Pada dua hari yang lepas, saya telah pun mendapatkan kad debit NexG Mastercard (produk bank AmBank) setelah sekian lama mengidam-idamkannya.
Sehingga kini, saya lebih banyak menggunakan kad debit Public Bank untuk membuat apa-apa transaksi melalui Online. Namun, untuk tujuan ‘backup’ dan beberapa tujuan lain, saya memerlukan kad kedua dan ia adalah kad debit NexG keluaran Ambank.
Di manakah saya mendapatkan starter pack kad debit ini? Saya mahu rahsiakannya dahulu. Yang pasti, bukan terus dari bank.
Dan saya amat yakin, ramai yang mahukan kad debit kan? Ya, kalau anda serius dalam perniagaan internet dan kalau anda mahu membeli secara Online, kad debit adalah wajib.
*Tidak perlukan kad kredit sebab kad debit sudah memadai.
**Konsep kad debit kalau mahu mudah faham, ia sama seperti kad telefon prabayar. Kena ada nilai baru boleh guna (buat panggilan). Begitu juga kad debit, kena ‘topup’ dahulu duit ke dalamnya baru boleh guna untuk apa-apa pembelian.
Kos untuk starter pack kad debit ini ialah sebanyak RM25.00 sahaja. Setelah dapat starter pack, anda perlu tandatangan di belakang kad dan isikan borang pengaktifan kad. Kemudian, hantar ke Ambank menggunakan sampul pos yang disediakan. Ini bagi kes jika anda isi di rumah dan tidak mahu ke bank lah.
Tapi jika anda isi borang di bank, anda boleh terus serahkan di cawangan Ambank tersebut. Dalam beberapa tempoh (jangkaan: 2 minggu), anda akan mendapat no. pin melalui pos. Setelah mendapat no. pin tersebut, barulah anda boleh menggunakan kad debit ini. Oh ya, anda kena isi dahulu kad anda tersebut dengan nilai tertentu.
Saya hanya menerangkan secara ringkas sahaja dan ada beberapa perkara lagi yang perlu diterangkan. Lagipun, saya perlu memahami secara jelas dahulu apa prosedur dia, cara-cara dan sebagainya sebelum menulis di sini. Saya akan membuat ‘review’ sepenuhnya mengenai kad ini setelah saya berjaya menggunakannya nanti.
Jika anda mahu tahu lebih lanjut, sila lawati laman web rasmi kad ini:
>> Ambank NexG Prepaid Mastercard
Berikut adalah gambar/imej starter pack dan juga borang pengaktifan. Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih besar:
Borang Pengaktifan
Pek Permulaan Kad NexG
Borang, Terma dan Syarat, FAQ, Kupon Burger King
Rupa Kad NexG Prepaid Mastercard
.
Sehingga bertemu lagi.
p.s. Sudah dapatkan Ebook Panduan Mudah FTP? Anda bukan hanya akan mendapat ilmu mengenai FTP semata-mata, tetapi lebih daripada itu.
Lawati http://ftpcaramudah.com/blog untuk maklumat lanjut. Atau terus ke http://www.ftpcaramudah.com untuk mendapatkannya.
Incoming search terms:
- kad prabayar
- nextg ambank
- ambank atm card
- KAD atm
- kad debit ambank
- Ambank NexG Debit Kad
- how to register nex g
- Cara guna kad kredt di stesen minyak
- kad debit am bank
- kad dabit am bank















Komen Terkini