Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Perlukah Anda Femes?

Salah satu faktor di dalam perniagaan yang menentukan sesuatu produk berjaya dijual atau tidak ialah KEPERCAYAAN. Tanpa kepercayaan dan keyakinan orang terhadap si penjual, amat susah mereka iaitu bakal pelanggan untuk membeli produk yang dijual itu.

Dalam bidang perniagaan internet, unsur kepercayaan amatlah penting sekali, bahkan berkali ganda lebih sukar untuk dilakukan berbanding perniagaan offline yang bertemu muka. Akibat sukar orang untuk mengetahui siapa di sebalik laman web jualan itu, maka sukarlah sedikit untuk memberikan keyakinan.

Namun begitu, setiap yang ‘sukar’ itu tetap ada jalan dan penyelesaiannya. Untuk membina keyakinan bakal pelanggan kepada diri anda sebagai penjual di laman web itu, anda boleh lakukan beberapa cara seperti:

1. Menceritakan yang benar mengenai diri anda. Beritahu nama sebenar anda, nyatakan No. Telefon dan lain-lain maklumat yang berkaitan. Pengalaman saya sendiri dengan cara ini ialah, ramai juga pembeli yang membeli produk saya setelah mengetahui ‘profile’ saya.

2. Meletakkan gambar anda. Cara ini terbukti boleh menambah keyakinan bakal pembeli. Menunjukkan gambar anda, bermaksud anda seorang yang jujur kerana orang yang menipu biasanya tidak berani mendedahkan rupa mereka.

3. Jika anda seorang lulusan Universiti, IPT atau mempunyai pengiktirafan tertentu seperti mempunyai ‘Certificate’, jangan persia-siakan kelulusan itu. Contohnya yang memiliki certificate, biasanya mereka ini dibenarkan untuk menggunakan logo tertentu untuk menyatakan yang mereka diiktiraf. Contohnya ialah logo Adwords Profesional:

adwords professional

Jika mereka menjual produk berkaitan Adwords, maka tiada persoalan mengapa perlu membeli daripada mereka. Sebab, mereka diiktiraf.

Jika anda mempunyai pengiktirafan sebegini, orang lebih mahu mendengar kata-kata anda berbanding daripada kata-kata mereka yang tidak diiktiraf. Jika anda mempunyai kelebihan sebegini, gunakannya sebaik mungkin dengan meletaknya pada website anda.

Poin-poin di atas hanyalah mengenai bagaimana untuk meyakinkan orang membeli produk di laman web anda. Namun…

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Perniagaan Internet: Jual Kepakaran Anda

Sebelum saya terus menulis artikel kali ini, ingin saya nyatakan bahawa, artikel ini seboleh mungkin mahu mengelakkan daripada memberikan contoh mengenai kepakaran Internet Marketing semata-mata, tetapi adalah selain daripada itu.

Kebanyakan kita mempunyai kelulusan tertentu seperti IT, komputer, kesihatan, kecergasan dan sebagainya. Namun, tidak semua lulusan seperti graduan daripada IPT mampu mendapat kerja yang mereka idam-idamkan. Tunggu punya tunggu, tawaran kerja tak kunjung tiba.

Mengapa tidak melakukan perniagaan? Tidak minat? Takut rugi? Tak sesuai? Ketahuilah, tiada lagi alasan di zaman ini untuk berniaga jika anda masih menganggur. Alasan-alasan sebegitu sudah lapuk dan tidak diterima lagi. Mahu tidak mahu, perlu beranilah melakukan sesuatu yang kurang kita ‘selesa’.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Perniagaan Internet: Wajib Miliki Produk Sendiri

Tidak dapat disangkal, anda senaraikanlah 1001 kelebihan pun untuk apa-apa program buat duit di internet seperti Google Adsense, Program Affiliate dan yang lain-lain, satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah anda tiada kuasa dan hak untuk produk orang lain itu.

Kawalan, polisi, syarat, kekangan dan sebagainya bukan ditentukan oleh anda, tetapi oleh mereka yang empunya program buat duit tersebut. Bahkan hidup dan mati program itu adalah ditentukan oleh mereka, bukan anda. Malah kita juga 100% tidak tahu apakah ‘trik’ dan perancangan di belakang tabir program tersebut. Terkadang, kita dipergunakan oleh mereka untuk kepentingan mereka semata-mata.

SCAM (Penipuan): Walaupun sesebuah program itu membuat bayaran kepada anda di saat-saat awal program mereka dilancarkan, namun itu tidak bermakna mereka bukan program yang SCAM. SCAM bukan hanya bermaksud tidak membayar, tetapi SCAM juga akan membayar dan membayar kepada anda. Namun apabila sampai masanya, mereka hilang entah ke mana membawa keuntungan yang besar dan meninggalkan anda terkontang-kanting.

Katakan pula sesebuah program itu bukan SCAM. Ada lagi kekangan yang lain iaitu had dan keterbatasan. Mahu tidak mahu anda mesti mengikut syarat-syarat yang mereka tentukan. Melanggar ketentuan mereka, bermaksud anda mencari padah. Terbukti, anda tiada kuasa untuk menghalang mereka..

Kita masuk pula bab kawalan produk. Kita biasanya amat sukar untuk menentukan perkara-perkara yang syubhah di dalam program yang kita sertai. Teramat sukar untuk mengetahui apa modus operandi mereka yang sebenar. Terlalu payah dan memang tidak tahu pun apa yang mereka lakukan di belakang tabir. Akhirnya, secara mudah kita ‘bersubahat’ dengan mereka. Program yang disangka baik, rupanya ada udang di sebalik batu.

Contoh lain yang membuktikan kita tiada kuasa di dalam mana-mana program ialah hidup atau mati program tersebut. Katakan sebelum ini kita berjaya mendapat RM5000 sebulan daripada program itu. Tetapi apabila bangun sahaja di keesokan pagi, satu dunia riuh mengenai sudah hilang ghaibnya program tersebut. Empunyanya, penganjurnya, entah hilang ke mana membawa lari keuntungan untuk diri sendiri.

Atau dalam kes yang lain pula, sesebuah sistem program buat duit itu mempunyai beberapa risiko seperti bila-bila masa sahaja sistem mereka boleh ‘down’ dan anda tiada kuasa untuk mempercepatkan ia ‘ON’ semula dan atau melakukan apa-apa tindakan. Seratus peratus ketentuan adalah di pihak pemilik program. Anda hanya mampu menunggu-nunggu dan terkedu keseorangan.

Milikilah Produk Sendiri

Sukar sangatkah untuk menjual produk sendiri? Tidak sukar rasanya. Nak seribu daya, tak nak macam-macam alasan. Memiliki barisan produk sendiri amat membanggakan si pemilik produk itu. Jika produk itu Ebook atau buku, namanya akan terpampang pada ebook itu. Bahkan beliau berhak melakukan apa sahaja di dalam proses menjual produknya itu. Tiada halangan untuknya.

Tidak seperti yang hanya mengikut telunjuk orang lain semata-mata atau ‘terseksa’ dengan syarat itu dan polisi ini, tetapi sebaliknya usahawan internet yang memiliki produk sendiri pula memberikan syarat dan kekangan kepada orang lain. Dirinya mempunyai ‘kuasa’ untuk menentukan itu dan ini. Sekali lagi, tiada halangan..

Maka benarlah. Yang layak digelar sebagai usahawan yang sebenar ialah mereka yang memiliki produk sendiri. Sebabnya hanya satu, usahawan adalah BEBAS. Anda tidak layak dipanggil sebagai usahawan jika anda hanya menjual dan mempromosikan produk orang lain semata-mata atau membuat duit hanya berlandaskan program dan produk orang lain. Anda hanya seorang peniaga, bukan usahawan.

Usahawan yang hebat ialah usahawan yang boleh menentukan itu dan ini, bukan mengikut apa sahaja kehendak dan ketentuan orang lain. Mereka amat berjaya kerana mereka miliki ‘kuasa’. Anda pula bagaimana?

Tepuk dada, tanya selera.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • prosedur nak daftar produk sendiri

“Err, Macam Mana Nak Buat Bisnes Internet Ya?”

Saya teramat banyak kali menerima emel-emel yang bertajuk seperti di atas. Tidak cukup emel, SMS juga pun ada. Saya bukan tidak mahu menjawab emel-emel tersebut atau membalas SMS-SMS mereka tetapi banyak sebab yang membuatkan saya tidak membalasnya. Kalau hanya seorang dua Ok lagi, tapi kalau dah ramai…

Tidak cukup untuk menjawab soalan-soalan tertentu secara lengkap melalui emel. Maka usahalah untuk membaca tulisan di blog ini dan juga di laman web yang berkaitan sebab soalan-soalan yang ditanya itu sudah pun terjawab di dalam kebanyakan artikel. Persoalan di sini, kenapa tidak berusaha mencari dahulu sebelum bertanya? Mahu mudah tanpa perlu usaha dahulu?

Atau, beli sahaja panduan yang sudah disusun lengkap dan teratur. Cuma perlu ikut dan buat sahaja. Tak perlu bersusah-susah untuk mencari sendiri yang kononnya mahu menjimatkan wang. Keluarkanlah sekitar RM100 (termasuk domain dan hosting) dan kemudian anda boleh hasilkan pendapatan lebih daripada itu. Itupun jika anda betul-betul serius.

Saya bukanlah anti-percuma, bahkan saya sendiri memberikan begitu banyak ebook percuma termasuklah menulis di blog ini. Tapi ubat utama untuk memudahkan mereka yang masih tercari-cari dan masih keliru ialah membeli panduan yang sudah dihidangkan secara langkah demi langkah. Adakah ini suatu cara yang sukar..?

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • macam mana nak cari duit lebih
  • macam mana nak buat bisnes online
  • macam mana nak buat bisnes
  • buat bisnes online
  • macam mana nak buat blog perniagaan
  • cara nak buat bisnes online
  • macam mana nak buat duit dalam internet
  • nak buat bisnes apa di internet
  • macam mana nak start bisnes online
  • macam mana nak buat iklan kat internet

Penyakit Tersembunyi Usahawan Internet

Kerjaya sebagai seorang usahawan internet selalunya akan menjadikan rumah dan komputer sebagai pejabat peribadi mereka. Kerjaya ini dilakukan dengan berbekalkan sebuah komputer dan tanpa perlu keluar dari rumah amat menyenangkan.

Jangan sangka bekerja di bawah bumbung yang terlindung dari cahaya matahari dan sentiasa berhawa dingin bermakna anda akan sentiasa selamat. Tahukah anda bahawa di sebalik ruangan pejabat anda yang selalunya cantik dan tersusun kemas sebenarnya tersembunyi ancaman penyakit yang boleh membahayakan kesihatan?

Buat anda yang berkarier sebagai usahawan internet dan banyak menghabiskan masa di hadapan komputer, telitikan beberapa penyakit di bawah dan lihat samada anda berpotensi untuk mengidapnya atau tidak:

Batu karang

Sering berlaku kepada anda yang mencari info di internet atau idea datang mencurah-curah semasa menulis di blog akan abaikan apabila terasa mahu membuang air kecil. Selalunya mereka akan terus ke tandas apabila terasa benar-benar mahu menunaikan hajat tersebut tetapi ini boleh mengundang bahaya yang amat besar iaitu penyakit batu karang.

Gastrik

Gastrik berpunca dari tabiat pemakanan yang tidak teratur. Mungkin anda terlalu ‘excited’ dengan satu-satu projek untuk disiapkan sehingga mengabaikan makan dan minum. Kebanyakan mengganggap makan tidak teratur itu tidak mengapa asalkan hati menjadi puas dan akan mengambil makanan apabila betul-betul lapar.

Ini adalah satu perkara yang sering berlaku tanpa kita sedari dan boleh mengundang bahaya penyakit gastrik dan menjadikan kita tidak terurus dari segi pengurusan masa.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • capal jago
  • gastrik usus begerak

Membina Kejayaan dan Kekayaan di 2008

Apa khabar semua. Semoga sihat sejahtera dan ceria sepanjang masa lebih-lebih lagi di permulaan tahun baru ini, 2008.

Tahun baru bagi kebanyakan orang dijadikan sebagai titik mula sebagai usaha mereka termasuklah di dalam perniagaan. Bagi kebanyakan usahawan internet, mereka sudah pasti merancang sesuatu yang lebih bermakna di tahun baru ini untuk memajukan lagi usaha mereka.

Jika anda bertanyakan apakah matlamat saya pada tahun ini, saya ada perancangan tersendiri, namun mungkin saya tidak dapat kongsikan di sini. Tidak seperti biasa yang mana saya akan beritahu apa yang mahu, namun kali ini biar ia menjadi rahsia dahulu.

Secara mudahnya, saya tidak mahu lagi membazirkan hari-hari di tahun 2008 ini dengan sesuatu yang amat merugikan saya. Pendek kata, saya ingin melalui setiap hari di tahun ini dengan sesuatu yang bermanfaat dan lebih menguntungkan berbanding apa yang telah dilakukan pada tahun 2007.

Kalau kita menggunakan masa dengan sebaiknya, melakukan apa yang perlu dan mengelakkan diri daripada sesuatu yang membazir masa, motivasi, fokus dan tenaga kita, insyaAllah kita boleh berjaya mencapai apa yang kita inginkan.

Masa adalah aspek yang amat-amat penting di dalam perniagaan dan keusahawanan. Kalau kita asyik melakukan sesuatu yang tak perlu pun kita buat, biasanya fokus akan hilang. Apabila hilangnya fokus, maka apa yang dimahukan (matlamat) biasanya tidak dapat dicapai dengan sempurna. Inilah pelajaran yang saya dapati di tahun lepas. Saya ada terlari sedikit daripada perancangan asal. Al-maklum, saya pun manusia biasa.

Namun begitu, pelajaran-pelajaran itu amat bermakna bagi saya. Kegagalan, pengalaman baik atau buruk, kita mesti melihatnya sesuatu yang bernilai. Jangan sesekali melihat ia sebagai suatu yang membebankan kita. Ambil pelajaran itu baik-baik dan pastikan ia tidak berulang lagi.

pendapatan di internetDengan mengoptimumkan penggunaan masa kita kepada perkara-perkara yang lebih menguntungkan, saya amat yakin, kita pasti akan berjaya mencapai apa yang diinginkan. InsyaAllah. Tiada perkara yang lebih penting selain daripada penggunaan masa yang terurus.

Jaga-jagalah masa anda dengan baik. Buat apa yang perlu anda buat sahaja dan fokus padanya. Kalau anda merancang lima matlamat pada tahun ini, fokus hanya pada lima itu. Jangan diubah-ubah, ditambah-tambah atau dikurang-kurang. Fokuskan 100% pada usaha tersebut.

Salah Memilih Peluang

Saya dapati juga, salah satu yang menyebabkan masa kita terbuang begitu sahaja ialah kerana kita tersalah memilih peluang. Kita sangka ia menguntungkan, rupanya habis masa dan tenaga disia-siakan begitu sahaja. Jadi, andaikata ada sesuatu peluang yang datang menjengah anda, pandai-pandailah memilih dan menentukan ia baik atau tidak. Jika ia akan mengganggu usaha anda, katakan tidak padanya. Jika ia dapat membantu anda mencapai matlamat perniagaan anda, terimalah ia dan lakukan sebaik mungkin.

Selain peluang, ada juga anasir luar yang akan menggugat motivasi dan usaha anda. Mereka datang membawa unsur-unsur negatif sama ada kata-kata atau sesuatu perbuatan yang boleh memusnahkan usaha anda. Tangani mereka dengan bijaksana dan dengan penuh ketenangan. Jangan sampai mereka ini berjaya menghancurkan anda dan perniagaan yang dibina. Jika anda gagal menghadapi mereka dengan baik, maka banyak masa yang akan dihilangkan begitu sahaja dek kerana melayan karenah mereka itu.

Pengalaman saya sendiri di tahun lepas, ada beberapa orang yang ‘mengacau’ saya dan mahu melihat saya tersungkur jatuh. Biasalah, tak semua manusia baik-baik belaka. Banyak juga masa saya habis begitu sahaja akibat kejahatan mereka ini, di samping menguji kekuatan motivasi saya. Semoga Allah melindungi kita daripada kejahataan tangan-tangan manusia yang tiada akal yang panjang ini.

Akhir kata, penggunaan masa yang terancang dan fokus pada apa yang perlu dilakukan sahaja adalah salah satu punca kejayaan anda di dalam perniagaan. Tanpa penggunaan masa yang optimum, amat sukar dan lambat sedikit untuk anda mendapat apa yang anda inginkan.

Semoga kita semua berjaya membina kekayaan dan kejayaan di tahun 2008 ini.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • carta saham
  • download ebook kejayaan dan kekayaan
  • membina kejayaan
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)