Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Bayaran Komisen Program Affiliate

Makluman kepada semua agen (affiliates) program Affiliate Pakej Kit Blogger dan PasaranLumayan.com. Bayaran komisen untuk bulan April-Mei telah pun dilakukan.

Untuk kali ini, semuanya mendapat satu jualan sahaja. Cuma, ada seorang agen yang gunakan empat username dan kesemuanya akaun ini mendapat satu jualan. Jadi, jumlah komisen untuk beliau adalah RM100.

Ingin saya nyatakan, setiap orang boleh menggunakan satu akaun affiliate sahaja. Selepas ini, jika ada agen yang menggunakan banyak id, komisen yang diperolehi tidak akan dikira tanpa sebarang makluman dan pertimbangan. Kiranya ini adalah peraturan terbaru.

Satu lagi peringatan ialah, JANGAN gunakan cara atau teknik yang salah (illegal) seperti spam (email spam, forum spam, Yahoogroups spam…). Saya tidak teragak-agak untuk delete akaun affiliate yang menggunakan apa-apa cara yang salah dan tidak beretika.

Saya sekarang sedang melakukan sedikit siasatan kepada beberapa id affiliate kerana kemungkinan besar mereka telah melakukan teknik spam. Saya harap, janganlah amalkan spam. Yang kena kesan negatif saya juga nanti. Sebab tu saya amat tegas dan tak akan bertimbang rasa dalam soal ini.

Apa pun, saya ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya menjana komisen pada kali ini. Teruskan usaha anda.

Program Affiliate Kit Blogger

program affiliate kit blogger

Cuma, kepada dikmal dan shah, sila update no. akaun bank anda di bahagian akaun affiliate agar saya dapat membuat bayaran komisen affiliate dengan segera. Berikut adalah link ke akaun affiliate Kit Blogger:

http://bloggingsteps.com/kit/agen

Program Affiliate PasaranLumayan.com

pasaranlumayan

Manakala untuk program affiliate PasaranLumayan.com pula, hanya tiga orang yang berjaya mendapat komisen yang mana masing-masing membuat satu jualan (RM25.00). Anda boleh akses ke akaun affiliate anda melalui link berikut:

http://www.pasaranlumayan.com/pro

Tambahan:

1. Pembelian melalui link affiliate sendiri tidak dibenarkan sama-sekali. Komisen yang dijana melalui pembelian link affiliate sendiri tidak akan dikira.

2. Affiliate yang ingkar dengan beberapa syarat yang ditetapkan, komisen akan dibatalkan tanpa sebarang notis. Jadi, lakukanlah dengan penuh beretika.

Terima kasih dan harap maklum.

Incoming search terms:

  • akaun
  • Program Affiliate membuat bayaran

Antara Diam dan Bercakap: Mana Satu Yang Terbaik?

Jika ada sesuatu topik, biasanya ada dua pendapat yang saling bertentangan. Satu kelompok kata A, dan satu lagi kumpulan akan kata B. Sampai satu tahap, jika kumpulan B tidak setuju dengan pendapat kumpulan A, maka akan timbullah perkelahian dan tidak puas hati.

Apa yang ingin saya perkatakan pada hari ini bukanlah mengenai perbalahan secara berkumpulan, tetapi kita (individu). Pada pendapat anda, yang mana satukah tindakan terbaik? Berkata sesuatu (pendapat) atau berdiam diri tanpa berkata apa-apa?

Kadang-kadang, timbul satu perasaan serba-salah. Kalau bagi pendapat, ada pihak yang berduka-cita dan terasa. Kalau tak bagi pendapat, maka mungkin lagi parah jika tidak turut memberi pendapat kerana kadang-kadang pendapat kita itulah jawapan yang boleh membantu.

Itu satu hal. Kadang-kadang, apa yang kita tulis sama ada di blog atau forum akan dianggap lain maksudnya oleh orang lain. Padahal kita maksudkan lain. Jadi adakah tanpa perlu tulis apa-apa adalah jalan terbaik agar tiada orang yang terguris hati?

Ya, memang tak semua orang kita boleh jaga hati mereka. Kita tidak mampu kerana semua orang mahu puaskan hati sendiri. Tapi persoalan di sini, yang mana satukah tindakan terbaik untuk dilakukan di dalam satu-satu keadaan? Bercakap atau berdiam diri? Kalau nak bercakap atau menulis juga, apakah cara yang terbaik?

Ada satu tip yang mungkin anda sudah tahu iaitu cara kita menulis, bercakap atau menyampaikan sesuatu pendapat. Si A dan B cakap benda sama, tapi si A cakap dengan nada yang marah-marah dan emosional. Si B pula cakap dengan relaks, profesional dan mengawal setiap patah perkataannya.

Pada anda, siapakah yang lebih mudah diterima? Biasanya orang jenis Si B tadi kerana beliau tidak emosional. Jadi itu satu cara untuk menulis atau mengatakan sesuatu iaitu cara kita menyampaikan.

NAMUN…

Tak semua perkara kita perlu sertai sekali. Orang kata, jangan nak menyibuk dengan perkara yang tidak perlu. Sebab ia adalah salah satu jerat yang memakan banyak masa anda, walaupun ia perkara yang baik.

Pendek kata, berfikirlah dahulu sebelum berkata-kata. Perlu atau tidak? Jika perlu, maka susunlah ayat-ayat yang ingin dikatakan dengan sebaik mungkin.

Namun perlu ingat. Sebaik mana pun ayat-ayat anda, masih tetap ada mereka yang tak akan puas hati. Maka di sinilah pentingnya anda mengawal emosi agar tidak tergelincir dengan ayat-ayat yang boleh mencalarkan nama dan kredibiliti anda.

Selain itu, dengan bersifat toleransi atau bertolak-ansur, insyaAllah tidak akan berlakunya pertikaman lidah. Walaupun pendapat orang lain tidak tepat, tetapi dengan bertolak ansur dan tidak memanjang-manjangkan perbincangan, maka pergaduhan boleh dielakkan.

Di dunia ini, anda tidak akan mampu mengawal semua hati manusia. Sebaliknya anda hanya mampu dan perlu berusaha sebaik yang mungkin sahaja. Orang suka atau tidak, itu bukan masalah anda, tapi ia adalah ‘masalah’ mereka…

Apa pendapat anda dengan topik kali ini? :)

p.s. Saya masih di kampung sekarang. Namun dengan talian Streamyx yang baru dipasang, kaki sedikit liat nak berangkat pulang ke Johor. Nenek saya pun nampaknya semakin sihat. Alhamdulillah.

Incoming search terms:

  • diam lebih baik dari berkata-kata

Asas Penting HTML

Secara asasnya HTML mentafsir dua jenis tanda kod iaitu tanda kod berkurung dan tanda kod tidak berkurung.

Di dalam tanda kod berkurung, data diletakkan di antara tanda pembuka dan tanda penutup dan tanda tidak berkurung, tiada data diperlukan.

Di bawah ini adalah tanda kod HTML yang selalu digunakan dan sangat penting.

asas html

Dan berikut adalah kerangka asas HTML yang wajib digunakan setiap kali di dalam membina laman web:

<HTML>
<HEAD>
<TITLE> </TITLE>
</HEAD>
<BODY>
</BODY>
</HTML>

Dengan sedikit penerangan di atas, anda tahu asas dan maksud tag (tanda) HTML yang penting.

——————————————————

Artikel ini disediakan oleh Mazlie Nadzri dari MazlieNadzri.com.

Dapatkan Panduan Laman Web Berkualiti dan Interview Bersama SmartZul di laman web di bawah :

http://www.mazlienadzri.com/sp/index.html

——————————————————

Incoming search terms:

  • kod- kod asas html
  • mazlie nadzri 5 asas perniagaan internet
  • mazlie nadzri 5 asas perniagaan internet index

Modal Percuma Pengiklanan PPC – Artikel 1

Google Adwords adalah salah satu kaedah pengiklanan yang paling berkesan di Internet. Ia juga dikenali sebagai Pay Per Click Advertising, iaitu bayar bila ada orang klik iklan. Namun, satu perkara yang perlu ada ialah modal (kos).

Kos pertama ialah kos pengaktifan akaun iaitu sebanyak $5.00 atau bersamaan RM20.00. Kemudian, kos lain ialah kos per klik (ppc). Satu klik, anda perlu membayar mengikut caj yang ditentukan oleh Google. Katakan 1 klik anda perlu membayar RM0.20, maka 100 klik bermakna anda perlu membayar sebanyak RM20.00. Jika 1000 kali, bermakna RM200.00.

Tidak semua orang mampu mengeluarkan kos yang tinggi untuk pengiklanan terutama mereka yang baru melibatkan diri di dalam perniagaan Internet. Malah, usahawan lama pun tetap mencari jalan bagaimana untuk berjimat-cermat.

ppc percumaUntuk itu, Naem dari DiariAdsense.com telah menyediakan satu panduan lengkap langkah demi langkah bagaimana untuk berjimat-cermat ini dengan langkah yang bijak.

Dengan beberapa kaedah yang beliau kongsikan di dalam Panduan PPC Percuma, anda mampu mendapat ‘modal’ percuma untuk pengiklanan Adwords.

Di dalam Panduan PPC Percuma ini, bukan hanya Google Adwords sahaja yang diterangkan, malah cara untuk mendapatkan kredit atau modal pengiklanan percuma dari Yahoo Search Marketing dan Microsoft Adcentre juga ditunjukkan kepada anda.

Kes Studi

Saya sekarang sedang cuba mendapatkan kredit percuma dengan kaedah 1 yang diterangkan dalam ebook panduan ini untuk akaun Google Adwords. Saya masih menanti hasilnya. Saya akan update di blog ini (artikel seterusnya) setelah saya mendapat hasilnya.

Jika anda berminat untuk mendapatkan panduan ini, sila klik di sini untuk ke laman web Ebook panduan ini.

p/s. Dengan mendapatkan Ebook ini, anda juga akan diberikan Panduan Asas Google Adwords termasuk cara mendaftar dan beberapa tip berkesan PPC.

Teknik Mudah Tarik Trafik Ke Blog

*Artikel ini saya ada juga masukkan di forum Wangcyber.com.

Bagi anda seorang usahawan internet, blog adalah salah satu nadi promosi dan pemasaran perniagaan anda. Begitu juga dengan saya yang mana saya telah mula berblog secara serius sejak tahun 2005 lagi.

Bagi sesiapa yang tiada blog, mungkin anda perlu berfikir sekali lagi akan keperluannya. Namun jika ia tidak sesuai untuk anda, maka jangan lakukannya. Ini adalah pesan pakar blog. If you can’t, don’t do it. Sebab once anda berblog, anda perlu berblog untuk jangka masa yg panjang at least setahun dua.

Ok, itu hanya mukadimah.

Di sini, saya hanya ingin kongsikan satu tip sahaja mengenai cara mendapatkan trafik dengan cara yang mudah ke blog anda.

Caranya ialah dengan menggunakan email marketing. Selain menggunakan RSS, SEO dan sebagainya, email marketing adalah salah satu teknik yang berguna juga. Logiknya mudah iaitu:

“Tak semua pembaca blog akan selalu ke blog anda. Jadi, anda perlu remind mereka dengan contact melalui emel”.

Ada pembaca tetap walaupun mereka selalu ke blog anda, namun kadang-kadang disebabkan sibuk, mereka tidak sempat masuk ke blog anda tersebut. Jadi, jika ada sesuatu yang menarik di blog anda, hubungi mereka melalui emel.

Cara untuk hubungi mereka melalui emel ada dua cara:

1. Terangkan secara ringkas mengenai artikel yang menarik itu di dalam emel anda.

2. Senaraikan artikel-artikel yang menarik di blog itu ke dalam emel anda. Contohnya, “3 artikel menarik di blog SmartUsaha.com” atau, “[[firstname]], 4 Artikel Berguna Untuk Perniagaan Anda!”.

Ingat kembali logik yang saya nyatakan di atas, tak semua pembaca blog kita akan selalu ke blog kita. Jadi kemungkinan (bahkan pasti) mereka tidak sempat membaca artikel yang lepas tersebut. Jadi dengan compile beberapa artikel dan senaraikan di emel, mereka boleh membaca artikel tersebut satu-persatu.

Tak Ada List..

Jika tak ada mailing list, maka binalah. Sekarang ni, jangan tunggu untuk menggunakan servis berbayar seperti Aweber dan Getresponse jika memang anda tak mampu. Gunalah skrip free yang begitu banyak di Internet. Saya dulu pun mula-mula guna yang free juga. Jadi tak ada alasan di sini untuk mengaplikasikan teknik email marketing ini.

Saya rasa, itu sahaja tip yang sempat saya kongsikan pada kali ini.

Semoga bermanfaat.

Incoming search terms:

  • letak script autoresponder pada squeeze page
  • PERNIAGAAN BLOG YANG SELALU DICARI
  • skrip percuma marketing
  • skrip percuma untuk marketing
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)