Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

567

Kad Raya AidilFitri Percuma

Sampaikan ucapan salam AidilFitri kepada kawan-kawan anda terus ke laman friendster dan mySpace mereka. Laman-laman web lain pun boleh juga selagi web tersebut support kod HTML.

::Kad Ucapan Raya Percuma

Sila ke http://aidilfitri.kadviral.com.

ps. Kepada yang memberikan komen sebelum ni, komen-komen anda saya tidak backup sebab database blog ini telah direstore kepada data seminggu yang lepas. Namun begitu, saya ada buat backup dalam bentuk imej sahaja. Klik di sini untuk melihatnya.

Incoming search terms:

  • kad ucapan hari raya
  • kad ucapan selamat hari raya
  • ucapan selamat hari raya
  • download kad raya percuma
  • ucapan selamat hari raya aidilfitri
  • kad raya percuma
  • ucapan ringkas berkaitan dengan perniagaan

Kenapa Pilih Yang Susah Jika Sudah Ada Yang Termudah?

Kadang-kadang, kita terlalu teruja dengan perkara-perkara di luar bidang kita terutama yang tidak mampu kita lakukan. Yang tidak tahu kita mahu ambil tahu dan yang kita tahu, ia terbiar begitu sahaja tanpa mendatangkan apa-apa keuntungan atau duit kepada kita.

Di dalam bidang perniagaan Internet, terlalu banyak model perniagaan dari produk fizikal, servis dan juga produk digital.

Bagi saya setakat ini, saya merasakan masih banyak ruang yang belum terisi di dalam bidang produk digital. Apabila menyebut produk digital, jangan hanya melihat hanya ebook semata-mata, tapi ia lebih daripada itu.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, fokuslah pada kekuatan dan keupayaan anda yang ada pada masa sekarang. Usahlah terlalu mengejar-ngejar sesuatu yang belum anda tahu. Ini kerana ilmu baru sudah semestinya memerlukan usaha dan masa untuk memahirkan diri dengan perkara tersebut.

Walaupun katakan ada panduan untuk bidang yang anda baru ingin lakukan itu, tidak semestinya anda akan terus berjaya. Tahu dan bertindak adalah dua perkara yang berbeza. Untuk tahu, dua tiga jam pun dah boleh belajar. Tapi untuk melakukan perkara baru tersebut, tidak mungkin seminit dua, tapi mungkin berhari-hari atau berminggu-minggu lamanya.

Lain jika menggunakan ilmu dan apa yang telah anda lama pelajari, anda boleh hasilkan produk dengan mudah atau menjana pendapatan dengan skill yang sedia ada tersebut. Malah dengan ilmu dan pengetahuan sedia ada, anda boleh ‘leverage’kan ia untuk keuntungan jangka panjang.

Jika anda sudah ada asas dalam apa-apa model perniagaan Internet, cuba lakukan satu projek yang mudah untuk dilakukan TETAPI memberikan hasil yang lumayan. Memang agak sukar bunyinya (projek mudah tapi hasil lumayan). Sebenarnya tidaklah begitu payah. Yang penting adalah bagaimana kita ‘deliver’ sesuatu projek/produk itu kepada bakal pembeli.

Jika kita menyampaikannya dalam bentuk yang menarik minat orang, maka projek yang mudah pun akan mendapat sambutan yang hangat. Contoh termudah maksud ‘deliver’ adalah design atau ‘packaging’ produk. Anda mungkin pernah membeli produk yang bagus bungkusannya tapi barang di dalamnya bukanlah bagus sangat. Soalnya, kenapa anda beli? Ya, kerana bungkusan produk itu amat cantik dan menarik.

Akhir kata daripada saya, “buat apa pilih cara yang lain kalau anda sudah ada sesuatu yang sudah boleh digunakan untuk buat duit?” Hanya keyakinan diri yang akan menentukan segala-galanya. Sekali lagi… Tahu dan melakukan adalah dua perkara yang berbeza.

Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • pertanian apa yang mudah tapi hasil lumayan
  • teknik-teknik berhadapan dengan pelanggan yang bermasalah

Majalah IM Edisi Ke-7

Majalah IM edisi ke-7 telah pun diterbitkan dan anda sudah boleh mendownloadnya.

Klik di sini untuk mendapatkannya.

majalah perniagaan internet

Edisi kali ini mengetengahkan Alang sebagai fokus utama.

Kalau mahu tahu ‘rahsia’ RM150,000.00 dari Alang, sila dapatkan majalah ini sekarang. ;)

Selamat membaca.

Incoming search terms:

  • majalah perniagaan
  • majalah pemasaran internet

Matlamat Blog SmartUsaha.com

Sekadar coretan ringkas..

InsyaAllah, walau sekarang saya jarang kemaskini blog ini, saya berharap blog ini tetap kekal selagi termampu.

Matlamat asas blog ini adalah dengan sedaya yang mungkin untuk berkongsi ilmu mengenai perniagaan dan pemasaran Internet dengan rakyat Malaysia khususnya, serta menjadi ‘hub’ untuk mempromosikan serta membantu mana-mana usahawan internet yang lain. InsyaAllah.

blog usahawan perniagaan internet

Saya amat yakin, sejak blog ini wujud, sekurang-kurangnya ia dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada rakyat Malaysia sebagai dorongan untuk mereka melakukan perniagaan internet walaupun setakat di peringkat tempatan. Ia sudah berbaloi sebagai permulaan.

Walaupun blog ini diselitkan dengan promosi yang memberikan pendapatan kepada saya, namun dengan pendapatan itu bertambah mudahlah usaha saya untuk terus mengekalkan blog ini dan usaha mendidik rakyat Malaysia.

Semoga semakin ramai yang melakukan perniagaan internet dan juga mencapai kejayaan.

Salam sukses!

Wassalam.

Incoming search terms:

  • smart zul blog perniagaan internet

Perkembangan Terkini Produk SmartUsaha.com

Sekadar pengumuman kepada semua pembaca blog SmartUsaha.com dan juga kepada mereka yang terlibat.

Saya kini sedang berusaha untuk menyiapkan beberapa produk. InsyaAllah, saya harap semuanya siap sebelum hari raya nanti. Antara produk tersebut ialah:

1) Sistem DP Protector (Resell Rights. Buat masa ni dibuka kepada 50 orang sahaja dulu. Dua orang dah bayar. Jadi terbuka kepada 48 orang lagi.). :)

2) Teknik Mudah Affiliate (Special Report. Dibuka kepada 100 orang sahaja. Saya tak mahu teknik yang didedahkan cepat tepu atau persaingan tinggi).

3) Versi Terbaru Pakej Kit Blogger (Versi 2.6)

Saya cuba siapkan tiga produk di atas dahulu. Dan jika ada kesempatan, kemungkinan besar ada produk lain akan menyusul.

Dan yang pasti, ada dua produk yang saya mendapat hak jualan untuk menjualnya akan saya buka jualan dalam masa terdekat ini. Sekarang sedang merangka apakah tawaran yang terbaik kepada bakal pembeli.

Perkara Berbangkit

1) Bonus Panduan Clickbank

Ada beberapa orang lagi yang belum dapat bonus yang saya janjikan. Jika anda salah seorang daripadanya, sila hubungi saya.

2) Sistem DP Protector

Ada beberapa orang yang telah membuat bayaran untuk sistem ini. InsyaAllah, saya akan hubungi anda apabila produk ini telah siap. Maaf di atas kelewatan yang tak terjangka.

3) Resell Rights Untuk Pakej Kit Blogger

Saya akan buka semula peluang hak jualan untuk Pakej Kit Blogger. Yang pasti, tawaran ini adalah terhad kepada bilangan tertentu sahaja. Tawaran ini akan dibuka sebaik sahaja versi terbaru Kit Blogger siap.

4) Kurang Aktif Di Forum WangCyber.com

Buat masa ini, saya tidak akan aktif di forum buat sementara (dah hampir sebulan tak masuk forum). Sebarang permasalahan, sila hubungi saya melalui emel. Gunakan contact form di blog ini. Jadi, segala PM anda di forum tidak akan terjawab.

Apa lagi ya.. Rasanya itu sahaja kot. Kalau ada perkara berbangkit yang lain, sila hubungi saya.

Salam kejayaan dan selamat berpuasa.

ps. Nanti saya akan dedahkan satu teknik Affiliate yang mudah untuk dilakukan. Tak perlu LIST dan promosi besar, tapi conversion rate tinggi. Ramai dah tahu teknik tersebut, tapi artikel nanti saya akan sertakan dengan Case Study, trik dan contoh pendapatannya sekali. Nantikan artikel tersebut.

Selamat Berpuasa

Alhamdulillah, kali ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk berpuasa di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan.

Semoga dengan bulan yang penuh barkah ini, kita dapat menjadikannya satu jalan untuk membersihkan hati dan berhijrah ke arah kebaikan dan kejayaan. Gandakan amalan seharian dan perbanyakkan perbuatan yang memberikan manfaat kepada sesama insan.

Di kesempatan ini juga, saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mungkin saya terlanjur kata dan perbuatan. Begitu juga segala kesalahan mana-mana pihak ke atas saya, saya maafkan tanpa sebarang ada dendam di hati.

Di keadaan zaman ini, kita sudah tiada masa untuk berbalah dan bertikam lidah antara satu sama lain. Kita mesti rapatkan saf dan berjuang melalui cara masing-masing untuk mencapai matlamat yang satu iaitu perjuangan untuk Agama dan negara.

Dan jikalau saya ada janji yang masih belum saya tunaikan atau permasalahan yang berkaitan dengan pembelian dan sebagainya, sila hubungi saya untuk tindakan daripada pihak saya. Sila gunakan contact form yang disediakan di atas.

Selamat berpuasa dan beramal ibadah.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • kepentingan maklum balas terhadap kritikan kepada usahawan
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)