Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tentukan Bidang Anda, Dan Buat Bisnes Internet.

Sekadar menulis kembali tip yang pernah ditulis dahulu. Namun saya rasa saya perlu tulis kembali sebab melihatkan ramai yang masih tercari-cari apa yang boleh diniagakan di Internet.

Pertama sekali, elakkan menjual sesuatu yang berkaitan dengan Internet Marketing atau perniagaan Internet atau produk cara buat duit. Ia boleh, tapi persaingannya tinggi dan kini orang ramai sudah bijak memilih produk dan mendapatkan rujukan di Internet. Malah, rata-rata orang sudah ada asas perkara tersebut.

Jika anda mahu berjaya di dalam perniagaan Internet, anda tentukan satu bidang yang anda minat. Saya tahu, apa yang kita minat tak semestinya orang lain juga minat. TAPI, bukan bermakna kita terus buat apa yang kita minat itu. Sebaliknya, tentukan pula apa ‘permintaan’ pasaran yang berkaitan dengan minat anda tersebut.

Contoh 1: Anda minat dengan bidang bina badan

Jadi, produk apakah yang boleh anda jual di Internet? Antaranya seperti buku panduan, ebook, konsultansi Online, VCD, makanan kesihatan dan produk bina badan.

Contoh 2: Anda minat bidang masakan

Produk yang boleh dijual melalui Internet ialah seperti buku resepi masakan, VCD masakan dan lain-lain lagi.

Contoh 3: Anda minat bidang elektronik dan komputer

Produk yang boleh dijual adalah pelbagai. Boleh ke lelong.com.my dan lihat di sana, pelbagai produk elektronik dan gajet dijual.

Contoh 4: Anda minat bidang kesihatan

Anda boleh jual pelbagai produk kesihatan. Dan jika anda mempunyai kelulusan tertentu, anda mungkin boleh lakukan konsultansi secara Online.

Mengapa Pilih Yang Anda Minat?

Jawapannya mudah, agar motivasi anda terus kekal dan tak hilang begitu sahaja di dalam melakukan bisnes. Tidak seperti melakukan sesuatu bidang atau perkara di luar minat anda, biasanya motivasi kerja sentiasa turun dan naik.

Namun, perlu diingatkan, di dalam bisnes, adalah amat bagus jika tidak hanya melibatkan sesuatu yang hanya anda minat. Sebaliknya, utamakan permintaan pasaran dan menjual sesuatu yang tidak wujudnya terlalu banyak pesaing.

Jadi sekarang, jika anda masih lagi tercari-cari apa yang boleh dijual di Internet, cuba analisis apa yang anda minat dan senaraikan apakah yang boleh anda penuhi permintaan pasaran yang berkaitan dengan minat anda tersebut. Mudah ceritanya, jual sesuatu yang berkaitan dengan minat anda untuk membantu orang ramai (yang orang perlu).

Sesungguhnya, begitu banyak lagi ruang dan peluang di pasaran Internet Malaysia ini yang belum dipenuhi. Malah, begitu ramai usahawan Internet lain sedang membuat keuntungan yang mana produk mereka langsung tidak berkaitan dengan Internet Marketing atau cara buat duit.

Salam maju jaya.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)