Archive for November, 2008

Jangan Perlahankan Langkah Anda

Sunday, November 30th, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Salah satu faktor seseorang usahawan itu berputus-asa atau rasa berputus-asa adalah kerana pihak ketiga sama ada melalui kritikan negatif atau perbuatan jahat.

Seperti yang saya nyatakan di artikel-artikel sebelum ini, kritikan yang baik adalah kritikan yang dibuat secara berhemah dan ikhlas. Sebaliknya kritikan yang negatif adalah kritikan yang boleh membunuh motivasi dan daya gerak orang yang dikritik.

Namun, apa jua bentuk kritikan pun, anda sebagai usahawan jangan terlalu meluangkan masa yang banyak untuk melayan kritikan-kritikan tersebut dengan perasaan yang negatif. Apatah lagi turut sama ‘berperang’ dengan pengkritik-pengkritik tersebut.

Jika menghabiskan masa yang banyak untuk melayan mereka, sudah pasti ia akan memperlahankan pergerakan usaha yang sedang anda lakukan. Ini kerana apabila mereka memulakannya dan anda pula menambah, maka bermulalah babak-babak yang entah bila penamatnya (macam siri tenovela Indonesia beratus-ratus episod).

Lain jika anda tidak melayan langsung, ia pasti akan berakhir di situ sahaja atau yang berdrama hanya si tukang kritik dan kuncu-kuncunya sahaja. Tidak melayan kritikan bukan bermaksud kita tidak profesional, tetapi sebab kita profesionallah kita tidak melayan perkara yang membuang masa kita yang amat bernilai.

Yang Kurang Tidak Semestinya Tak Bagus

Di dalam buku The AirAsia Story, Tony Fernandes berulang kali menyatakan:

“Kebanyakan orang Malaysia suka melihat perkara negatif. Mereka sering mempersoalkan kenapa kekurangan itu terjadi? Sebaliknya mereka tidak terlalu lihat apa yang baik seolah-olah bagi mereka yang gagal atau kurang itu adalah salah atau tidak boleh sama sekali.”

Begitu juga seperti yang dikatakan oleh Billi Lim dalam bukunya Berani Gagal. Kebanyakan manusia melihat bahawa gagal itu adalah salah besar malah seperti satu dosa. Dan selama ini, pelajaran yang sering dilaungkan termasuk di sekolah dan pusat pengajian adalah lebih kepada mencapai kejayaan. Seolah-olah kalau boleh jangan gagal langsung.

*Petikan kata-kata mereka di atas saya tulis balik secara bebas.

Akibat daripada kesalahfahaman pemikiran ini, maka ramai usahawan tidak kekal lama dalam bidang perniagaan. Mereka tiada jati diri dan kekuatan untuk bangkit kembali. Yang mereka ada cuma semangat untuk berjaya tetapi tiada semangat dan keberanian untuk menghadapi kegagalan.

Mudah ceritanya, kebanyakan orang selama ini dididik agar TAKUT kepada gagal. Kesannya apabila gagal, maka mereka 100% membuat kesimpulan mereka telah GAGAL sepenuhnya dan mereka bersalah besar.

Pelajaran: Kesilapan atau kegagalan dalam setiap usaha bukan kegagalan yang muktamad. Itu adalah pelajaran agar kita tidak melakukan lagi sesuatu yang tidak mendatangkan hasil.

Nasihat Kepada Pengkritik

Kritikan yang baik adalah kritikan yang seimbang dan adil. Kritikan yang baik adalah dengan menyatakan pro dan kontra serta tidak bias kepada mana-mana pihak atau ada kepentingan diri atau semata-mata untuk menampakkan kehebatan diri.

Tapi apa yang sering kita lihat, ramai yang asyik mengkritik kekurangan atau kegagalan orang lain. Ini satu sikap yang kurang ajar wajar sebab ia boleh membunuh motivasi orang yang dikritik tersebut. Kebanyakan pengkritik sering salah faham yang mana mereka ingat mereka boleh perbetulkan sesuatu dengan kritikan, tapi hakikatnya tidak selalu begitu.

Hati-hati dalam penulisan dan kata-kata. Bertanggungjawablah sebaik mungkin. Jangan hanya tahu mengkritik dan biarkan orang yang dikritik demam tak kebah akibat motivasi mereka jatuh mendadak kerana kritikan yang amat berbisa. Ini biasanya berlaku melalui kritikan berbentuk ‘personal attack’.

Di dalam Islam pun amat menggalakkan kita diam daripada berbicara kerana tidak semestinya bicara kita itu menjernihkan keadaan melainkan ia perlu dan betul-betul boleh membantu.

Islam amat menekankan soal menjaga lisan (kata-kata, penulisan..) malah banyak ulama’ menulis satu kitab khas mengenai menjaga lisan. Semoga kita dijauhi daripada cakap-cakap yang tidak bermanfaat dan menyusahkan hidup orang lain.

Jangan sebab kita pandai menulis atau blogger yang dikenali, hebat atau sebagainya, kita boleh tulis apa sahaja yang kita mahu. Kita tetap disempadani oleh adab, adat, nilai kehidupan, peraturan hidup dan etika. Mudah katanya, jangan sesekali perbuatan kita seperti kita tidak berAgama.

Sebab itu kita perlu fikir dahulu sebelum menulis atau berkata-kata. Fikir dulu apakah akibat daripada perbuatan tersebut. Kalau ia boleh menyusahkan kehidupan orang, jangan ringan tangan melakukannya melainkan ia amat perlu.

Walaupun menulis atau berkata itu mudah dan ringan, tetapi untuk bertanggungjawab terhadapnya tidak seringan yang disangka. Jadi, fikirkan baik-baik dan jadi seorang yang bertanggungjawab serta adil di dalam mengkritik.

Apa pun, kritikan itu jika kena pada tempat dan caranya, ia tidak salah, malah boleh memberikan momentum. Tapi bagi saya, saya tak ada banyak masa untuk mengkritik orang lebih-lebih lagi orang yang lebih berjaya daripada saya.

Sebaliknya, kita perlu banyak belajar daripada orang yang berjaya dan BUKAN mengkritik mereka walaupun kita boleh mengkritik.

Bak kata Karam Singh Walia sambil mengangkat-ngangkat tangannya, “Lembu orang dikejar-kejar, lembu sendiri yang kelaparan. Yang dikejar tak dapat, yang lapar mati kebuluran”.

(Nama dan pepatah di atas hanya rekaan sahaja bagi menyedapkan artikel ini).

Sekian, wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Panduan Asas SEO + Tiga Rahsia PENTING

Friday, November 28th, 2008

SEO adalah satu teknik pemasaran dan promosi yang percuma. Atau dalam istilah Internet Marketing, ia dipanggil sebagai Organic Search.

Namun, ikhlas saya katakan, untuk mendapat hasil SEO yang memuaskan ia memakan masa. Tapi walaupun mengambil masa, jika anda tidak mulakan sekarang, maka hasilnya entah bila anda akan dapat. Dan saya buat SEO untuk blog ini sejak dua tahun yang lepas lagi.

Jadi mulakan hari ini juga sedikit demi sedikit. Buat yang asas-asas dulu pun tak apa macam link exchange, submit ke direktori, internal linking dan juga On Page SEO. Sebelum tu, kenal pasti apakah keyword yang patut anda target melalui keyword research.

Satu syarat penting, buat secara normal dan jangan terlalu mendadak. Sebab itu amat penting anda rangka jadual untuk aktiviti SEO laman web atau blog anda.

Dengan siapa boleh belajar SEO?

Jawapan mudah, bukan dengan saya. Saya hanya pengamal (practitioner) dan bukan pakar atau bukan ahlinya. Saya tarik diri awal-awal lagi ya. :)

Ada tiga sumber yang anda boleh belajar SEO:

1. Daripada Internet Marketer yang ada pengalaman dan hasil SEO tersendiri. Mereka bukan bercakap kosong.

2. Daripada laman web enjin carian sendiri. Contohnya seperti laman web Google (Webmaster Help).

3. Daripada pakar-pakar SEO profesional yang diiktiraf.

Saya memetik kata-kata Jon Leger yang mana katanya, banyak blog atau laman web yang kongsikan tip dan teknik SEO. TAPI sayang sekali, mereka tidak nyatakan BUKTI dan FAKTA.

Contoh: Kalau mereka kongsi 10 teknik berkesan SEO, mereka tidak nyatakan mengapa teknik itu berkesan beserta dengan faktanya. Kalau nyatakan teori, at least bagitahu logiknya.

Jadi, hati-hati dengan nasihat mereka yang tidak ada bukti, fakta atau sandaran yang kuat. Malah mungkin teknik-teknik yang dikongsikan itu sudah tidak relevan malah yang lebih teruk, anda menghabiskan banyak masa dengan teknik yang tak berkesan.

Tiga RAHSIA Penting

Saya ingin kongsikan tiga tip penting atau boleh dikatakan sebagai PANTANG dalam SEO.

1. Rahsiakan kata-kunci (keywords)

Mendedahkan kata-kunci yang anda fokus (target) adalah satu KESALAHAN BESAR. Ia umpama ingin memusnahkan perniagaan anda sendiri. Semakin ramai yang gunakan keyword tersebut, maka semakin besar persaingan yang wujud.

Jika kita perasan, ramai marketer yang buat kesilapan ini. Kononnya mereka mahu menunjukkan kehebatan ilmu SEO mereka, lantas mereka katakan, “lihat, laman web saya ni dah dapat no 1 di google dengan keyword ni”.

Lainlah jika website tersebut hanya sebuah website/blog pandu-uji sahaja, maka itu tidak mengapa. Tapi kalau ia laman web perniagaan, 100% digalakkan jangan dedahkan kata-kunci yang digunakan.

2. Rahsiakan maklumat SEO laman web anda

Tidak kisah anda lakukan apa-apa model perniagaan. Yang penting adalah JANGAN dedahkan maklumat SEO laman web anda. Maksudnya, anda cerita yang dengan keyword ini menyebabkan laman web ini dapat top ten di google.

Jika anda dedahkan, para pesaing akan mula mengkaji laman web anda dan strategi yang anda gunakan. Ingat, Internet amat berbeza dengan perniagaan offline di mana dengan Internet, pesaing amat mudah untuk korek strategi sesebuah website.

Jadi, salah satu cara untuk kurangkan risiko sebegitu atau menyusahkan usaha pesaing korek rahsia, jangan dedahkan maklumat SEO laman web anda.

3. Rahsiakan teknik yang anda gunakan

Jika anda ada terjumpa atau menemui teknik yang berkesan untuk laman web anda, rahsiakannya. Bisnes tetap bisnes. Bayangkan, jika anda kongsikan teknik tersebut, bukan satu, dua, tiga atau empat pesaing akan gunakannya, malah beribu-ribu pesaing.

Kalau mahu kongsikan teknik tersebut, boleh. Tapi terangkan secara umum sahaja dan jangan dedahkan apa keyword yang anda guna serta website yang anda libatkan (melainkan ia web pandu-uji).

Tip Mudah PASTI Jadi Punya

Tip ini amat mudah dan kalau anda dedahkan keyword pun, pasti tak berguna sedikit pun untuk pesaing anda. Tak percaya? Tak apa, sila baca lagi…

Jika anda seorang usahawan, sudah pasti salah satu cara orang mengenali anda adalah melalui nama. Kalau boleh, biarlah nama itu unik. Tak semestinya nama sebenar anda.

Contohnya, saya lebih dikenali sebagai smartzul. Jadi, sebab orang lebih kenal saya dengan panggilan smartzul, maka apa yang akan saya lakukan adalah:

1. Beli nama domain smartzul.com

2. Guna nama smartzul di mana-mana saja (forum, komen di blog, dalam laman web, signature, profile web social dan lain-lain lagi…)

Jadi, katakan anda sudah femes, atau ramai orang kenal anda dengan nama anda tersebut, mereka akan cari di enjin carian. Ya, ini sudah pasti 100%.

Malah, mengikut pemerhatian saya, ada sesetengah pembaca blog ini menaip nama saya atau nama smartusaha di enjin carian untuk masuk ke blog ini.

Begitu juga dengan website-website lain macam Utusan, Berita Harian, pembaca mereka akan taip di enjin carian untuk masuk ke web tersebut. Mengapa? Sebab mereka malas untuk taip URL. ;)

Jadi, di sinilah pentingnya penggunaan nama brand (jenama) anda secara ‘agresif’. Serius, teknik penggunaan keyword jenama ini amat-amat berkesan. Ia sudah pasti tak berguna pun untuk pesaing anda gunakan nama jenama anda tersebut.

Mudah cerita, anda promosikanlah diri anda dengan jenama yang unik dan pasti pengguna internet akan guna nama tersebut untuk cari mengenai anda.

Promosikanlah nama anda itu di mana-mana sahaja. Bagi kes saya, syukur sebab saya ada nama unik iaitu Smartzul. Kalau saya guna Zulfadli, ramai nama Zulfadli atas dunia ni. Hakikatnya, nama Smartzul lebih dikenali daripada nama Zulfadli. :D

Pemasaran SEO dengan menggunakan nama yang unik sudah pasti akan menjadi. InsyaAllah. Dengan penggunaan nama yang unik, tak perlu sangatlah anda bersaing dengan usahawan yang lain.

Yang perlu anda lakukan adalah, promosikan diri anda dan cipta buzz mengenai perniagaan atau diri anda. Selebihnya orang akan cari anda melalui enjin carian.

Tapi, teknik ini hanya sesuai untuk promosi diri (personal brand) atau untuk jenama produk sahaja. Untuk produk-produk yang umum, anda tetap perlu guna keyword berkaitan.

Kesimpulannya, jika anda seorang yang femes, belilah satu nama domain untuk nama yang anda guna tersebut. Rugi kalau tak gunakan nama domain bagi nama tersebut, sebab yang pasti, pengguna internet akan cari anda melalui enjin carian.

Harap anda jelas dengan penerangan pasal kata-kunci jenama diri di atas. Saya main taip saja ni sebab mengejar masa yang amat terhad.

Itu sahaja sedikit perkongsian saya pasal SEO. Saya BUKAN pakar SEO dan jangan tanya saya lebih-lebih. Kalau nak belajar secara intensif, saya sarankan Ebook Panduan SEO berikut:

Saya dah baca dan 100% saya rekemenkan kepada anda. Dengan hampir 100 muka surat, isi kandungannya amat-amat PRAKTIKAL. Tak ada bla bla bla dan bla (cakap-cakap kosong).

TANPA sebarang teknik hitam atau hijau mahupun ajaran sesat, ebook panduan ni bagi saya sudah memadai bagi anda untuk SEO-kan web atau blog anda. Tak perlu beli dah mana-mana panduan yang asas. Ebook ni dah cukup.

Bukan sebab saya ‘bias’ atau nak memuji, tapi seperti yang saya katakan di atas, ada tiga sumber untuk kita belajar SEO. Dan penulis Ebook Panduan SEO ni memang terbukti beliau memang ada ilmu SEO yang boleh dipraktikkan.

Penulis ebook ni lebih dikenali sebagai Inspiration. Kalau anda join forum Wangcyber, beliau adalah antara ahli senior di sana dan antara orang yang fokus kepada bab SEO. Jadi, belilah dengan yakin sebab beliau dah lama dalam bidang Internet Marketing ni.

Antara bukti beliau boleh dijadikan sebagai rujukan adalah, dalam beberapa pertandingan SEO, beliau telah menang beberapa kali seperti pertandingan SEO forum Wangcyber dan Jombincang.

Dengan beli Ebook Panduan SEO ini, anda dah tak perlu membayar ratusan ringgit untuk mana-mana khidmat konsultasi SEO atau beli mana-mana ebook yang amat mahal semata-mata nak belajar asas.

Saya tekankan sekali lagi, ebook ini sudah memadai untuk asas atau konsep utama SEO. Dan tak salah kalau saya katakan, ebook ini adalah tahap intermediate sebab ada juga konsep yang lebih daripada asas.

Seperti mana kata Sabri SaifulSham, SEO ni sebenarnya kita perlu faham konsep dan rangkanya sahaja. Malah tak ada rahsia pun sebenarnya. Konsep seperti link building sentiasa dibahas oleh mana-mana pakar, buku dan ebook. Cuma sahaja mungkin ada penemuan teknik dan trik baru, tapi asasnya tetap sama.

Akhir kata, Ebook Panduan SEO ini adalah wajib untuk anda dapatkan terutama bagi anda yang tak buat-buat lagi SEO untuk web dan blog. Belajar dan buat sikit-sikit. Jangan letak harapan besar untuk capai hasil yang cepat walaupun ia tidak mustahil.

Untuk maklumat selanjutnya, klik di sini untuk ke laman web Ebook Panduan SEO ini.

Oklah, dah panjang sangat dah tulisan ni. Saya dah kalau menulis, susah nak berhenti. Hoho..

END.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Buat Ecover Anda Sendiri

Thursday, November 27th, 2008

Saya rasa, semua orang dah tahu apa itu ecover. Malah mungkin hari-hari tengok ecover.

Tapi, tak semua orang tahu buat ecover sendiri. Kalau upah designer, boleh cecah puluhan sehingga ratusan ringgit. Itu baru satu. Kalau banyak? Ratusanlah jawabnya.

Jadi, alternatif untuk berjimat adalah dengan mencipta ecover sendiri.

Kini, alasan tak tahu dan tak pandai bukan alasan yang boleh dipakai lagi. Dulu, saya juga terpinga-pinga, macam mana lah designer boleh buat ecover yang banyak walhal mereka bekerja seorang diri.

Lantas saya pun korek-korek lah rahsia dan akhirnya saya tahu yang mereka guna ecover script rupanya. Ya, script.

Dengan menggunakan ecover script, kita cuma perlu load sahaja pada perisian Phostoshop dan kemudian masukkan teks, imej jika perlu dan kemudian klik, klik dan klik. Kemudian? Siap. :D

Itu sahaja langkahnya berbanding dengan design tanpa pakai script yang sudah pasti ambil masa berjam-jam lamanya. Ok, mungkin masih ada yang tak faham apa lah script ni walaupun dah tahu kegunaannya.

Script ni macam skrip drama dan filem lah. Apa yang dicakap dan digayakan oleh pelakon semuanya ikut skrip. Jadi macam tu juga ecover script yang mana ia mengandungi ‘command’ (arahan) ke atas perisian Phostoshop agar melakukan sekian dan sekian ‘action’.

Dan bagaimana script ini dibuat? Caranya adalah, semasa designer sedang membuat apa-apa design, mereka akan rekod setiap langkah dan fungsi yang telah digunakan dalam tempoh tersebut.

Tip: Dalam perisian Photoshop ada fungsi ‘recording’ khas untuk buat script ni.

Ok, dah lah tu ya. Hal-hal teknikal ni tak perlu tahu sangat. Anda hanya perlu tahu load script, masukkan teks dan imej, kemudian klik dan klik. Yang penting ecover yang anda mahukan siap dalam beberapa minit.

Di mana anda boleh dapatkan ecover script?

Anda perlu beli daripada mana-mana designer. Dan berita gembiranya, Nurul atau lebih dikenali sebagai LuvLee telah melancarkan produk beliau iaitu ecoverJualan.

Dengan menggunakan ecover script beliau, anda boleh menghasilkan banyak buah bentuk ecover:

Saya tak perlu bercerita panjang lebar. Malah saya menggelengkan kepala apabila Nurul bagitahu pada saya harga yang diletakkannya adalah RM45.00 sahaja.

Jika anda beli di pasaran luar, harganya boleh mencecah sehingga USD97.00. Jadi, anda patut berterima kasih kepada Nurul sebab meletakkan harga mampu milik untuk semua orang.

Untuk maklumat selanjutnya, sila ke laman web EcoverJualan ini. Kepada 100 pembeli pertama, anda akan mendapat bonus istimewa daripada Nurul.

Klik di sini untuk tindakan selanjutnya.

.

PS. Ada lagi artikel pasal ecover script ni. Klik di sini untuk membacanya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Cara Menjual Produk Fizikal di Internet

Wednesday, November 26th, 2008

Ramai yang nak tahu cara menjual produk fizikal di Internet. Ya, termasuklah saya.

Saya bukan pakar dalam menjual produk fizikal di Internet. Jadi, saya perlu belajar daripada mereka yang tahu. Salah seorangnya adalah Mohd Suhaimy (shuth).

Saya dah lama tak jumpa shuth. Terakhir jumpa beliau pada 2007 yang lepas. Gambar di atas adalah pada tahun 2006. Mungkin beliau semakin hensem dan kaya sekarang. Oh!

Ok, berbalik kepada ebook beliau yang terkini iaitu Panduan Menjual Produk Fizikal di Internet, saya telah pun membacanya semalam.

Secara keseluruhan, Ok lah. Saya tak nak kata superb ke apa, sebab yang menentukan ia Ok atau tak, anda sendiri. Bagi saya, apa yang ditulis oleh Shuth adalah berdasarkan pengalamannya sendiri.

Untuk pengetahuan, antara laman web niaga Shuth adalah seperti mypermatahati.com, cadarshop.com dan kuihtradisional.com.

Dan beliau adalah penulis bagi dua buah buku iaitu Maskahwin Yang Hilang dan Rahsia Blogger. Shuth juga pernah keluar TV1, TV3 dan pernah keluar di akhbar (pasal buku beliau).

Dan bagi yang belum tahu, Shuth adalah pengasas forum WangCyber.com dan juga pemilik SempoiHosting.com.

Jadi, dengan mengetahui apa yang beliau lakukan, maka anda sudah boleh tahu wajar atau tidak mendapatkan ebook Panduan Menjual Produk Fizikal beliau ni. Anda buatlah keputusan sendiri dan saya tidak mahu menyatakan 1001 itu dan ini.

Pendek kata, pengalaman beliau dalam berniaga di Internet sudah cukup menjadi sebab untuk anda mendapatkan ebook panduan ini.

Kita tak perlu cuba-cuba dan buat silap sebab cukuplah belajar daripada orang yang dah buat silap. Dalam kes ini adalah Shuth yang mana beliau berkongsi pengalamannya sendiri.

Oh ya, ebook panduan ini hanya teori saja ya. Anda tak akan belajar satu demi satu bagaimana nak buat website, shopping cart dan sebagainya. Ebook ini hanya PANDUAN. Selebihnya anda perlulah berusaha. Dah nama berniaga, maka perlu lah ada sikit modal dan rajin berusaha. Tak gitu?

Klik di sini untuk ke laman web ebook tersebut.

ps. Masa saya tulis ni, tinggal 1 hari 22 jam sahaja lagi untuk anda dapatkan ebook ini dengan harga RM27.00. Lepas tu akan naik kepada RM37.00 selama-lamanya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!