Jika kita mahu berjaya dengan mudah dan tanpa menyusahkan orang lain, belajarlah untuk bertanya dengan cara yang betul. Artikel kali ini amat pendek, namun saya mahu berikan satu panduan yang amat penting.
Perhatikan soalan-soalan berikut:
“Saya tak tahu nak buat ebiz. Boleh tolong?”
“Saya tak ada modal nak buat ebiz, macam mana yer?”
“Saya tak pandai komputer. So, macam mana nak berniaga di internet?”
Itu hanya sebahagian kecil contoh soalan yang biasa dikeluarkan oleh segolongan mereka yang tertentu. Mereka bertanya dan mahukan jawapan, tapi hakikatnya, soalan mereka itulah jawapan dan hasilnya.
“Saya tak tahu nak buat ebiz. Boleh tolong?”
>> Jika tidak tahu, maka jawapannya ialah belajar. Jika persoalan tidak tahu ini terus menerus difikirkan, maka sampai bila-bilalah anda tidak akan tahu mengenai sesuatu.
Contoh soalan yang betul: “Saya sudah merujuk kepada beberapa buah buku mengenai perniagaan internet ini dan saya amat berminat dengan menjual produk informasi. Boleh Encik Zul berikan saya panduan yang asas mengenai cabang perniagaan ini?”
Pelajaran: Usaha dahulu sebelum bertanya. Jika tiada usaha, nampak benar anda hanya mahu mudah dan menyusahkan orang lain demi kepentingan anda semata-mata. Orang lain bukan kuli kita untuk menjawab soalan-soalan kita yang tidak betul persoalannya.
“Saya tak ada modal nak buat ebiz”
>> Ya, anda memang tiada modal sebab anda sering memikirkan tak ada modal. Malah, mentaliti susah dan sukar telah menguasai anda. Hakikatnya anda sudah tahu anda mesti mencari dan mendapatkan modal jika tiada modal, tapi anda masih mengeluh dan mempersoalkan tiada modal.
Contoh soalan yang betul: “Saya akan buat perniagaan internet nanti yang akan menjual produk berbentuk kraftangan. Namun, saya perlukan sedikit modal sekurang-kurangnya RM500 untuk melaksanakan projek ini. Bagaimana saya boleh dapatkan modal sebanyak ini? Ada sebarang cadangan atau idea?”
Pelajaran: Ketahui apa yang akan anda lakukan dan perlukan secara jelas. Kemudian baru bertanya pendapat orang lain. Tanpa persoalan yang jelas, orang lain akan turut sama buntu untuk membantu anda.
“Saya tak pandai komputer. So, macam mana nak berniaga di internet?”
>> Tak pandai lawannya tahu (pandai). Untuk tahu sesuatu, maka tiada cara lain lagi selain BELAJAR.
Contoh soalan yang betul: “Kat mana ya ada sediakan kursus asas kemahiran penggunaan komputer dan internet? Saya mahu belajar komputer sebab nak buat ebiz nanti. Sekarang ni nak guna ‘mouse’ pun masih terkial-kial”.
Pelajaran: Anda perlu tahu apa tindakan yang sewajarnya. Hakikatnya anda sudah tahu yang anda perlu belajar sesuatu untuk mengetahuinya, tapi akibat mindset yang keliru, buntu dan asyik berfikir susah dan susah, maka soalan yang tak patut ditanya akan dituturkan oleh lidah anda.
Kesimpulan
Belajarlah untuk bertanya soalan yang betul. Elakkan bertanya soalan-soalan kurang betul jika anda mahu soalan anda itu dijawab oleh orang lain dengan sebaik-baiknya. Analisis diri anda sekarang, adakah anda selalu bertanya soalan yang tepat dengan cara yang betul?
ps. Mungkin ada yang akan merespon artikel ini: “Tak semua orang tahu berfikir macam tu Zul”. Jawapan saya: “Cuba baca tajuk artikel ini betul-betul. Saya seru untuk mereka belajar bertanya dengan cara yang betul dan mengajak untuk kita sama-sama belajar dan mempraktikkannya”.
Incoming search terms:
- bertanya belajar
- kaedah bertanya soalan dan menjawab soalan
- kemahiran bertanya soalan
- punca kebanyakan daripada kita tiada kemahiran bertanya dengan cara yang betul
- selalu bertanya soalan
- tips bertanya soalan















Komen Terkini