Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

MotivasiUsahawan.com: “Promo Video”

Salam ceria kepada semua pembaca blog SmartUsaha.com.

Pada hari ini saya tidak ada apa-apa yang mahu ditulis. Tetapi pada hari ini, saya ingin menjemput anda menonton video ‘teaser’ untuk projek saya yang akan datang iaitu MotivasiUsahawan.com!

Saksikan video sepanjang 49 saat berikut. Klik pada ‘button’ Play:

Lawati www.MotivasiUsahawan.com

Untuk makluman, projek ini masih di dalam proses dan ia akan dilancarkan mungkin pada awal tahun hadapan. Jadi, tunggu…!

Matlamat MotivasiUsahawan.com?

Mudah sahaja. Saya mahu menjadikannya sebagai satu ‘medium’ atau tempat untuk semua usahawan (tidak kisah bidang apa pun) untuk mendapatkan sumber motivasi dan saling berhubungan di antara satu sama lain.

Tidak kisah usahawan internet, usahawan makanan, usahawan pasar malam dan sebagainya, kita tetap seorang USAHAWAN dan keperluan asas kita lebih kurang sama sahaja (mindset, semangat, sahabat, kecekalan…). Dan salah satu ‘bahan api’ untuk kita memecut dan bergerak ke hadapan ialah MOTIVASI.

Semoga projek ini memberikan impak yang positif kepada usahawan terutama di Malaysia khususnya dan kepada sesiapa sahaja yang memahami bahasa Malaysia! :D

ps. Video di atas saya hasilkan sendiri sahaja. Jadi, kalau tak bagus jangan dikomenlah. Ada modal besar nanti, bolehlah upah orang yang buatkan. ;)

Usahawan: Fokus Pada Usaha Anda!

Wah. Saya semakin bersemangat untuk terus bergerak maju di dalam bidang keusahawanan ini setelah mendapat beberapa emel perkembangan terkini daripada sahabat lama setelah sekian lama tidak mendengar berita mereka.

Ada yang melakukan bisnes makanan, catering dan melakukan bisnes di luar Malaysia. Saya kagum dan mahu berjumpa dengan usahawan-usahawan muda ini untuk meningkatkan lagi aura dan motivasi keusahawanan. Orang kata, kalau mahu terus bersemangat, selalulah bersama dengan mereka yang berfikiran sama seperti kita. Maksudnya, kalau kita usahawan, lebih-lebihkanlah bergaul dengan usahawan juga.

Post saya kali ini tiada kaitan dengan internet marketing atau perniagaan internet, tapi lebih kepada keusahawanan. Hakikatnya saya adalah seorang USAHAWAN dan bidang perniagaan internet ini hanyalah satu bidang selain bidang-bidang perniagaan lain yang akan turut saya ceburi kelak.

Apa yang mahu saya katakan, tidak kisah apa usaha anda, bidang pemakanan ke, catering ke, training ke, perisian, komputer, ICT, perubatan dan sebagainya, fokuslah sebaik mungkin dan apabila telah berjaya, bukalah bisnes lain pula atau perbesarkan lagi usaha perniagaan anda.

Saya tertarik dengan emel seorang kawan saya yang sudah setahun tidak berjumpa, katanya kini beliau sedang melakukan bisnes seperti catering dan corporate gift selain melakukan usaha perniagaan di Indonesia. Tambahnya pula, beliau akan membuka perniagaan yang lain pula setelah perniagaan sekarang sudah berjaya.

Semalam pula, kawan saya bercerita mengenai seorang senior kami yang juga melakukan perniagaan (salah satunya bidang ‘training’) dan baru sahaja mendapat satu kontrak bernilai lebih daripada satu juta RM. Orangnya masih muda dan katanya, beliau memang seorang yang berjaya.

Cerita-cerita ini memang menyuntik semangat saya untuk terus dan terus berusaha tanpa menoleh ke belakang lagi. Yang pasti, saya akan melangkah setapak demi setapak dan naik tingkat demi tingkat di dalam bidang keusahawanan ini. Saya tidak dapat bayangkan, apakah yang akan terjadi kelak, tapi saya mesti mengimpikan sesuatu yang amat berjaya.

Apakah rahsia usahawan-usahawan muda ini? Adakah mereka berniaga semata-mata hanya kerana duit dan harta? Jika bukan sebab itu, apakah yang membawa mereka ke jalan kejayaan? Hanya jauhari yang kenal manikam. Kenalah tanya mereka dan sebab itulah saya mahu berjumpa dengan usahawan-usahawan muda ini. Hebat!

Jika kita sedia maklum, usahawan-usahawan muda ini amat jarang sekali didedahkan kepada umum. Ramai yang mengatakan orang Malaysia (terutama bangsa Melayu dan berAgama Islam) tidak berjaya di dalam perniagaan. Padahal di luar sana begitu ramai yang sudah berjaya, cuma tidak dicungkil dan didedahkan sahaja.

Mereka ini yang telah berjaya, perlulah didedahkan agar dapat dijadikan ‘role model’ untuk anak-anak kecil dan kepada sesiapa sahaja. Kepada mereka yang telah berjaya, usahlah menyenaraikan 1000 alasan untuk menyembunyikan diri. Di zaman ini, kita perlu ke hadapan, menampilkan diri dan sama-sama turun padang agar minda anak-anak muda lebih cintakan ilmu dan kejayaan.

Akhir kata, semoga anda sentiasa bermotivasi, bersemangat dan mahu terus melangkah ke hadapan walaupun wujud seribu satu halangan! Semoga berjaya.

Jumpa lagi.

Incoming search terms:

  • contoh profil usahawan muda
  • isteri pendorong bejaya dlam perniagaan
  • profil usahawan melayu muda
  • usahawan muda berjaya
  • usahawan muda melayu berjaya
  • usahawanfokus a

Kad Debit NexG MasterCard

Pada dua hari yang lepas, saya telah pun mendapatkan kad debit NexG Mastercard (produk bank AmBank) setelah sekian lama mengidam-idamkannya.

Sehingga kini, saya lebih banyak menggunakan kad debit Public Bank untuk membuat apa-apa transaksi melalui Online. Namun, untuk tujuan ‘backup’ dan beberapa tujuan lain, saya memerlukan kad kedua dan ia adalah kad debit NexG keluaran Ambank.

Di manakah saya mendapatkan starter pack kad debit ini? Saya mahu rahsiakannya dahulu. Yang pasti, bukan terus dari bank. ;) Dan saya amat yakin, ramai yang mahukan kad debit kan? Ya, kalau anda serius dalam perniagaan internet dan kalau anda mahu membeli secara Online, kad debit adalah wajib.

*Tidak perlukan kad kredit sebab kad debit sudah memadai.

**Konsep kad debit kalau mahu mudah faham, ia sama seperti kad telefon prabayar. Kena ada nilai baru boleh guna (buat panggilan). Begitu juga kad debit, kena ‘topup’ dahulu duit ke dalamnya baru boleh guna untuk apa-apa pembelian.

Kos untuk starter pack kad debit ini ialah sebanyak RM25.00 sahaja. Setelah dapat starter pack, anda perlu tandatangan di belakang kad dan isikan borang pengaktifan kad. Kemudian, hantar ke Ambank menggunakan sampul pos yang disediakan. Ini bagi kes jika anda isi di rumah dan tidak mahu ke bank lah.

Tapi jika anda isi borang di bank, anda boleh terus serahkan di cawangan Ambank tersebut. Dalam beberapa tempoh (jangkaan: 2 minggu), anda akan mendapat no. pin melalui pos. Setelah mendapat no. pin tersebut, barulah anda boleh menggunakan kad debit ini. Oh ya, anda kena isi dahulu kad anda tersebut dengan nilai tertentu.

Saya hanya menerangkan secara ringkas sahaja dan ada beberapa perkara lagi yang perlu diterangkan. Lagipun, saya perlu memahami secara jelas dahulu apa prosedur dia, cara-cara dan sebagainya sebelum menulis di sini. Saya akan membuat ‘review’ sepenuhnya mengenai kad ini setelah saya berjaya menggunakannya nanti.

Jika anda mahu tahu lebih lanjut, sila lawati laman web rasmi kad ini:

>> Ambank NexG Prepaid Mastercard

Berikut adalah gambar/imej starter pack dan juga borang pengaktifan. Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih besar:

Kad Debit NexG MasterCard

Borang Pengaktifan

Kad Debit NexG MasterCard starter pack

Pek Permulaan Kad NexG

Kad Debit NexG MasterCard

Borang, Terma dan Syarat, FAQ, Kupon Burger King ;)

Kad Debit NexG MasterCard

Rupa Kad NexG Prepaid Mastercard

.

Sehingga bertemu lagi.

p.s. Sudah dapatkan Ebook Panduan Mudah FTP? Anda bukan hanya akan mendapat ilmu mengenai FTP semata-mata, tetapi lebih daripada itu. ;) Lawati http://ftpcaramudah.com/blog untuk maklumat lanjut. Atau terus ke http://www.ftpcaramudah.com untuk mendapatkannya.

 

Incoming search terms:

  • kad debit ambank
  • kad prabayar
  • kat mana nak beli ambank nexg prepaid mastercard
  • nexg card
  • mastercard untuk paypal
  • nexg ambank debit card
  • mol freedom prepaid mastercard paypal
  • mengaktifkan nexg prepaid ambank secara online
  • where can i get ambank nextg
  • masuk pin debit kad

Rahsia Pendapatan Cara Mudah, Simple, Tetapi Menguntungkan!

Tajuk di atas hanya ‘gimik’ sahaja. Tajuk yang sebenar untuk artikel ini ialah:

Kumpul Bakal Pembeli Walaupun Produk Belum Siap

Pada hari ini, saya mahu berkongsi satu tip yang amat mudah, TETAPI amat penting untuk anda melakukannya. Cara dan teknik ini digunapakai secara meluas oleh sesiapa sahaja hatta si guru pemasaran yang telah berjaya sekali pun.

Termasuklah diri saya sendiri, setiap kali saya mahu melancarkan satu produk baru, cara ini adalah WAJIB bagi saya. Dan saya harap, anda pun cuba melakukannya. Yang pasti, ia menjadi!

Dan berita gembiranya, dengan teknik inilah anda akan mendapat bayaran daripada pembeli tanpa perlu bersusah payah selepas melancarkan produk anda tersebut. Satu perkara yang saya ingin nyatakan di sini, teknik ini lebih sesuai untuk produk baru anda sendiri. Maksudnya, produk unik yang tiada di mana-mana pun.

Contoh terbaik di sini ialah, walaupun produk Panduan Mudah FTP saya belum siap sepenuhnya, saya sudah ada ratusan bakal pembeli yang sedang menunggu untuk membeli. Dengarnya seperti agak menarik bukan? Itulah hakikatnya. Bayangkan, produk belum siap tapi dah ada orang yang mahu membayar anda pada bila-bila masa!

Berikut adalah teknik dan strateginya secara mudah:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • perniagaan yang mudah dan menguntungkan
  • bisnes yang mudah dan menguntungkan
  • barang-barang perniagaan yang meguntungkan kita
  • cara cara perniagaan menguntungkan
  • contoh squeeze page
  • pernigaan yang mudah dan menguntungkan

Panduan Membina Laman Web

belajar laman web

Saya sebenarnya mempunyai beberapa tulisan saya sendiri yang “terperap” di dalam komputer. Dan saya juga ada salinan cetakan untuk tulisan-tulisan saya tersebut yang terdiri daripada modul perniagaan internet, tutorial membina laman web (dua versi: Frontpage dan NVU) dan ada lagilah yang lain..

Dalam fikiran saya sekarang, “kan bagus kalau edit baik-baik dan jadikannya buku. Ada mana-mana penerbit mahu tak? Hehe… Gurau jer.”. ;)

Setelah difikirkan, saya akan kemaskini semula tulisan-tulisan saya tersebut dan menjadikannya sebagai produk berbayar. Sebelum ini, saya ada juga menyebarkannya secara percuma. Namun selepas saya memerhatikan dan membuat sedikit analisis, barang percuma biasanya tidak begitu dipandang serius oleh kebanyakan orang (maaf kalau ada yang tak setuju).

Lagipun, saya mahu fokus kepada mereka yang betul-betul serius dalam perkara-perkara yang berkaitan. Saya tidak akan membazir masa begitu sahaja untuk mereka yang hanya ingin tahu, saja-saja nak tahu atau saja-saja mencuba.

Di dalam perniagaan internet, tiada istilah cuba-cuba. Apa yang ada ialah, anda mesti usaha sebaik mungkin sampai berjaya.

Tapi, Ebook percuma tetap akan ada. Berbayar pula, tetap berbayar. Kedua-dua jenis Ebook ni akan sentiasa beriringan. Sebenarnya, saya akan lancarkan satu Ebook Interview khas bersama seorang usahawan Internet muda. Tunggu masa sahaja.

Perancangan Saya

Mengikut perancangan yang terkini, saya mungkin akan membuat versi cetakan untuk panduan membina laman web tersebut. Seperti biasa, saya akan membuat versi cetakan dalam bilangan yang terhad. Anda tahu sendirilah, saya ni jenis kurang suka membuat pembungkusan dan penghantaran (pos). Jadi, sebab tu saya mahu buat dalam bilangan yang terhad. Al-maklum, saya bekerja seorang diri. ;)

Mengapa Saya Mahu Cetak?

Apa yang saya tulis di Post hari ini bertujuan untuk mengumumkan akan perkara ini iaitu saya akan terbitkan Panduan Membina Laman Web. Namun di sebalik yang lain, saya mahu mengaplikasikan lagi apa yang telah saya kongsikan dengan anda dahulu. Masihkah anda ingat? Jika tidak, apa kata kita ulangkaji sekali lagi. Boleh baca di sini:

>> Strategi Melipat-gandakan Keuntungan Ebook

Selain daripada tu, saya rasa ramai yang lebih suka membaca sesuatu yang dicetak kan? Jadi, untuk memuaskan hati mereka, maka saya akan cetaklah dan ‘binding’ dalam bentuk modul.

Nota: Panduan laman web ini lebih fokus kepada pembinaan mini-site dan sales letter seperti laman web FTPCaraMudah.com dan juga BloggingSteps.com.

Tujuan ketiga saya menulis perkara ini ialah, saya ingin kongsikan satu tip iaitu “jual produk terperap anda”. Jika anda mempunyai apa-apa tulisan anda sendiri seperti Ebook, mengapa tidak cuba menjadikannya sebagai produk berbayar? Tidak yakin? Takut tidak laku? Tak bagus? Siapa yang kata begitu? :)

Di dalam perniagaan dan pemasaran internet, kita tidak boleh menyatakan sesuatu itu tidak bagus, tak berkesan, tak menjadi atau apa-apa sahaja selagi kita tidak mencuba dan mengujinya dahulu.

Salah satu cara yang digunapakai oleh kebanyakan usahawan Internet yang berjaya ialah, mereka akan buatkan beberapa projek (contohnya Ebook). Katakan sebanyak 5 buah laman web yang masing-masing untuk satu Ebook. Setelah menjalankan promosi dan pemasaran dalam tempoh tertentu, mereka akan mula menganalisa, produk mana yang lebih laku dan produk mana yang tak laku.

Akhirnya, daripada lima itu, mungkin hanya dua yang betul-betul menguntungkan. Manakala tiga lagi, mungkin perlu ditutup atau ditamatkan jualannya. “Kalau tutup, rugilah..”. Tak semestinya. Jikalau menumpu banyak masa pada produk yang tak menguntungkan, cuba kita kira, betapa ruginya masa kita kerana sepatutnya kita mesti lebih fokus kepada yang lebih menguntungkan.

Saya tak mahu hurai panjang lebar mengenai ‘tutup-tutup projek’ ni sebab saya dah tulis mengenai hal ini di sini:

>> Kurangkan Projek, Tingkatkan Keuntungan

Saya sendiri telah menutup beberapa buah projek perniagaan internet saya. Kesannya, produktiviti saya semakin meningkat dan keuntungan tetap ada walaupun tak banyak produk. Yang penting, fokus pada yang menguntungkan dan strategi yang perlu kita gunakan.

Daftar Ke List Saya

Jika anda mahukan pengumuman terkini, tip perniagaan internet, panduan, info produk dan sebagainya, boleh daftar newsletter saya:

http://smartusaha.com/news

Sebaik sahaja produk ni siap nanti, saya akan umumkan kepada anda.

Salam maju jaya. Kita jumpa lagi di tulisan esok yang berkaitan dengan satu strategi pelancaran produk untuk mendapat ‘fast income’.

ps. Tahun depan nak tulis novel cinta buku pulak. :roll:

Incoming search terms:

  • buku membina laman web
  • buku bina laman web dengan wordpress
  • strategi pemasaran perniagaan pembinaan
  • pembangunan laman web frontpage
  • panduan membina laman web percuma pdf
  • panduan membina laman web
  • nota membina laman blog
  • modul untuk membina laman web
  • buku panduan membina laman web
  • tutorial membuat perkhidmatan dalam laman web

Lawak Jenaka Di Hujung Minggu..

lawak jenaka

Sumber: http://www.marketingcomics.com/index7.html

Jadi kaya melalui Online dalam masa 24 jam? ;)

=========================

Sebelum ini saya nak buat projek komik Online khusus untuk Internet Marketing. Tapi Jimmy D. Brown lebih cepat melakukannya. Sesiapa yang ada bakat tu, buatlah dalam versi Bahasa Malaysia. This is great idea. Hint: Viral Marketing. ;)

Contoh komik Online yang lain adalah blaugh.com.

Incoming search terms:

  • lawak jenaka
  • komik lawak jenaka
  • kata kata lawak jenaka
  • kata-kata lawak jenaka
  • www cerita lucu lawak singkat
  • lawak jenaka online
  • kata-kata lawak
  • jenaka perniagaan
  • cerita lawak jenaka
  • jenaka

Ebook Panduan FTP Akan Dinaikkan Harga..

Sekadar pengumuman singkat.

Harga Ebook Panduan Mudah FTP yang sebelum ini harganya ialah RM20.00 akan dinaikkan harga kepada RM30.00 berkuat-kuasa pada 4/12/2007 (Selasa) ini.

Jika anda mahu mendapatkan Ebook ini beserta dengan hak jualan dengan harga RM20.00 sahaja (jimat RM10.00), sila lakukan pembelian sebelum tarikh tersebut.

Kenaikan harga ini adalah kerana saya akan mewujudkan program Affiliate untuk Ebook ini agar para agen mendapat komisen yang berbaloi.

Beza Reseller dan Affiliate

Kepada yang tidak mahu menjadi reseller, anda boleh menjadi agen (affiliate) kepada produk ini dengan komisen RM20.00. Tapi saya galakkan anda menjadi Reseller kerana keuntungannya adalah 100% dan anda boleh melakukan banyak perkara berbanding dengan hanya menjadi affiliate. Bezanya?

Reseller = Mereka ada hak menjual Ebook dan beberapa kelebihan lain. Kos: RM20.00 (harga terkini).

Affiliate = Hanya boleh mempromosikan dan dapat komisen. Tidak memiliki apa-apa hak yang istimewa seperti Reseller. Kos: Percuma.

Jika anda mahu beza menjual secara sendiri dan menjadi affiliate, sila rujuk di artikel berikut: >> Produk sendiri Vs Produk Affiliate

Jika anda berminat untuk menjadi Reseller, sila bertindak sebelum tarikh kenaikan harga tersebut. Jika mahu menjadi Affiliate, tunggu pengumuman daripada saya pada hari Selasa ini untuk mendaftar secara percuma.

Dapatkan Ebook Panduan Mudah FTP bersama hak jualan dengan harga RM20.00 (sehingga hari Isnin ini) di:

http://www.FTPCaraMudah.com

Sekian, harap maklum.

Incoming search terms:

  • panduan ftp
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)