Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

567

Bagaimana?

Soalan “bagaimana untuk memulakan perniagaan internet” adalah soalan yang akan berterusan dipersoalkan. Malah saya juga selalu mendapat soalan sebegini. Ini membuktikan bahawa setiap masa mesti ada sahaja mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan internet.

Perkara ini pernah saya tulis beberapa kali di blog ini, tapi saya suka untuk mengulanginya lagi.

Persoalan bagaimana itu tidaklah salah, tapi yang salahnya ialah cara ia ditanya. Kebanyakan yang mahu memulakan perniagaan internet akan bertanya sesiapa sahaja dan apabila tidak mendapat jawapan, akhirnya mereka kecewa.

Kekecewaan ini bukan sahaja untuk persoalan bagaimana tersebut, malah untuk soalan-soalan lain pun. Lantas, mereka mulalah mengatakan orang lain kedekut ilmu, tak mahu bantu bangsa sendiri dan sebagainya.

Padahal, mereka yang silap. Soalan itu sudah betul, tapi cara mereka bertanya itu yang salah. Maksud saya ialah, kebarangkalian soalan mereka akan dijawab adalah 1% sahaja melalui saluran pertanyaan yang kurang berkesan itu. Kalau dijawab pun, belum tentu mereka faham dengan jawapan yang diberikan.

Bagaimana cara bertanya yang betul?

Tidak lain dan tidak bukan ialah menggunakan saluran dan cara yang tepat. Dalam dunia sekarang, amat sukar untuk kita pelajari sesuatu secara percuma. Kalau ada pun, biasanya tidak lengkap dan tergantung.

Umpama anda sakit, maka adakah anda akan dapat konsultasi percuma daripada doktor (terutama swasta)? Sudah semestinya tidak. Hatta tok bomoh pun kenakan caj, inikan pula para profesional seperti doktor.

Begitu juga dengan perniagaan internet. Jika anda betul-betul mahu belajar dan serius, maka bayarlah mereka yang berkaitan dan belajar dengan mereka sampai pandai.

Antara caranya ialah beli ebook atau buku mereka, sertai seminar, kelas dan juga bengkel. Inilah cara yang betul. Inilah yang kita lalui sejak tadika, sekolah dan IPT, iaitu belajar.

“Hmm, nak belajar tu mesti kena keluar duit…”

Ini satu lagi mentaliti kebanyakan orang. Mereka nak RM100,000 katakan, tapi nak keluarkan RM10 pun berfikir sejuta kali. Dalam bisnes, sudah pasti perlukan modal. Salah satu modalnya ialah modal untuk belajar.

Nak buat bisnes, bukan main hentam sahaja. Kena tahu beberapa aspek penting agar perniagaan yang dibina itu tidaklah tamat di tengah jalan. Jadi ilmu perniagaan amatlah penting. Untuk memiliki ilmu, sudah semestinya kena belajar.

“Tapi saya takder duit”

Mudah sahaja. Kalau tak ada, usahalah cari. Nak mulakan perniagaan internet ni, tak perlu tunggu ada beribu-ribu ringgit. Paling sikit pun RM100 dah cukup (bagi sesetengah model Ebiz).

Saya teringat seorang anak muda ni 2 tahun lepas. Dia hanya ada duit cukup-cukup sahaja di akaun banknya. Tapi atas dasar untuk belajar ebiz, dia gunakan juga duit tersebut untuk sertai satu workshop ebiz.

Kini, hasil pengorbanan itu, beliau sudah semakin berjaya sekarang. Bagaimana jika dia berdolak-dalik sampai sekarang? Sudah semestinya dia tak akan mencapai tahap yang memuaskan yang dia capai sekarang.

“Mereka Tak Bantu Aku!”

Adalah satu perkara yang amat memelikkan dan melucukan jika kita marah-marah dan kecewa jika tiada orang yang membantu kita. Sikap ini salah satu sebabnya ialah wujudnya mindset percuma tadilah. Semuanya mahu disuap-suap dan penuh dengan sikap bergantung harap.

Bahkan di dalam Al-Qur’an pun telah mengingatkan bahawa kita tak akan berubah ke arah kejayaan jika kita sendiri yang tidak berusaha ke arah itu.

Apabila kita suka menyalahkan orang (dalam bab tak membantu ini), biasanya kita semakin buta terhadap kekurangan diri kita. Sebaliknya, orang semakin nampak begitu rendahnya emosi dan tahap pemikiran kita. Akibatnya, orang bertambah bencikan kita.

“Bagaimana nak usaha kalau saya tak tahu??”

Sebab itulah di dalam Al-Qur’an pun juga berpesan, kalau tak tahu, tanyalah mereka yang berilmu. Pergi jumpa mereka dan belajar dengan mereka.

Kembalikan semula semangat orang dulu-dulu yang berjalan beribu-ribu batu untuk dapatkan secebis ilmu. Tapi kita sekarang ni tak perlu jalan kaki dah, sebab kita sekarang zaman IT dan serba maju. Internet ada, telefon ada. Lebuhraya pun ada. Termasuk tol. :D

Kesimpulannya, semuanya perlu bermula dari diri sendiri dahulu. Ada keinginan, ada daya usaha, tidak bergantung harap, mesti berdikari dan sebagainya. Kemudian barulah orang lain dapat membantu dengan mudah.

Bertuahnya Anda…

Sebenarnya anda yang baru nak mula ebiz ni amat bertuah. Sekarang ni macam-macam sumber rujukan ada. Blog, buku, ebook, personal training, seminar, bengkel… Fuuh, banyak betul. Masa saya nak start dulu, punyalah susah.

Jadi, manfaatkan baik-baik kemudahan yang ada sekarang. Semuanya bergantung kepada anda mahu atau tidak. Itu sahaja.

Kesimpulan

Anda boleh buat salah satu perkara berikut, tapi kalau semua lagi bagus:

1. Beli buku atau ebook berkaitan perniagaan internet

2. Sertai seminar, kelas atau bengkel perniagaan internet

3. 1-to-1 personal training (amat digalakkan)

Tip saya, dalami dulu asas ebiz. Apa itu ebiz dan bagaimana konsep asasnya. Kemudian fahami model-model ebiz yang ada. Kemudian pilih satu yang sesuai dengan diri dan masa anda. Selepas itu, carilah buku atau ebook khas yang berkaitan dengan model tersebut.

Kemudian sertai seminar atau jumpa seseorang yang boleh bimbing anda melakukan model perniagaan internet tersebut.

Dah ada ilmu dan dah faham, apa lagi, buat dan fokuslah sampai berjaya.

Ingat, jangan lompat-lompat bidang / model ebiz jika belum berjaya sepenuhnya.

Oh ya, sebelum terlupa, jauhi mereka yang menjanjikan kejayaan dalam masa yang singkat. Mereka adalah penipu besar!

Wassalam.

Incoming search terms:

  • bagaimana memulakan perniagaan
  • bagaimana blog internet
  • Bagaimana Cara Memulakan Perniagaan
  • bagaimana mula perniagaan
  • bagaimana nak memulakan perniagaan bengkel
  • cara memulakan perniagaan internet
  • cara mula perniagaan di blog
  • cara mula perniagaan internet
  • interview bersama pengusaha tadika

Zon Selesa: Keluar, Tapi Masuk Semula?

Ada orang kata, “keluarlah dari zon selesa”. Maksudnya, buat sesuatu yang kurang selesa atau yang kita rasakan ia sesuatu yang sukar. Atau dalam maksud yang lain, buat perkara yang ramai orang takut nak buat.

Ya, saya amat setuju. Rata-rata anda yang membaca blog ini pun adalah usahawan sepenuh masa. Melakukan perniagaan secara sepenuh masa adalah satu perkara yang amat luar biasa sekali. :)

Apa yang saya ingin perkatakan pada hari ini ialah, sikap mudah selesa para usahawan. Mereka telah keluar dari zon selesa, tapi mereka ‘masuk semula’ ke dalam zon itu.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Banyak sebab boleh terjadi…

Antaranya, seorang usahawan internet telah mengeluarkan satu produk dan sambutannya amat menggalakkan. Daripada satu produk itu pun dia berjaya mendapat pendapatan yang amat-amat lebih daripada cukup makan.

Lantas, dia amat berpuas-hati. Duit yang diperolehi digunakan secara rambang tanpa kawalan. Ya lah, dia amat selesa sekali dengan pencapaian dan pendapatannya itu.

Itu adalah salah satu contoh keluar dari zon selesa, tapi masuk semula..

Contoh lain pula ialah katakan seorang ni dia sudah tekad mahu melakukan bisnes. Tapi belum sampai pun di pertengahan jalan, dia sudah berputus-asa dan kembali berkira-kira mahu bekerja makan gaji.

Akhirnya, dia kembali semula ke zon selesa. Dia takut dan tidak yakin untuk melalui zon yang amat luar biasa itu. Dia tak mahu melalui liku-liku kegagalan.

Para usahawan semua,

Janganlah cepat rasa selesa. Kerana itu adalah sikap yang tidak sesuai untuk anda. Sebaliknya, usahawan perlukan usaha yang berterusan.

Sikap cepat berpuas-hati adalah musuh utama anda yang boleh membawa kepada kegagalan. Malah sikap sebeginilah yang menjadi penyebab besar anda berlengah-lengah dalam tindakan dan usaha.

Jangan mudah rasa selesa kerana esok belum tentu keselesaan itu masih ada di sisi anda. Jadi, awas!

Wassalam.

Incoming search terms:

  • apa maksud selesa
  • maksud selesa
  • maksud zon selesa
  • apa maksud berterusan dalam keusahawanan
  • apa maksudnya kurang selesa
  • apakah maksud zon selesa guru
  • makna keluar dari zon selesa?
  • maksud usaha yang berterusan usahawan
  • zon selesa maksud

Kenapa Pelancaran Sistem EzSurvey Ditunda? Dan Lagi Mengenai Pakej Rahsia 10K.

TERKINI: Produk ini telah dilancarkan. Sila ke laman web berikut:

http://malaysiasoho.com/ezsurvey
———————————————————————

Sekadar makluman ringkas.

Saya terpaksa menunda pelancaran produk ini kerana mulai esok (Jumaat) sehingga Sabtu (atau mungkin Ahad), saya terpaksa outstation. Ada hal sedikit yang perlu diselesaikan dahulu.

Saya tidak mahu tergesa-gesa melancarkan produk ini kerana bahagian Support amat-amat memerlukan saya semasa produk ini dilancarkan.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, salah satu aspek yang perlu ada pada awal pelancaran produk ialah persediaan yang rapi di samping bersiap-sedia untuk apa sahaja yang akan berlaku.

Dan alhamdulillah, penangguhan ini ada rahmat rupanya. Bermula malam hari Selasa sehingga petang Rabu, akses 3G Celcom tergendala (mungkin di kawasan saya je kot). Fuuh, kalau la pelancaran dibuat, sakit kepala saya dibuatnya.

Jadi bila Sistem EzSurvey akan dilancarkan? Tunggu saja berita daripada saya.

Jumpa lagi dan jaga diri baik-baik.

Harap maklum.

Yang benar,
SmartZuL

Info Terkini Pakej Rahsia 10K:

Harga Pakej Rahsia 10K telah pun dinaikkan kepada RM67.00. Bagi yang belum mendapatkannya, jangan bersedih. Soal harga, itu bukan soal penting kerana nilai formula dalam pakej ini lebih daripada itu.

Kalau anda masih tertanya-tanya mampukah formula di dalam panduan ini berkesan atau tidak, penulis ebook ini telah pun membuktikannya. Dalam hanya tempoh seminggu, mereka berjaya menjana lebih daripada RM10 ribu. Walaupun ia bukan keuntungan bersih, namun angka tersebut membuktikan segala rahsia, teknik dan strategi mereka amat menjadi!

perniagaan internet

Bayar RM67.00 untuk mempelajari strategi yang terbukti menjadi dan anda mampu menjana berganda-ganda daripada apa yang anda bayar.

Azizi Ali berpesan dalam sebuah bukunya, kalau nak betul-betul belajar rahsia kejayaan, guna cara berbayar. Tak percaya? Cuba baca 1000 buah ebook percuma dan anda pasti masih bertanya, “apa yang perlu aku buat?”. Sebaliknya, cuba beli satu ebook berbayar dari orang yang berjaya, sudah pasti anda akan berkata “Inilah yang aku cari!”.

Ikhlas saya katakan, di dalam bisnes, segala strategi seseorang usahawan tidak sama-sekali akan dibongkarkan begitu sahaja. Mengapa? Adakah mereka kedekut ilmu? TIDAK SAMA-SEKALI. Tak baik tuduh-tuduh. :)

Dalam bisnes, jika strategi dalaman diguna pakai oleh para pesaing kita, maka apa akan jadi? Ya, anda pasti keluh kesah bukan? Masakan tidak gelisah, pesaing anda guna cara sama macam yang anda guna.

Maka sebab itu untuk mendapatkan sesuatu formula atau strategi, anda mesti bayar. Ini adalah bertujuan agar market tidak terlalu tepu, persaingan tidak sengit dan strategi itu terus ampuh dan menjadi.

Sebab itulah juga ramai para usahawan Internet mengambil keputusan untuk buat duit senyap-senyap kerana dengan itu tiada pesaing akan tahu strategi sebenar mereka.

Salah satu kekurangan perniagaan di Internet ialah, sesuatu strategi itu amat mudah dihidu oleh para pesaing. Maka seboleh yang mungkin, para usahawan Internet masing-masing mahu melindungi “strategi ampuh” mereka. Kalau mereka kongsi pun, sudah pasti mereka akan kenakan caj.

Tidak perlu saya hurai panjang. Tapi anda akan angguk setuju jika anda adalah seorang usahawan Internet. Bisnes tetap bisnes. Soal kedekut ilmu tak timbul sama-sekali.

Bayangkanlah, amat ramai orang buat perkara sama seperti yang anda buat, sudah pasti persaingan akan menjadi terlalu besar dan sengit. Jadi, bayarlah RM67.00 untuk pakej ini untuk menjadi di antara pengamal strategi yang terbukti menjadi dan pastikan “keep it in secret”.

Jika anda telah membaca review yang saya lakukan sebelum ini, itu hanya baru sebahagian. Belum lagi disentuh komponen yang lain seperti teleseminar bersama Zamri Nanyan dan interview bersama 4 orang usahawan Internet. Malah, bonus-bonus yang diberikan pula, hmm, semuanya amat bernilai tinggi.

Saya sendiri pun pening juga memikirkan, apakah harga yang sesuai untuk pakej ini? Nilai kandungan di dalam produk ini amat-amat tinggi. Kalau di luar sana, produk sebegini boleh mencecah $97.00.

Saya Akan Review Sungguh-Sungguh…

Di kesempatan ini saya ingin nyatakan, segala review yang saya berikan untuk produk ini adalah ikhlas terus daripada hati saya. Kalau ada yang tertinggal, ia bukan disengajakan. Melakukan review sesuatu produk bukanlah kerja yang mudah. Silap review, marah tuan punya produk. ;)

Malah ingin saya nyatakan, untuk review sebelum ini, saya berfikir panjang, adakah review yang saya tulis itu betul-betul berguna dan adakah yang diulas itu betul? Saya cuba yang terbaik dan selebihnya anda buatlah keputusan sendiri.

Hakikatnya, yang saya dapat hanya wang komisen sahaja. Dapat wang itu, diguna dan kemudian habis. Berbeza dengan anda, memang perlu keluar wang, tapi anda dapat ilmu. Ia amat bernilai.

Di sebalik yang lain, saya tak dapat komisen pun tak apa. Saya amat gembira jika anda membeli dalam sedar selepas membaca ulasan saya. Itu sudah memadai bagi saya. Saya mahu review saya membantu anda untuk membuat keputusan membeli, sebaliknya bukan memaksa.

Daripada mempromosi suruh anda beli, lebih baik saya buat review dan anda baca. Kemudian, buatlah keputusan sendiri. Kalau anda beli, saya pun puas hati. Wang komisen yang saya dapat pun kira berbaloi lah.

Selepas ini, mana-mana produk yang perlukan review daripada saya, saya akan review (ulas) sebaik yang mampu saya lakukan. Saya akan nyatakan pro dan kontra, dan bukan hanya yang baik-baik sahaja. Saya sama sekali tidak akan mempromosikannya sahaja.

Sebab itu saya ni ‘lembab’ sikit mempromosikan produk orang lain. Saya suka menelaah dahulu dan kemudian buat review. Dan kalau sempat, saya akan cuba dahulu teknik yang dalam ebook tersebut.

Jika anda perhatikan mana-mana promosi saya, saya tak ada menyatakan “beli, beli, beli” sahaja. Sebaliknya saya lebih suka membantu anda membuat keputusan. Cara ini diguna oleh Frank Kern. Kalau ikut cara dia, dia tak suka paksa orang. Dia guna teknik yang natural.

Oh ya, sebut mengenai Frank Kern ni, kalau nak tahu sebahagian teknik dia tu, anda akan dapat audio interview dia secara percuma bersama Pakej Rahsia 10K. Saya dah dengar audio tu sebelum ni, memang wajib anda dengar. Teknik natural dia tu memang hebat.

Akhir sekali, bagi saya (jujur dari hati), Pakej Rahsia 10K adalah panduan perniagaan Internet yang terbaik buat masa ini di pasaran Malaysia. Anda bukan hanya dapat Ebook, malah audio dan video juga. Segalanya All-In-One. Saya tak kata ia lengkap, malah tak ada produk yang lengkap pun kat dunia ni.

Saya bagi 7 bintang daripada 5 bintang untuk produk ini. Saya jamin anda berpuas-hati. Namun syaratnya, anda perlu rela berusaha untuk dapatkan RM10,000 itu. Anda hanya perlu ikut saranan dalam panduan Rahsia 10K ini, dan selebihnya anda perlu usaha, fokus dan sabar. InsyaAllah berjaya.

Klik di sini untuk dapatkan Rahsia 10K. Tak perlu jadi hero untuk korek rahsia orang lain, panduan ini sudah bongkarkannya untuk anda. Jimat masa, tak pening kepala.

Kepada Labanon, rahsia-rahsia lain simpan dulu yer. :D

Wassalam.

Sistem EzSurvey: Akan Dilancarkan!

Produk ini telah dilancarkan. Sila ke laman web berikut:

http://malaysiasoho.com/ezsurvey

———————————————————————

Produk: Sistem EzSurvey
Kegunaan: Kaji Selidik Pasaran
Level: Basic. Tidak kompleks. Mudah digunakan.
Keperluan: Domain Name & Hosting (Wajib support PHP).
Harga: RM30.00 (RM20.00 untuk 100 pembeli pertama).
(Harga termasuk semua material + Hak Jualan Semula).

Sistem EzSurvey

Telah diuji-pakai oleh beberapa orang usahawan Internet.

“Sistem EzSurvey yang dibangunkan oleh Zul ini dapat membantu serta memudahkan tugas kita melakukan penyelidikan terhadap permintaan pasaran.

Sistem yang dibangunkan bukan sahaja mudah untuk dipasang malah dilengkapi dengan konsep yang bakal menguntungkan pengguna dalam melakukan aktiviti pemasaran di internet”.

Mohd Amirol,
www.WebJualan.com

.

“Saya dah test sistem tu. Wahhh.. senang sungguh zul. Tahniah. Memang simple sistem, tak perlu mahir programming”.

Mazlie Nadzri,
www.PanduanHTML.com

.

Kisah Mawi Di Awal Ebiznya

Klik di sini untuk download file PDF yang mengandungi satu cerita yang bertajuk “Aku Tak Tahu Nak Jual Apa!”. Ia mengisahkan si Mawi bersama dengan En. Dahlan mengenai cara menentukan produk yang boleh dijual di Internet.

Baiklah, pastikan anda mengikuti perkembangan produk ini. Doakan segalanya berjalan dengan lancar.

InsyaAllah.

ps. Untuk mengetahui kepentingan kaji selidik pasaran, sila baca artikel berikut: Rahsia Untung Besar Perniagaan Internet.

Ulasan Lengkap Pakej Rahsia 10K

Di dalam kesibukan saya sekarang, saya cuba luangkan sedikit masa untuk membuat sedikit ulasan terhadap produk Rahsia 10K, iaitu produk Team Flarebiz.com.

Salah satu sebab mengapa kebanyakan orang yang mempromosikan produk ini tidak mengulas panjang adalah kerana ia mengambil masa yang banyak. Ulasan saya ini pun mengambil masa lebih 3 jam untuk disiapkan!

rahsia10k

Produk ini adalah digital. Imej produk hanya gambaran sahaja.

Secara mudah, ia adalah satu panduan bagaimana untuk anda dapatkan RM10,000 melalui Perniagaan Internet. Apabila saya sebut perniagaan Internet, maka ia bermaksud bisnes. Ada urusan jual beli, ada urusan deal dengan JV Partner, dan macam-macam lagi.

Berbeza dengan buat duit. Biasanya ia adalah usaha satu hala. Ada produk, promosi secara agresif dan dapat duit.

Lain dengan perniagaan Internet pula, anda perlu ada perancangan, perlu ada kemahiran komunikasi, perlu ada pelbagai kelengkapan seperti perisian dan sebagainya. Ya lah, bisnes katakan.

Ok, berbalik kepada ulasan mengenai ulasan produk Rahsia 10K. Di dalam ulasan ini, saya hanya mengulas komponen utama produk ini sahaja iaitu:

1) Modul Case Study

2) Modul Praktikal

3) Plan 60 Hari

Saya tidak akan mengulas komponen yang lain seperti bonus, teleseminar dan interview bersama dengan 4 orang IM, sebab isi utama produk ini berada di dalam komponen utama tadi.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • rahsia 10k
  • perniagaan modal 10k
  • rahsia10k
  • contoh ulasan perniagaan
  • contoh ulasan case study
  • contoh ulasan mengenai perniagaan
  • modal bisnes 10k
  • pakej 10k
  • panduan nk tulis sales letter dalam getresponse

Produk Terbaru SmartUsaha.com :)

Cuma makluman sahaja.

Saya akan lancarkan produk terbaru dalam masa terdekat ini. InsyaAllah, paling lambat hari Isnin ini.

Ini sedikit serpihan daripada eCover produk:

produk perniagaan internet

Yang pasti bukan Ebook cara buat duit. Ia adalah “simple system”, tapi powerful. :)

Nak tahu apa? Saya akan maklumkan nanti.

Yang menarik, ia disertakan bersama hak jualan semula (Master Resell Rights). Ya, anda boleh jual semula. Sama seperti produk Panduan Mudah FTP, anda boleh memulakan jualan produk terbaru ini pada hari yang sama anda mendapatkannya. Menarik bukan?

Harap maklum.

p.s. Bagi anda yang ada Yahoo Messenger, boleh Add saya:

Id YM: ebizsmartusaha

Namun saya tidak mampu melayan Chat pada setiap masa walaupun saya Online. Cuma tinggalkan apa-apa pesanan di YM untuk makluman dan tindakan saya. Harap anda memahami. :)

Selain YM, saya juga ada Friendster dan MySpace:

Friendster: http://profiles.friendster.com/smartzul

[Emel: smartusaha[at]gmail.com]

MySpace: http://www.myspace.com/smartzul

Incoming search terms:

  • www saifulsham/ebookftp
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)