Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Perniagaan Internet : Bagaimana Mengurangkan Beban Persaingan?

Saya ingin kongsikan dua cara bagaimana anda akan terus unggul di dalam bidang perniagaan Internet yang anda lakukan. Tiada pening kepala atau kerisauan akibat wujudnya pesaing yang amat banyak.

Strategi 1: Bina LIST Sendiri

Ya, ramai yang tahu perkara ini termasuk anda. Tapi, adakah anda sudah memulakannya? Jika belum, mulakanlah secepat yang mungkin. Dengan mempunyai senarai prospek dan pelanggan sendiri, anda bila-bila masa boleh menghubungi mereka terutama apabila anda mempunyai produk terbaru.

Kelebihan di sini ialah, anda tidak perlu bersusah payah sangat di dalam mempromosikan produk kerana sudah ada mereka yang bersiap-sedia untuk membeli produk anda. Dengan mempunyai senarai prospek sendiri, maka usaha penjualan produk (terutama produk baru) akan lebih mudah untuk dilakukan.

Seorang sahabat saya yang melakukan ebiz secara part time dalam tidak sedar sejak 1 tahun yang lepas telah berjaya mengumpulkan seramai hampir 1000 orang subscribers. Mungkin bagi anda ia sedikit, tapi anda perlu tahu sahabat saya ini tidaklah mempromosikan sangat blog dan ‘squeeze page‘ beliau.

Beliau sendiri pun pelik dengan hasil tersebut. Tapi saya memberitahunya, ia adalah hasil pengoptimasasian kata-kunci (SEO) untuk laman web dan blog tersebut. Memang beliau ada juga membuat iklan, tetapi tidaklah begitu kerap sangat.

Katakan beliau mempromosikan sebuah produk yang berharga RM20.00 kepada subscribers beliau itu dan seramai 20 orang membeli, maka beliau akan mendapat RM400.00 dengan begitu mudah. Kenapa mudah? Kerana beliau hanya perlu menulis satu emel dan send dengan sekali klik sahaja.

Saya berikan contoh sahabat saya itu untuk menyatakan bahawa, jikalau anda bermula mengumpul senarai prospek (bakal pelanggan) sejak setahun yang lepas, alangkah mudahnya kerja promosi produk anda. Tapi soalnya, adakah anda sudah bermula? Atau asyik menangguh? :)

Strategi 2: Ada Kepakaran Tersendiri

Apakah kepakaran anda? Ramai yang memandang remeh perkara ini. Anda perlu fahami bahawa, dengan kepakaran yang anda ada, selain anda mudah diingati di minda orang ramai, ia juga memberikan manfaat jangka panjang kepada usaha perniagaan anda.

Sebagai contohnya, anda pakar web design. Disebabkan kepakaran anda itu, ramai yang mengenali anda dan dengan itu anda juga mempunyai senarai pelanggan yang ramai.

expert!Kemudian, anda pun mengeluarkan pelbagai produk yang berkaitan atau tidak berkaitan dan anda tawarkan kepada bekas pelanggan anda tadi. Mereka beli atau tidak? Ya atau tidak, itu lain cerita. Tapi hakikatnya mereka telah mengenali dan meyakini diri anda. Mengapa? Kerana kepakaran web design anda itulah yang telah “mencangkuk” mereka agar kekal dan mengenali anda.

Cuba anda lihat usahawan-usahawan Internet yang berjaya. Ada yang pakar Viral Marketing, ada yang pakar Email Marketing dan sebagainya. Tapi itu hanya permulaan usaha perniagaan mereka. Kemudian mereka mula mengeluarkan pelbagai produk untuk dijual. Orang ramai beli atau tidak itu bukan persoalan besar, kerana apa yang mahu dinyatakan di sini ialah, mereka telah yakin, percaya dan kenal dengan usahawan tadi.

Bagaimana pula dengan anda? Apakah kepakaran anda? Pilih satu dan fokus. InsyaAllah anda akan terus kekal walaupun sehebat mana persaingan yang wujud. Kepakaran anda adalah kekuatan anda. Namun, pakar sahaja tidak cukup. Anda perlu berusaha “memasarkan” kepakaran anda tersebut sehingga diketahui ramai orang.

Saya tidak akan mengulas panjang mengenai aspek kepakaran ini kerana saya telah menulis mengenai hal ini di artikel “Perniagaan Internet: Menjual Kepakaran Anda“.

Kesimpulan

Banyak lagi strategi atau kaedah yang lain. Saya akan kongsikan di lain kali pula. Cuma untuk kali ini, sila tanya diri anda sendiri dua soalan berikut:

1. Adakah aku tahu apa kepakaran aku?

2. Adakah aku telah mula membina senarai prospek aku sendiri (LIST)?

Soal dan jawab untuk diri anda sendiri. :)

Jumpa lagi.

p/s: Saya sekarang sedang ‘sibuk’ menyiapkan produk-produk yang terbaru. Nantikan kemunculannya satu persatu.

p/p/s: ‘Task’ yang lain, saya akan update laman web Ebook Panduan FTP untuk para reseller (+ ada item special sikit). Siapa yang belum dapat ebook ni, memang rugi. :)

Rahsia Usahawan Berjaya..

Kebanyakan usahawan akan berasa tercabar, bahkan paling teruk mereka akan rasa putus asa apabila mereka mempunyai persaingan. Jika mereka menjual produk A, dalam masa yang sama ada juga usahawan-usahawan lain yang turut sama mengeluarkan produk yang lebih kurang sama.

Tetapi bagi seorang usahawan yang berfikiran jauh dan jelas matlamat ‘perjuangan’ hidupnya, mereka sama sekali tidak gentar dengan persaingan yang wujud. Bahkan mereka sama sekali tidak ambil kisah sangat dengan pesaing-pesaing mereka terutama pesaing yang berniat buruk dan jahat.

Bagi usahawan yang bijak pandai ini, prinsip mereka teramat mudah. Formula keusahawanan mereka semudah tambah tolak sahaja, tidak perlukan formula yang rumit-rumit. Bagi mereka, rezeki untung rugi adalah ketentuan ALLAH, bukan pesaing yang menentukan jatuh bangun mereka. Inilah kekuatan yang asasi: TAUHID.

Yang penting, mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh, menghargai kelebihan diri sendiri dan tidak terlalu membandingkan kekurangan diri dengan kehebatan orang lain. “Aku adalah aku. Hidup aku adalah perjuanganku”. Jadi, untuk apa mereka perlu menyusahkan diri sendiri semata-mata mahu lebih hebat daripada orang lain? Kerana bagi mereka, musuh yang paling dan sentiasa dekat adalah DIRI SENDIRI.

Mereka si usahawan yang bijak ini hanya mengutamakan perusahaan dan perniagaan mereka sahaja, di samping bekerjasama dengan usahawan-usahawan ikhlas yang lain terutama yang sama jalan dan matlamat.

Itu adalah prinsip dalaman. Anda sebagai usahawan perlu mempunyai prinsip yang kuat di dalam diri agar tidak goyah dengan segala cabaran yang datang. Dalam kes ini sebagai contoh, cabaran daripada pesaing dalam bidang yang sama. Biarkan pesaing anda itu melakukan kerja dan usahanya kerana mereka juga usahawan yang perlu mencari makan (rezeki).

Kemudian, fahami bahawa setiap orang sudah ditentukan untung dan ruginya oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan kefahaman ini, diri anda tidak akan gundah gulana atau tamak di dalam mengejar nama, harta dan populariti. Yang lebih penting adalah darjat di sisi Ilahi. Itu lebih bernilai untuk dunia dan akhirat sekaligus. Harta, kekayaan dan apa semua itu akan datang dengan sendirinya apabila anda berusaha dengan betul dan bersungguh-sungguh.

Kesimpulan

Jadi wahai usahawan yang sejati, usahlah dikau dirundung kesedihan kerana wujudnya persaingan yang sengit di dalam bidang perniagaanmu. Yakinlah dengan janji Ilahi di mana usahawan yang jujur dan beriman akan pasti berjaya di dunia dan akhirat.

Apakah lagi “senjata” yang paling kuat kalau bukan keimanan dan kepercayaan kepadaNya? Hanya itu sahaja kekuatan yang tidak boleh dinafikan kehebatannya. Tiada yang sebanding atau yang lebih hebat.

Wassalam.

ps. Selepas ini, satu artikel akan menyentuh mengenai dua strategi untuk anda mengurangkan ‘beban’ persaingan di dalam perniagaan Internet.

pps. Jangan lupa subscribe RSS blog ini. Nak dapat info direct ke emel anda pun boleh:

RSS Subscription

Dapatkan makluman artikel terkini terus ke emel. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma):

Lebih Baik Tidak Jual Dari Jual (Produk Fizikal)

Artikel ini ditulis oleh Sabri SaifulSham sebagai penulis jemputan di blog saya ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

========================

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Saya kerap kali berjumpa dengan orang yang berminat untuk menjual di Internet. Ada di antara mereka yang cenderung untuk menjual information product, dan ada juga yang berminat untuk menjual produk fizikal. Saya yakin, kebanyakan pembaca blog ini adalah dari salah satu golongan di atas bukan? :)

Sebenarnya sudah banyak informasi yang baik-baik di Internet mengenai panduan menjual dan menghasilkan produk digital, tetapi tidak banyak rahsia mengenai penjualan produk fizikal yang dihebahkan kepada umum.

Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, itu lumrah. Berbeza dengan produk digital yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi (sehingga lebih 95%), margin keuntungan produk fizikal adalah cukup rendah sekali secara relatif (kurang 25%). Itu belum ditolak dengan “Safety Net” yang sangat-sangat diperlukan untuk menampan penipuan yang menjadi salah satu risiko penjualan produk fizikal di Internet.

Dalam keadaan margin yang rendah ini, segala rahsia yang dikongsi akan mengakibatkan persaingan yang “brutal” sehingga menyebabkan anda tidak untung dan boleh kerugian. Sebab itulah kebanyakan penjual produk fizikal di Internet tidak banyak cakap dan low profile, terutama mengenai pasaran mereka dan supplier mereka. Jadi nasihat saya, jika anda terjumpa apa-apa rahsia yang bagus dalam aspek penjual produk fizikal, catat dan simpan baik-baik. Good informations hard to come by. Bukan tidak mahu berkongsi, tetapi itu adalah realiti… :)

“Ok, apakah rahsia yang anda ingin kongsi sekarang? Jika tidak ada rahsia saya malas baca”.

Baik, baik… Pertamanya, saya tidak akan cakap bahawa apa yang saya akan kongsi ini rahsia. Tetapi ia relatif dan fundamental penting. Anda perlu tahu sebelum menjual apa-apa produk fizikal di Internet.

Apabila anda ingin menjual produk fizikal, faktor anda mendapat produk pada harga yang murah tidak sepenting kualiti produk yang anda jual.

Ramai orang excited ingin menjual “product ABC” kerana beliau mendapat harga murah dari pasaran. Dan mereka memasuki dunia produk fizikal di Internet dengan mindset tersebut tanpa boleh diubah atau mahu berubah untuk menjual produk lain.

Pap! Jika anda berbuat demikian, ketahuilah bahawa anda sebenarnya telah memasuki perangkap tikus.

Contoh yang saya berikan, pemain MP3.

Pemain MP3 ini ada banyak julat harga, dari yang murah sehinggalah yang mahal. Yang murah adalah seperti pemain MP3 generic yang boleh didapati pada harga RM 80 di Low Yat, dan yang mahal adalah seperti jenama Ipod, Zune dan Creative Vision yang boleh mencecah ribuan ringgit.

Jadi, jika anda mendapat supplier MP3 pada harga RM 40 seunit, anda jangan cepat melompat untuk menjual MP3 player tersebut. Itu belum tentu menguntungkan anda untuk jangka masa panjang dan bijak untuk dilakukan.

**********************************

Adakah anda ingin membina kedai online sendiri? Jangan buat apa-apa
sebelum menonton video 40 minit PERCUMA ini dahulu
.

**********************************

Pertama, pernahkah anda menggunakan MP3 player tersebut? Kebanyakan penjual mewar-warkan hakikat bahawa MP3 player (ada yang look alike pun), sama seperti produk berjenama yang lain. Cuma yang berbeza adalah yang ini murah sebab tiada brand.

Sebenarnya tidak begitu. Dari pengalaman saya sendiri, MP3 player yang berjenama bukan sahaja menang dari gaya dan jenama, tetapi juga dari kualiti. Saya pernah membeli MP3 player murah dari beberapa jenis semata-mata kerana harganya murah. Semuanya saya pakai tidak lebih 3 bulan.

Kualiti bunyinya yang terlalu banyak “noise”, earphone yang tidak selesa dan ketiadaan beberapa fungsi penting yang tidak diappresiasi selagi tidak digunakan (playlist, equalizer).

Setelah fed up dengan jenama-jenama murah ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk membeli jenama yang lebih mahal dan established (Creative). Adushh! Saya mengetuk-ngetuk kepala. Saya memberitahu rakan-rakan saya, barulah saya tahu kenapa orang memilih jenama! Bunyinya lebih sedap, jelas di telinga dan tidak sakit gegendang di buatnya.

Selepas dari itu saya bertekad tidak berminat (dan sekaligus tidak menjual) produk elektronik yang tidak berjenama lagi. (Btw, ini hanya satu kisah, kualiti vs harga, saya ada banyak lagi…). Kualitinya dengan produk berjenama seperti langit dan bumi. Satu hakikat biasanya yang tidak mahu diakui penjual barangan tersebut. Tetapi anda sebagai pengguna, boleh sahaja bezakan. Cuba try sendiri produk berjenama lawan kepada produk tanpa jenama tersebut (produk elektronik ya, bukan pakaian).

Apa yang terjadi apabila anda menjual produk murah dengan kualiti kurang ini? (bukan tiada, tetapi kurang). Akhirnya, anda akan mencipta brand murah di minda pelanggan anda. Anda akan terpaksa berterusan bersaing pada harga, ambil satu shipment demi satu shipment (tidak berterusan kerana anda tidak pasti demand) dan sentiasa berada di bawah tekanan kerana anda tidak pasti sales anda bagaimana.

Respons customer, repeat customer? Negative!

Apabila pelanggan anda tidak berpuas hati dengan produk anda, maka sampai bila-bila pun penjual akan mengalami masalah untuk menjana pendapatan tetap di Internet kerana anda kena sentiasa mengulang dengan intensif promosi untuk menarik pelanggan baru. Pelanggan lama? Mereka tidak mahu kerana produk anda berkualiti.

Dan akhir sekali, siapa kata anda tidak boleh menjual produk berjenama yang berkualiti pada harga murah?

Macam mana anda tanya?

Waduh… bukankah saya katakan tadi, bukan semua rahsia boleh dibongkar! :D Tetapi sekadar untuk berkongsi, adalah lebih baik untuk untung RM200 dari jualan produk berjenama yang berkualiti dari RM40 untuk 5 unit produk yang tidak berkualiti. (walaupun jumlah jualan berkurang, keuntungan masih sama, itu yang jelas. Keuntungan yang tidak jelas, itu lebih lagi). :)

Kesimpulannya, untuk mula menjual di Internet, produk fizikal mahupun digital, anda perlukan ilmu perniagaan “long term” nya. Tidak semestinya anda mendapat sumber yang bagus pada harga yang bagus, anda telah berjaya. There’s more to it that what meet the eyes kata pujangga orang putih.

Oh ya, jika anda mahu menonton sebuah lagi video sepanjang 40 minit yang membicarakan mengenai satu lagi aspek penjualan produk fizikal, iaitu pembinaan kedai online (video PERCUMA), klik di sini.

=====================================================
Sabri H. A adalah pengasas bersama SaifulSham Consultants
(www.SaifulSham.com), portal keusahawanan #1 Malaysia dan
juga penulis buku bestseller Rahsia Buat Duit Dengan Internet.
=====================================================

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)