Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Download Ebook Percuma Ini

Mungkin saya adalah orang yang terlewat untuk mempromosikan ebook-ebook percuma berikut yang telah beredar di pasaran Malaysia sejak sebulan yang lepas. Walau apa pun, bagi anda yang masih belum mendapatkan ebook-ebook berikut, dapatkannya sebelum peluang ditutup.

Ebook 1: Rahsia Usahawan Internet

Ebook ini adalah himpunan interview bersama beberapa orang Usahawan Internet (salah seorangnya adalah saya). Ebook yang dihasilkan oleh Ammar Zahar ini saya rasakan amat bagus untuk anda mendapatkan beberapa point penting mengenai perniagaan Internet.

rahsia usahawan internet

Klik di sini untuk mendapatkan ebook ini.

Ebook 2: Rahsia Trafik Video Marketing

Teknik mendapatkan trafik melalui ‘video marketing’ adalah salah satu teknik yang terbukti amat berkesan. Soalnya bagaimana? Anda boleh pelajari perkara asas di dalam ebook ini. Klik di sini untuk mendapatkannya.

Komen: Ebook ini amat bagus kerana ia menunjukkan satu persatu langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan trafik melalui video. Namun satu perkara berbangkit ialah, pastikan video yang anda gunakan bukan hakcipta orang lain. Jika ia hakcipta, dapatkan kebenaran mereka dahulu. Menggunakan video orang lain tanpa kebenaran adalah satu amalan yang tidak profesional dan tidak beretika.

Ebook 3: Rahsia Pro Affiliate

Jadi pro-affiliate tanpa menggunakan LIST. Ebook ini menerangkan kepada anda bagaimana melakukan promosi program affiliate tanpa menggunakan List. Ebook ini adalah mukadimah kepada versi penuh Ebook Rahsia Pro Affiliate.

Klik di sini untuk dapatkan ebook ini.

Ebook 4: Scam SMS

Sebahagian besar daripada anda mungkin pernah menerima SMS yang menyatakan anda menang pertandingan, dapat hadiah dan juga peluang menyertai pertandingan yang amat lumayan hadiahnya. Macam-macam jenis SMS penipuan yang telah berlaku di Malaysia.

Untuk itu, sebagai salah satu usaha untuk mendidik rakyat Malaysia, Ebook SMS Scam telah dihasilkan oleh Irwan Dahnil dan juga Saleh Esa. Di dalam ebook ini, penulis menerangkan mengenai modus operandi iaitu rahsia penipuan SMS ini dilakukan. Semoga dengan adanya ebook ini, anda atau sesiapa sahaja dapat mengelak daripada sebarang penipuan melalui SMS.

eco4.jpg

Klik kanan dan Save As untuk download Ebook ini (file format: PDF).

*Anda juga boleh menyebarkan ebook ini dengan syarat tidak mengubah kandungannya dan juga tidak menjualnya.

Majalah Digital: Majalah IM

Anda sudah tahu mengenai majalah IM ini. Saya belum promosikan lagi edisi ke-6 yang lepas. Untuk versi ke-7, ia akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Dapatkan majalah IM edisi ke-6 dan juga edisi-edisi yang lain di http://www.majalahim.com.

.

*Inginkan blog dot com sendiri? Klik di sini.

Perkembangan Terkini Produk SmartUsaha.com

Sekadar pengumuman kepada semua pembaca blog SmartUsaha.com dan juga kepada mereka yang terlibat.

Saya kini sedang berusaha untuk menyiapkan beberapa produk. InsyaAllah, saya harap semuanya siap sebelum hari raya nanti. Antara produk tersebut ialah:

1) Sistem DP Protector (Resell Rights. Buat masa ni dibuka kepada 50 orang sahaja dulu. Dua orang dah bayar. Jadi terbuka kepada 48 orang lagi.). :)

2) Teknik Mudah Affiliate (Special Report. Dibuka kepada 100 orang sahaja. Saya tak mahu teknik yang didedahkan cepat tepu atau persaingan tinggi).

3) Versi Terbaru Pakej Kit Blogger (Versi 2.6)

Saya cuba siapkan tiga produk di atas dahulu. Dan jika ada kesempatan, kemungkinan besar ada produk lain akan menyusul.

Dan yang pasti, ada dua produk yang saya mendapat hak jualan untuk menjualnya akan saya buka jualan dalam masa terdekat ini. Sekarang sedang merangka apakah tawaran yang terbaik kepada bakal pembeli.

Perkara Berbangkit

1) Bonus Panduan Clickbank

Ada beberapa orang lagi yang belum dapat bonus yang saya janjikan. Jika anda salah seorang daripadanya, sila hubungi saya.

2) Sistem DP Protector

Ada beberapa orang yang telah membuat bayaran untuk sistem ini. InsyaAllah, saya akan hubungi anda apabila produk ini telah siap. Maaf di atas kelewatan yang tak terjangka.

3) Resell Rights Untuk Pakej Kit Blogger

Saya akan buka semula peluang hak jualan untuk Pakej Kit Blogger. Yang pasti, tawaran ini adalah terhad kepada bilangan tertentu sahaja. Tawaran ini akan dibuka sebaik sahaja versi terbaru Kit Blogger siap.

4) Kurang Aktif Di Forum WangCyber.com

Buat masa ini, saya tidak akan aktif di forum buat sementara (dah hampir sebulan tak masuk forum). Sebarang permasalahan, sila hubungi saya melalui emel. Gunakan contact form di blog ini. Jadi, segala PM anda di forum tidak akan terjawab.

Apa lagi ya.. Rasanya itu sahaja kot. Kalau ada perkara berbangkit yang lain, sila hubungi saya.

Salam kejayaan dan selamat berpuasa.

ps. Nanti saya akan dedahkan satu teknik Affiliate yang mudah untuk dilakukan. Tak perlu LIST dan promosi besar, tapi conversion rate tinggi. Ramai dah tahu teknik tersebut, tapi artikel nanti saya akan sertakan dengan Case Study, trik dan contoh pendapatannya sekali. Nantikan artikel tersebut.

Selamat Berpuasa

Alhamdulillah, kali ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk berpuasa di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan.

Semoga dengan bulan yang penuh barkah ini, kita dapat menjadikannya satu jalan untuk membersihkan hati dan berhijrah ke arah kebaikan dan kejayaan. Gandakan amalan seharian dan perbanyakkan perbuatan yang memberikan manfaat kepada sesama insan.

Di kesempatan ini juga, saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mungkin saya terlanjur kata dan perbuatan. Begitu juga segala kesalahan mana-mana pihak ke atas saya, saya maafkan tanpa sebarang ada dendam di hati.

Di keadaan zaman ini, kita sudah tiada masa untuk berbalah dan bertikam lidah antara satu sama lain. Kita mesti rapatkan saf dan berjuang melalui cara masing-masing untuk mencapai matlamat yang satu iaitu perjuangan untuk Agama dan negara.

Dan jikalau saya ada janji yang masih belum saya tunaikan atau permasalahan yang berkaitan dengan pembelian dan sebagainya, sila hubungi saya untuk tindakan daripada pihak saya. Sila gunakan contact form yang disediakan di atas.

Selamat berpuasa dan beramal ibadah.

Wassalam.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)