Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pemenang ‘Contest’ + Bayaran Affiliate

‘Simple Contest’

Tempoh hari, saya telah mengadakan ‘simple contest’ iaitu meneka apa maksud imej yang dipaparkan. Hadiah pertama sudah pun diberikan. Hadiah kedua? On the way. Tunggu ya. Saya akan send maklumat hadiah (ebook) ke emel anda. Pastikan semak emel anda nanti. Kalau tak ada dalam folder Inbox, semak dalam folder Spam/Bulk.

Bayaran Affiliate

Untuk bayaran affiliate Pakej Kit Blogger, saya telah pun membuat bayaran pada 16/1/2008 lepas. Pada kali ini saya tidak menghubungi anda melalui emel, cuma anda akan dapat ‘emel makluman’ daripada Maybank2u sahaja.

Jadi, sesiapa yang dapat RM20.00 daripada saya (Mohd Zulfadli), maksudnya anda telah berjaya mendapat komisen untuk program Affiliate Pakej Kit Blogger.

Bagi Pakej Teknik Niche pula, hanya seorang affiliate (agen) sahaja yang berjaya membuat jualan (dapat komisen) iaitu Encik KuasaDua. Saya telah pun membuat bayaran pada 16 Jan 08 kepada anda.

*Satu jualan Pakej Teknik Niche memberikan komisen RM25.00.

Seperti yang dijanjikan dahulu, mana-mana yang menjadi top affiliate untuk PasaranLumayan.com bagi tempoh sehingga 15 Januari 08, saya akan berikan hadiah misteri. Jadi, secara automatik En KuasaDua memenangi hadiah tersebut. Akan saya hubungi anda nanti ya. :)

Kepada yang mahu menjana pendapatan sampingan, anda boleh sertai dua program affiliate berikut:

1. http://www.pasaranlumayan.com/pro

2. http://www.bloggingsteps.com/kit/agen

*Jadi rakan JV SmartUsaha.com. Daftar percuma di:

http://smartusaha.com/rakanjv.

Pelbagai tip dan panduan percuma akan diberikan.

Kisah Usahawan dan Peniaga Jalanan

Pertama sekali, saya tabik ‘spring’ kepada mereka ini.

Sebab? Mereka berani, tidak malu dan melakukan sesuatu yang bagi orang lain ia sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan. Namun bagi mereka, segala-galanya adalah peluang. Mereka rebut dan guna peluang itu sebaik-baiknya. Walaupun ada risiko, namun mereka melakukan dengan penuh keberanian. Tiada istilah takut bagi mereka.

Mereka ini dipanggil usahawan atau peniaga jalanan kerana mereka tiada premis perniagaan yang tetap. Mereka biasanya berniaga di kaki-kali lima atau beralih-alih tempatnya.

Salah seorang usahawan yang sudah lama saya perhatikan ialah seorang pengusaha apam balik. Di pekan tempat saya tinggal ini, dia beralih-alih tempat berniaganya. Sekejap di depan pejabat pos dan sekejap di depan Bank.

Seorang lagi ialah pengusaha cendol. Sudah lama tak beli cendol dia sebab jarang ke tempat dia berniaga. Cuma, dia sudah lama berniaga dan setiap kali berniaga, mesti habis jualannya. Ya, dia hanya berniaga di tepi jalan.

Kita lupakan dulu kisah dua orang usahawan ‘jalanan’ ini, mungkin saya akan kongsi cerita mereka di lain kali.

Peniaga Limau Madu

Pada satu malam, semasa saya pergi ke Maybank untuk mengeluarkan wang, ada seorang peniaga cina sedang berniaga di hadapan bank itu. Dua buah bakul besar limau madu habis dijual dengan begitu mudah sekali. Peniaga itu masih muda.

Mata saya sempat menjeling ke dalam ‘bekas’ duit peniaga itu. Terlihat berkeping-keping duit RM50.00. Berpinau-pinau mata saya dibuatnya di samping memikirkan, “hebat betul dia ni berniaga”.

Bagaimana peniaga cina itu berjaya menjual habis kesemua limaunya?

1. Beliau mulakan dengan senyuman dan jika orang tidak mahu membeli, dia juga memberikan senyuman manis.

2. Memberikan peluang untuk merasa dahulu limau itu secara percuma.

3. Harganya berbaloi dan limaunya memang manis. Harga dah tak jadi masalah kalau rasa limau itu sedap.

4. Strategi harga: “RM10.00 sahaja untuk 3 kilo bang”. Cuba lihat, mengapa dia tidak mengatakan RM5 sahaja untuk 1 kilo? Tujuannya agar jualan limau itu cepat habis dengan harga dan jumlah timbangan yang besar.

5. Dan yang hebatnya, dia menjual di depan bank. Kebanyakan yang membeli adalah mereka yang baru mengeluarkan duit dari mesin ATM. Termasuk saya!

Tamat cerita.

ps. Jika mereka ini mampu membuat duit dengan banyak secara berhadapan dengan manusia, apakah alasan anda untuk tidak memulakan perniagaan internet yang langsung tidak perlu ‘face to face’ dengan pembeli? Perniagaan internet amat sesuai untuk si pemalu. Tapi si pemalu itu perlulah berani! :)

Incoming search terms:

  • kisah usahawan berjaya
  • perniagaan nasi lemak
  • berniaga nasi lemak
  • cerita usahawan berjaya
  • peniaga berjaya
  • bisnes nasi lemak
  • cara berniaga nasi lemak
  • bisnes jalanan
  • tips berniaga nasi lemak
  • kisah usahawan yang berjaya

Jawapan Yang Betul + Senarai Pemenang!

Terima kasih dan tahniah kepada mereka yang telah mencuba meneka satu persoalan yang saya buka bermula semalam sehingga 12.00 t/hari tadi. Seramai 15 orang telah mengambil peluang yang saya buka ini.

Jadi, apa jawapan yang betul?

Ya, boleh dikatakan semua yang meneka memberikan jawapan yang betul malah tepat sekali iaitu PENGGUNAAN MAILING LIST!

Itu jawapan yang paling ringkasnya. Tahniah kepada yang menjawab dengan tepat atau pun paling kurang menghampiri dengan betulnya. Terima kasih juga kepada mereka yang memberikan jawapan tambahan yang lain, ia juga memberikan maksud lebih kurang sama. Cuma, jawapan yang saya mahu kepada persoalan ini ialah mailing list. :)

Apa Tujuannya??

Mesti ada yang tertanya, kenapa SmartZul tiba-tiba sahaja buka peluang teka meneka ni? Bagi hadiah percuma pulak tu. Sebenarnya, tiada apa-apa kepentingan di belah pihak saya. Hakikatnya, saya mahu membuktikan bahawa dengan mempunyai mailing list sendiri, anda boleh ‘buat duit’ pada bila-bila masa!

Dan anda perlu tahu, inilah pertama kali saya meletakkan screenshot akaun bank saya di Internet. Tak pernah dalam hidup saya letak imej macam tu. Bukan mahu menunjuk-nunjuk, tetapi saya mahu buktikan apa yang saya cakap selama ini iaitu mengenai autoresponder dan LIST (senarai emel) bukan hanya cakap-cakap kosong.

Hanya mereka yang bertindak sahaja akan mendapat hasilnya. Di Malaysia ini (market Malaysia), boleh dikira dengan jari usahawan internet yang menggunakan autoresponder berbayar. Mereka yang ‘rela’ mengeluarkan modal untuk membeli autoresponder berbayar ini melihat keuntungan masa hadapan dan jangka panjang. Sebab itu mereka sanggup.

Berbeza dengan orang lain, mereka hanya tunggu, lihat dan terus terpaku. Alasan tiada modal masih boleh diterima, tetapi tiada usaha untuk mencari modal adalah satu alasan yang langsung tidak boleh diterima.

Bertindaklah dan berusahalah secepat mungkin. Masa tidak akan menunggu anda. Malah, masa yang meninggalkan anda itu akan pergi selama-lamanya dan tidak boleh ditukar ganti lagi. Manfaatkan sebaik-baiknya.

Senarai Pemenang

Sebenarnya, saya baru selesai membaca sebuah buku. Di dalam bahagian yang bertajuk “Bertindak”, penulis itu memberikan satu cerita. Ceritanya begini: Seorang penceramah melontarkan satu soalan kepada para peserta, “bagaimana caranya untuk menjatuhkan pen yang saya tegakkan ini (‘berdiri’ tegak tanpa ada apa-apa sandaran)?”.

Lantas ramai peserta menjawab, “tiup pen itu!”, “tolak jer, jatuhlah pen tu nanti”.. Dan pelbagai lagi saranan dan cadangan. Namun di dalam keadaan ‘hiruk-pikuk’ itu, bangun seorang lelaki (peserta) dan berlari ke hadapan pentas. Tanpa menangguh dan teragak-agak, peserta itu terus menjatuhkan pen itu dengan tangannya. Nah, jatuh juga akhirnya.

Apakah pelajaran di sebalik cerita ini? Ya, tak cukup hanya tahu, tapi mesti ada tindakan! Ramai peserta seminar itu yang suruh buat itu dan ini, tetapi seorang pun tidak bertindak untuk ke hadapan untuk menjatuhkan pen itu. Namun lelaki tadi tidak banyak cakap, sebaliknya dia terus ke depan dan menjatuhkannya. Tamat cerita.

Begitu juga anda yang telah cuba meneka kepada ‘persoalan’ yang saya berikan di post yang lepas. Walaupun ada yang memberikan jawapan kurang tepat, tapi mereka telah bertindak dan mencuba. Syabas! Peluang yang saya berikan mereka cuba manfaatkan sebaik-baik.

Begitu juga di dalam menggunakan autoresponder dan membina LIST. Semua orang tahu termasuk anda sendiri, List is gold, the money is in the list, buat duit mudah dengan List dan macam-macam lagi ‘kata-kata pujangga’.

Namun, 95% orang hanya tahu bercakap sahaja tetapi tiada tindakan untuk menggunakan autoresponder dan membina List sendiri. Bermulalah dengan yang percuma jika tidak mampu yang berbayar. Anda sebenarnya mempunyai banyak pilihan di dalam hidup ini.

Jadi, kesemua 15 orang yang meneka itu saya akan berikan dua hadiah istimewa! Hadiah pertama ialah saya akan senaraikan nama anda beserta URL laman web/blog anda. Hadiah kedua ialah Ebook Panduan Mudah FTP bernilai RM30.00. Kepada yang sudah ada Ebook tersebut, saya akan ‘gantikan’ dengan hadiah yang lain. Saya akan hubungi anda nanti. Berikut adalah mereka yang ‘bertuah’ tersebut:

1. cikahmad http://www.ahmadridzuan.com
2. Dik Mal http://motivasikejayaan.com
3. Raymond http://attractingyourgoals.com
4. pyan http://www.smartsilat.com
5. Safuan http://www.sipenglipurlara.com
6. JimieRay http://www.jagakesihatan.com
7. aj
8. sham http://rajaadsense.com
9. Jebat Mesranet http://mesrainternet.com
10. ijamidayu http://malaysiastyle.blogspot.com
11. En Dlie http://www.petuajimatduit.com
12. Azuwan http://www.epanduan.com
13. aku http://enaku.com
14. Hamid http://pemasaran-affiliate.com
15. miziology http://anime-bleach.therzar.com

Blog saya ini mempunyai Google PR3 (dulu 4, sekarang jatuh kepada 3. Hmm..) dan dilawati sekitar 200-300 orang sehari. Malah, blog saya ini amat ‘dicintai’ oleh Google. Faham-fahamlah apa yang anda dapat jika link URL anda tersenarai di Post blog ini. ;)

*Kepada mereka di atas yang tidak memberikan URL blog atau laman web anda, sila berikan kepada saya melalui contact form di blog ini.

Untuk hadiah kedua (Ebook), saya akan hubungi anda melalui emel nanti.

“Tapi Zul, kalau saya dah beli (ada) autoresponder, macam mana nak guna dan menghasilkan duit?”. Jawapan mudah saya: Rujuklah artikel-artikel saya yang lepas. Banyak juga saya kongsikan tip, panduan dan strategi yang saya sendiri mengaplikasikannya. InsyaAllah, di artikel-artikel yang akan datang, saya akan tulis dan tulis lagi topik yang berkaitan.

Doakan kesihatan untuk saya agar terus dapat menulis dan berkongsi ilmu. :D

Salam maju jaya!

Incoming search terms:

  • senarai penceramah perniagaan

Percuma: Ebook Bernilai RM30.00

Saya mahu komen anda mengenai imej (screenshot) di bawah:

pendapatan di internet

pendapatan internet

Sesiapa yang dapat meneka secara tepat jawapannya (tak kisah berapa orang), anda akan diberikan Ebook Panduan Mudah FTP secara percuma yang bernilai RM30.00. Berikan pendapat anda di bahagian komen ‘post’ ini. Tarikh tamat untuk anda membuat tekaan ialah sehingga jam 12.00 t/hari esok, Khamis, 17/1/2008.

Klu: Baca artikel-artikel saya yang lepas di blog ini.

Terkini*Ok. Mungkin ada yang kurang jelas apa yang saya mahukan. ‘Soalan’ kepada teka-teki ini ialah, apa pendapat anda terhadap imej di atas? Teka je lah apa pun berdasarkan kepada apa yang anda rasa. Klu pun saya dah bagi. :) Saya tak boleh bagi soalan terlalu spesifik, nanti mudah untuk anda teka. Jadi, lihat imej di atas dan bagi pendapat anda.

**Pernah tak main ‘game’ teka gambar yang mana si pelukis tidak boleh bersuara dan kawan-kawan kumpulannya meneka? Haa, lebih kurang begitulah ‘permainan’ di Post ini.

Selamat mencuba. :D

Terkini: Peluang untuk anda meneka sudah tamat. Saya akan beritahu jawapannya nanti beserta dengan senarai mereka yang meneka dengan betul. Terima kasih semua.

Kisah Malang Si Pencari Peluang

Jika anda masih mencari-cari dan terus mencari formula dan rahsia untuk mendapatkan pendapatan yang besar di internet dengan cara yang mudah dan cepat, anda sebenarnya ialah seorang pencari peluang yang tidak mudah berpuas hati dengan apa yang anda temui dan sedang lakukan.

Ya, seorang pencari peluang yang tersilap langkah.

Terdapat dua golongan di dalam pencari peluang jenis ini:

Jenis 1: Mencari dan terus mencari tanpa henti. Mereka ini mahu mencari ‘formula ajaib’ yang tidak diketahui oleh ramai orang (kononnya).

Jenis 2: Sudah jumpa peluang dan melakukannya, tetapi meninggalkan peluang itu sebaik sahaja menemui peluang yang baru.

Kedua-dua golongan ini menerima nasib dan hasil yang lebih kurang sama. Bagi golongan pertama, mereka biasanya tidak bermula pun. Mencari dan terus mencari peluang perniagaan internet. Selagi tidak menemui keajaiban yang mereka idam-idamkan, selagi itulah mereka tidak bermula. Mereka ini selalu hampa dan kecewa kerana berkali-kali ditipu oleh si penjual ‘ubat ajaib’.

Golongan kedua pula lebih bagus daripada jenis pertama. Mereka ini sekurang-kurangnya ada tindakan dan ada sedikit hasil. Tetapi mereka tidak pandai untuk FOKUS. Datang sahaja peluang yang menjanjikan pendapatan mudah dan besar, mereka mudah terkesima dan kemudian menganak-tirikan usaha semasa mereka. Kesannya, usaha semasa mereka itu tergendala, hasil pendapatan merudum atau paling teruk ia terus terkubur.

Begitulah kisah si pencari peluang yang mempercayai wujudnya formula ajaib. Kedua-dua golongan tersebut dua kali lima sahaja. Tidak puas dengan peluang demi peluang yang mereka jumpa.

Padahal peluang ‘bukan ajaib’ yang telah mereka temui boleh memberikan pendapatan yang besar, tetapi mereka tidak nampak. Akhirnya, mereka terus mencari tanpa henti sehinggalah mereka tersedar daripada mimpi mereka itu.

Adakah anda termasuk di dalam kisah si pencari peluang yang malang ini? Jika YA, hentikan langkah anda sekarang. Rancang semula strategi anda dan fokus padanya sampai betul-betul berjaya.

Anda mempunyai kawan atau kenalan yang sedang ‘bermimpi’? Apa kata kejutkan mereka!

‘List’ BUKAN Lagi Emas Jika…

Kita sering berbincang, mendengar dan membaca mengenai kepentingan LIST (senarai nama dan emel). The list is gold, the money is in the list dan macam-macam lagi lah. Namun, satu perkara yang ramai orang ambil remeh dan tidak pandang serius ialah jenis autoresponder yang digunakan untuk menyimpan “emas” tersebut.

Senarai emel adalah emas. Tempat sesuai untuk menyimpan emas ialah di bank. Analogi ini bermaksud, kalau anda mahu menyimpan emas (senarai emel), simpanlah dengan menggunakan autoresponder yang reliable (bank). Sebaliknya, bukan menggunakan sistem autoresponder yang percuma atau pasang sendiri di Hosting. Selain ia kurang reliable, ia juga cerewet untuk diuruskan.

Menggunakan autoresponder yang tidak bagus umpama menyimpan emas di tempat yang tidak sepatutnya. Bila-bila masa boleh hilang. Dalam kes terbaru, En. Zamri Nanyan kita telah kehilangan banyak data (senarai emel) kerana menggunakan sistem autoresponder yang kurang reliable. Satu pelajaran yang terbaik untuk anda teladani.

Kepada anda yang baru mahu mula membina list, jangan kedekut dan takut untuk keluarkan modal bagi membeli autoresponder berbayar! Setiap satu sen yang anda keluarkan akan terbalas berkali-kali dan berlipat-kali ganda apa yang anda bayar itu. Lihat perkiraan berikut:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • fungsi getrespone
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)