Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tiga Berita Terkini!

Berita 1: Team SaifulSham telah pun melancarkan Ebook Sistem Kedai Online. Saya telah pun membaca ebook tersebut (setebal 156 m/s!) dan sudah semestinya ia langkah demi langkah. Ebook ini amat sesuai bagi anda yang tiada asas teknikal di dalam membina kedai online anda sendiri.

zencart.png

Khas untuk yang membeli melalui link ini, anda akan diberikan satu bonus bernilai $37.00 iaitu “Minisite Made Easy With DreamWeaver”. Anda boleh lihat ecover bonus ini di sini:

http://smartusaha.com/sko/bonus.html

.

Berita 2: JomSeminar.com telah pun membuka pendaftaran untuk seminar satu hari mereka. Seramai lima orang pakar usahawan Internet Malaysia akan bergabung tenaga untuk membantu anda menjana pendapatan di Internet.

Kata mereka, konsep seminar mereka ialah setiap jenis ilmu hanya akan diajar sekali sahaja bagi satu sesi seminar. Bermaksud ia tidak akan diulang lagi pada seminar di kali yang lain.

Lima orang pakar tersebut ialah Alang, Fuad Latip, Syed Ikhwan, Gobala Krishnan dan juga seorang lelaki misteri iaitu Yusry (bukan Yusry KRU ok!). Kelima-lima pakar ini mempunyai bidang ilmu masing-masing. Tak perlu saya ceritakan di sini kerana anda boleh dapatkan maklumat di laman web JomSeminar.

klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan

.

Berita 3: Saya ada buat satu Quick Sale terhad untuk 4 orang sahaja. Sila ke forum WangCyber.com untuk melihat tawaran tersebut. Khas untuk mereka yang belum mempunyai Pakej Kit Blogger dan Video Panduan Upgrade Blog Wordpress.

Harap maklum.

Bisnes Ebook Dah Tak Relevan!

*Artikel ini saya tulis untuk forum WangCyber.com sebenarnya..

Bisnes Ebook Dah Tak Relevan?

Hajat nak letak tajuk “The Death Of Ebooks”, tapi guna je lah tajuk yang sedang diguna oleh Team Flarebiz di majalah IM. Mudah sikit anda semua nak faham apa ‘isu’ sekarang.

Adakah ebook masih relevan di masa kini?

Bagi saya, soalan ini tidak patut ditanya, tapi amat bagus untuk diperbincangkan, disenaraikan idea dan pandangan oleh para usahawan ebook.

Konsep asas bisnes ebook adalah bukan “i jual you beli”. Itu bukan bisnes. Ramai yang kata dia buat bisnes internet, tapi yang dia buat hanyalah make money iaitu jual ebook semata-mata. Buat duit biasanya untuk jangka pendek sahaja. Berbeza kalau buat bisnes, boleh bagi keuntungan jangka panjang.

Bisnes ebook yg sebenar ialah:

1. Kita ada ebook sendiri (unik). Bukan ebook MRR, RR atau PLR, tapi kita tulis dan hasilkan sendiri. Ini baru boleh dikatakan sebagai produk sebenar. MRR apa semua tu hanyalah sebagai produk sampingan sahaja, bukan produk utama bagi perniagaan. Ebook sendiri adalah satu aset bagi kita, harta kita. Hakciptanya adalah milik kita.

2. Ada senarai pelanggan dan prospek (list of buyers & prospects). Bila-bila masa sahaja kita boleh hubungi mereka untuk promosi ebook kita. Senarai pelanggan inilah sebenarnya nadi kepada sesebuah perniagaan. Cuba tengok perniagaan offline, kebanyakan pelanggan mereka adalah pelanggan yang sama. Mereka jaga betul-betul pelanggan sedia ada mereka.

3. Ada banyak produk terutama yang sama bidang. Kalau dah ada (jual) ebook pasal resepi satay, apa lagi resepi masakan yg lain yg boleh dijual? Ini dipanggil sebagai ‘product positioning’. Sebagai contoh, saya tahu banyak pasal blogging. So selepas ini, saya akan banyak keluarkan ebook mengenai blogging.

Salah satu tujuan perkara ini ialah agar kita ada fokus dan dapat memanfaatkan senarai pelanggan sedia ada. Kalau buat pasal topik lain, maka anda perlu bermula dari zero semula untuk market tersebut. Tapi tidak untuk market yang sedia ada anda masuki.

4. Ada produk back-end. Ini rahsia besar dalam ebiz. Back-end secara mudah bermaksud kita tawarkan produk lain kepada pembeli sedia ada. Ada orang pertikai jual ebook murah tak bagus. Tapi hakikatnya tujuannya ialah untuk dapatkan list of buyers. Then selepas tu boleh follow up dengan produk yang mahal sikit.

5. Ada produk high ticket (harga tinggi). Contohnya coaching program, seminar, bengkel, talk dan sebagainya. Ini adalah kemuncak di dalam usaha perniagaan anda. Jadi, ebook adalah sebenarnya jambatan kepada produk high ticket tersebut.

Perkara 3, 4 dan 5 di atas dipanggil sebagai marketing funnel. Bermula menjual ebook yang murah, jual harga medium dan akhirnya harga tinggi. Marketing funnel ni ia berbentuk piramid (atas ke bawah).

Saya senaraikan 5 perkara itu sahaja dulu. Saya tak kata ia lengkap. Banyak lagi aspek lain yang perlu diambil kira untuk mengatakan anda benar-benar buat bisnes internet. Jadi, hati-hati. Jangan anggap anda buat bisnes selagi anda belum pasti adakah anda betul-betul buat bisnes?

Kesimpulan yang dapat saya katakan ialah, ebook akan tetap relevan sampai bila-bila. Mereka yang mengatakan ebook ini sudah tak relevan sebenarnya mereka tak faham apa itu bisnes ebook. Sorry to say, tapi ini hakikatnya. Mereka bermain dengan bayang-bayang sendiri.

Mereka tak faham konsep marketing funnel. Maka sebab itu mereka tak yakin dengan ebook. Ebook itu selain dapat ‘buat duit‘, ia juga dapat dijadikan sebagai platform untuk membina jenama dan juga membawa customer untuk servis atau produk lain yang lebih tinggi bayarannya.

Malah, mereka juga tak ada keyakinan di dalam bisnes ebook. Takut takut dan ragu ragu. Semuanya bermain dengan fikiran sendiri (konflik dalaman). Pesanan saya, jual je lah. Kalau tak ada orang beli, buat kajian kenapa takde orang beli. Kat situ bertambah lagi pengetahuan kita dalam aspek marketing.

Banyak lagi sebab ebook tak laku dan tak dapat saya senaraikan di sini satu persatu. Cuma tiga perkara untuk pastikan ebook laku ialah:

1. Topik ebook ada permintaan – Ini wajib
2. Kadar conversion rate laman jualan adalah tinggi
3. Trafik ke laman jualan mesti tinggi dan targeted

Di luar sana, ramai yang mahukan bantuan anda. Dan dengan ebook lah salah satu cara untuk membantu mereka. Saya banyak terima emel dan SMS pasal ebiz dan perkara teknikal. Dari dulu sampai sekarang, tetap ada orang baru dalam market yang anda ceburi. Market ebiz ke, market masakan ke, market hosting ke, permintaan tetap ada..

Tapi, anda perlu faham konsep supply & demand juga. Kalau permintaan ada, tapi persaingan banyak, maybe tak profitable nak masuk bidang / pasaran tu. Tapi tak semestinya tak boleh sebab nak seribu daya. Di sinilah peri pentingnya keunikan produk dan jenama (brand) perniagaan dan diri anda sendiri.

Soal marketing pun salah satu sebab ebook tak laku. Ebook tu bagus, tapi cara marketing tak efektif dan tak begitu bagus. Itu belum lagi nak cerita mengenai strategi keusahawan si usahawan tersebut. Macam mana hubungan dia dengan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada? Dia menjual atau buat bisnes dengan pelanggan?

Untuk kejayaan jangka panjang, anda ‘jangan menjual’, tapi buat bisnes. Bisnes ni bermaksud, wujudkan hubungan baik dengan pelanggan (bukan hubungan sulit ok!). Jangan hanya takat ‘aku jual kau beli then habis’. Itu bukan bisnes. Dengan wujudnya hubungan baik, mereka tak anggap anda sebagai seorang penjual atau salesman. Tapi mereka anggap anda seperti seorang kawan.

Akhir kata, ebook akan tetap laku sampai bila-bila. Kalau anda usahawan internet atau usahawan informasi yang serius, jangan sesekali mengatakan ebook sudah mati, tak laku, tepu atau dah tak relevan. Kalau anda kata begitu kepada pakar infopreneur, anda akan malu besar dan mereka akan ketawa besar kepada anda.

Industri informasi akan terus berkembang maju selari dengan permintaan setiap masa dan zaman. Kita sebagai usahawan hanya perlu mengikut permintaan pada masa tersebut. Sebab itulah kena buat market research dan mengikuti perkembangan semasa.

Ini adalah pandangan peribadi saya dan saya tetap yakin ebook tetap laku bak pisang goreng panas jika kena caranya. Ingat, manusia mahukan kesenangan, kekayaan, ketenangan, keselesaan, sihat, cergas, mudah dan sebagainya. ANDA sebagai usahawanlah yang boleh memenuhi kehendak mereka itu. Salah satunya adalah melalui ebook.

Dengan penerangan ringkas saya di atas, semoga anda terus bermotivasi untuk berbisnes ebook. Jangan buat macam-macam alasan lagi!

Wassalam.

Keuntungan Vs Kredibiliti : Teori Kredibiliti SmartZul

Untung dulu atau kredibiliti dulu?

Masing-masing usahawan ada prinsip tersendiri mengenai persoalan ini. Tapi pada kali ini, saya mahu buktikan bahawa kredibiliti adalah lebih utama daripada keuntungan melalui “Teori Graf SmartZul” ini:

teori smartzul

*Nilai yang mendatar adalah kredibiliti dan nilai menegak ialah keuntungan.

Cuba anda perhatikan garisan (1). Ia bermaksud, semakin hari, minggu, bulan dan tahun, kredibiliti semakin meningkat. Tetapi keuntungan tidak besar. Usaha utama yang dilakukan dalam tempoh ini ialah pembinaan jenama dan kredibiliti.

Sebaik sahaja usahawan tersebut mempunyai kredibiliti (dikenali dan dipercayai), maka dengan mudah graf keuntungan dapat ditingkatkan dengan begitu mudah. Perhatikan garisan (2), (3) dan (4), iaitu keuntungan semakin meningkat.

Maksudnya di sini, akibat daripada kredibiliti usahawan tersebut, maka tidak menjadi masalah untuk beliau mendapat keuntungan tinggi bagi sesuatu jualan produk.

Kes Studi

Untuk membuktikan teori ini betul, maka saya jadikan diri saya sendiri sebagai contoh.

Sejak tahun 2005 (pertengahan), saya mula berblog dan mengaktifkan diri di dalam membantu orang lain membina dan melakukan Ebiz. Saya banyak memberikan material percuma terutamanya Ebook.

Perniagaan Internet utama saya pada tahun 2005 dan 2006 ialah web design dan beberapa servis yang lain seperti pemasangan sistem Affiliate. Saya juga ada menjual CD perisian (Linux).

Saya meneruskan ‘amalan’ memberikan ebook percuma terutama pada tahun 2006 sehinggakan ada orang yang ‘mengeluh’, “Bila la Zul nak keluarkan Ebook berbayar? Kami ada duit nak bayar Zul”.

Malah sahabat saya di Penang ‘kagum’ apabila kawan dia memuji-muji saya sebab saya banyak berkongsikan ilmu. Dia kagum sebab dia adalah sahabat serumah dan sekuliah dengan saya.

Selain saya menulis di blog dan aktif di forum, saya juga membina LIST saya sendiri. Dengan list itu, saya tidak promosikan produk sangat, tapi saya banyak berkongsi berita dan khabar terutama mengenai perniagaan Internet.

Jadi, dengan memberikan ebook percuma, aktif di forum, menulis di blog dan menghubungi subscribers, maka sedikit demi sedikit ‘graf’ kredibiliti saya bertambah.

Saya lakukan perkara ini sehinggalah saya mengeluarkan produk saya yang pertama iaitu Pakej Kit Blogger (November 2006). Dan hasil dalam minggu pertama adalah dalam 4 angka tanpa menggunakan rakan JV atau program affiliate. Promosi produk ini lebih bergantung harap kepada kredibiliti yang saya ada. Teknik promosi produk ini yang saya gunakan ialah blog, List dan forum.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Tip Penting Penulisan Ebook: Perkataan Trademark

Jika anda seorang penulis ebook, salah satu perkara penting yang perlu anda ambil serius ialah penggunaan nama trademark (tanda niaga) atau nama rasmi perniagaan sesebuah pihak.

Contohnya ialah seperti KFC, McD, Microsoft, Macromedia, Nokia, Compaq, Pos Malaysia, Maybank, MySpace, Google, Yahoo, MSN dan sebagainya.

Tip 1: Elakkan menggunakan nama-nama sebegini untuk tajuk ebook anda. Contohnya seperti “Rahsia Maybank” atau “Buat Duit Dengan Maybank”. Jangan sesekali melakukan kesalahan ini kerana silap hari bulan, anda boleh disaman kerana menggunakan nama mereka tanpa kebenaran.

Saya bukanlah pakar trademark atau undang-undang berkaitan, tetapi adalah lebih bagus dan menenangkan jiwa jika kita bebas daripada menggunakan nama pihak lain. Mungkin ia boleh, tetapi kita tidak tahu polisi pihak terbabit akan berubah pada bila-bila masa. Jadi anda akan menghadapi masalah di dalam mengubah semula tajuk ebook anda.

Namun, jika anda masih berminat untuk menggunakan nama trademark ini bagi ebook anda, sila hubungi pihak mereka untuk kepastian dan penjelasan.

Tip 2: Jika anda menggunakan nama trademark di dalam ebook anda, cara penulisan yang betul ialah dengan meletak tanda niaga TM atau ®. Contohnya, ebook anda mengenai panduan Adobe Photoshop. Cara penulisan yang betul ialah Adobe® Photoshop®.

Kemudian, seboleh yang mungkin, jika ebook anda berkaitan atau ada menyentuh mengenai produk-produk pihak sebegini, anda perlu membuat penafian di awal ebook anda dan juga di laman web anda.

Beritahu kepada pembaca anda bahawa anda tiada kaitan dengan pihak berkaitan. Imej, logo dan nama trademark yang digunakan hanya sebagai rujukan sahaja sebagai tujuan pembelajaran.

Tip 3: Penggunaan logo trademark / perniagaan bagi produk. Anda tidak boleh meletak logo-logo pihak berkaitan di produk berbayar anda. Sebagai contoh, anda meletak logo Adobe, Microsoft, Maybank dan sebagainya di ebook cover anda. Perkara ini sama sahaja seperti penggunaan nama trademark bagi tajuk ebook.

Untuk perkara ini, anda boleh menghubungi pihak pemilik tersebut untuk mengetahui cara penggunaan yang betul. Sebagai contoh, Adobe ada menggariskan syarat di dalam penggunaan logo. Hatta untuk logo download Adobe Reader pun ada syarat penggunaannya. Mereka ada berikan panduan di sini:

http://www.adobe.com/misc/linking.html

Tip 4: Penggunaan nama trademark untuk nama domain. JANGAN lakukan perkara ini. Katakan anda ada menulis satu ebook berkaitan dengan resepi ayam goreng. Dan anda pun mahu menggunakan nama domain ayamKFC.com untuk laman web jualan ebook anda. Ini adalah salah di sisi undang-undang. Begitu jugalah untuk apa sahaja nama yang statusnya ialah trademark.

Perkara-perkara atau larangan sebegini adalah penting untuk anda walaupun jika sekali lihat ia sedikit ‘menyusahkan’ anda. Tujuan utama larangan atau syarat ini adalah bagi memastikan pembeli produk anda tidak keliru dan sudah tentunya ia salah di sisi undang-undang.

Jika anda pemilik trademark, maka anda mesti faham mengapa larangan sebegini wujud. Katakan nama trademark anda ialah “ABC”. Kemudian ada pihak yang menggunakan nama tersebut dan mendapat keuntungan berpuluh-puluh ribu ringgit. Tetapi anda hanya dapat ratus-ratus sahaja. Rugi bukan?

Tujuan trademark ialah untuk penjenamaan produk. Kalau jenama anda disalah-gunakan oleh orang lain, maka tiada gunalah anda membayar ribuan ringgit untuk mendapatkan status trademark bagi produk anda. Maka dengan kefahaman ini, maka kita jelas, undang-undang ini diwujudkan bukan untuk menyusahkan sesiapa.

Anda tetap boleh menggunakan apa-apa nama dan logo trademark jika anda mendapatkan kebenaran daripada pihak pemiliknya sama ada secara percuma atau perlu membayarnya (licensing).

Sama halnya dengan menjual ebook orang lain tanpa kebenaran yang salah di sisi undang-undang. Anda tiada hak menjual ebook orang lain tanpa kebenaran. Maka sebab itulah wujudnya konsep Resell Rights iaitu konsep licensing.

Maksudnya, jika anda mahu menjual sesebuah ebook orang lain, maka anda perlu mendapatkan lesen iaitu hak untuk menjual daripada pihak penulis atau penerbit ebook. Jangan salah faham pula. Hak anda hanya menjual, sebaliknya bukan hak pemilikan produk. :)

Begitu jugalah dengan jenama trademark. Ada perlu mendapatkan lesen daripada pihak berkaitan untuk menggunakan tanda niaga mereka bagi tujuan komersil.

Kesimpulan

Artikel ini hanya merujuk kepada ebook atau apa-apa produk berbentuk komersil sahaja. Untuk produk percuma atau komuniti open source, saya tidak pasti macam mana.

Belajarlah sedikit demi sedikit mengenai trademark, hakcipta dan undang-undang yang berkaitan. Pengetahuan sebegini amat susah untuk kita temui di dalam bahasa Melayu dan amat terhad. Maka sebab itulah berleluasanya jenayah cetak rompak. Sebaliknya, banyak konsultansi berbayar untuk perkara sebegini.

Pihak kerajaan mahupun swasta haruslah mempergiatkan lagi penyebaran ilmu mengenai perkara ini agar rakyat Malaysia lebih tahu apa yang patut. Saya tahu, sudah ada pihak yang telah mewujudkan program yang berkaitan. Baguslah..

Saya pun masih terus belajar dan jika ada kesilapan di dalam artikel ini, anda boleh betulkannya di ruangan komen.

Harap maklum.

Contoh Rujukan: http://www.adobe.com/misc/trade.html

Majalah IM Edisi Ke-3 Telah Terbit!

Hanya pengumuman ringkas sahaja.

Majalah IM versi ke-3 telah pun diterbitkan oleh Team Flarebiz.

majalah IM

Pada edisi kali ini, banyak artikel yang menarik untuk anda baca. Tetapi isu utama kali ini ialah mengenai perniagaan Ebook, masihkah relevan? Malah yang menarik juga ialah, pada edisi kali ini disertakan bersama satu audio interview bersama Gobala Krishan, iaitu usahawan Internet Malaysia yang berjaya di dalam model produk digital.

Anda boleh download edisi terkini ini dan juga edisi yang lepas di laman web MajalahIM.com.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)