JV: Bukan Hanya Untuk Pelancaran Produk Baru
Friday, May 30th, 2008Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Apabila sebut JV terutama di dalam perniagaan internet, kita mesti akan terfikir terus di benak fikiran mengenai pelancaran produk baru. JV dengan pelancaran produk baru sudah sinonim di dunia Internet Marketing.
Namun, hakikatnya skop JV (Joint Venture) bukan hanya untuk melancarkan produk baru. Sebaliknya, ia lebih daripada itu. Skopnya teramat luas..
Hakikatnya, JV boleh digunakan untuk:
1. Pertukaran atau Perkongsian Kepakaran
Jika anda mempunyai kepakaran design dan usahawan lain mempunyai kepakaran copywriting, maka anda dan usahawan tadi boleh saling bekerjasama antara satu sama lain.
Caranya ialah anda berikan khidmat design percuma kepada mereka dan mereka pula akan berikan servis copywriting percuma kepada anda.
Atau jika anda tahu membina blog atau memasang sistem affiliate, anda boleh tawarkan kepada mana-mana usahawan lain dengan syarat mereka berikan atau melakukan sesuatu untuk anda.
Dalam perkataan yang lain, kita boleh panggil juga teknik ini sebagai ’sistem barter’ (pertukaran servis/produk).
2. Promosi Produk Sedia Ada
Ramai yang ingat bahawa teknik JV hanya sesuai untuk melancarkan produk baru sahaja. Padahal, JV juga sesuai untuk produk sedia ada.
Katakan selama ini anda mempunyai produk A, maka carilah beberapa orang usahawan untuk dijadikan sebagai rakan JV. Untuk lebih baik, buatkan secara konsisten di mana setiap rakan JV akan promosikan produk anda pada setiap bulan atau minggu.
Untuk tip kedua ini, saya lihat tak ramai yang melakukannya.
3. ‘Promosi Bersilang’
Dengan cara ini, anda dan rakan JV bekerjasama mempromosikan produk masing-masing.
Sebagai contoh, satu teknik yang biasa digunakan oleh usahawan internet ialah webinar. Webinar ini biasanya dilakukan oleh dua pihak usahawan internet.
Di akhir webinar, mereka promosikan produk mereka dan saling melengkapi antara satu sama lain. Contohnya, jika pembeli membeli produk usahawan A, mereka akan dapat diskaun 30% untuk produk usahawan B.
Mudah ceritanya, mereka saling menyokong antara satu sama lain dan inilah yang menambahkan lagi kekuatan promosi sesebuah produk.
Kesimpulan
Teknik JV bukan hanya untuk pelancaran produk baru atau sekadar memberi komisen semata-mata. Ia lebih daripada itu di mana kedua-dua pihak usahawan saling mendapat manfaat yang sama rata. Dah nama kerjasama kan? Sebaliknya bukan sekadar bagi komisen kepada rakan JV.
Atau untuk pelancaran produk baru, anda jangan hanya menawarkan komisen semata-mata. Sebaliknya, tawarlah juga sesuatu yang boleh memenuhi keperluan rakan JV anda atau memberi manfaat kepada mereka. Saya menyatakan perkara ini kerana kebanyakan para IM melakukan JV hanya berdasarkan kepada komisen semata-mata.
Usahawan Internet terutama yang telah berjaya terutama yang mempunyai list pada bila-bila masa boleh buat duit beribu-ribu ringgit. Mereka tak perlu tunggu mempromosikan produk baru orang lain pun.
Mereka lebih mahukan sesuatu yang boleh membawa perniagaan mereka jauh ke hadapan atau lebih berkembang. Setakat mahu dapatkan seribu dua, mereka boleh dapatkan dengan mudah (tak perlu tunggu komisen).
Fikirkan sesuatu di luar kebiasaan. Menawarkan wang komisen kepada rakan JV bukanlah sesuatu yang muktamad dan terakhir.
Daripada 95% jemputan JV yang saya terima, semuanya hanya menawarkan komisen semata-mata. Ini membuatkan saya berfikir panjang, perlukah menerima JV sebegini? Ini kerana saya boleh buat duit pada bila-bila masa sahaja kerana saya ada kemampuan. Saya mahukan lebih iaitu sesuatu yang boleh membawa perniagaan saya jauh ke hadapan.
Di dalam perniagaan, wang bukanlah segala-galanya. Memberikan wang kepada rakan JV bukanlah satu perkara yang terbaik bagi saya. Sebaliknya, jika kita berikan sesuatu yang boleh memajukan lagi bisnes rakan JV, maka itulah yang terbaik.
Tip Penting: Jika anda hanya tawarkan komisen semata-mata kepada bakal rakan JV, biasanya jemputan JV anda akan ditolak. Lagi-lagi mereka adalah Usahawan Internet Berjaya. Hanya mungkin kalau mereka terima adalah daripada rakan-rakan mereka sahaja. Tetapi mungkin tidak untuk usahawan yang mereka tidak kenali.
Saya berhenti di sini dahulu kerana dalam masa terdekat, saya akan publish satu lagi artikel bertajuk “Kesilapan BESAR Di Dalam JV”. Artikel ini amat penting jika anda mahu berjaya di dalam Joint Venture untuk perniagaan Internet.
Akhir kata, ‘lakukan sesuatu di luar kebiasaan’ jika keadaan mengizinkan.
Wassalam.
Popularity: 24%
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Apakah jumlah sebenar yang perlu dimiliki atau dihasilkan?

