Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

567

Dunia IM Malaysia Sana Sini

Dunia IM Malaysia kini semakin meriah. Pelbagai produk, kejayaan dan sebagainya telah dicapai.

Antara yang berlaku dalam tempoh terdekat ini ialah:

Shuth Telah Menjadi Usahawan Internet Sepenuh Masa

Siapa tak kenal Shuth (Mohd Suhaimy) iaitu founder WangCyber.com. Beliau telah pun berhenti kerja dan akhirnya menumpu sepenuh masa kepada usaha perniagaan beliau bersama isterinya.

shuth

Tahniah Shuth. Semoga berjaya dalam bisnes tak kira Online ataupun Offline.

Sham Akan Melangsungkan Perkahwinannya!

Sham (RajaAdsense.com) adalah antara usahawan internet pertama yang saya jumpa di dunia nyata sejak tahun 2006 lagi. Dan kini, akhirnya beliau akan menamatkan zaman bujangnya pada Ogos ini bersama si dia yang tersayang.

sham rajaadsense

Oh ya, Sham ada buat jualan bermusim sempena perkahwinannya nanti. Klik di sini untuk ke laman web jualan tersebut.

Tahniah Sham. Semoga rezeki semakin bertambah.

Jualan Ebook Panduan Clickbank sudah mencecah lebih RM21,000.00!

Tahniah kepada Mawardi kerana telah mencapai pendapatan tersebut dalam masa yang singkat. Saya rasa, ia adalah antara rekod yang terbaik di pasaran Malaysia ini bagi kategori Ebook.

panduan clickbank

Umur beliau baru 21 tahun, masih lagi pelajar di sebuah IPT, tapi dah buat banyak duit. Tahniah. Semoga terus berjaya dalam bisnes dan juga pelajaran.

Kepada anda yang belum dapatkan Panduan Clickbank, bertindak segera kerana keahlian emas sudah tinggal sedikit sahaja kuotanya.

Ada banyak lagi berita. Tapi saya rasa cukup tiga berita itu sahaja yang sempat saya tulis.

Makluman JV

Buat masa ini, tidak semua jemputan JV saya terima. Kalau saya tak balas emel JV anda, bermaksud mungkin saya tidak dapat menerima JV itu. Bukan tidak mahu, tapi saya mahu fokus kepada timeline untuk produk saya.

Mudah dikatanya, saya mahu tangguhkan dahulu sebarang bentuk JV buat masa sekarang. Kalau saya terima pun, tidak semua. Maaf dipinta dan semoga kita dapat bekerjasama di masa akan datang. Mungkin tahun depan?

Salam maju jaya dan jumpa lagi di artikel seterusnya.

ps. Kepada para pembeli Pakej Kit Blogger, versi Ebook terkini (2.1) sudah siap. Saya akan hubungi anda nanti. Versi ini bukan update sepenuhnya, tapi versi sepenuhnya ialah Versi 3.0 yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Versi 2.1 adalah memenuhi beberapa ruangan/topik yang penting (small updates).

Incoming search terms:

  • blog diceroboh

Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda

Bayangkan pendapatan bulanan anda melalui Internet adalah seperti berikut:

1. Produk digital = RM3500

2. Produk fizikal = RM2500

3. Program Affiliate = RM2000

4. Google Adsense/Pengiklanan = RM1000

5. Servis = RM1000

Mungkin jumlah di atas sedikit, tapi ia sesuai untuk dijadikan contoh yang realistik yang amat tidak mustahil untuk dicapai. Jadi, jumlah pendapatan keseluruhan ialah (berdasarkan contoh di atas):

RM10,000.00!

Mungkin jumlah tersebut sedikit, tapi mungkin bagi orang lain ia banyak. Malah bagi sesetengah orang, dah terlebih daripada apa yang perlu ( kalau lebih simpan la untuk bekal hari tua ;) ). Terserah kepada keperluan dan kehidupan diri sendiri. Tak perlu banding dengan orang lain.

cari duit pendapatan internetCuma, apabila kita menggunakan Internet sebagai sarana menjana pendapatan, lebih-lebih lagi secara sepenuh masa, maka pelbagai sumber pendapatan amatlah penting.

Penting di sini salah satu contohnya ialah, katakan satu cabang itu mempunyai persaingan yang tinggi atau tiba-tiba ada masalah, cabang/sumber lain tetap wujud mengalirkan duit. Jadi, tak lah risau sangat.

Sebulan dua yang lepas, saya banyak mendapat pendapatan daripada program affiliate. Alhamdulillah, sedikit sebanyak pendapatan affiliate tersebut dapat ‘cover’ sedikit ‘ketirisan’ yang berlaku dalam jualan produk sendiri.

Sekarang ni, saya akan fokus pada program affiliate juga selain jual produk sendiri. Ia mudah, tak pening kepala dengan karenah pelanggan dan hanya tunggu duit masuk sahaja. Pendek kata, buat program affiliate ni amat menyeronokkan. Tapi dalam masa yang sama, saya akan tetap membina bisnes untuk ‘long term’ punya strategi.

Apa pun, setiap model atau sumber pendapatan tersebut ada pro dan kontra. Saya tak akan pilih satu, tapi saya pilih sebanyak yang semampu saya boleh.

Bagaimana pula dengan anda?

—-

ps. Nak buat duit tanpa perlu berhadapan dengan karenah pelanggan yang amat memeningkan kepala? Klik di sini jika YA.

Incoming search terms:

  • perniagaan affiliate
  • Pendapatan juruterbang
  • perniagaan affliate
  • pendapatan
  • affiliate perniagaan
  • perniagaan internet affilieat
  • perniagaan affilitade
  • perniagaan affiliate internet
  • pendapatan seorang juruterbang
  • peluang bisnes affliate

Sistem DP-Protector Akan Dilancarkan!

Produk SmartUsaha.com yang seterusnya ialah Sistem DP-Protector:

Sistem DP-Protector

Sistem ini secara mudahnya dapat membantu anda melindungi laman download (download page) produk digital anda daripada terdedah begitu sahaja tanpa sebarang perlindungan.

Ia akan dijual untuk kegunaan persendirian sahaja (personal use only), tetapi saya juga akan buka peluang Resell Rights kepada 50 orang sahaja. Tidak seperti produk lain, produk ini akan dihadkan jumlah Reseller agar jualan lebih terkawal.

Tapi Tunggu!

Kalau anda mahukan versi Personal Use secara percuma, sila tunggu pengumuman saya nanti. Actually, saudara Mawardee akan melancarkan sebuah produk yang akan membantu anda melakukan program affiliate di Clickbank.com.

Jadi, sebagai tawaran saya untuk anda yang mahu mendapatkan produk beliau melalui link affiliate saya nanti, salah satu pemberian (bonus) saya ialah Sistem DP-Protector ini. Sudah pasti, tawaran ini amat menarik.

InsyaAllah, saya akan umumkan perkara ini dengan lebih detail selewat-lewatnya pada hari Selasa ini terutama senarai bonus yang lain. Yang pasti, ia amat berbaloi.

Panduan Clickbank

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai produk Mawardee tersebut sebab saya dalam proses pembacaan. Cuma apa yang beliau katakan, beliau banyak belajar daripada pakar Clickbank seperti Chris X. Kalau anda kenal, anda pasti tahu siapa Chris X. Beliau tela buat duit berjuta-juta dollar di Clickbank.

Kata Mawardee, di dunia ini, hanya ada 30 orang sahaja yang menjadi ‘anak murid emas’ kepada Chris X dan beliau adalah salah seorang daripada jumlah tersebut. Hmm, menarik. Jadi anda fikirkanlah secara logik, Mawardee sudah pasti akan kongsikan apa sahaja yang beliau belajar daripada Chris X dengan anda.

Produk Panduan Clickbank ini akan dilancarkan pada 15 Julai 2008 ini (Selasa). Jadi, sila datang ke blog ini pada hari Selasa ini untuk mengetahui senarai bonus percuma yang akan anda dapat untuk pembelian produk tersebut.

*Kepada ahli forum WangCyber.com, saya juga ada membuka tawaran ini di forum WC. Sila ke sana.

Harap maklum.

Incoming search terms:

  • dp protector

Awas, Laman Web Anda Diceroboh!

Apa pendapat anda mengenai imej di bawah?

hack blog

Mengerikan atau tidak?

Saya tidak mahu menulis banyak, tapi saya ada tip mudah untuk anda amalkan agar laman web atau blog anda tidak mudah diceroboh begitu sahaja:

1. Gunakan username dan password yang sukar diteka oleh orang lain. Antaranya jangan guna perkataan yang ada dalam kamus.

2. Jika pihak hosting berikan anda password cpanel sementara, ubah segera password tersebut! Kebanyakan pembeli hosting tidak menukar password default yang diberikan oleh pihak hosting.

3. Ubah password blog anda secara konsisten.

Tip di atas adalah asas dan paling mudah untuk dilakukan. Namun tahukah anda? Imej di atas adalah imej yang diletakkan oleh hacker di sebuah laman web yang mana password default hostingnya tidak diubah. Nah, perkara mudah yang diperlekehkan akhirnya mengundang padah. :)

Apa tunggu lagi? Buatlah apa yang patut.

ps. Sudahkah anda mendapatkan Sistem EZSurvey? Klik di sini jika belum.

Sindrom Takut Dikritik

Akibat takut dikritik, ramai yang minat berniaga akhirnya kecundang sebelum melakukan apa-apa lagi.

Akibat takut dikritik, banyak idea yang menguntungkan tidak dipasarkan sama-sekali.

Akibat takut dikritik, ramai orang yang berbakat tidak mencapai apa yang sepatutnya mereka capai (kejayaan).

Akibat takut dikritik, ramai usahawan gulung tikar dan berundur 1000 langkah.

Akibat takut dikritik, produk yang telah siap tidak dijual-jual.

Akibat takut dikritik, perancangan hanya tinggal perancangan.

Akibat takut dikritik, impian besar akhirnya tidak kesampaian.

Akibat takut dikritik, diri akan menjadi seorang yang pasif dan tidak yakin.

Kata Dr. Hill (penulis buku Think & Grow Rich), takut dikritik adalah perasaan takut yang paling merbahaya di antara ketakutan yang lain (takut sakit, takut mati, takut miskin..).

Ini kerana, ketakutan yang lain itu tidaklah memberikan kegagalan yang amat besar, tapi jika takut dikritik, segala-galanya akan tidak mendatangkan hasil atau dalam erti kata yang lain, impian yang dibina akan musnah dan matlamat yang ditetapkan pasti tak akan tercapai.

Jika anda takut dikritik, anda tidak akan menjadi usahawan yang berjaya.

Jika anda takut dikritik, anda tidak akan berani mengeluarkan produk inovasi anda.

Jika anda takut dikritik, bakat dan kelebihan anda hanya akan ditelan masa.

Jika anda takut dikritik, idea bernas anda umpama besi berkarat yang tunggu untuk hancur sahaja.

Jika anda takut dikritik, anda akan kekal miskin, kekal susah dan kekal dengan angan-angan kosong.

Jika anda takut dikritik, anda akan terus menangguhkan masa dan kerja.

Jika anda takut dikritik, anda tidak memahami apa itu erti kehidupan.

Jika anda takut dikritik, anda sebenarnya tidak menghargai diri anda sendiri.

Jika anda takut dikritik, anda tidak akan mendapat wang tambahan.

Jika anda takut dikritik, anda akan ketinggalan dan ditinggalkan.

Jika anda takut dikritik, _____(apa yang anda akan dapat?)_______.

Nah, lihat. Apa yang akan anda dapat kalau anda takut dikritik??

Wassalam.

Incoming search terms:

  • kritikan perniagaan
  • dato fadilah khamsah
  • maksud motivasi
  • datuk fadzilah kamsah motivasi-blog
  • usahawan yang dikritik
  • usahawan fadzilah kamsah
  • usahawan - dato dr fazilah kamsah
  • tips keusahawanan-dato fadhilah kamsah
  • pengalaman dato\ fadzilah kamsah
  • nota motivasi meningkatkan kualiti dalam diri doktor fadzilah kamsah

Produk Digital: Mengapa Ebook Lebih Diminati?

Setelah saya menghasilkan sebuah produk yang berbentuk sistem (skrip PHP), barulah saya faham, mengapa kebanyakan usahawan internet amat suka dan lebih selesa menghasilkan ebook berbanding jenis produk yang lain seperti video dan audio.

Sistem EZSurvey yang dihasilkan oleh saya itu walaupun simple dan mudah, tapi untuk menyiapkannya mengambil masa sekitar 3 bulan. Untuk menghasilkan skrip PHP atau sistem, ia tidak semudah yang disangka kerana kita perlu mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan.

Tidak seperti ebook, tulis sahaja guna Microsoft Word dan compile kepada format pdf. Tak kisah orang yang beli itu guna komputer platform apa pun, mereka tetap dapat membuka file pdf.

Untuk sistem seperti skrip PHP, salah satu faktor yang perlu diambil kira ialah coding tersebut perlulah dapat diterima oleh mana-mana versi PHP. Selain itu, coding juga perlulah dihasilkan dengan menitik-beratkan soal security dan pelbagai lagi isu seperti error dan sebagainya.

Dan faktor paling kritikal di dalam pembangunan sesebuah sistem ialah testing. Siapa yang belajar programming dia tahulah. Testing perlu dibuat beberapa kali. Bukan sekali atau dua kali. Salah satu cara testing ialah, kita perlu test sistem tersebut di beberapa keadaan yang berbeza dan juga perlu masukkan nilai yang betul dan salah untuk mengetahui tahap ‘kekebalan’ sistem tersebut.

Berbalik kepada ebook pula, jika ada kesalahan typo, buka sahaja Microsoft Word dan edit. Kemudian compile semula kepada format PDF. Amat mudah dan cepat. Berbeza pula dengan produk jenis audio dan video, jika ada kesilapan, anda perlu mulakan balik bahagian yang salah itu (buat rakaman semula).

Ini terbukti apabila salah satu produk video saya masih terbengkalai tak siap-siap. Dan ia membuatkan saya terfikir-fikir, perlukah meneruskan projek video tersebut? Untuk menghasilkan video, ia tak semudah yang kita baca dan dengar seperti orang lain katakan. Tak semudah itu. Lagi-lagi video berkaitan teknikal, salah satu faktor yang perlu difikirkan ialah kemaskini sebab kebanyakan perkara teknikal sentiasa berubah-berubah.

Soal diri anda, “jika aku mahu buat produk audio/video ni, adakah aku akan mengemaskininya kelak?”. Jika tidak, mungkin anda boleh lupakan projek berbentuk video/audio atau mungkin boleh hasilkan projek yang jika dikemaskini, ia tidak mengambil masa dan tenaga yang banyak.

Itulah beberapa pro dan kontra produk digital selain ebook. Hmm, adakah saya sudah berputus-asa dengan projek selain ebook? Mungkin ya, mungkin tidak. InsyaAllah, dalam minggu ini ada satu lagi projek cuba disiapkan. Simple system juga (skrip PHP) dan mungkin ia projek terakhir saya yang berkaitan sistem. :)

Pesanan saya di sini, jika anda ingin melaksanakan sesuatu idea projek, tanya dulu diri sendiri. Adakah anda mampu melakukannya? Atau, selain projek itu, ada tak projek lain yang lebih mudah dan cepat untuk dihasilkan? Ini amat penting agar anda tidak fokus kepada projek yang mengambil masa yang lama. Ia amat merugikan.

Lakukanlah projek yang mudah untuk disiapkan dan tidak bersaiz besar. Ingat, apabila kita bekerja seorang diri, masa adalah aspek yang paling perlu dititik-beratkan. Jangan main-main dengan masa, nanti masa akan mempermainkan anda. Salah satunya ialah, utamakan projek yang mudah untuk disiapkan.

Tip Ebiz: Adakah Ilmu Amat Berkuasa?

Untuk pengetahuan anda, saya bukanlah pakar PHP, tapi saya dapat hasilkan Sistem EZSurvey. Saya suka mengamalkan sedikit ilmu yang ada untuk menghasilkan sesuatu produk. Begitu juga dengan WordPress, saya bukan pakar, tapi saya hasilkan Ebook Panduan WordPress.

Saya harap anda pun begitu juga. Gunakanlah secetek ilmu yang ada pada diri anda untuk apa-apa tujuan yang bermanfaat seperti menjana pendapatan. Ketahuilah, yang berkuasanya bukan ilmu, tapi yang lebih berkuasa ialah TINDAKAN.

Jika anda mahu tahu pentingnya tindakan, ia umpama anda mempunyai ilmu Agama yang tinggi. Tahu halal dan haram, tahu ibadat-ibadat yang khusus (zikir, solat, baca Al-Qur’an, puasa…). Tapi semua itu tidak berguna jika anda tidak mengamalkanya. Anda tahu solat boleh meningkatkan ketakwaan anda kepada Allah, tapi anda tidak solat dengan sempurna dan lebih teruk anda tidak menunaikan solat.

Begitulah juga dengan apa-apa ilmu. Ia hanya akan berguna apabila anda menggunakannya. Bertindaklah. Tindakan andalah yang akan mengatasi segala-galanya. Tak guna memegang senjata yang hebat tapi tidak menggunakannya untuk menembak musuh. Akhirnya anda akan kecundang.

Sekian.

ps. Peluang untuk mendapat Sistem EZSurvey dengan harga RM20.00 masih ada lagi (termasuk hak jualan semula). Terbuka kepada 72 orang lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Harga akan dinaikkan kepada RM30.00 pada bila-bila masa sahaja.

Incoming search terms:

  • Mengapa kebanyakan perusahaan menghasilkan lebih dari satu produk?
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)