Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tip Cepat Berjaya: Jangan Letak Banyak Syarat!

Salah satu punca seseorang itu terlalu lambat untuk meraih kejayaan atau mencapai matlamat adalah kerana terlalu banyak meletakkan syarat.

Contohnya ialah seperti perlu bergaya, perlu sertai seminar di hotel 5 bintang (tak layan program di hotel kelas rendah), modal bisnes perlu besar, wajib ada kereta sendiri, mahal dan baru, perlu ada komputer baru dan macam-macam lagi.

Pendek kata, segenap perkara perlu lengkap, tak ada sedikit kekurangan, baru dan berjenama.

Kalau perniagaan offline, penyakit letak banyak syarat ni ialah seperti perlu ada ruang pejabat yang besar, selesa, perabot yang baru, set komputer yang baru, staf yang ramai dan serba serbi perlu baru dan dibeli.

Ini ada dinyatakan oleh Chef Li dalam buku kelimanya (kalau tak silap), di mana beliau respon kepada seorang peserta seminarnya semasa menaiki lif. Sindir peserta itu, “Kenapa buat seminar kat hotel murah macam ni?”. Lantas jawab Chef Li, “Jangan letak banyak syarat sangat untuk capai kejayaan”. Terus senyap peserta tersebut.

Pendek kata, kalau anda mahu cepat raih kejayaan, atau paling kurang pun berjalan di atas jalan kejayaan, bermulalah dengan apa yang ada.

Jika anda ada komputer buruk tapi masih boleh digunakan untuk menaip dan mengakses Internet, maka gunalah. Saya pernah menyatakan yang saya selama ini hanya menggunakan sebuah komputer yang hampir 8 tahun usianya. Komputer itu banyak berjasa kepada saya di dalam perniagaan yang saya bina.

Kini, saya sudah boleh sedikit berpuas hati kerana bukan satu, malah dua buah komputer yang saya miliki. Satu untuk kerja di SoHo dan satu lagi sebuah laptop. Yang seronoknya, kesemua barangan kelengkapan yang saya beli adalah secara tunai dengan hasil berdikit-dikit selama ini.

Kesemua hasil yang saya terima sekarang adalah bermula dengan apa yang saya mampu ketika itu iaitu sebuah komputer usang dan tanpa talian Internet sendiri.

Bagi perniagaan Offline pula, bermulalah dari rumah. Anda dapat jimatkan banyak kos daripada membeli ruang premis anda sendiri. Bila dah maju dan cukup modal, beralihlah ke premis perniagaan sendiri.

Saya ada seorang kenalan yang mana katanya beliau melakukan bisnes frozen food hanya dari rumah. Keluarganya melakukannya dari rumah sejak beliau kecil lagi sehinggalah sekarang. Sekarang bisnes sudah maju dan mereka akan beralih ke premis sendiri nanti.

Anda pula bagaimana? Idea sudah ada, modal sudah ada, alat sudah ada dan ilmu pun sudah ada. Mula sahaja belum. Adakah anda meletakkan terlalu banyak syarat untuk bermula?

Lupakan semua syarat-syarat itu yang mana ia adalah penghalang anda untuk melangkah dengan senang ke arah kejayaan. Syarat-syarat itu bukanlah satu kewajipan malah sampai satu tahap, ia adalah PENGHALANG.

Ingat pesan orang dulu-dulu, “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit” dan “bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”. Atau kata orang putih, “start small, finish big”. Percayalah, formula sebegini akan tetap menjadi sampai bila-bila sejak dulu kala lagi.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • contoh panduan dan syarat bisnes online
  • berjaya dengan cyber cafe
  • tips cepat berjaya
  • syarat syarat cyber cafe
  • syarat syarat buat seminar
  • syarat cyber cafe
  • syarat computer untuk cyber cafe
  • perniagaan frozen food
  • cyber cafe berjaya
  • berjaya dlm bisness frozen food

Mahirkan Diri Dengan Asas HTML

Definisi HTML (HyperText Markup Language) adalah bahasa atau kod yang digunakan untuk menghasilkan laman web. Ia terdiri daripada kod-kod (dipanggil sebagai Tag) yang mana Browser (seperti IE dan Firefox) akan ‘menterjemah’ kod-kod tadi kepada sebuah paparan laman web berdasarkan kod tersebut.

Contoh:

1. Tag <b> : Digunakan untuk menghitamkan huruf atau teks.

<b>Bold</b> – Hasil > Bold

2. tag <i> : Digunakan untuk menyondongkan (italic) huruf atau teks

<i>Italic</i> – Hasil > Italic

Tak Perlu Tahu HTML??

Ada orang mengatakan, anda tidak perlu tahu HTML untuk membina laman web. Sebaliknya, perlu pakai perisian sahaja. Ya, saya pun setuju dengan kenyataan ini.

TAPI, ia hanya di permulaan sahaja. Apabila anda sudah membina laman web, atau sedang membina laman web, ada ‘task’ yang memerlukan anda mengubahsuai laman web melalui kod HTML.

Inilah yang mengerikan ramai orang terutama newbie. HTML seolah-oleh begitu susah untuk dipelajari dan dimahiri. Padahal, ia amat seronok untuk dipelajari. Selagi mindset susah itu ada di dalam minda dan fikiran, selagi itulah HTML itu seolah-olah satu benda yang teramat susah.

Dengan mengetahui HTML, anda akan:

[1] Dapat membina dan menghasilkan laman web dengan lebih cepat

[2] Dapat mengubahsuai laman web dengan lebih mudah

[3] Dapat memperbaiki masalah laman web walau tanpa perisian

[4] Dapat mengoptimumkan rekabentuk dan kualiti laman web

[5] Dapat menguruskan dan mengedit blog anda dengan lebih mudah

[6] Dapat melakukan perniagaan internet yang lebih berjaya. :)

Banyak lagi kelebihan jika anda tahu HTML.

Pengalaman saya di dalam belajar HTML, ia amat menyeronokkan. Teringat saya ketika saya baru belajar HTML. Saya beli buku, rujuk di Internet, pinjam buku di perpustakaan dan sebagainya untuk belajar HTML ini. Kemudian mencubanya sendiri.

Alhamdulillah, sekarang saya boleh membina dan menguruskan laman web dengan lebih mudah. Nak edit blog, nak urus laman web, saya tidak perlu lagi meminta bantuan orang lain. Sebab ia hanya benda yang simple sahaja.

Tip saya, anda jangan terlalu bertanya apa itu HTML. Bagaimana kod-kod tadi boleh jadi laman web? Ia soalan teknikal. Sebaliknya, anda hanya perlu tahu penggunaannya sahaja. Kod <b> untuk apa, kod <i> untuk apa dan begitulah untuk kod-kod yang lain.

Nak Belajar HTML?

Sekarang, sudah ada panduan lengkap Asas di dalam Bahasa Melayu. Tiada lagi alasan untuk tidak belajar HTML dengan cepat dan mudah.

Panduan yang saya maksudkan ialah Panduan HTML yang dihasilkan oleh Mazlie Nadzri:

panduan html

>> http://smartusaha.com/panduanhtml

Untuk tempoh sehingga 12 Jun 2008 ini, jika anda membeli melalui link di atas, anda akan mendapat hadiah percuma daripada saya seperti berikut:

[1] Temuramah Gobala Krishnan bersama Hafiz (pengasas Malaysiapal.com) mengenai teknik ‘Viral Marketing’.

[2] Perisian eWriterPro (bersama lesen Master Resell Rights). Perisian ini adalah untuk menghasilkan ebook PDF dengan mudah.

Dapatkan item di atas secara percuma dengan membeli Panduan HTML tersebut. Caranya, anda hanya perlu membeli melalui link yang saya berikan di atas sahaja. Kemudian saya akan hantar link download item di atas kepada anda.

*Mazlie akan maklumkan kepada saya siapa yang membeli melalui link saya di atas.

Dapatkan Panduan HTML ini sekarang di http://smartusaha.com/panduanhtml

Salam maju jaya.

Incoming search terms:

  • belajar kod html
  • definisi html
  • asas yang perlu tahu dalam mengedit blog
  • panduan membina front page
  • html bahasa melayu
  • definisi xml dalam bahasa melayu
  • definisi xml
  • buku asas html
  • belajar cara asas html web
  • pengenalan asas kepada html

Tekanan Ekonomi: Apa Tindakan Anda?

Sekarang, di sana sini heboh memperbincangkan mengenai isu makanan sedunia yang dikatakan sedang di tahap serius. Manakala, harga minyak pula turun naik harganya di pasaran dunia. Di Malaysia, kemungkinan besar harga minyak akan naik lagi. :)

Sejurus harga minyak naik, sudah pasti harga barang lain pun akan naik juga. Ya lah, dalam segenap bidang minyak adalah keperluan utama. Kos naik, sudah pasti harga barang turut naik. Kalau tak, rugilah peniaga.

Yang berpendapatan rendah, semakin tertekan. Manakala yang berpendapatan tinggi pula, terus mencari usaha menambah lagi wang lebih banyak.

Di saat tahap ekonomi yang semakin mencengkam ini, apakah tindakan anda? Atau masih bersenang-lenang dan goyang kaki? Adakah sudah ada perancangan jangka pendek dan panjang?

Bagi saya, kita tidak dapat lari daripada perkara ini semua. Nak tak nak, kita perlu menghadapinya juga walau seperit mana pun. Kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak kerajaan, kerana di belah kita, ada juga tindakan yang perlu dilakukan. Antaranya:

1. Berjimat-cermat

Mana barang yang tidak perlu, tak perlulah membelinya. Paksa diri agar hanya membeli barang yang diperlukan sahaja. Lainlah kalau ada kawalan dan perancangan, menggunakan duit untuk ‘menghiburkan diri’ tiada salahnya.

Selain itu, janganlah membazir terutama makanan. Masak atau beli apa yang perlu sahaja. Biasanya kita akan lihat pembaziran ini akan berlaku di bulan puasa. Sepatutnya di bulan puasa lah kita tidak membazir.

Jika di negara lain, amat susah untuk dapatkan secupak nasi, tapi kita sebaliknya di sini, amat mudah untuk membuang makanan begitu sahaja.

Berjimat-cermat dan janganlah membazir. Kedua-dua sifat ini adalah tanda syukur kita terhadap rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan sampai Allah rampas balik nikmat tersebut. Menyesal sudah tak berguna..

2. Simpanan

Walaupun gaji atau pendapatan anda beribu-ribu sebulan, ia tidak bermakna jika ia masuk dan keluar sahaja. Sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda mesti disimpan dan ‘dilupakan’. Ia adalah untuk masa depan anda atau di saat memerlukan.

3. Pendapatan Tambahan

Mungkin gaji anda sekarang tidak mampu bertahan untuk sebulan. Rancang dan usahakan sesuatu untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Sudah pasti, salah satu caranya ialah melalui Internet. :)

Manakala bagi usahawan, gandakan lagi pendapatan harian dan bulanan anda. Caranya mungkin dengan menambah produk baru atau mempertingkatkan usaha promosi produk.

4. Jangan Tambah Hutang

Jangan berhutang jika tidak perlu. Lagi-lagi anda sedang menanggung hutang. Adalah satu perkara yang amat tidak digalakkan jika membuat hutang baru semasa masih ada hutang lain.

Namun jika terpaksa berhutang juga, rancanglah sebaik yang mungkin agar ia dapat dibayar tanpa sebarang masalah.

5. Beriman dan Bertaqwa

Sepatutnya ini adalah yang pertama dan utama sekali. Tak perlu saya hurai panjang sebab anda sudah tahu. Orang yang beriman dan ‘dekat’ dengan Allah, sudah pasti rezekinya mencurah-curah dan memiliki hati yang tenang. InsyaAllah.

6. …

Point ke-6, 7, 8 dan seterusnya saya serahkan kepada anda. Nyatakan pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menghadapi hari ini dan hari mendatang yang amat mencabar ini dengan sebaik-baiknya.

Incoming search terms:

  • tekanan ekonomi
  • panduan menghadapi tekanan hutang

Bercuti Panjang: Berbaloikah?

Saya sekarang masih di kampung. Ini adalah cuti saya yang paling panjang dalam sejarah sejak saya mula melakukan perniagaan internet secara sepenuh masa.

Apa yang saya dapati, cuti saya ini tidak begitu produktif. Saya hanya mampu memantau perniagaan saya sedia ada dan tidak mampu menguruskan beberapa produk baru. Malah, saya tidak sempat sangat untuk mempromosikan produk-produk sahabat saya yang lain (JV).

Cuti kali ini tidak begitu dirancang. Saya balik ke kampung kerana ‘terpaksa’. Ia di luar dugaan saya. Ia tidak produktif kerana cuti saya ini bukanlah cuti melancong atau berehat. Cuti saya ini tetap ada hiruk pikuk dan kebisingan sebab saya bukan sedang bercuti di sebuah pulau.

Saya sekarang ini sedang cuti bekerja iaitu cuti sambil tetap melakukan sebahagian kerja untuk bisnes saya. Bermaksud, saya bukan cuti sepenuhnya. Malah, saya melakukan kerja bukan di tempat yang sesuai (bukan di SOHO saya). Sebab itu kerja saya kurang produktif.

Namun syukurlah dengan perniagaan internet ini, sebahagian perkara adalah automasi. Income tu tetap masuk walaupun masa cuti ni tak dapat buat banyak kerja.

Cukup dulu cerita saya itu… :)

Seperti yang kita maklum, ada macam-macam jenis cuti. Antaranya ialah cuti sakit, cuti kecemasan, cuti kerja dan cuti-cuti malaysia (melancong lah tu).

Bagi saya, cuti yang betul-betul membantu menyegarkan minda dan fikiran ialah cuti melancong. Contohnya pergi bercuti ke pulau, kawasan peranginan, pantai dan sebagainya.

Untuk makluman anda, sejak saya melakukan perniagaan internet sepenuh masa ini, saya belum pernah pergi bercuti sebegitu. Saya jenis seorang yang amat bekerja kuat dan belum membalas diri sendiri dengan pergi bercuti. InsyaAllah, saya pasti akan bercuti sebegitu dan ‘meninggalkan’ perniagaan internet ini seketika.

Cuti akan berkesan untuk minda dan ia akan berbaloi untuk keuntungan jangka panjang apabila cuti itu betul-betul jauh daripada tekanan kerja.

Apabila sebut bercuti, maka sudah pasti tiada apa-apa kerja. Dan tak akan disebut cuti jikalau anda masih tidak berenggang dengan laptop anda. Sikit-sikit check email! ;)

Cuti yang sebenar ialah cuti yang dapat memberikan keseronokan pada diri, menenangkan jiwa, tiada fikiran mengenai bisnes dan anda jauh daripada segala urusan perniagaan. Pendek kata, anda hanya dengan dunia percutian anda 100%.

Inilah cuti yang berbaloi kerana minda dan jiwa anda akan terisi dengan perasaan dan semangat baru yang mana selama ini hilang akibat kerja kuat.

Namun, tidak kisah cuti macam mana, adakah cuti ini berkesan dan berbaloi jika ia mengambil masa yang lama? Daripada pengalaman saya lah, semakin lama kita bercuti, semakin hilang semangat untuk buat kerja.

Semakin lama meninggalkan kerja, semakin mahu duduk relaks dan semakin mahu menangguh-nangguhkan kerja. Jika anda seorang self employed (bekerja sendiri), ini adalah satu bencana bagi anda.

Bercuti memang seronok, tapi jika cuti itu terlalu lama, penyakit lain yang akan datang seperti malas, menangguh, ‘berat tangan dan kaki’ serta malas berfikir banyak..

Bagi saya, cuti yang lama tidak terlalu bagus. Lagi-lagi jika tiada orang yang memantau perniagaan anda. Lainlah kalau ada staf atau rakan niaga yang memantau perniagaan itu.

Namun apa yang ingin dibangkitkan di sini ialah, kesan kepada diri sendiri. Adakah cuti yang lama berbaloi untuk diri atau sebaliknya memberikan kesan buruk seperti umpama mengambil ubat dengan dos yang berlebihan?

Apakah pendapat atau idea anda?

Nota: Artikel ini khas untuk semua jenis perniagaan (offline dan online).

p.s. Saya akan balik ke JB selewat-lewatnya 5hb Jun ini. Banyak produk terbaru yang akan saya ‘launch’ selepas ini. Tunggu…

Incoming search terms:

  • apakah pendapat anda tentang the mines wonderland?
  • bercuti di the mines wonderland
  • cuti langkawi berapa hari boring
  • macam-macam jenis cuti
  • memag puas hati di mines wonderland
  • perniagaan apa bagus buat semasa cuti
  • perniagaan masa cuti
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)