Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

567

Rahsia Wang RM1000.00

RM1000.00, bukan satu jumlah yang banyak bagi sesetengah orang. Namun, ia amat banyak bagi orang lain. Bayangkan, seorang pekerja biasa yang bekerja sehingga mengeluarkan peluh setiap kali beliau bekerja, tetapi gaji untuk sebulan hanya beberapa ratus sahaja. Tapi bukan kerja itu yang saya mahu persoalkan atau perlekehkan, tetapi apa yang saya mahu nyatakan ialah, kehebatan Internet.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah dengan nikmat dan kemudahan Internet yang tercipta ini. Melaluinya, kita boleh mendapatkan wang dengan begitu banyak sekali. Sebut sahaja berapa jumlahnya, insyaAllah ia boleh didapatkan tanpa perlu berpenat lelah sangat.

Apabila anda mendapat kemahiran membuat duit di Internet, maka anda boleh mengulangi cara yang anda gunakan berulang-ulang kali dengan begitu mudah. Nak buat satu ribu, dua ribu, lima ribu? Ia bukan lagi mustahil! Itupun jika tahu caranya. Dah tahu formula asasnya, anda cuma perlu buat kiraan tambah, tolak, bahagi dan darab sahaja.

Ramai lagi yang ragu-ragu dengan cara mendapatkan wang melalui Internet. Sepatutnya tidak begitu kerana jika mereka mengerti dan faham, Internet adalah anugerah Ilahi sama seperti ciptaan-ciptaan yang lain, cuma Internet lebih laju, cepat dan menjimatkan kos.

Akibat sifat teknologi ini yang cepat, maka cepatlah kita mendapat wang. Lagi cepat dan mudah, maka lagi besar dan banyaklah wang yang diperolehi. Inilah nikmat Ilahi. Orang yang ragu biasanya mereka tidak faham dan tidak mahu ambil faham mengenai sifat nikmat kurniaan Ilahi ini.

Baik, kita biarkan dahulu dengan keraguan tersebut. Kita beralih pula mengenai cara bagaimana untuk mendapatkan RM1000.00 melalui Internet. Pada tulisan kali ini, saya akan senaraikan beberapa cara untuk anda dapatkan RM1000.00 tanpa perlu mengeluarkan peluh. ;)

Cara 1: Jual Produk – Pasaran Malaysia

Hasilkan sebuah produk dan jualnya dengan harga RM50.00. Jika anda mendapat 20 jualan, maka hasilnya ialah RM1000.00.

RM50.00 x 20 jualan = RM1000.00

Untuk pasaran Malaysia, tidak banyak cara untuk anda promosikan produk anda melalui Internet. Berdasarkan pengalaman saya, di antara teknik yang berkesan bagi pasaran Malaysia ialah menggunakan program affiliate, viral marketing, List, JV, forum komuniti dan iklan.

Ya, jika anda mahu membuat wang yang banyak dengan masa yang cepat, LIST adalah cara yang terbaik.

Cara 2: Dapatkan USD350.00 (Kuasa Tukaran Matawang)

Cara ini lagi mudah sebenarnya. Salah satu sebabnya ialah pasaran yang dimasuki ialah satu pasaran yang besar. Kedua, pasaran tersebut mempunyai kuasa beli yang tinggi. Sebab ketiga ialah anda mempunyai banyak pilihan dan cara untuk mempromosikan produk anda, ada 1001 cara.

Usahakan untuk mendapat sekurang-kurangnya USD350.00 dan apabila ia ‘dibawa masuk’ ke Malaysia, jumlah dalam RM ialah lebih daripada RM1000.00.

Cara 3: Servis/Perkhidmatan

Jika satu servis yang anda sediakan berharga RM400, berapa orang pelanggankah yang perlu anda dapatkan untuk memperolehi RM1000? Ya, tiga orang sahaja! Jika anda mahu tahu, salah satu cara mahu ‘kaya’ cepat melalui Internet ialah dengan menyediakan servis. Caj untuk satu jenis servis boleh mencecah ribuan ringgit atau paling kurang RM100.

Kebiasaannya, modal untuk servis ini tidaklah tinggi sangat, hanya perlukan masa sahaja. Lagi kompleks servis, lagi banyak masa diperlukan dan lagi tinggi cajnya.

Fikir dan analisa apakah perkhidmatan yang boleh dan mampu anda sediakan. Kemudian letakkan jumlah caj untuk servis tersebut. Tak cuba tak tahu.

Sebelum ini saya ada menulis 7 contoh idea perkhidmatan di Internet. Boleh rujuk di sini:

Siri 1: 7 Idea Perkhidmatan di Internet

Siri 2: 7 Idea Perkhidmatan di Internet

Kesimpulan

Berniaga atau mencari pendapatan di Internet amatlah mudah sebenarnya. Cuma anda perlu tahu cara yang betul dan tepat. Itu sahaja. Soalnya, bagaimana? Jika mahu tahu cepat, belajarlah daripada mereka yang sudah tahu caranya. Atau jika ada masa, anda boleh usaha sendiri dengan membuat kajian. Tapi cara ini amat lambat dan biasanya anda akan mudah berputus asa.

Carilah mentor atau pembimbing. Anda pasti berpuas-hati.

Sekali lagi.. Dah tahu formula asasnya, anda hanya perlu sesuaikan dengan projek perniagaan anda sahaja. Persoalannya, adakah anda sudah menemui formula untuk kegunaan anda itu? Atau, anda si pencari peluang yang malang?

Salam maju jaya.

KARUT: Kuasa Minda Adalah KARUT

TERKINI

E-majalah IM telah pun terbit. Dapatkan sekarang secara
PERCUMA di laman web berikut:

www.MajalahIM.com

majalah IM

————————–

Pernah mendengar kuasa minda? Jika YA, percayalah bahawa ia adalah perkara yang amat karut di dunia ini.

Tidak berpuas-hati dengan kenyataan saya ini? Pastikan anda mendapatkan e-majalah yang akan diterbitkan oleh Team FlareBiz untuk mendapatkan jawapan yang sebenar. Dapatkan e-majalah itu dan baca artikel saya yang membincangkan mengenai perkara ini.

Kepada pengamal-pengamal kuasa minda dan mereka yang mempercayainya, tunggu artikel saya tersebut dan jangan lagi memberikan komen di blog ini. Kan salah bagi komen malu plak. :D

Tunggu..

*E-Majalah tersebut akan terbit pada awal Februari 2008 ini. Saya akan umumkan apabila ia telah dilancarkan.

>> Sila dapatkan edisi Feb 2008 sekarang di http://www.majalahim.com.

Incoming search terms:

  • kuasa minda
  • kuasa minda karut
  • e-majalah
  • download ebook kuasa minda
  • minda separa sedar
  • menguji kekuatan minda
  • minda adalah di
  • menarik wang dengan minda separa sedar
  • kusa minda dalam perniagaan
  • kuasa minda separa sedar

Petua Mengambil Perhatian ‘Big IM’

‘Big IM’ yang saya maksudkan di sini ialah usahawan-usahawan Internet yang telah berjaya terutama yang mempunyai nama, kredibiliti dan ‘terkenal’ di dalam bidang perniagaan internet. Mereka ini amat-amat mahu dihubungi oleh sesiapa sahaja sama ada mahu mendapatkan ‘rahsia’, petua, formula dan juga kerjasama (JV) dengan mereka.

Namun, terlalu hampa bagi kebanyakan orang kerana GAGAL menghubungi big IM tersebut. Emel yang dihantar tidak terbalas walaupun sudah mencuba beberapa kali. Kecewa jua sehinggakan mereka menganggap big IM tersebut ego, sombong, bongkak dan tidak mahu membantu orang lain untuk turut sama berjaya.

Pada hari ini, saya ingin membongkarkan satu rahsia dan petua mudah bagaimana untuk menarik perhatian big IM walaupun anda tidak menghubungi mereka. Pelik, tapi benar. Mereka akan mencari anda jika anda memiliki sifat-sifat di bawah.

Petua: Kesungguhan, Profesional dan Bukti

Kesungguhan

Anda perlulah seorang usahawan yang bersungguh-sungguh di dalam melakukan sesuatu dan bukan hangat-hangat tahi ayam atau hanya minta sahaja lebih, tapi hasil mahu besar. Sifat kesungguhan ini juga akan terbukti jika anda tidak banyak meminta bantuan orang lain, sebaliknya berusaha bermati-matian untuk melakukan sesuatu. Sifat sebeginilah yang disukai oleh kebanyakan orang termasuk big IM. Mereka mahu anda yang berusaha sendiri, bukan mereka yang melakukan itu dan ini untuk anda.

Profesional

Di dalam perniagaan, ciri ini adalah amat penting. Komunikasi anda, cara anda bercakap, ayat-ayat yang digunakan, ketenangan diri anda, tidak cepat melenting, kuat sabar, lebih mendahulukan kepentingan mereka (rakan JV, big IM..) dan melakukan kerja dengan penuh terancang dan tersusun adalah di antara contoh sikap profesional.

Bukti

Bukti ini terbahagi kepada dua iaitu langsung dan bukti tidak langsung. Bukti yang langsung adalah seperti anda menunjukkan hasil-hasil usaha anda seperti pendapatan bulanan, testimoni para pelanggan, akuan big IM lain terhadap diri anda dan senarai pelanggan besar anda.

Manakala bukti secara tidak langsung ialah seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu anda perlu ada kesungguhan, kuat bekerja, bukan jenis berputus-asa dan tidak pentingkan diri sendiri. Sifat-sifat ini tidak perlu ditunjukkan, tetapi ia begitu mudah untuk dinilai oleh mata kasar berdasarkan gerak kerja yang anda lakukan. Jadi, pastikan anda bekerja sebaik yang mungkin. Big IM sentiasa memantau diri anda.

Tujuan ‘memberikan’ bukti ini adalah bertujuan agar segala kesungguhan dan sifat profesional anda dapat dilihat oleh big IM atau sesiapa sahaja. Tidak cukup hanya mengatakan anda profesional atau bersungguh, tetapi tiada bukti yang dapat menyandarkan kata-kata anda tadi.

Mengapa perlukan sifat-sifat di atas?

Alasannya mudah: Buat apa bekerjasama dengan orang yang tidak serius, pemalas, suka bergantung harap tanpa mahu berusaha sendiri dan tidak bersungguh dengan apa yang dilakukan? Tiada sesiapa yang mahu bekerjasama dengan mereka yang bersifat begitu bukan?

Di dalam perniagaan, anda tidak dapat pergi jauh jika anda melakukan secara main-main atau suka-suka. Usahawan yang benar-benar berjaya (yang bijak) awal-awal lagi dapat mengetahui anda serius atau tidak dan bersungguh atau tidak. Jadi, jika anda mahu diambil perhatian oleh mereka, bersungguhlah di dalam usaha anda dan buktikan ia.

Bukan Ego, Bukan Sombong

Amat silap jika anda katakan usahawan yang berjaya adalah orang yang ego dan sombong apabila tidak membalas emel anda. “Ya lah, orang yang dah berjaya, siapa lah kita ni!”. Lihat, ayat sebegitu pun sudah membuktikan anda sudah tidak tahu adab komunikasi terutama di dalam perniagaan.

Satu sebab mengapa orang-orang yang berjaya ini tidak melayan emel atau sebarang bentuk komunikasi yang lain daripada mana-mana pihak ialah kerana orang yang menghubungi mereka itu tidak pandai berkomunikasi.

Andaikata mereka melayan orang sebegitu, maka mereka sebenarnya akan membazir masa sahaja. Berkomunikasi dengan orang yang tidak tahu berhubungan secara efektif adalah suatu perkara yang amat merugikan mereka.

Maka, jika anda adalah seorang usahawan dan mahu memastikan bakal rakan JV anda terutama big IM membalas emel anda serta-merta, maka pandai-pandailah di dalam berkomunikasi. Jangan ambil remeh mengenai perkara ini jika anda serius.

Satu contoh yang mudah ialah komunikasi melalui emel. Dari subjek emel (tajuk) sehinggalah kepada isi kandungan emel, adakah anda percaya dan yakin yang emel itu benar-benar mampu meyakinkan ‘big IM’ tersebut? Elakkan emel satu baris atau emel yang bersubjekkan satu perkataan atau subjek yang kurang jelas. Tulislah ‘permintaan’ atau cadangan anda sejelas-jelasnya.

Pengalaman saya sendiri membuktikan, ramai yang meminta kerjasama daripada saya terutama melalui emel, mereka hanya tahu bercakap tanpa ada pelan tindakan, perancangan atau kertas-kerja untuk apa yang mereka cadangkan itu. Tidak perlu kertas kerja yang detail, tapi cukuplah penerangan yang mudah difahami dan jelas.

Big IM tiada masa untuk memikirkan idea untuk anda, tetapi andalah yang perlu agresif, tidak putus-asa, terus menerus ligat berfikir dan sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada. Anda rasa susah? Cerewet? Inilah hakikat keusahawanan. Tidak semuanya indah-indah dan mudah-mudah belaka.

Tentukan Bidang Anda dan Fokus 100%

Bidang dan fokus saya ialah ‘Internet Marketing’. Produk-produk yang saya keluarkan untuk kini dan masa hadapan sudah pasti akan berkait rapat dengan perniagaan, keusahawanan dan pemasaran Internet.

Begitu juga dengan blog ini. Ia akan terus ‘bercerita’ mengenai cara buat duit, perniagaan dan keusahawanan. Sebaliknya, bukan mengenai cara buat nasi lemak, kek coklat, politik atau mengenai gosip artis.

Ada yang mempersoalkan usaha saya, “mengapa kau asyik cerita pasal buat duit? Takder benda lain ke?”. Jawab saya, “Habis, awak nak saya tulis pasal apa?”. Dia terdiam seribu bahasa. Mempersoalkan pandai, tetapi dia tidak pandai bertanggungjawab pada apa yang dia mahu dan bangkitkan itu.

Maka FOKUS saya ialah: Perniagaan, Keusahawanan dan Pemasaran Internet. Saya lebih tahu dan mampu menulis mengenai perkara tersebut (kekuatan saya), maka itulah fokus saya. Bukan topik atau bidang lain yang saya tidak tahu menahu langsung.

Soalnya di sini, apakah fokus anda?

Tidak kisah apa yang anda pilih dan mahu buat, fokuslah pada bidang anda itu sebaik-baiknya sehingga berjaya. Jangan pedulikan atau ambil kisah dengan gesaan atau komen negatif orang lain selagi apa yang anda lakukan adalah kerja yang halal dan betul.

Be yourself!

ps. Kek coklat pertama yang saya buat keras tak menjadi. Tapi saya tahu bagaimana nak hasilkan duit untuk membeli kek yang sedap atau membeli bahan-bahan yang mencukupi. Ada sesiapa yang faham dengan analogi ini? :D

1001 Karenah Pelanggan

Saya tidak mahu menulis panjang pada kali ini, tapi saya hanya mahu membawa anda ke dua perbincangan/artikel berikut yang membicarakan mengenai karenah pelanggan. Satu topik yang agak menarik juga untuk dibincangkan:

Link 1:

Koleksi Kerenah Pelanggan Perniagaan Internet – Forum WangCyber

*Anda digalakkan mendaftar forum WangCyber (WC) untuk mendapat akses yang penuh di forum tersebut. Sila daftar percuma di sini jika anda belum menjadi ahli WC:

http://www.wangcyber.com/forum/register.php

Link 2:

Koleksi Karenah Pelanggan – ditulis oleh Sham RajaAdsense

Apakah pendapat anda mengenai “karenah pelanggan” ini? Adakah pelanggan akan sentiasa betul (always right)? Bagaimana untuk melayan karenah mereka ini? Dan adakah si usahawan hanya perlu angguk-angguk sahaja mengaku ‘bersalah’ walaupun ternyata si pelanggan itu bersalah? Atau bagaimana? Mungkin anda mempunyai pengalaman dan tip untuk dikongsikan.

.

ps. Kepada para pemenang kuiz tekaan tempoh hari, saya telah hubungi sebahagian daripada anda. Kepada yang saya tak contact tu sebab saya tahu anda sudah miliki Ebook Panduan FTP. Sila tunggu emel saya untuk hadiah yang lain. Nanti saya akan umumkan di blog ini ok. :)

Incoming search terms:

  • kerenah pelanggan
  • karenah pelanggan
  • menghadapi kerenah pelanggan
  • menangani karenah pelanggan
  • menghadapi karenah pelanggan
  • teknik berjumpa pelanggan

Adakah Anda ‘Track’ Pengiklanan Banner Anda?

Saya amat YAKIN 100%, begitu ramai orang hatta usahawan internet yang otai sekali pun, amat jarang bahkan tidak sesekali melakukan ‘tracking’ kepada usaha pengiklanan mereka. Walhasilnya, mereka tiada fakta atau paling kurang tiada data yang boleh menentukan:

1. Keberkesanan iklan banner mereka
2. Keuntungan mengiklan di ruang iklan tertentu
3. Berapa modal yang perlu dikeluarkan
4. Kadar ROI kempen pengiklanan
5. Apa aspek yang sesuai untuk produk tertentu.

Dengan melakukan ‘tracking’, anda akan dapat meningkatkan prestasi iklan banner anda. Atau dalam bahasa yang lain, meningkatkan kadar klik pada iklan tersebut. Tetapi, bagaimana anda boleh tahu banyak mana klik yang anda dapat jika anda tidak track sendiri?

Boleh dikatakan, kebanyakan penyedia ruang iklan seperti di forum-forum dan juga blog persendirian tidak menyediakan sistem untuk track prestasi iklan anda. Anda tidak boleh menyalahkan mereka kerana yang perlu melakukannya adalah anda sendiri. Mereka hanya menyediakan ruang untuk anda dan selebihnya adalah tanggungjawab anda.

Cuba lihat data contoh berikut:

Minggu 1-Banner 1: 50 klik
Minggu 2-Banner 2: 170 klik
Minggu 3-Banner 3: 97 klik
Minggu 4-Banner 4: 235 klik

Daripada analisis data asas di atas, didapati banner 4 lebih bagus kadar CTRnya (lebih banyak dapat klik). Dengan itu, saya akan terus menggunakan banner 4 secara berkekalan di mana-mana ruang pengiklanan. Malah daripada banner itu juga, saya akan tambah lagi apa-apa unsur yang boleh meningkatkan kadar CTRnya.

*Apa itu CTR? Download Ebook Panduan Iklan banner di sini.

Orang lain tidak tahu data-data saya dan dengan senyum gembiranya saya tahu apa yang menjadi untuk saya. Iklan banner saya terus menerus mendapat klik ‘tanpa henti’ gara-gara saya tahu apa yang sesuai untuk iklan tersebut. Inilah rahsia yang sebenarnya. Sesuatu yang hanya kita sahaja yang tahu.

Data-data sebegini anda boleh gunakan untuk melihat sejauh mana hasil bagi sesebuah banner yang berbeza. Anda boleh tahu iklan banner mana yang paling berkesan untuk anda gunakan secara tetap dan berterusan kelak. Soalnya, bagaimana untuk mendapatkan data-data asas sebegitu? Tidak lain lagi ialah melakukan tracking.

Topik mengenai tracking ini amat menarik untuk diperbincangkan, tetapi biarlah dahulu saya menyatakan kepentingannya sahaja pada kali ini. Jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai ‘testing & tracking’ dan bagaimana melakukannya, kunjungilah blog ini selalu.

Kata pakar, “kalau anda tidak melakukan tracking, maka anda tidak akan tahu apa yang terbaik untuk usaha pengiklanan anda, kos akan dikeluarkan begitu sahaja dan hakikatnya, anda telah dan akan melakukan kesilapan yang sama berulang-kali, lagi, lagi dan lagi..

Hakikatnya juga, anda sebenarnya lebih mengharap kepada nasib agar iklan banner anda diklik tanpa ada apa-apa usaha untuk mengetahui apa yang patut anda lakukan agar banner itu diklik oleh ramai orang. Tiada cara lain melainkan anda melakukan ‘testing & tracking’”.

Persoalannya di sini, adakah anda melakukan tracking untuk apa-apa usaha pengiklanan anda?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)