan kebosanan.

Tapi, penggunaan angka tersebut janganlah terlalu kompleks. Mentang-mentanglah anda best student Matematik, habis semua formula dimasukkan dalam artikel. :p

Angka di sini juga boleh diertikan sebagai fakta. Manusia amat sukakan fakta sebab ia adalah satu perkara yang benar dan ada bukti (sandaran).

Kesimpulan

Di dalam penulisan, kita sebenarnya beriteraksi dengan psikologi manusia. Maka penulisan anda haruslah bervariasi yang mana dapat menawan minda dan hati mereka. Jadi, pelbagaikankan cara (style) penulisan artikel anda.

Sekian.

ps. Artikel lain mengenai blogging boleh baca di sini: Blog Panduan Blogging & WordPress

Incoming search terms:

  • teknik menulis artikel
  • idea
  • teknik penulisan artikel
  • panduan menulis ebook
  • panduan menulis artikel
  • teknik menulis blog
  • menulis
  • teknik menulis sebuah artikel
  • teknik penulisaan rencana
  • teknik menulis rencana

Panduan Asas Paypal

Sejak tahun 2006, Ebook Panduan Asas Paypal saya terus menerus dimuat-turun (download) sehingga mencecah ribuan orang. Ya, sudah dua tahun berlalu. Dengan harapan Ebook Percuma ini memberi manfaat kepada mereka.

Malah, ada yang menghubungi saya mengatakan bermula dengan Ebook ini lah mereka mengenali dunia keusahawanan internet dan juga mengenali laman web yang lain seperti WangCyber.com dan IM-IM Malaysia.

Namun, sebahagian besar kandungan di dalam Ebook ini perlu dikemaskini agar lebih terkini terutamanya mengenai proses pemindahan dana daripada paypal ke akaun bank.

Dahulu, tak boleh transfer terus ke Malaysia. Kena landing dulu di negara lain. Tapi sekarang sudah boleh melakukannya dengan transfer dana tersebut ke akaun kad debit/kredit Visa.

Selain itu, ada beberapa bahagian yang perlu diubah agar tidak jauh berbeza dengan perkembangan terkini yang berkaitan dengan paypal.

Apa pun, saya mempunyai perancangan tersendiri selepas ini. Kemungkinan besar saya akan wujudkan dua versi iaitu versi berbayar dan juga versi percuma. Jangan risau, versi percuma bukan sekadar ‘teori’, tapi ia tetap membantu seperti sekarang.

Tujuan ebook ini hanya satu iaitu menggalakkan rakyat Malaysia memiliki akaun paypal agar para usahawan internet Malaysia dapat menggunakan paypal semaksima yang mungkin bagi penerimaan bayaran selain menggunakan sistem manual (online banking).

InsyaAllah, Panduan Asas Paypal versi berbayar akan menemui anda selewat-lewatnya awal tahun hadapan. Saya telah pun merancang apa isi kandungannya.

Semoga bidang perniagaan internet dan pembelian secara Online di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hanya ini sumbangan yang mampu saya lakukan melalui SmartUsaha.com.

Harap maklum.

ps. Belum download ebook ini? Klik di sini.

pps. Sudi kiranya menjawab poll berikut:

Apakah bentuk bahan bacaan yang anda suka?

View Results

Loading ... Loading ...

Incoming search terms:

  • panduan asas paypal
  • panduan asas paypal downloads

Pakej Kit Blogger Versi 2.6

Sejak tahun 2006 lagi, Pakej Kit Blogger telah dikemaskini beberapa kali. Walaupun kerja pengemaskinian ebook adalah satu kerja yang membosankan, tapi saya gembira apabila para pelanggan bermanfaat dengan kemaskini tersebut.

Adalah menjadi satu polisi ketat dalam perniagaan saya, kemaskini adalah wajib. Saya tidak mahu produk-produk saya seperti yang lain, apabila dijual, satu emel kemaskini pun tak dapat.

Maka soal harga jangan sesekali dipertikaikan kerana para pembeli akan mendapat versi kemaskini secara percuma. Tiada caj dikenakan walaupun satu sen!

Tidak seperti buku yang anda beli di kedai, jika anda mahukan versi kemaskini, anda perlu beli dan beli lagi. Tapi tidak untuk ebook. Itu pun kalau penulis ebook tersebut melakukan sedemikian.

Proses Kemaskini

Setakat ini, saya masih sedang melakukan kerja-kerja editing Pakej Kit Blogger. Phew, sudah lebih daripada 150 imej screenshot dihasilkan untuk mengemaskini ebook ini! Tinggal separuh ebook lagi untuk dikemaskini kandungannya.

Itu baru ebook utama. Belum lagi dengan beberapa tambahan material yang lain. Saya perlu wujudkan bahan tambahan setelah mendapat beberapa respon pembaca. Kepada pembeli sebelum ini, jangan risau, anda akan dapat secara percuma sahaja bahan-bahan terbaru tersebut. Berbaloi bukan?

Antara kandungan ebook utama Kit Blogger

Evolusi Kulit Ebook Kit Blogger

Jom kita tengok perubahan demi perubahan Ecover Kit Blogger:

Ecover Pertama:

Ecover Kedua:

Ecover Ketiga:

Ecover Keempat (Terkini):

*Saya rasa ecover ke-4 adalah yang terakhir. Kalau buat yang ke-5 pun tak pasti bila.

Pakej Kit Blogger: Untuk Newbie?

Memang untuk newbie pun. Jadi mengapa perlu dibisingkan? Bagi sesetengah orang, mencari rujukan percuma adalah jalan terbaik. Tapi tidak semua orang mampu dan perlu melakukan hal sebegitu.

Jadi bagi mereka yang mahu gunakan cara berbayar, biarkanlah mereka. Jangan susahkan mereka dengan menyatakan “alah, cari je kat internet, berlambak”. Ini sebenarnya satu saranan yang betul. Tapi jika disarankan kepada orang yang tidak sepatutnya, mereka akan semakin keliru.

Janganlah susahkan orang lain dengan prinsip tegar kita dan jangan sampai orang kata kita seorang yang ego dengan prinsip sendiri. Biarkan orang lain memilih jalan yang mereka mahu selagi ia tidak haram di sisi Agama. Mudah bukan? Itu pun kalau kita ada sifat saling memahami dan menghormati.

Walaupun panduan ini adalah asas, tetapi saya telah banyak merubah konsep penyampaian agar pembaca mudah memahami. Yang asas pun kalau orang baru nak belajar, itu adalah perkara baru bagi mereka dan sudah pasti mereka anggap ia susah.

Jadi saya seboleh mungkin cuba ubah, edit dan tambah mana yang patut. InsyaAllah, versi 2.6.3 ini saya gunakan cara lain pula untuk memberi kefahaman dan penguasaan kepada pembaca.

Ada Yang Tak Suka?

Ada. Hidup di dunia ni kalau tak ada orang tak suka kita atau barang jualan kita, itu satu perkara yang amat luar biasa.

Daripada 10 orang, saya tak pasti mungkin satu orang atau tiada yang tak suka panduan ini. So far, 95% berpuas hati dan ada yang menyatakan mereka sebenarnya sanggup bayar lebih.

Jadi kepada usahawan, fokus kepada mereka yang berminat sahaja. Yang tak minat dan tak suka, kita biarkan sahaja. Jangan gundah gulana sangat. Ia adalah normal.

Cara saya adalah, tidak kisah yang negatif atau positif datang kepada saya, semuanya saya akan usahakan untuk menjadikannya sebagai satu ‘bahan bakar’ yang positif untuk menolak saya terus ke hadapan.

Mengapa Perlu Kit Blogger?

Selagi saya hidup, insyaAllah selagi itulah panduan ini akan dikemaskini dengan keperluan semasa.

Berbeza jika cari sendiri, anda perlu ke sana dan ke sini, dan perlukan masa untuk mengumpul bahan, mengkaji, belajar dan memahami.

Tetapi tidak dengan cara berbayar, anda akan dapat kemaskini atau info terus ke emel anda. Noktah.

Disebarkan secara haram?

Banyak kali terjadi juga ebook usahawan internet Malaysia disebarkan secara suka-suka tanpa rasa sedikit bersalah pun oleh mereka yang melakukannya. Lainlah ebook itu SCAM atau menipu, itu lain cerita. Tapi kalau ebook yang baik-baik, mengapa kita perlu buat jahat kepada saudara seAgama sendiri?

Anggaplah penulis ebook itu sebagai ahli keluarga kita sendiri. Apa perasaan kita kalau orang luar buat jahat kepada ahli keluarga kita sendiri? Sudah tentu kita marah bukan? Kalau boleh mahu cincang 14 kerat orang tu.

Tapi mengapa tidak mempunyai perasaan yang sama kepada orang lain? Ini berkaitan dengan persoalan hati dan kesedaran. Kesedaran dalam menghormati hak orang lain yang mana Allah menyuruh kita jangan langgar hak orang lain.

Prinsip saya amat mudah. Mengambil barang  orang tanpa hak adalah berdosa. Jadi, pandai-pandailah fikir sendiri baik buruk perbuatan tersebut. Saya tidak mahu sentuh perihal undang-undang, sebab semua orang sudah sedia maklum.

Hormatilah hasil kerja orang lain. Untuk siapkan Pakej Kit Blogger, saya terpaksa mengambil masa tidur saya. Saya hanya tidur beberapa jam sahaja. Saya meletakkan tanggungjawab yang serius terhadap sebarang pengemaskinian.

Untuk siapkan ebook bukan mudah. Banyak kerja perlu dilakukan. Jadi bagi mereka yang suka sebarkan hasil kerja orang lain, ingatlah dosa banyak-banyak. Kasihanilah saudara seIslam sendiri.

Itu pun jika  mereka mengaku mereka adalah penganut Islam yang patuh dan taat pada Allah.

Sekian.

ps. Saya guna perkataan mereka sebab saya yakin, anda (pembaca blog ini) bukan seperti mereka tersebut.

pps. Sebaik sahaja Pakej Kit Blogger versi 2.6 sudah siap sedia untuk dilancarkan, saya akan maklumkan.

So far, dah ramai yang buat tempahan berbayar untuk versi Resell Rights. Satu bukti Kit Blogger tetap menyengat. TQ! :inlove: :yes:

Tujuh Tip Mudah Bisnes Ebook Tapi Menguntungkan

Pada kali ini saya ingin kongsikan tujuh tip mudah tapi menguntungkan di dalam menjual ebook di internet.

Tip 1. Design

Kebanyakan projek saya, saya akan tempah awal-awal design ebook cover, minisite dan juga grafik yang berkaitan.

Bagi anda yang ingin memulakan bisnes ebook, fikirkan topiknya dan kemudian senaraikan apakah kandungan di dalam ebook itu nanti.

Selepas dapat idea, hubungilah mana-mana designer untuk menempah design bagi projek anda. Biasanya, saya berikan sahaja info projek ebook saya. Dari situ, designer akan dapat idea untuk merekabentuk design bagi projek anda.

Untuk senarai designer, sila klik di sini. Atau anda boleh lihat di forum WangCyber.com (klik di sini). Mereka semua kebanyakan adalah designer yang berpengalaman.

Penting: Sebelum mula melantik designer untuk projek anda, lihat dahulu contoh design mereka.

Tip 2. Penulisan Ebook

Untuk menulis Ebook, ia tidak boleh ditulis sambil suka-suka apa sahaja yang nak ditulis. Maka sebab itu kebanyakan orang tak siap-siap ebooknya.

Apa yang perlu anda lakukan adalah menyenaraikan dahulu isi kandungan yang akan anda tulis. Mulakan dengan tajuk-tajuk besar dan kemudian setiap tajuk itu disenaraikan pula beberapa sub-tajuk.

Bila dah ada isi kandungan, kekal (stick) pada senarai tersebut. Jangan fikir lagi tajuk-tajuk yang lain. Siapkan dulu apa yang ada. Daripada senarai itulah anda akan mudah untuk menulis dan mengkaji. Maka, tulislah sampai siap.

Tip 3. Layout dan Proof Reading

Saya tak pernah upah orang lain buat kerja ni sebab saya memang suka semak sendiri-sendiri. Untuk layout ebook, setakat ini saya tak buat layout. Terserah. Jika anda nak buat layout, maka ia lebih bagus sebab tidak membosankan pembaca.

Untuk design layout, anda boleh gunakan khidmat designer. Untuk khidmat proof reading, anda boleh rujuk member WangCyber berikut: Servis Proofreading.

Saya hanya menyarankan mereka dan tidak pernah menggunakan khidmat mereka. Tapi saya perhatikan, beberapa client mereka berpuas-hati dengan khidmat mereka.

Tip 4. Teknik Imej

Untuk menulis ebook dalam berpuluh muka surat, kadang-kadang ia sedikit sukar. Tapi ada satu cara untuk selesaikan masalah ini iaitu gunakan imej. Ebook yang hanya teks setebal 10 muka surat boleh jadi 25 muka surat jika diselitkan dengan Imej.

Malah, imej adalah satu komponen yang wajib dalam ebook. Jangan sekadar teks semata-mata. Nanti pembaca bosan.

Tip 5. Testimoni

Apabila draf ebook anda telah siap, hubungi beberapa kawan anda atau sesiapa yang berkaitan dan berikan mereka satu salinan ebook yang telah ditukarkan formatnya kepada PDF. Minta mereka berikan pendapat dan juga testimoni.

Jika boleh, minta mereka kritik dan berikan pandangan selain memberikan testimoni. Dari situ anda boleh perbaiki ebook sebelum mula menjualnya. Malah ini menjadi satu sumber keyakinan anda untuk melancarkan jualan ebook anda.

Tip 6. ‘Pre-launch’

Proses menyiapkan ebook biasanya mengambil masa yang lama. Bergantung kepada topik dan juga masa yang penulis ada. Katakan satu ebook satu bulan.

Di dalam tempoh satu bulan itu, anda sebenarnya sudah boleh melakukan pre-launch bagi mendapatkan emel prospek.

Anda boleh berikan ebook percuma, artikel percuma, video percuma dan apa sahaja yang boleh ‘membakar’ minat prospek. Ini amat penting.

Contoh laman web sebelum produk berbayar dilancarkan:

http://banner.malaysiasoho.com (contoh sahaja)

Jika saya ada dalam 500 orang di dalam autoresponder saya dan saya jual ebook berharga RM37.00, maka hasil yang saya akan perolehi jika 20 orang membeli adalah sebanyak RM740.00.

Saya tak nak bagi contoh hasil yang besar-besar. Nak dapat empat angka (ribuan) dalam beberapa jam tak mustahil jika kena caranya.

Jadi, kumpullah emel dengan menggunakan Getresponse.com.

Tip 7. ‘Launch’

Tiba hari pelancaran. Kebanyakan orang amat susah untuk mendapat hasil di dalam penjualan di internet. Secara normal, daripada 100 orang akan ada 1 pembeli.

Untuk mempercepatkan hasil jualan, sudah semestinya kaedah email marketing adalah jawapannya. Sila rujuk tip No. 6 di atas. Dengan hanya sekali klik, beribu-ribu orang akan menerima emel anda. Itu pun jika anda berusaha secara bijak bagi perkara ke-6 di atas.

Dapatkanlah Getresponse.com. Kosnya dalam RM62.00 sahaja sebulan. Jangan guna autoresponder percuma jika tidak mahu menyesal. Kemudian, dapatkan ebook panduan Getresponse di sini secara percuma.

Itulah beberapa tip ringkas memulakan, memproses dan menjual ebook di internet. Tip di atas tidak mengikut turutan, tapi sekadar menyatakan hal-hal yang saya sendiri melakukannya.

Contoh Ebook

Berikut adalah dua contoh Ebook saya:

Pakej Kit Blogger

Pakej Kit Blogger

http://bloggingsteps.com/kit

Kelebihan Menjual Ebook

  1. Anda hanya perlu berusaha kuat pada mulanya sahaja.
  2. Pendapatan adalah pasif tanpa meluangkan masa yang banyak.
  3. Mudah dimulakan. Modal rendah.
  4. Boleh buat bisnes di mana sahaja, pada bila-bila masa.
  5. Boleh diautomasikan.

Hukum Menjual Ebook?

Ramai yang sangsi, ragu dan wasangka dengan bisnes Ebook. Hakikatnya, tanyalah mana-mana ilmuan Agama, mereka akan jawab begini:

“Juallah apa sahaja di Internet. Selagi ia halal, tiada praktik riba, tidak menindas, tidak menipu dan lain-lain yang dilarang Agama, maka hukumnya adalah harus (boleh). Penjual hendaklah menunjukkan atau memberitahu secara menyeluruh apakah yang dijual”.

Anda boleh rujuk di sini: Hukum Perniagaan Dalam Internet

Pendek kata, berniagalah apa sahaja, selagi ia LULUS SYARIAT, maka ia boleh. Jangan memandai-mandai untuk haramkan sesuatu. Internet hanyalah medium semata-mata. Sama seperti TV, Radio, Telefon, Pos dan lain-lain. Jangan anggap medium internet adalah berbeza.

Sebagai contoh adalah Astro. Anda perlu bayar untuk menonton siarannya. Anda hanya boleh tonton, dengar dan lihat. Tapi tak boleh pegang, rasa dan hidu. Begitu juga ebook (produk digital).

Contoh lain? Akhbar versi digital seperti Utusan dan Berita Harian. Anda perlu bayar untuk mengakses sepenuhnya. Begitu juga dengan servis ringtone, MMS dan sebagainya. Ia tidak dapat disentuh, tapi anda perlu membayarnya.

Maka begitu juga dengan Ebook. Adakah perkara-perkara ini semua berbeza? Sudah tentu tidak. Semuanya tidak boleh disentuh dan dirasa, tapi ia perlu dibayar untuk memilikinya.

Bagi saya mudah. Yang baik tetap baik. Tapi kalau menipu orang, itu jelas haram. Dalam laman web, beritahu secara jelas apa yang ada dalam Ebook atau perkara yang akan disentuh. Kalau bagi sample atau isi kandungan lagi bagus.

Jadi apa tunggu lagi? Usahawan lain dalam senyap ‘kaya-raya’ dengan menjual produk informasi. Jangan hanya menjadi penonton jika di hati anda mahu turut sama melakukannya. :) 1

Apa pun bagi saya, segala-galanya bermula daripada niat. Kalau niat nak kaya raya di dunia, itulah yang kita dapat. Kalau nak senang hidup dan mendapat redhaNYA, itulah yang kita dapat. Niatlah yang baik-baik, insyaAllah ALLAH akan bantu kita.

Wassalam.

-

Incoming search terms:

  • senarai perniagaan yang menguntungkan
  • apa perniagaan yang menguntungkan
  • perkara yang tidak boleh ditulis dalam ebook
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)