Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Harga Minyak Naik, Harga Barang Naik? Takder Masalah!

Saya banyak belajar mengenai pengurusan kewangan daripada kawan-kawan di Internet malah daripada pembacaan buku. Dengan sedikit kefahaman yang saya ada, apa yang dapat saya katakan, walaupun harga minyak naik dan terus naik, dan dalam masa yang sama harga barang naik tak habis-habis, itu bukanlah masalah besar.

Bagi mereka yang faham pengurusan kewangan atau teknik kewangan, saya yakin mereka tak pelik dengan kenyataan saya tersebut. Bahkan saya ingin menambah satu lagi kenyataan: Duit gaji yang anda dapat, anda boleh simpan 100% dan tak perlu guna pun. Sebaliknya, anda boleh guna duit dari sumber lain. Soalnya, dari mana duit tersebut?

Buat Ebiz Secara Part Time!

Di Malaysia, tak ramai yang buat ebiz secara sepenuh masa (full time). Boleh dikira dengan jari. Tapi, kalau yang buat secara part time, memang ramai sangat. Dan inilah yang saya mahu ceritakan sikit pada hari ni.

Jika anda asyik mengeluh harga minyak naik dan menekan pihak kerajaan agar menurunkan harga minyak, itu bukan satu-satunya tindakan yang bijak. Tak perlulah kita melaung kuat-kuat kepada ‘bukit’ yang pasti tak akan mendengar untuk melakukan sesuatu kepada kita. Dengar pun tak, apatah lagi mahu menerima kehendak kita..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • harga barang naik lagi

Video Panduan Upgrade Blog WordPress Dilancarkan!

Alhamdulillah. Setelah bertangguh dalam 2 minggu, akhirnya produk ini dilancarkan juga pada hari ini.

Tapi, untuk permulaan ini, saya hanya menjual versi personal use sahaja dulu. Untuk versi Resell Rights, saya akan buka dalam masa terdekat ini juga (insyaAllah, dalam minggu ini).

panduan upgrade blogJika sebelum ini saya menyatakan harga yang akan saya kenakan ialah RM50.00 (untuk personal use), tapi setelah membuat perkiraan tertentu, saya menurunkan harga tersebut kepada RM30.00 sahaja dalam masa yang terhad. Saya mungkin akan meletakkan harga RM40.00 dan ke atas selepas ini.

Jadi kepada anda yang mahu belajar cara upgrade blog WordPress secara manual, anda boleh dapatkan video panduan ini. Secara mudah, video ni akan tunjukkan langkah demi langkah melakukan proses upgrade blog wordpress dengan lebih terancang dan selamat.

Jika anda bertanya sejauh mana kepakaran saya dalam soal sebegini, saya pernah membantu beberapa orang usahawan internet dan blogger di dalam upgrade blog mereka. Saya tidak kata saya amat pakar, tapi setakat proses upgrade, saya tahu triknya tersendiri dan ada pengalaman (portfolio).

Jadi, saya hasilkan video ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Yang menariknya, video ini bukan direka-reka, tetapi apa yang akan anda tonton adalah proses upgrade blog saya sendiri. Masa tu, saya dalam proses upgrade blog kepada versi 2.1. So, alang-alang buat benda tu, saya pun record kepada bentuk video.

Apa yang akan anda dapat ialah:

+ 12 video bersiri (langkah 1 hingga 12)
+ 1 video tambahan – upgrade guna Fantastico
+ Senarai Semak Upgrade
+ Pelan Cadangan Pembelajaran
+ Support percuma melalui emel (maybe saya akan buka forum support)
+ Kemaskini percuma produk
+ Bonus (buat masa ni ada dua bonus – nilai lebih RM30.00)

Rasanya memang amat berbaloi dengan kos RM30.00 yang anda keluarkan. Harga ni saya akan naikkan pada bila-bila masa sahaja bila saya mahu.

Untuk melihat contoh video ini, saya ada letak di laman web jualan video ini. Anda boleh lihat di sana.

Sila lawati laman web berikut:

http://bloggingsteps.com/up/

Kepada para pembeli Pakej Kit Blogger, memang anda sudah memiliki video panduan upgrade ini. Tapi perbezaannya tetap ada terutama dari segi support, kemaskini dan sebagainya. Video yang anda dapat itu hanya satu bonus untuk Kit Blogger sahaja, tapi bukan produk sokongan daripada saya. Maksudnya, saya tak ada support untuk anda bagi proses upgrade. Jadi, jika anda mahu dapatkan support dan kemaskini video ini daripada saya, anda perlu beli pakej video terbaru ini.

Bila sebut bab support ni, saya ingin beritahu awal-awal. Support yang diberikan adalah dalam bentuk nasihat sahaja untuk perkara berkaitan (yang tak berkaitan, biasanya saya tak layan). Anda tanya, saya jawab. Sebaliknya, saya tidak akan melakukan proses upgrade untuk anda. Anda yang perlu melakukannya sendiri. Tapi kalau saya ringan tangan, biasanya saya akan bantu. Anda boleh tanya pembeli Kit Blogger, dalam sesetengah kes, saya akan bantu mereka tanpa sebarang caj. InsyaAllah, itu pun kalau ada masa.

Jadi, saya harap tak adalah pembeli produk ni tanya pasal benda lain yang tak ada kaitan dengan proses upgrade blog. Harap-harap, soalan tu fokuslah pada topik. Saya bagitahu ni, sebab untuk produk kit blogger, ramai yang tanya macam-macam, tapi soalan tu tak berkait dengan proses pemasangan blog.

Dan, video ini sebenarnya telah pun ditambah-baik yang mana paparan dia lebih jelas dan terang berbanding versi lama. Dan ada juga editing yang telah saya lakukan kepada video lama. Jadi, amat digalakkanlah anda mendapatkan video versi terbaru ini.

Ingin saya maklumkan, jumlah file yang bakal anda download adalah lebih daripada 260MB. Maka, penggunaan talian internet broadband amat-amatlah dicadangkan. Tapi saya dah pecah-pecahkan file itu kepada file yang berasingan. InsyaAllah, bila saya dah kelapangan sikit, saya akan buatkan dalam bentuk CD (jika perlu).

Jenis video: Flash video. Komputer anda perlu dipasang dengan Flash Player.

Sebarang masalah, boleh bertanya di sini, PM atau emel saya melalui contact form di laman web jualan.

Harap maklum.

ps. Kepada yang mahu lesen RR, anda digalakkan mendapatkan video personal use ini dahulu untuk melihat produk ini. Nanti bila saya dah keluarkan versi RR, anda hanya perlu bayar balance sahaja. Maksudnya, harga RR tolak harga personal use.

>> Kepada para blogger dot com (WordPress), kini tiada alasan lagi untuk anda tidak upgrade blog anda.

Tambahan: Saya juga ada sediakan servis upgrade blog. Bagi anda yang ‘malas’, tak ada masa atau tak yakin nak upgrade blog sendiri, serahkan tugas itu kepada saya. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Pasaran Ebiz Tempatan Perlahan | Bayaran Komisen

Pasaran ‘Slow’?

Kepada para usahawan internet terutama yang menumpu di pasaran Malaysia, adakah pendapatan anda sedikit perlahan atau jatuh sejak dua tiga minggu lepas?

Untuk diri saya sendiri, saya dapati income saya sedikit jatuh terutama program affiliate yang saya sertai. Untuk produk sendiri, bukanlah tak dapat jualan yang Ok, tapi bilangan jualan tu sedikit perlahan.

Jika kita sedia maklum, dua minggu lepas Malaysia telah menghadapi musim pilihanraya dan sehingga ke hari ini, keadaan politik di Malaysia masih lagi belum stabil. Malah, sekarang pun sedang cuti sekolah (tamat pada 16 Mac 2008) di samping gaji belum masuk. ;)

Untuk melihat betul atau tidak teori saya ni, saya akan lihat income saya pada bulan depan. Kalau ada peningkatan, itu bermaksud betullah kuasa beli akan tinggi apabila bukan di hari cuti.

*Kadar jual beli bergantung kepada jenis produk atau servis yang anda lakukan. Ada jenis produk atau servis yang tak akan menerima kesan sebegini (tak rasa sangat).

Bayaran Komisen (Untuk Tempoh 16 Feb – 16 Mac)

Kepada para affiliate Pakej Kit Blogger, saya telah membuat bayaran komisen kepada anda. Sila semak akaun bank anda masing-masing. Biasanya Maybank2u akan hantar emel makluman kepada anda. Berikut adalah mereka yang berjaya mendapat komisen (nama mengikut username affiliate):

hexagold, annafatwat, signup, ronlia, zulzeoking, bizmalaya, abdfatah, wirasutra, dauz_91 dan discount.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai program affiliate untuk produk-produk saya, anda boleh sertai Group Rakan JV saya di sini: http://smartusaha.com/rakanjv

Dan kemudian daftar di sini:

http://www.bloggingsteps.com/kit/agen

http://www.pasaranlumayan.com/pro

Harap maklum.

Incoming search terms:

  • bayaran komisen pasaran hadapan

Kad Debit Terbaru: Maybankcard Visa Debit

Pihak Maybank telah pun mengeluarkan kad debit Visanya sendiri dan telah dilancarkan beberapa yang hari lepas. Kad ini sama seperti kad-kad debit lain, namun disebabkan ia masih baru, saya belum pasti sama ada ia boleh digunakan secara meluas secara Online terutama untuk verified akaun paypal (termasuk transfer duit paypal ke akaun kad debit).

kad debit visa maybankNamun, daripada senarai penggunaan kad debit ini, didapati ia boleh digunakan secara Online untuk pembelian apa-apa produk.

Accepted Everywhere

Maybankard Visa Debit is accepted in as many as 26 million VISA merchant locations worldwide. You can also make online purchases and mail/telephone orders (MOTO) from the convenience of your home or wherever you are”.

Satu perbezaan ketara kad debit ini dengan kad debit lain ialah (daripada apa yang saya faham), ia tidak dikenakan caj keahlian tahunan seperti mana yang dilakukan oleh Public Bank sebanyak RM24 setahun.

Fee Free

No more annual fees, monthly interest rates or late charges to worry about with the Maybankard Visa Debit”.

Untuk memohon kad debit ini, anda mestilah mempunyai akaun simpanan atau semasa di Maybank, dan mesti berumur 18 tahun ke atas. Anda akan mendapat kad debit ini pada hari yang sama anda memohonnya:

“How long does it take to receive a Maybankard Visa Debit?
You will get your Maybankard Visa Debit card on the spot when you apply.”

Andaikata kad ini boleh digunakan betul-betul secara Online terutama untuk sahkan akaun paypal, maka ini adalah satu berita baik untuk mereka yang masih belum mempunyai kad debit. Ini kerana, Maybank adalah di antara bank yang paling ramai memiliki akaun simpanan. Jadi, tak perlu lagi ke bank-bank lain kerana anda hanya perlu memohon terus sahaja di Maybank.

Cara untuk memohon ialah anda perlu ke cawangan Maybank yang terdekat dan akaun kad ini boleh disambungkan bersama dengan akaun simpanan anda. Jadi, mudah untuk transfer duit ke akaun kad debit anda.

Saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai kad debit ini kerana ia masih baru dan belum ada lagi rakan-rakan kita yang memohon dan mencubanya. InsyaAllah, ada masa dan ruang, saya akan mohon juga kad debit ini kelak.

Kepada anda yang ada masa dan mahu mencuba, anda boleh ke cawangan Maybank terdekat untuk maklumat lanjut.

Semoga dengan pelbagai kemudahan yang semakin bertambah sekarang, tiada lagi alasan untuk tidak melakukan perniagaan melalui Internet. Bagi yang mahu berniaga di Internet, kad debit adalah wajib. Anda amat memerlukannya.

Rujukan: Kad Debit Maybankcard Visa

Incoming search terms:

  • apa itu debit card
  • kad debit
  • apa itu debit kad
  • apa itu kad debit
  • debit kad
  • visa
  • kad debit bank rakyat
  • kad visa maybank
  • apa itu debit
  • nombor kad visa

Majalah IM Edisi Ke-2

Sedikit info kepada pembaca blog ini, e-majalah IM edisi kedua telah pun dilancarkan pada seminggu yang lepas. Anda boleh mendownloadnya di laman web www.MajalahIM.com.

Dapatkan e-majalah ini secara percuma tanpa perlu membayar walau satu sen pun. Terdapat lebih kurang 10 orang penulis utama yang terdiri daripada para usahawan Internet Malaysia (termasuk saya) yang menyumbangkan artikel kepada majalah ini.

Di antara topik yang diperbincangkan di dalam edisi kedua ini ialah:

1. Wawancara Eksklusif bersama Shuth (Pengasas WangCyber.com)

2. Tips Mempromosi Direktori (oleh: Alang)

3. Keseronokan Bekerja.. (oleh: SmartZul)

4. 7 Langkah Persediaan Menulis Sales Letter (oleh: Kak G)

5. Idea Hebat, Perniagaan Hebat (oleh: Irwan Dahnil)

6. Adab Menuntut Ilmu Online (oleh: Osman Affan)

..dan banyak lagi ilmu bermanfaat yang anda bakal perolehi melalui e-majalah ini yang tak dapat saya senaraikan kesemuanya. Jika nak tahu, download dan baca pada hari ini juga.

Dapatkan sekarang di www.MajalahIM.com.

Akhir sekali, tahniah kepada Team Flarebiz dan kepada mereka yang terlibat di dalam menjayakan projek e-majalah ini. Semoga majalah ini memberikan impak yang baik khususnya kepada rakyat Malaysia di dalam bidang perniagaan Internet.

Incoming search terms:

  • flazebiz com
  • pengasas flazebiz com

Bagaimana Menamatkan Kemarahan Pelanggan Dengan Mudah

Perkara ini adalah salah satu yang amat penting untuk kita semua kuasai di dalam perniagaan termasuklah perniagaan Internet. Salah cara, pelanggan yang anda dapat itu adalah untuk kali pertama dan terakhir. Maksudnya, itulah kali terakhir mereka membeli dengan anda. Berbeza jika betul caranya, mereka pasti akan berulangan membeli dengan anda.

Perkhidmatan kepada pelanggan merupakan satu ‘seni’ atau ilmu yang perlu dipelajari jika anda mahu berjaya lebih jauh di dalam perniagaan. Saya sendiri pun masih terus belajar agar perkhidmatan saya lebih mantap.

Pada artikel kali ini, saya akan kongsikan satu formula bagaimana untuk menamatkan kemarahan pelanggan dengan begitu mudah sekali. Ingin saya nafikan dahulu, apa yang perlu anda lakukan adalah di pihak anda. Jika pelanggan itu tidak mahu berdamai selepas anda telah melakukan yang sepatutnya, maka itu bukan lagi salah dan tanggungjawab anda.

Bagaimana Menamatkan Kemarahan Pelanggan?

Caranya hanya satu: Profesional dan Ketenangan

Sudah lumrah alam ini, jika anda melawan orang yang sedang marah kepada anda, sudah pasti kemarahan beliau semakin membara. Malah yang lebih teruk, keadaan ini akan menimbulkan dendam dan kebencian yang tidak kesudahan atau amat sukar untuk menamatkannya.

Tidak kisah anda betul atau salah, itu bukan soal utama yang perlu anda fikirkan tatkala para pelanggan anda bertubi-tubi memarahi anda. Pertama sekali, tenangkan diri. Kedua, fahami apa punca kemarahan mereka dan ketiga berbincang mereka dengan sebaik-baiknya.

Cara ini bukanlah satu kaedah muktamad untuk meredakan kemarahan mereka, tetapi biasanya mereka akan berhenti atau seperti ‘lemah’ untuk berlebih-lebihan di dalam memarahi anda akibat ketidak puas-hatian mereka.

Saya pernah dan selalu melalui keadaan ‘genting’ ini dan beberapa pantang yang saya selalu letakkan pada diri saya ialah:

1. Saya sama sekali tidak akan membalas emel atau SMS yang berbentuk makian dan kemarahan semasa emosi saya bukan di dalam keadaan yang tenang.

2. Saya tidak akan cepat membalas emel kemarahan mereka itu. Saya luangkan sedikit masa untuk menilai dan menganalisis apakah punca masalah yang sebenar. Kemudian saya senaraikan apakah ‘point’ yang boleh saya berikan kepada mereka.

pelanggan marahDi peringkat awal perbincangan, berikan masa dan peluang dahulu untuk mereka meluahkan apa yang ada dalam hati mereka. Daripada itu, anda akan dapat tahu apa puncanya dan point penting yang boleh membantu anda menjawab balik perkara yang mereka luahkan kepada anda.

Jika anda seorang yang betul dan mereka salah, jangan letakkan mereka sebagai seorang yang bersalah. Cukup untuk anda nyatakan perkara pokok masalah berkenaan dan penyelesaiannya. Jangan sesekali berkata, “anda salah, saya betul” atau “masalah berlaku sebab saudara, bukan salah saya”. Jika anda berkata demikian, amat pasti mereka tidak akan menjadi pembeli anda lagi, bahkan yang lebih teruk mereka ada ‘dendam’ (tak puas hati) dengan anda.

Mungkin anda mengatakan, “habis, kalau tak bagitahu dia salah, dia tak akan tahulah dia yang salah”. Anda perlu tahu, manusia ada akal untuk berfikir. Cukuplah kita menyatakan pokok pangkal masalah dan penyelesaiannya. Mereka pasti akan menilai, “apa punca yang sebenar?”. Mereka akan bertanya dan menjawab untuk diri sendiri. “Oh, rupanya aku yang salah perkiraan”. Jika mereka bersalah, biasanya mereka akan terus senyap atau memohon maaf.

Bagaimana pula jika anda yang bersalah? Tiada cara lain selain meminta maaf dan mengakui kesalahan tersebut. Tidak cukup hanya perlu mengaku, tapi nyatakan yang anda akan cuba mengelaknya pada masa akan datang dan memberikan servis yang lebih baik. Nyatakan juga sebab musabab kenapa masalah itu berlaku. Jika mampu, mungkin anda boleh berikan mereka sesuatu yang boleh sejukkan hati mereka.

Sebagai contoh, anda boleh membayar balik separuh wang yang mereka bayar atau memberikan produk tambahan lainusahawan internet secara percuma. Dengan melakukan cara ini, mereka akan tahu yang anda betul-betul menjaga hak mereka sebagai pembeli. Malah, anda akan dianggap melakukan bisnes dengan bersungguh dan betul-betul mahu melakukan yang terbaik.

Jangan sesekali bersifat ego dan tidak mahu mengaku bersalah. Sebab jika sudah jelas anda salah, maka salahlah. Takkan yang salah adalah betul. Ia adalah perkiraan logik yang amat mudah bukan? Hulurkan kemaafan dan jalinlah hubungan yang lebih mesra dengan mereka. Inilah sikap usahawan yang merendah diri dan sejati.

Kesimpulan

1. Bersikap profesional dan tenang.

2. Jangan cepat melenting. Utamakan pertimbangan akal daripada emosi.

3. Jangan nyatakan mereka bersalah, sebaliknya nyatakan perkara yang sebenar.

4. Jangan ego dalam mengaku kesalahan dan cari jalan terbaik untuk menyelesaikannya.

Incoming search terms:

  • cara menangani Pelanggan Bermasalah
  • servis pelanggan
  • artikel perkhidmatan pelanggan
  • tips khidmat pelanggan
  • menangani pelanggan bermasalah
  • cara servis pelanggan
  • artikel khidmat pelanggan
  • artikal khidmat pelanggan
  • apa itu perkhidmatan pelanggan
  • apa itu khidmat pelanggan

Tiada Orang Beli Produk Anda?

Jika tiada orang yang membeli produk anda atau hanya sedikit sahaja yang membeli, anda perlu menganalisa beberapa faktor berikut:

1. Permintaan (demand)

Adakah ada permintaan terhadap produk tersebut? Atau dalam bahasa lain, ada atau tidak pasaran (market) untuk produk anda itu? Jika tiada, maka amat digalakkan anda menghentikan sahaja penjualan produk tersebut sepertimana saranan Marlon Sanders.

Tiada guna anda berhempas-pulas siang dan malam mempromosikan produk yang tak ada orang mahu membelinya. Biarlah hebat mana pun produk dan laman web anda, namun cuba soalkan, buat apa orang beli jika mereka tidak memerlukannya? Sebab itulah langkah pertama di dalam perniagaan, anda mesti tahu adakah produk yang bakal anda jual itu ada orang mahu atau tidak?

2. Trafik

Sejauh manakah usaha promosi dan pemasaran anda? Konsisten atau tidak? Jika anda malas mempromosi, maka hasil jualan sudah semestinya sedang-sedang sahaja. Tapi jika anda melakukan promosi yang agresif dan konsisten, maka hasilnya sudah tentu lumayan.

Apabila anda melakukan promosi yang konsisten, maka laman web jualan produk akan mendapat trafik yang ramai dan tidak putus-putus. Dua perkara penting yang perlu anda tekankan di dalam penjanaan trafik ke laman web jualan produk ialah:

  • Trafik yang menumpu (targeted traffic)
  • Trafik yang tinggi (huge traffic)

3. Surat jualan yang tinggi kadar penukarannya (High conversion sales letter)

Selain trafik dan faktor produk, sales letter (surat jualan) pada laman web jualan juga wajib dapat membuatkan bakal pembeli berminat dengan produk yang dijual. Soalnya, bagaimana untuk mengetahui surat jualan anda mempunyai conversion rate yang tinggi atau tidak? Dan bagaimana cara mengukurnya?

Tiada cara lain selain anda melakukan kaedah split testing yang mana dipanggil juga sebagai A/B testing. Secara mudah, anda perlu sediakan sekurang-kurangnya dua laman web atau sales letter yang berbeza untuk menguji yang mana satu lebih bagus. Anda boleh merujuk split testing yang telah dilakukan oleh Shuth untuk laman web MasKahwin.com beliau.

Tujuan split testing ini dilakukan adalah untuk mengetahui sales letter yang mana satu yang lebih mempunyai conversion rate yang tinggi. Anda juga boleh membaca artikel yang disediakan oleh SaifulSham di blog mereka untuk melihat contoh hasil split testing.

Jadi, pastikan anda tahu laman web dan sales letter yang anda gunakan adalah benar-benar dapat menukarkan (convert) pelawat kepada pembeli.

4. Tawaran (Offer)

Tidak cukup anda hanya meletak satu pilihan harga sahaja. Sebagai contoh anda menjual satu produk berharga RM300.00. Anda tidak semestinya meminta pembeli membayar terus jumlah tersebut, tapi anda sediakan pilihan bayaran untuk 3 kali bayar iaitu RM100.00 setiap bulan selama 3 bulan. Bayaran adalah melalui kad kredit secara automatik.

Contoh lain pula, anda sertakan bonus untuk produk anda. Biasanya pembeli sukakan sesuatu yang diberikan secara percuma. Beli satu dapat percuma satu. Atau beli produk ini dapat 3 produk lain secara percuma. Inilah dikatakan sebagai tawaran (offer).

Begitu juga dengan cara pembayaran. Sediakan beberapa bentuk kaedah pembayaran seperti kad kredit, online banking dan juga wang pos. Tidak semua orang mampu membuat bayaran dengan satu kaedah sahaja. Jadi, teramatlah rugi jika prospek mahu membeli namun cara pembayaran yang anda sediakan tidak mampu untuk mereka lakukan. Akhirnya mereka tidak membeli.

5. Kepercayaan

Anda membuat bakal pembeli ragu atau percayakan anda? Jika anda betul-betul berniaga, dedahkan siapa anda yang sebenarnya. Ya, walaupun ada mereka yang tetap membeli walaupun tidak mengenali anda, tapi bagaimana mereka yang berminat tapi tidak jadi membeli kerana tidak tahu siapa anda? Anda mesti tahu, ada segolongan pembeli yang ‘ego’ untuk tahu siapa anda sebelum mereka membeli.

Tidaklah bermaksud anda mesti menceritakan di mana anda tinggal, alamat rumah anda, anak ada berapa atau hal-hal peribadi anda yang privasi. Tapi memadailah menyatakan nama anda, kelulusan pendidikan (jika ada), sijil pengiktirafan (jika ada), alamat perniagaan (jika ada premis), gambar, No. Telefon dan pencapaian anda di dalam perniagaan.

Satu lagi cara ialah testimoni. Dapatkan ‘pengiktirafan’ (pengakuan) sama ada daripada pakar-pakar yang berkaitan dengan produk anda atau pembeli produk anda. Biasanya testimoni ini adalah dalam bentuk yang positif mengenai produk atau servis anda. Dengan ini, bakal pembeli akan lebih mudah percayakan anda. Produk yang diakui bagusnya biasanya akan lebih mudah dibeli oleh pembeli baru.

Kesimpulan

Lima perkara di atas adalah di antara faktor yang menjadi penyebab terbesar produk anda dibeli oleh ramai orang atau tidak. Jadi, analisalah perkara-perkara tersebut agar jualan produk anda meningkat dari semasa ke semasa. Yang penting, analisalah secara berterusan untuk memastikan jualan produk anda lebih berjaya dan meningkat dari semasa ke semasa.

.


| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)