Jika jumlah teknik teknik promosi yang anda gunakan selama ini adalah lima, apa kata tambah lagi jumlah tersebut agar promosi anda lebih meluas dan menyeluruh. Dan jika selama ini anda bergantung harap dengan cara percuma, apa kata kita lakukan juga cara yang berbayar?
Salah satu caranya ialah dengan menggunakan Adwords. Secara mudah, iklan adwords ini adalah berdasarkan kepada kiraan pay per click, iaitu anda dicaj apabila ada orang klik pada iklan adwords anda sahaja. Berikut adalah contoh iklan. Klik pada imej untuk paparan yang lebih besar.

Jika anda biasa menggunakan Google.com, anda mesti perasan terdapat dua bahagian pada page hasil carian anda. Satu di kiri dan satu lagi kanan. Pada bahagian kiri, ia dipanggil sebagai Organic Search. Inilah yang anda dengar selama ini mengenai SEO iaitu satu proses atau teknik untuk memastikan blog atau laman web tersenarai di dalam hasil carian. Dalam istilahnya, ia dipanggil sebagai Search Engine Result Pages (SERPs).
Manakala di sebelah kanan pula ialah iklan adwords yang saya nyatakan di awal tadi. Pada bahagian ini, para pengiklan (pemilik iklan) akan dikenakan caj jika iklan mereka diklik. Contohnya jika satu klik cajnya ialah RM0.30, maka jika ada 100 klik pada iklan tersebut, maka pemilik iklan tersebut akan dikenakan bayaran sebanyak RM30.00.
Nampak seperti mahal iklan Adwords ni kan? Tapi sebenarnya tidak. Biar saya berikan satu contoh agar anda berminat untuk mendalami ilmu Adwords ini. Katakan anda ada satu produk (katakan ebook) berharga RM35.00. Kemudian anda pun setup satu iklan yang mana kadar per klik ialah sebanyak RM0.25 sen sahaja.
Kemudian dalam tempoh 3 hari iklan terpapar di bahagian tersebut, ada 100 orang yang klik pada iklan anda itu. Daripada 100 orang, hanya 45 orang sahaja yang membeli produk anda. Jadi, berapakah kos pengiklanan adwords di sini dan berapakah keuntungan bersih jualan produk tersebut? Mari kita kira:
Kos Adwords = 100 x 0.25 = RM25.00
Hasil Jualan Keseluruhan = 45 x RM35.00 = RM1575.00
Untung Bersih (tolak kos) = RM1575 - RM25 = RM1550.00
Nah, siapa kata rugi??
Mungkin bagi anda kos RM25 itu satu kos yang besar, padahal jika kena caranya anda akan untung besar.
Berminat dengan Adwords? Tak perlu pergi jauh. Sham (penulis Ebook RajaAdsense) telah pun melancarkan ebook Panduan Adwords beliau. Saya sendiri belajar dengan dia. Tak diragui, Sham amat fokus kepada pengiklanan Adwords ni sejak saya kenal dia hampir 3 tahun lepas. Saya jer yang tak ambil kesempatan nak belajar dengan dia. :p
Anda boleh lawati http://www.PanduanAdwords.com untuk mendapatkan panduan tersebut. Saya dah pun baca dan akan baca lagi untuk memastikan saya faham mengenai Adwords ni. Beberapa teknik yang Sham bagitahu dalam panduan tu pun saya dah amalkan sendiri. Memang ada hasil.
Satu perkara yang perlu anda tahu mengenai Adwords ialah, jangan melakukannya tanpa kefahaman yang jelas. Kalau tak, anda akan RUGI BESAR. Memang confirm anda akan rugi mengeluarkan kos besar jika tak tahu cara yang betul! Anda perlu tahu strategi dan trik di dalam memaksimakan keuntungan jualan produk melalui iklan Adwords ni. Kalau tak, memang anda tak akan dapat apa-apa atau dapat sikit.
Sebab itulah anda perlu berguru dan belajar daripada yang tahu. Laburlah sedikit duit untuk ilmu.
Anda juga boleh dapatkan lima buah ebook secara pakej daripada Sham termasuk ebook panduan Adwords di atas. Kalau saya jadi anda, saya akan beli pakej sebab saya akan dapat semua. Laburlah sedikit wang. Jangan fikir panjang untuk ilmu yang pasti dapat melipat-gandakan pendapatan perniagaan Internet anda.
Kalau anda mahu beli secara pakej, anda boleh ke laman web http://www.PanduanIklan.com. Kat sana anda tahulah ebook apa yang akan anda dapat.
Sekian dahulu daripada saya.
Wassalam.
-SmartZuL
ps. Saya dalam perancangan untuk membuka ruang iklan di blog ini. Perkhidmatan review produk, advertorial dan lain-lain juga di dalam proses perancangan. Sesiapa yang berminat, get ready ya. 
Popularity: 25%
Share This
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!