Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 | Kuasa Internet

Pertama sekali, saya bukan blogger politik. Jadi, saya tak pandai untuk mengulas panjang mengenai politik terutama mengenai pilihanraya umum ke-12 yang telah berlangsung pada 8 Mac 2008 lepas. Tapi sebagai rakyat Malaysia, saya perlu mengambil tahu perkara ini dan ada hak untuk meluahkan pendapat selain ada kaitan sikit dengan blog.

 

keputusan pilihanraya 12

Carta Keputusan (www.Utusan.com.my)

Secara mudah, kerajaan BN tidak berjaya mendapat kuasa majoriti 2/3 di parlimen yang menyebabkan mereka akan sukar untuk bersuara lebih lantang. Lebih-lebih lagi kemungkinan bersar DS Anwar Ibrahim dikatakan akan memasuki parlimen nanti melalui kerusi yang disandang oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah.

Jika pilihanraya pada 2004 dulu menyaksikan BN mendapat 219 kerusi di parlimen, tapi pada kali ini BN hilang beberapa kerusi dengan mendadak sekali. Pada kali ini mereka hanya mampu mendapat 140 kerusi* sahaja. Jelas, rakyat Malaysia mahukan perubahan dan mahukan Malaysia yang baru. Pihak BN perlu peka dengan keadaan ini. Rakyat Malaysia sudah memberi isyarat awal.

Apa yang menarik pada pilihanraya kali ini ialah kekalahan teruk yang dihadapi oleh pihak Barisan Nasional. Inilah pertama kali BN tidak berjaya mendapat majoriti kuasa 2/3 di parlimen. Malah yang lebih mengejutkan, pihak pembangkang menyapu bersih kesemua kerusi parlimen di Pulau Pinang yang mana selama ini lebih didominasi oleh pihak Gerakan (Barisan Nasional).

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • keputusan pilihanraya umum 2008
  • pilihanraya umum
  • Keputusan pilihan Raya umum ke 12
  • implikasi pilihanraya ke-12 kepada negara
  • keputusan pru 12
  • pilihanraya umum 12
  • keputusan pru 12 utusan
  • Pilihanraya Umum Malaysia
  • kesan pilihan raya ke 11
  • utusan pilihan raya besar

Meja Saya :)

Mulakan dengan apa yang anda ada. Tak perlu keluarkan ribuan ringgit, atau membeli sesuatu yang baru (alatan terpakai sudah memadai) untuk anda memulakan perniagaan Internet.

Fakta Komputer Saya:

1. Monitor CRT yang saya gunakan sudah berusia 7 tahun lebih. Saya masih menggunakannya sehingga sekarang.

2. Komputer yang anda lihat di bawah sudah berusia 7 tahun lebih juga sehingga saya tidak menggunakannya lagi sejak tahun lepas (akan diberikan kepada saudara saya).

3. Saya biasanya akan guna sesuatu barang sampai rosak. Kalau dah tak boleh guna baru beli yang baru. Atau cara lain kalau nak beli baru, yang lama akan saya berikan kepada ahli keluarga atau saudara mara.

perniagaan internet smartzul

Di sinilah SmartZul mengemaskini blognya, menulis ebook, melayan para pelanggannya dan segala kerja yang lain. Malah di sinilah tempat makan dan minumnya… ;)

Gambar di atas adalah pada tahun 2006 semasa saya di rumah sewa yang kedua. Sekarang saya berada di rumah sewa ke-3. Penggunaan meja masih sama, tapi tambah satu lagi meja komputer (lihat gambar di bawah). Dan komputer pula saya dah upgrade kepada yang baru + sebuah laptop Compaq + Printer 3 dalam 1 (beli setahun yang lepas).

meja perniagaan internet

Gambar ini diambil pada Mei 2007 (di rumah sewa terkini). Berselerak tak? ;)

Al-maklum, rumah sewa. Jadi ruang sedikit sempit (satu bilik dua orang). Namun nak seribu daya. Sempit pun sempitlah, janji boleh buat duit dan perniagaan berjalan dengan baik. Ada modal dan ruang lebih, upgrade lagi. Lepas ni monitor CRT tu saya tak guna dah. Nak guna yang LCD pula (beli baru).

Update: Seperti yang dinyatakan, saya telah pun membeli skrin LCD. Jenama yang saya beli ialah Philips 170S8, 17 inci. Harga yang saya beli ni RM595.00 (jaminan 3 tahun). First impression lepas guna, memang ada kelainan dengan monitor CRT. Harap-harap produktiviti saya meningkatlah sikit lepas ni. :)

philips 170S8

Kesimpulan

Tidak kisah komputer yang anda gunakan ‘buruk’ atau ketinggalan zaman, selagi ia boleh mengakses Internet dan menyiapkan kerja, memadailah untuk permulaan. Ada duit lebih kelak, belilah yang baru agar kerja anda lebih produktif dan maju ke hadapan. Bagi saya sendiri, semuanya saya beli sikit-sikit, bukan sekaligus.

Lain orang, lain cara dan corak perilaku kerjanya. Anda mahu meniarap, bersandar atau apa sahaja cara, lakukan sahaja selagi ia tidak merugikan anda. Lakukan mengikut kesesuaian diri anda sendiri.

Mempunyai pelbagai peralatan dan suasana kerja yang selesa belum tentu boleh menjadikan anda berjaya, malah mungkin akan melekakan. Yang penting adalah usaha, fokus dan tindakan anda.

Mulakan sesuatu yang simple, mudah dan bermodal kecil. InsyaAllah berjaya.

ps. Saya dalam proses perancangan untuk membantu ibu saudara saya melakukan bisnes Internetnya sendiri. Dia banyak terdedah dengan promosi skim cepat kaya/piramid. Jadi sebagai salah satu cara promosi ebiz yang betul kepada khalayak ramai, saya akan bantu dia dari segi teknikal dan nasihat. Bila dia dapat duit, insyaAllah mereka yang buat skim piramid tu akan bukak mata luas-luas dengan ebiz sebenar. :)

pps. Saya akan guna khidmat Celcom Broadband pula selepas ni. Akaun Streamyx sekarang ni akan dibatalkan sebab nak pindah rumah.

Incoming search terms:

  • meja komputer
  • gambar laptop dalam bilik
  • GAMBAR PERNIAGAAN INTENATE
  • gambar bilik komputer dirumah
  • gambar meja komputer
  • perniagaan meja soho
  • ofis di rumah
  • meja yang berselerak
  • dalam office meja yang berselerak
  • gambar perniagaan

Designer Banner: Sedia Berkhidmat

Salah satu cara untuk mengiklan di Internet ialah menggunakan banner. Jika anda lihat di blog ini, saya ada letak beberapa buah banner untuk produk tertentu. Soalnya, bagaimana untuk menghasilkan banner yang ‘cantik’ sebegitu?

Jawabnya mudah, serahkan kepada mereka yang boleh melakukannya untuk anda. Lainlah jika anda tahu melakukannya sendiri, maka buatlah sendiri.

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat designer, berikut adalah enam designer yang siap sedia menerima ‘kerja’ daripada anda. Hubungi dan berbincang dengan mereka mengenai apa yang anda mahukan.

1. Shuhaimi – huntai77[at]gmail.com

2. Nurul (LuvLee) – designer.luv[at]gmail.com / www.cheapest-design.com

3. Rasyidah Omar – http://design.impianwanita.com

4. Izzuddin – mvpoty18[at]yahoo.com / http://www.18design.co.nr

5. Mawardee – mawardi_mn[at]yahoo.com /

http://www.myproecover.com/banner

6. Asmid – rangkaiansukma[at]yahoo.com

*Tukar tanda [at] kepada @ pada bahagian emel di atas..

Sila hubungi mereka di atas untuk mendapatkan info berkaitan bagi urusan design banner yang anda mahukan. InsyaAllah, mereka menawarkan harga yang berpatutan.

Ebook Percuma..

panduan iklan

Jika anda belum download Ebook Panduan Iklan Banner, sila download sekarang. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai ebook ini.

ps. Kemungkinan besar Video Panduan Upgrade Blog WordPress akan dilancarkan pada minggu depan (Isnin, 10/3/2008). Sama-sama menunggu. Harap maklum. :)

Incoming search terms:

  • design banner perniagaan
  • luvleey design
  • pakar design banner
  • upah design banner
  • upah design untuk banner

Duit Mudah Untuk Akaun Paypal Anda

AMARAN: Program ini tidak membuat bayaran sehingga ke hari ini. Anda tidak digalakkan mendaftar. Harap maklum.

Jika anda ingin membuat duit di Internet, atau berniaga di Internet, akaun Paypal adalah amat wajib. Tiada akaun ini, anda memang teramat rugi dan susah untuk melakukan urusan jual dan beli di Internet.

Jika anda telah mempunyai akaun paypal, anda sekarang boleh mendapatkan duit dengan cara yang amat mudah. Caranya ialah dengan mendapatkan seramai mungkin (paling sedikit, seorang) untuk mendownload ebook percuma di xfactoraffiliate.com.

affiliate-x

Jika ada seseorang mendaftar dan mendapatkan ebook tersebut melalui link affiliate anda, maka anda akan mendapat $1.00. Jika anda mendapat 10 orang, anda akan mendapat $10.00! Berapa pula jika anda mendapat 50 atau 100 orang?

Usah meletakkan sasaran yang amat tinggi di sini. Bagi anda yang ingin merasa mendapat duit melalui internet, inilah masanya untuk anda mendapatkan $1.00 dollar pertama anda. Lupakan $100, $1000 atau apa sahaja jumlah. Usaha dulu untuk mendapatkan dollar yang pertama.

Walaupun cara ini bukan membantu anda berniaga di Internet, tapi sekurang-kurangnya anda akan mempelajari kemahiran mempromosi di dalam mendapatkan prospek.

Klik di sini untuk mendaftar bagi mendapatkan link affiliate anda dan promosikan link itu dengan cara yang anda rasakan sesuai dan berkesan.

Bagi anda yang belum memiliki akaun paypal, sila dapatkan ebook panduan saya di sini:

http://smartusaha.com/news

Daftar akaun paypal adalah percuma sahaja.

Bagaimana cara untuk mempromosi? Banyak caranya. Paling mudah, lakukan iklan di mana-mana ruang iklan percuma, guna signature di forum yang anda sertai, letak link atau banner di blog anda dan banyak lagi.

Selamat mencuba.

ps. Peluang ini adalah terhad masanya. Saya tak pasti pula bila ia akan tamat. Jadi, bertindak dengan segera untuk mendapatkan duit mudah ini. Bukan selalu peluang ini ada. Kalau tak percaya, boleh baca pesanan Shuth di sini.

pps. Video Panduan Upgrade Blog WordPress akan dilancarkan dalam minggu ini. Harap maklum.

Incoming search terms:

  • duit mudah

Video Panduan Upgrade Blog WordPress

Makluman Pra-Pelancaran

InsyaAllah, jika tiada apa-apa halangan, saya akan lancarkan produk “Video Panduan Upgrade Blog WordPress” apabila segala persiapan telah siap sedia sepenuhnya.

panduan upgrade wordpress

Video ini merupakan produk ‘brand new’ yang mana ia sebelum ini disertakan bersama Pakej Kit Blogger, tetapi kini ia telah diwujudkan kepada satu bentuk produk yang tersendiri.

Terdapat beberapa penambahan baru yang dilakukan yang tiada pada video yang disertakan bersama Kit Blogger tersebut.

Terdapat dua pakej harga iaitu:

1. Personal Use (RM50.00)
+ Bonus, Forum Support, Update Percuma.

2. Resell Rights (RM170.00 – termasuk laman web & imej)
+ Support, Update Percuma
*Harga jualan belum muktamad. Mungkin ada diskaun atau tawaran yang pelbagai..

Lesen RR ini dibuka kepada 50 orang sahaja buat masa sekarang. Saya mungkin tidak akan membuka kepada terlalu ramai orang kerana produk sebegini adalah teknikal dan memerlukan support menyeluruh daripada saya.

Peluang RR ini akan dibuka kepada warga WangCyber.com dan pembaca blog saya dahulu sebelum saya buka kepada LIST saya yang amat aktif di dalam mencari peluang perniagaan sebegini.

Dan sebelum saya terlupa, pastikan anda ada asas blog WordPress dan ada pengetahuan komputer untuk menjadi Reseller. Saya sama sekali tidak akan memberikan tunjuk ajar mengenai perkara ini. Saya hanya membekalkan produk sahaja di samping memberikan support yg berkaitan.

Saya nyatakan begini sebab berdasarkan pengalaman sebelum ini, ada reseller yang tiada asas laman web/internet/komputer bertanyakan saya perkara2 yang asas. Jadi jika boleh, pastikan anda ada sedikit pengetahuan dan jika ada blog dot com (WordPress) sendiri lagi bagus. So, saya tidak bertangungjawab jika anda tiada asas teknikal sebegini tapi tetap mahu menjadi reseller juga.

Berkenaan dengan harga yang saya kenakan, ia amat berpatutan kerana produk ini adalah video teknikal yang sedikit ‘sulit’ di dalam memberikan support. Dan produk ini sudah pun ada perancangan jangka-panjangnya terutama dari segi kemas-kini video kepada versi yang lebih terkini.

Kepada yang berminat, nantikan pengumuman saya.

Ebook Vs Buku

Secara asas, ebook dan buku adalah sama sahaja, tapi jika ditinjau lebih jauh, kedua-duanya mempunyai banyak perbezaan. Saya tertarik dengan ‘persoalan’ yang Sham nyatakan di blog beliau, adakah ebook boleh disebar-sebarkan, disalin atau dipinjam-pinjamkan seperti buku biasa?

Jawapannya bergantung kepada jenis ebook tersebut. Apa yang dapat saya katakan, ebook mempunyai beberapa jenis ‘hak’ atau ‘lesen’. Jadi, boleh atau tidak anda sebar atau jual ebook itu bergantung kepada lesen yang dinyatakan oleh penulis (pemilik asal) ebook tersebut.

1. Distribution Rights (Hak Edaran)

Jika anda memiliki ebook jenis ini, anda boleh mengedarkan ebook tersebut tanpa sebarang halangan dengan syarat tidak mengubah kandungan ebook. Hak yang anda miliki hanyalah hak mengedar, bukan memiliki hakcipta ebook tersebut.

2. Personal Use Only (Kegunaan Sendiri)

Dengan membeli sebuah ebook jenis ini, anda hanya boleh menggunakannya untuk kegunaan anda sahaja. Tidak boleh disebar kepada orang lain.

3. Resell Rights (RR)

Untuk mendapatkan lesen ini, anda perlu membeli atau mendapatkannya secara sah daripada pemilik asal ebook. RR bermaksud anda boleh menjualnya, tapi para pembeli anda tidak boleh menjualnya (hanya boleh guna sahaja).

4. Master Resell Rights (MMR)

Ebook jenis MRR bermaksud, anda boleh menjual ebook itu dan para pembeli anda pun boleh menjual ebook tersebut.

5. Private Label Rights (PLR)

Jika empat jenis lesen (hak) di atas tidak boleh diubah-suai isi kandungan ebook, PLR pula berbeza. Anda boleh mengurangkan, mengedit, menambah atau melakukan apa sahaja terhadap isi kandungan ebook. Pendek kata, anda mempunyai hak terhadap isi kandungan tersebut. Namun semuanya bergantung kepada garis panduan (syarat) yang diberikan oleh pemilik asal ebook.

Kesimpulan

Itulah sedikit sebanyak mengenai jenis ‘hak’ yang ada pada ebook. Untuk buku, saya tidak pasti perkara ini ada diaplikasikan atau tidak. Cuma yang pasti, buku bercetak boleh dipinjam-pinjamkan, dijual balik (buku terpakai) dan disebar-sebar. Yang tak bolehnya, mencetak rompak sahaja iaitu membuat salinan buku dan menjualnya. Ini jelas salah jika ia dilarang oleh pihak penerbit.

Tidak kisah buku atau ebook, ketahui dahulu apakah yang anda boleh lakukan untuk produk tersebut. Boleh disebarkan? Boleh dijual semula? Boleh difotostat? Boleh disalin semula? Jika boleh, boleh lah. Jika tak boleh, jangan melakukannya kerana ia jelas menggunakan hak orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Kita semua setuju dan tahu bahawa menyalahgunakan hak orang lain adalah SALAH di sisi Agama dan undang-undang.

Wassalam.

ps. Artikel menarik: Produk untuk perniagaan Internet? Klik di sini untuk mengetahuinya.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)