Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Luangkan Masa Untuk Belajar, Mengkaji dan Merancang

Antara faktor kejayaan seseorang di dalam perniagaan internet adalah sejauh mana dia meluangkan masa untuk belajar, mengkaji dan merancang terutama di peringkat permulaan.

Daripada pemerhatian saya terhadap para usahawan internet yang berjaya atau yang cepat berjaya (termasuk newbie) adalah kerana mereka meluangkan masa untuk betul-betul memahami mengenai perniagaan internet dan model yang sesuai dengan mereka.

Mereka mengkaji dan menentukan apakah model perniagaan internet yang sesuai untuk mereka, menyenaraikan apakah kekuatan dan kekurangan mereka (analisis SWOT) dan kemudian merancang apakah yang perlu mereka lakukan langkah demi langkah.

Dan untuk mudah merancang, sudah semestinya mereka mendalami dahulu model perniagaan yang mereka akan lakukan sama ada ebay, produk fizikal, produk digital atau program buat duit seperti affiliate.

Kemudian, mereka menyenaraikan apakah teknik-teknik yang terbukti menjadi dan berkesan. Caranya tidak lain adalah dengan belajar daripada kejayaan orang lain sama ada secara percuma atau secara berbayar.

Selepas memahami dan tahu teknik yang boleh dipakai, maka mereka akan merancang langkah dan strategi yang perlu dilakukan. Perancangan ini mungkin dalam bentuk jadual kerja, pelan tindakan, kertas kerja atau sebagainya..

Saya rasa, tidak ramai para pemula (newbie) melakukan perkara-perkara ini terutama kajian terhadap model perniagaan dan juga perancangan. Lantas kursus yang dihadiri dan ebook yang dibeli tidak memberi sebarang nilai dan hasil.

Belajarlah sehingga faham, kaji secara serius dan rancang strategi atau proses yang perlu anda lakukan. InsyaAllah, anda boleh berjaya seperti mana kejayaan orang lain. Dan sudah semestinya kesemua ini memerlukan disiplin dan fokus yang tinggi.

Jika anda mahu belajar beberapa teknik yang berkesan, anda boleh dapatkan Panduan Rahsia Newbie daripada Ammar Zahar. Anda boleh membaca dua ulasan terhadap produk ini yang saya tulis sebelum ini:

Ulasan Pertama

Ulasan kedua

Selamat berjaya.

ps. Ketahui di mana dan apa yang saya sedang buat: http://twitter.com/smartzul

Percuma: Twitter Automation Report

Selain friendster, myspace dan Hi5, satu lagi aplikasi Social Web Marketing Tool adalah Twitter.

Saya tidak perlu menyatakan secara detail apa itu twitter, sebab anda boleh terus ke laman web twitter.com untuk mengetahui apa fungsinya. Dan berikut adalah link ke page twitter saya:

http://twitter.com/smartzul

Report Percuma

panduan teknik twitter

Produk ini masih baru. Cuma 4 muka surat sahaja. Saya dapat ni dengan cara berbayar, tapi untuk anda, saya bagi percuma sahaja sebab ia boleh diedarkan secara percuma.

Dalam report ini, dijelaskan secara ringkas beberapa tools untuk aplikasi twitter. Tapi yg paling menarik adalah tool pertama yang mana dengan tool itu kita boleh:

1. Ucap terima kasih direct ke emel orang yg follow kita.

2. Boleh broadcast kepada semua follower kita. Cuma perlu set tarikh sahaja. Fungsi ini saya belum cuba.

3. Secara automatik, kita boleh follow balik mereka yg follow kita. So tak payah buat secara manual.

Dan yang bestnya, tool ni adalah percuma sahaja. Untuk tahu URL tool ini, download sahaja report percuma yang diberikan di sini.

Dengan download report ni, anda boleh jual, beri secara percuma atau jadikan sebagai bonus. Cun ecover dia.

Jika anda tidak faham penjelasan di dalam report ini, sila ke forum wangcyber.com untuk perbincangan:

http://www.wangcyber.com/forum/percuma-twitter-automation-report.html

Sila download. Klik link berikut:

http://malaysiasoho.com/twitterreport-mrr (termasuk ecover)

Semoga bermanfaat.

Post berkaitan: Apa yang saya sedang buat?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)