Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

567

Kemahiran Penyelesaian Masalah

Dah Berpindah…

Saya baru sahaja selesai berpindah rumah. Kerja-kerja pemindahan barang dilakukan pada waktu malam sampailah tengah malam. Rumah baru dekat sahaja dengan rumah lama, jadi tak lah rasa keletihan sangat perjalanan tu. Cuma, seperti biasa, badan sedikit letihlah.

Sekarang, saya hanya menggunakan Celcom 3G. Kira Ok lah coverage 3G di JB ni (dapat HSDPA). Alhamdulillah.

Kemahiran Kendiri

Baiklah, pada hari ini saya ingin menyatakan sedikit “masalah” yang dihadapi oleh kebanyakan orang terutama newbie. Tidak kisah siapa anda sebenarnya, anda perlu ada tiga sifat pada diri sendiri:

1) Belajar
2) Bertanya
3) Usaha/Ikhtiar

Katakan anda telah membeli Ebook dan kemudian tidak faham dengan beberapa langkah di dalam ebook tersebut. Kemudian, anda pun bertanya. Penulis ebook tersebut lantas menjawab persoalan anda dengan baiknya. Namun, anda tanya lagi dan tanya lagi tatkala ada persoalan dan masalah.

Bertanya boleh, tapi apabila sampai satu peringkat, sifat bertanya itu sudah tidak begitu sesuai untuk diutamakan. Jikalau anda memanjakan diri anda dengan hanya bergantung harap kepada orang lain, anda tidak mampu untuk ‘survive’ dalam sesuatu usaha yang dilakukan.

Selain belajar dan bertanya, anda perlu mempunyai kemahiran penyelesaian masalah secara kendiri. Anda perlu tahu bagaimana untuk mencari sesuatu maklumat dengan pelbagai kaedah selain bertanya. Salah satunya ialah dengan menggunakan enjin carian seperti Google.com.

Ebook atau pembelajaran yang anda perolehi daripada seseorang hanyalah satu medium atau kaedah. Begitu juga dengan bertanya kepada mereka. Namun, anda juga perlu lengkapkan diri anda dengan kemahiran penyelesaian masalah.

Jika anda tidak mempunyai kemahiran ini, anda tidak akan bertahan lama di dalam sesuatu usaha. Ya lah, semuanya mahu disuap, dimanja-manja, dibelai-belai dan pelbagai sifat yang merugikan diri sendiri.

Anda mempunyai akal dan kemampuan untuk berfikir dan berusaha, tapi apakah guna semua itu jika anda tidak menggunakannya? Sia-sialah belaka.

Pengalaman saya dapati, ramai yang malas berusaha sendiri di dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Sebaliknya mereka mengarah atau menyuruh orang lain membantu mereka. Meminta bantuan boleh, tapi perlulah ada sedikit usaha dahulu.

Itu belum lagi dikira dengan mereka yang mengambil kesempatan ke atas individu yang ikhlas membantu. Selepas dijawab banyak soalan yang ditanya, mereka yang bertanya itu bertanya lagi dan lagi tanpa ada sedikit rasa segan dan silu. Apakah salahnya cuba mencari dahulu sebelum bertanya? Tidak berdayakah? Tidak mampukah?

Usaha dahulu dan jika sudah habis ikhtiar, barulah meminta bantuan orang lain. Di dalam persoalan, anda boleh nyatakan saya dah cuba beberapa cara ini dan itu, tapi tak dapat. Barulah orang lain mudah dan senang untuk membantu anda. Keadaan akan berbeza jika anda tanya terus kerana ia bukan setakat menyusahkan anda, malah orang lain juga.

Selain daripada mencari di Google, anda juga boleh melawati mana-mana laman web atau blog yang berkaitan dengan isi masalah anda. Sebagai contoh, anda mahu memulakan perniagaan Internet. Maka, layari blog saya ini untuk membaca artikel-artikel sedia ada. Ini lebih baik daripada bertanyakan kepada saya yang sudah pasti saya tidak akan melayan pertanyaan anda itu. Saya tidak akan menjawab soalan yang telah saya jawab atau tulis di blog saya ini.

Cara ketiga di dalam kemahiran kendiri ialah kaedah cuba dan jaya. Jika anda melakukan sesuatu dan tak dapat hasilnya, cubalah sesuatu jalan atau cara lain sehingga dapat. Biarlah mendapat kesalahan atau Error, sebab itu adalah pelajaran juga. Jangan takut gagal dan jangan malas untuk gagal. Ia adalah perjalanan ke arah kejayaan. Tapi hakikatnya, ramai yang malas melakukannya.

Kesimpulan

Belajar, bertanya, usaha kendiri, praktik, sabar dan istiqamah, merupakan jujukan sifat atau ciri yang perlu ada di dalam diri anda. Itu pun jika anda seorang yang rajin dan mahu menggunakan kemampuan yang Allah anugerahkan dengan sebaik-baiknya dan semaksima yang mungkin.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • kemahiran menyelesaikan masalah
  • kemahiran penyelesaian masalah
  • masalah keusahawanan
  • kaedah menyelesaikan masalah perniagaan
  • masalah peniagaan pdf
  • kursus penyelesaian masalah
  • cara atasi masalah dalam perniagaan
  • kemahiran kendiri keusahawanan
  • contoh masalah dalam keusahawanana
  • cara mengatasi masalah dalam perniagaan

Penelitian Semula Produk Resell Rights

Saya melihat, kebanyakan daripada kita mengikut bulat-bulat apa yang orang lain buat. Style dan corak di dalam idea perniagaan Internet seringkali ditiru bulat-bulat seolah-olah itulah standard atau syaratnya.

Di dalam dunia Resell Rights, saya dapati ada satu kesilapan besar yang dilakukan oleh semua orang, bahkan termasuk saya sendiri (sebelum ini).

Sebelum saya menulis lebih panjang, ingin saya nyatakan bahawa tulisan ini lebih mengaitkan produk yang berkualiti tinggi yang tidak sesuai diberi secara percuma atau dijadikan sebagai bonus kepada produk lain.

Kita sering melihat, begitu banyak produk yang bagus-bagus dijadikan bonus kepada produk lain, digabungkan dalam satu pakej, dijual dengan harga yang teramat rendah, bahkan yang lebih teruk diberikan secara percuma.

Kejadian-kejadian seperti ini sering melanda produk-produk versi Resell Rights (RR, MRR, PLR). Sehingga pada satu masa, saya kembali berfikir, apakah semua yang telah berlaku ini?

Akhirnya saya sedar dan dapati, kita telah terpengaruh dengan style dan kaedah perniagaan sedia-ada. Ia bukan tidak bagus, tapi lama-kelamaan akan memberikan kerugian yang besar. Persaingan sengit dan kotor, penyalahgunaan, reseller tidak mengikut syarat dan sebagainya.

Antara masalah dan kekurangan yang saya perhatikan ialah:

1. Perubahan Ecover, Sales Letter dan Design Website yang menyebabkan kekeliruan para pembeli. Malah akan merosakkan kualiti produk. Bayangkan daripada design yang bagus, kemudian ditukar oleh reseller menjadi design yang buruk.

2. Perletakan harga yang tidak selaras. Kesannya akan berlaku persaingan yang tidak sihat walaupun ia memberikan motivasi untuk bersaing.

3. Pengedaran produk yang berleluasa. Hal ini terjadi apabila produk resell rights itu diberi hak edaran percuma. Padahal dalam masa yang sama, ia boleh dijual. Pelik bukan?

4. Tiada kawalan daripada pihak pengeluar produk. Mereka ini biasanya goyang kaki dan tidak banyak membantu para reseller. Akibatnya, berlakulah pelbagai masalah yang tak terjangka.

Idea “Era Baru”

InsyaAllah, selepas ini (untuk produk yang akan datang) saya akan melaksanakan ‘sistem’ atau teknik lain daripada cara biasa untuk apa-apa produk resell rights saya. Antaranya:

1. Harga perlu sama untuk semua reseller. Tidak boleh kurang atau lebih.

2. Tidak boleh ubah Ecover, design website dan sales letter. Namun boleh tambah bonus. Saya sama sekali tidak akan membenarkan reseller saya mengubah design produk dan laman web untuk produk saya. Segala aspek sebegini akan dilakukan oleh pihak saya atau perlu berbincang dengan saya dahulu.

3. Saya (pihak pemilik produk) juga perlu bertanggungjawab membantu reseller untuk apa-apa perkara yang perlu.

4. Tidak akan meletakkan kebolehan produk untuk diberi sebagai bonus. Saya melihat ini satu cara yang tidak adil kepada reseller lain yang menjualnya secara berasingan, padahal orang lain menjadikannya ia bonus. Pemberian kebenaran sebagai bonus ini bagi saya seperti “menikam diri sendiri”.

5. Tidak akan meletak kebenaran hak pengedaran percuma. Tak guna menjual produk yang mana ia boleh diberikan secara percuma. Ia satu keadaan yang begitu dan jelas kontra (bertentangan) dengan prinsip perniagaan.

Untuk memahami idea-idea ini, anda ambil contoh seperti syarikat TMNet atau company MLM. Ahli berdaftar dengan mereka tidak boleh menaikkan atau menurunkan harga sewenang-wenangnya. Malah, warna, bentuk atau design produk adalah 100% sama untuk semua agen atau reseller.

Kemudian, para pembeli produk tadi semuanya akan direkodkan di sistem syarikat selain direkod oleh agen atau reseller sendiri. Apa yang ingin saya katakan, sebahagian besar aspek penting tadi adalah secara berpusat.

Jika ada yang mengatakan kalau idea sebegini tidak sesuai dipraktikkan untuk dunia perniagaan Internet akan, saya nafikan tanggapan tersebut. Ini kerana pasaran Internet teramat luas dan setiap masa pasti ada orang baru di dalam pasaran.

Kesilapan dalam Pemahaman

Kebanyakan orang melihat bahawa apabila mereka membeli produk Resell Rights, maka itu adalah produk mereka. Padahal yang mereka beli adalah lesen atau hak menjual. Produk itu bukan milik mereka. Jadi di sini, mengapa perlu diubah design produk dan sebagainya?

Seperti yang saya katakan sebelum ini, tidak semua produk kita perlu melakukan cara baru yang saya cadangkan. Lihat dan bergantung kepada ‘skala’ atau ‘saiz’ produk tersebut. Kalau ia sesuai dibenarkan untuk dijadikan bonus, maka silakan. Jika ia sesuai untuk diubah designnya, maka lakukan.

Pakej Kit Blogger adalah satu-satunya produk saya yang amat komprehensif dan bernilai. Saya amat menjaga mutu produk ini sepanjang masa. Ia tidak boleh digabungkan dengan apa-apa produk atau servis dan tidak boleh dijadikan sebagai bonus untuk mana-mana produk. Apatah lagi diedar secara percuma.

Saya memang tegas dalam polisi bisnes saya. Telah ada beberapa reseller yang melanggar syarat telah ditegur oleh saya. Saya tidak memilih atau menganak-tirikan sesiapa apabila ia berkaitan dengan bisnes. Saya akan berterus-terang apa yang patut dan perlu.

Jika anda mempunyai produk yang teramat bagus, jagalah dan lindungilah baik-baik. Ia adalah aset anda.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • WEBSITE AGEN PRODUK PLR

SmartZul Sedang ‘Cuti Bekerja’

Assalamu’alaikum semua.

Ya, saya tahu. Anda sentiasa tertunggu-tunggu tulisan terbaru saya pada setiap hari bukan? Dan mesti anda tertanya-tanya, ke mana kah saya menghilang?

Jawapannya, saya sekarang sedang bercuti di kampung. Tapi bermula hari ini (Ahad, 27/4/08), saya kembali berada di Johor untuk beberapa hari bagi menguruskan perpindahan ke rumah sewa yang baru.

Sejak minggu lepas, saya berada di Kelantan iaitu di kampung saya. Dah lama tak balik dan lagipun nenek saya tak sihat. So, saya baliklah untuk jaga dia sehingga sembuh.

Walaupun begitu, saya tetap meluangkan sejam dua sehari di kampung untuk menguruskan pesanan daripada para pembeli dan memberi support kepada pelanggan sedia ada.

Support Kit Blogger

Kit Blogger adalah satu-satunya produk yang saya sediakan forum support. Saya tahu, mesti ramai yang bertanyakan soalan terutama berkaitan dengan masalah teknikal. Saya mohon maaf sebab seminggu yang lepas saya tidak masuk ke forum tersebut sebab berada di kampung.

InsyaAllah, pada hari ini saya akan luangkan sedikit masa untuk menjawab segala persoalan di forum tersebut. Namun saranan saya, kebanyakan persoalan sudah pun ada jawapan dan dibincangkan. Jadi sebelum bertanya, rajin-rajinkanlah diri untuk mencari perbincangan sedia-ada. ;)

Projek, JV dan Jemputan

Saya ada beberapa projek yang perlu disiapkan. Dan ada lebih kurang 3 projek JV yang sedang saya lakukan bersama dengan usahawan Internet yang lain. Dan sebelum saya balik hari tu, saya telah membuat satu rakaman audio ringkas soal jawab soalan daripada seorang individu. Audio tu hanya suara saya sahaja. Saya jawab soalan yang beliau berikan.

Then, pada malam nanti, saya akan ditemubual oleh seorang usahawan Internet. Siapa dia dan apa audio tersebut, anda kena tunggu beliau umumkan nantilah. Tak tahulah dia nak bagi percuma atau pakejkan dengan produk. Kemudian ada satu lagi jemputan untuk ditemuramah juga. Saya masih menimbang-nimbang untuk menerimanya atau tidak.

Sibuk memang sibuk. Tapi semakin kita sibuk, kita sebenarnya semakin laju ke hadapan. Kalau tak sibuk, biasanya kita akan rasa senang dan mulalah bergoyang kaki. Sibuk yang bagus ialah sibuk yang produktif dan kita pandai menguruskannya sebaik mungkin.

Semakin kita sibuk dan semakin pandai menguruskan masa dan kerja, maka kita akan semakin cekap di dalam perniagaan dan kehidupan seharian. Jadi jangan anggap sibuk itu tidak bagus.

Mungkin rabu atau khamis ini saya akan kembali balik ke kampung dan akan stay kat sana sampailah nenek saya sihat semula. Kemudian baru saya akan kembali ke Johor.

Di kampung, saya ada dua talian Internet. Satu GPRS dan satu lagi dial up. Yup, memang slow sikit. Tapi bolehlah nak buka emel dan surf Internet. InsyaAllah, saya dalam usaha untuk sambung Streamyx lepas ni untuk rumah di kampung.

Oklah semua, saya ada beberapa kerja yang perlu disiapkan. Maaf dipinta sebab tidak menulis seperti biasa di blog ini. Saya janji, selepas habis tempoh sibuk ini, saya akan kembali menulis seperti biasa.

p/s. Saya akan buka peluang pengiklanan di blog ini nanti. Ramai yang berminat dan sering bertanya. Saya dah pun merancang pakej iklan yang di blog ini dan saya akan umumkan nanti. Harap maklum.

Emel Saya di RTM 1

Pada hari semalam (Ahad, 19 April 2008), RTM 1 telah melangsungkan satu segmen rancangan TV yang bertajuk “Blog: Apa itu blog?”. Tak silap saya, ia adalah melalui rancangan yang bernama “Galeri Perdana” selama 15 minit sahaja bermula jam 8.45 malam. Rancangan tersebut telah menjemput Datuk A. Kadir Jasin untuk mengupas tajuk tersebut.

Saya tidak dapat mengikut secara jelas rancangan tersebut kerana saya terpaksa melayan tetamu yang datang ke rumah saya, tetapi saya hanya menonton sambil melayan tetamu sahaja (tak fokus). Jadi saya tak pasti persoalan yang diperbincangkan, namun apa yang saya dengar, ia hanya membicarakan mengenai persoalan asas sahaja terutama mengenai “kuasa blog”.

Sebelum itu, rancangan tersebut telah memberi peluang kepada penonton untuk memberikan pendapat melalui SMS, Telefon atau Emel. Di kesempatan yang ada, saya terus menaip emel pendapat saya secara ringkas mengenai blog.

Pada rancangan tersebut, emel yang saya hantar itu dipaparkan beberapa saat sahaja sebab rancangan itu sudah menghampiri waktu tamat siarannya. Jadi pengacara TV tak dapat mengulas dengan detail emel saya tersebut (sekadar tunjuk dengan scroll down).

Berikut adalah emelnya:

emel zul

*Emel saya ini ditaip dalam beberapa minit sahaja. Nak kejar masa sebenarnya sebab rancangan tu cepat sangat tempoh dia. Tambahan pula, tak sangka ada tetamu datang ke rumah semasa saya menaip emel ini. So, ada kesalahan typo sikit sebab nak cepat (sebab nak layan tetamu). Harap tak kisah lah yer. ;)

Emel ini secara ringkas ingin menyatakan bahawa, blog bukan untuk topik politik atau isu semasa semata-mata. Dan blog bukan hanya ada ‘kuasa’ untuk mempengaruhi orang ramai di dalam pemilihan kerajaan. Sebaliknya, blog juga berkuasa untuk perkara-perkara yang lain seperti untuk pemasaran perniagaan, pendidikan dan lain-lain lagi.

Adalah sesuatu yang tidak wajar jika blog hanya dikaitkan dengan politik semata-mata sehinggakan sampai satu tahap, apabila disebut blog atau blogger, orang ramai hanya menganggap blog hanya untuk ‘luahan’ perasaan mengenai politik semata-mata. Padahal blog boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk sebarang tujuan.

Ini adalah kali pertama saya menonton rancangan ini sebab saya jarang menonton TV. Sekarang ni pun, saya sedang berada di kampung (cuti dua minggu). Sebab tu ada masa untuk menonton TV (bersama keluarga). Kalau tak, jangan haraplah nak menonton TV.

Cadangan saya kepada pihak RTM, teruskan rancangan sebegini kerana topik mengenai blog ini amat menarik untuk diperbincangkan. Dan saya menyarankan, jemputlah para blogger yang betul-betul mempraktikkan ilmu dan kemahiran ‘blogging’ ini untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Tak kisahlah blogger politik ke, blogger bisnes ke, janji blogger yang ada pengalaman.

Saya tidak pasti hanya pada kali itu sahaja perbincangan mengenai blog atau selalu disiarkan pada hari dan waktu yang sama. Atau RTM ada rancangan TV sendiri untuk topik blog seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini? Ada sesiapa yang tahu?

Nota: Ahli panel yang dijemput untuk rancangan ini iaitu Datuk A. Kadir Jasin adalah juga seorang blogger. Beliau ada menulis beberapa buah buku dan salah satunya bertajuk “Blogger A. Kadir Jasin”.

Sekian.

Incoming search terms:

  • apa itu portal dalam perniagaan

[Top Secret] Teknik Bernilai Puluhan Ribu Dibongkarkan Secara Percuma!

Hype ke tajuk kat atas? Tak kisahlah. Sekali sekala, nak guna juga tajuk yang menarik sikit.

Tapi ya, kali ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa tip yang boleh memberikan anda pendapatan puluhan bahkan ratusan ribu ringgit setahun tanpa usaha yang banyak. Teruskan membaca…

Putus Asa. Tak Nak Buat Servis Lagi…

Salah satu model ebiz ialah perkhidmatan. Ramai yang melakukannya, tapi ramai juga yang bersara. Termasuk saya. ;)

Inilah dilema mereka yang melakukan bidang servis di Internet. Saya tahu perasaan mereka sebab saya juga pernah melakukan perkhidmatan di Internet.

Di dalam servis, biasanya kita perlu kental sikit jiwa dan raga sebab kalau tak kena customer, mereka ni begitu banyak karenah. 1001 macam karenah. Sebab itulah ramai usahawan Internet yang melakukan bidang servis berputus-asa dan akhirnya hentikan usaha tersebut.

stressJika anda salah seorang usahawan yang mahu hentikan bisnes servis anda, tunggu dulu. Pesan saya, jangan terburu-buru mengikut hati dan perasaan. Cuba anda lihat perkiraan berikut:

Jual Servis: Satu customer RM500. Lima customer RM2500.

Jual Produk: Satu produk berharga RM50.00. Nak dapat RM500, kena dapat 10 orang pembeli. Nak dapat RM2500, kena dapat 50 orang.

Di antara RM50.00 dengan RM500.00, yang mana satu lagi banyak? Sudah tentu RM500. Macam mana pula jika 10 orang pembeli produk tadi adalah 10 orang pelanggan servis anda? 10 x RM500 = RM5000. :)

Apa yang saya ingin katakan ialah, servis adalah nadi kepada bisnes anda. Cuba lihat kedai komputer. Walaupun mereka ramai pelanggan yang beli barang komputer, untung tak lah besar sangat. Tapi bagaimana mereka survive? Salah satunya ialah melalui servis. Ini kawan saya yang bagitahulah sebab dia jaga bahagian akaun di sebuah kedai komputer.

So, kalau tak ada servis, susah sikit nak berharap pada income jualan produk. Sebab, pendapatan dari servis dan produk beza jauh bak langit dan bumi. Seorang pembeli produk bagi kita untung RM10.00. Seorang pelanggan servis, kita untung RM300.00. Begitu berbeza bukan?

Lagipun, nak dapatkan seorang pembeli produk bukan mudah sebenarnya. Biasanya daripada 100 orang prospek, 1 orang akan membeli. Ini saya cakap untuk perniagaan Internet lah. Ia adalah kadar yang normal. Sebab tu kalau click through link affiliate anda beratus-ratus, tapi komisen sikit (seorang dua sahaja yang beli), maka sebab tu lah iaitu kadar normal tersebut.

Baik, ini yang saya ingin nyatakan kepada anda – Jangan sesekali hentikan servis yang anda buat sekarang. Sebaliknya, fikirkan strategi. Jangan cepat mati akal. Antara perkara yang boleh anda lakukan untuk terus mendapat pendapatan melalui usaha servis anda ialah:

ideaStrategi 1: Hanya terima pelanggan yang serius sahaja

Contoh: Customer tetap saya ialah En. Zamri Nanyan, En. Tazilan, Sham RajaAdsense dan ada lagi lah (masa saya buat servis dulu). Mereka ini adalah usahawan Internet yang serius. Tak banyak karenah.

Tambahan pula, mereka boleh bayar berapa sahaja caj yang anda kenakan. :) Letaklah caj yang tinggi pun, mereka akan tetap bayar. Tapi, kalau anda letak caj tinggi kepada orang biasa, ayat ini yang akan keluar dari mulut mereka:

“Ala, mahalnya. Mintak diskaun leh?”

“Apa? 300 ratus? Kalau 200 boleh?”

“Saya first time ni nak buat ebiz, murahkanlah sikit harga”.

…dan banyak lagi ayat-ayat yang memeningkan kepala.

Tapi tidak untuk usahawan Internet yang serius dan betul-betul bermindakan keusahawanan, mereka tetap bayar walaupun caj anda mahal sebab mereka tahu mereka tak akan rugi punya. Kenapa tak rugi? Hanya jika anda bermindakan keusahawanan sahaja anda akan tahu. :)

Jadi untuk tip yang pertama ini, tawarkan servis anda kepada serious customers only. Tapi pastikan sediakan servis yang tip top punya.

Strategi 2: Hasilkan produk berdasarkan servis anda tersebut

Anda keluarkan produk berasaskan kepada kemahiran ilmu bidang servis anda itu. Contoh terbaik ialah Nurul (Luvley), selain dia melakukan servis design, dia juga telah keluarkan panduan grafik.

Jadi, kalau dia mahu berhenti atau mengurangkan kuota order servis, sudah tiada masalah bagi dia kerana dia ada sumber pendapatan yang lain. Ebook atau produk adalah merupakan satu sumber pendapatan yang pasif.

Anda juga boleh menghasilkan produk panduan sama ada ebook, audio atau video yang bertajuk, “Bagaimana Melakukan Servis ________ di Internet” atau apa-apa sahajalah yang sesuai.

Strategi 3: Jadi Trainer

Katakan anda selama ini melakukan servis menulis sales letter laman jualan. Dan tiba-tiba, anda mahu hentikan servis itu kerana ia memakan masa yang banyak. Untuk memastikan anda terus mendapat pendapatan dari kemahiran yang anda miliki itu, adakan seminar, coaching program, bengkel atau personal training untuk mereka yang berminat.

Apa yang anda lakukan hanyalah mengajar mereka bagaimana melakukan bisnes seperti yang anda lakukan.

Strategi 4: Gajikan Pekerja

Cari pekerja dan guide mereka satu demi satu mengenai servis yang anda lakukan. Dan kemudian biarkan mereka yang lakukan servis (kerja) tersebut. Anda? Suka hatilah nak buat apa. ;)

Saya sebut pekerja, BUKAN outsource. Upah orang lain (outsource) bagi saya, bukan jalan yang efektif dan berkesan di dalam mendapat profit yang tinggi sebab kos upah adalah tinggi. Jadi tak berbaloi.

Katakan anda menggaji 3 orang dengan bayaran RM1000 sebulan. Dan dalam sebulan bisnes servis, anda mendapat 20 orang pelanggan dengan setiap satu dicaj RM500. Hasilnya RM10,000. Wow! (Betul ke kiraan ni?)

3 orang staf x RM1000.00 = RM3000.00

RM10,000 – RM3,000 = RM7,000.00 => Inilah milik anda tanpa anda perlu buat kerja sikit pun bagi servis tersebut.

Anda boleh menyewa ruang pejabat atau mereka boleh bekerja dari jarak jauh. Tapi lebih bagus jika mempunyai ruang pejabat sendiri sebab lebih fleksibel dan ada mood kerja.

*Kiraan di atas hanya contoh sahaja. Jumlah gaji yang sesuai, itu terserah kepada anda dan keadaan serta lain-lain perkiraan.

**JANGAN anggap servis di Internet hanya design sahaja ya. Banyak lagi servis lain. :)

Namun cara ini saya sarankan jika anda serius dan sudah mempunyai tapak yang kukuh di dalam bisnes. Ya lah, bila dah jadi bos dan dah ada staf, banyak kos-kos lain yang perlu dikeluarkan. Anda juga perlu ada backup dari segi kewangan agar dapat bayar gaji mereka.

So, teknik ke-4 ini hanya untuk yang serius sahaja yang mahu bina perniagaan jangka panjang.

Kesimpulan

Jangan biarkan ilmu di dada anda berkarat begitu sahaja. Dan jangan hentikan servis anda yang bernilai berpuluh-puluh, bahkan beratus-ratus ribu ringgit setahun tersebut. RUGI BESAR kalau biarkan macam tu sahaja.

Saya sejak tahun 2006 lepas telah hentikan satu servis saya. Dan kalau dikira pendapatan sehingga sekarang (jika masih buat), ia dapat memberikan pendapatan yang besar kepada saya. Oh, ruginya. :(

Empat idea di atas tak difikirkan oleh saya sebelum ini. InsyaAllah, saya akan laksanakan salah satu idea di atas kelak.

Semoga anda mendapat manfaat daripada idea di atas.

Salam maju jaya!

Bisnes Ebook Dah Tak Relevan!

*Artikel ini saya tulis untuk forum WangCyber.com sebenarnya..

Bisnes Ebook Dah Tak Relevan?

Hajat nak letak tajuk “The Death Of Ebooks”, tapi guna je lah tajuk yang sedang diguna oleh Team Flarebiz di majalah IM. Mudah sikit anda semua nak faham apa ‘isu’ sekarang.

Adakah ebook masih relevan di masa kini?

Bagi saya, soalan ini tidak patut ditanya, tapi amat bagus untuk diperbincangkan, disenaraikan idea dan pandangan oleh para usahawan ebook.

Konsep asas bisnes ebook adalah bukan “i jual you beli”. Itu bukan bisnes. Ramai yang kata dia buat bisnes internet, tapi yang dia buat hanyalah make money iaitu jual ebook semata-mata. Buat duit biasanya untuk jangka pendek sahaja. Berbeza kalau buat bisnes, boleh bagi keuntungan jangka panjang.

Bisnes ebook yg sebenar ialah:

1. Kita ada ebook sendiri (unik). Bukan ebook MRR, RR atau PLR, tapi kita tulis dan hasilkan sendiri. Ini baru boleh dikatakan sebagai produk sebenar. MRR apa semua tu hanyalah sebagai produk sampingan sahaja, bukan produk utama bagi perniagaan. Ebook sendiri adalah satu aset bagi kita, harta kita. Hakciptanya adalah milik kita.

2. Ada senarai pelanggan dan prospek (list of buyers & prospects). Bila-bila masa sahaja kita boleh hubungi mereka untuk promosi ebook kita. Senarai pelanggan inilah sebenarnya nadi kepada sesebuah perniagaan. Cuba tengok perniagaan offline, kebanyakan pelanggan mereka adalah pelanggan yang sama. Mereka jaga betul-betul pelanggan sedia ada mereka.

3. Ada banyak produk terutama yang sama bidang. Kalau dah ada (jual) ebook pasal resepi satay, apa lagi resepi masakan yg lain yg boleh dijual? Ini dipanggil sebagai ‘product positioning’. Sebagai contoh, saya tahu banyak pasal blogging. So selepas ini, saya akan banyak keluarkan ebook mengenai blogging.

Salah satu tujuan perkara ini ialah agar kita ada fokus dan dapat memanfaatkan senarai pelanggan sedia ada. Kalau buat pasal topik lain, maka anda perlu bermula dari zero semula untuk market tersebut. Tapi tidak untuk market yang sedia ada anda masuki.

4. Ada produk back-end. Ini rahsia besar dalam ebiz. Back-end secara mudah bermaksud kita tawarkan produk lain kepada pembeli sedia ada. Ada orang pertikai jual ebook murah tak bagus. Tapi hakikatnya tujuannya ialah untuk dapatkan list of buyers. Then selepas tu boleh follow up dengan produk yang mahal sikit.

5. Ada produk high ticket (harga tinggi). Contohnya coaching program, seminar, bengkel, talk dan sebagainya. Ini adalah kemuncak di dalam usaha perniagaan anda. Jadi, ebook adalah sebenarnya jambatan kepada produk high ticket tersebut.

Perkara 3, 4 dan 5 di atas dipanggil sebagai marketing funnel. Bermula menjual ebook yang murah, jual harga medium dan akhirnya harga tinggi. Marketing funnel ni ia berbentuk piramid (atas ke bawah).

Saya senaraikan 5 perkara itu sahaja dulu. Saya tak kata ia lengkap. Banyak lagi aspek lain yang perlu diambil kira untuk mengatakan anda benar-benar buat bisnes internet. Jadi, hati-hati. Jangan anggap anda buat bisnes selagi anda belum pasti adakah anda betul-betul buat bisnes?

Kesimpulan yang dapat saya katakan ialah, ebook akan tetap relevan sampai bila-bila. Mereka yang mengatakan ebook ini sudah tak relevan sebenarnya mereka tak faham apa itu bisnes ebook. Sorry to say, tapi ini hakikatnya. Mereka bermain dengan bayang-bayang sendiri.

Mereka tak faham konsep marketing funnel. Maka sebab itu mereka tak yakin dengan ebook. Ebook itu selain dapat ‘buat duit‘, ia juga dapat dijadikan sebagai platform untuk membina jenama dan juga membawa customer untuk servis atau produk lain yang lebih tinggi bayarannya.

Malah, mereka juga tak ada keyakinan di dalam bisnes ebook. Takut takut dan ragu ragu. Semuanya bermain dengan fikiran sendiri (konflik dalaman). Pesanan saya, jual je lah. Kalau tak ada orang beli, buat kajian kenapa takde orang beli. Kat situ bertambah lagi pengetahuan kita dalam aspek marketing.

Banyak lagi sebab ebook tak laku dan tak dapat saya senaraikan di sini satu persatu. Cuma tiga perkara untuk pastikan ebook laku ialah:

1. Topik ebook ada permintaan – Ini wajib
2. Kadar conversion rate laman jualan adalah tinggi
3. Trafik ke laman jualan mesti tinggi dan targeted

Di luar sana, ramai yang mahukan bantuan anda. Dan dengan ebook lah salah satu cara untuk membantu mereka. Saya banyak terima emel dan SMS pasal ebiz dan perkara teknikal. Dari dulu sampai sekarang, tetap ada orang baru dalam market yang anda ceburi. Market ebiz ke, market masakan ke, market hosting ke, permintaan tetap ada..

Tapi, anda perlu faham konsep supply & demand juga. Kalau permintaan ada, tapi persaingan banyak, maybe tak profitable nak masuk bidang / pasaran tu. Tapi tak semestinya tak boleh sebab nak seribu daya. Di sinilah peri pentingnya keunikan produk dan jenama (brand) perniagaan dan diri anda sendiri.

Soal marketing pun salah satu sebab ebook tak laku. Ebook tu bagus, tapi cara marketing tak efektif dan tak begitu bagus. Itu belum lagi nak cerita mengenai strategi keusahawan si usahawan tersebut. Macam mana hubungan dia dengan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada? Dia menjual atau buat bisnes dengan pelanggan?

Untuk kejayaan jangka panjang, anda ‘jangan menjual’, tapi buat bisnes. Bisnes ni bermaksud, wujudkan hubungan baik dengan pelanggan (bukan hubungan sulit ok!). Jangan hanya takat ‘aku jual kau beli then habis’. Itu bukan bisnes. Dengan wujudnya hubungan baik, mereka tak anggap anda sebagai seorang penjual atau salesman. Tapi mereka anggap anda seperti seorang kawan.

Akhir kata, ebook akan tetap laku sampai bila-bila. Kalau anda usahawan internet atau usahawan informasi yang serius, jangan sesekali mengatakan ebook sudah mati, tak laku, tepu atau dah tak relevan. Kalau anda kata begitu kepada pakar infopreneur, anda akan malu besar dan mereka akan ketawa besar kepada anda.

Industri informasi akan terus berkembang maju selari dengan permintaan setiap masa dan zaman. Kita sebagai usahawan hanya perlu mengikut permintaan pada masa tersebut. Sebab itulah kena buat market research dan mengikuti perkembangan semasa.

Ini adalah pandangan peribadi saya dan saya tetap yakin ebook tetap laku bak pisang goreng panas jika kena caranya. Ingat, manusia mahukan kesenangan, kekayaan, ketenangan, keselesaan, sihat, cergas, mudah dan sebagainya. ANDA sebagai usahawanlah yang boleh memenuhi kehendak mereka itu. Salah satunya adalah melalui ebook.

Dengan penerangan ringkas saya di atas, semoga anda terus bermotivasi untuk berbisnes ebook. Jangan buat macam-macam alasan lagi!

Wassalam.

Incoming search terms:

  • bisnes ebook
  • ebook bisnes
  • ebook resepi satay satay
  • jual ebook guna blog
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)