Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Lagi Mengenai Pendapatan Affiliate Saya..

Adakah anda masih ingat satu artikel saya sebulan yang lepas? Artikel itu ialah bertajuk Pendapatan Affiliate – Hanya Sampingan.

Pada artikel kali ini, saya hanya sekadar ingin berkongsi sekali lagi pendapatan atau komisen yang telah saya perolehi tetapi khusus untuk dua produk Sham RajaAdsense iaitu Ebook Panduan RajaAdsense dan juga Panduan Penulis Ebook.

Seperti yang saya maklumi, saya belum benar-benar memecut untuk program affiliate ini kerana saya hanya lebih menumpu kepada penulisan blog ini. Trafik datang, membaca review saya mengenai produk dan kemudian ke laman web produk. Kalau mereka beli produk itu, maka saya akan dapat komisen.

Saya belum-belum benar optimizekan promosi affiliate dengan teknik dan strategi yang tersusun lagi sebab saya lebih utamakan kepada produk sendiri. InsyaAllah, di tahun hadapan saya akan optimizekan lagi pendapatan dengan hanya blog ini. Ya, buat duit dengan blog. :D

Komisen November Vs Disember

Berikut adalah pendapatan atau komisen yang saya perolehi untuk kedua-dua produk yang saya nyatakan di atas:

November 2007 : RM195.00

Disember 2007 : RM220.00

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • apa thesis graf

Tahap Pemikiran Kita Adalah Berbeza..

Sudah lama saya tidak menulis tip motivasi. Jadi pada hari ini, saya ingin berkongsikan satu perkara yang dihidapi oleh ramai orang di dunia ini… Teruskan membaca.

Mungkin anda pelik dan tertanya-tanya, atau kadang-kadang kecewa dengan diri sendiri,

“mengapa aku yang sudah dewasa ini tidak begitu bermotivasi seperti remaja itu?”

“mengapa pemikiran aku tak sama dengan dia?”

“dia begitu hebat berfikir dan melakukan perniagaan, tapi kenapa aku tidak begitu?”

“dia bijak merancang diri, hidup dan perniagaan, dah lah muda, tapi aku yang dah tua ini mengapa tidak begitu?”

“kenapa aku tidak seperti pelajar sekolah itu yang baru berumur belasan tahun tapi telah berjaya dalam perniagaan internet? Kenapa aku yang puluhan tahun ini masih terkial-kial?”

Saya tiada jawapan yang mutlak untuk persoalan-persoalan itu atau saya namakan ia sebagai ‘konflik perbandingan diri’ oleh empunya diri dengan orang lain. Apabila melihat orang lain yang lebih berjaya daripadanya, dia akan kecewa dan kemudian tercari-cari, “apa silap aku tidak berjaya seperti dia?”. Inilah ‘konflik diri’ yang jika tidak diuruskan dengan baik, boleh membawa keburukan kepada diri sendiri.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • tahap pemikiran manusia
  • contoh pemikiran usahawan
  • tahap pemikiran murid
  • beza tahap pemikiran
  • contoh pemikiran usahawan serta kesanya
  • 3 tahap pemikiran manusia
  • sebab perbezaan pemikiran
  • sahabat yang baik & pandai berfikir
  • pemikiran orang bijak
  • kenapa hidup kita berbeza dengan orang lain

Ebook Percuma Lagi…

Saya sekarang sedang berusaha untuk melancarkan dua buah Ebook percuma berikut. Sama ada secara berasingan atau sekaligus.

iklan banner

Ebook 1: Panduan Pengiklanan Banner Berkesan (Edisi Terbaru)

usahawan internet

Ebook 2: Temubual Eksklusif Bersama LuvLee

UPDATE TERKINI:

Saya terlupa untuk menyatakan satu lagi Ebook percuma berikut. Tapi akan dilancarkan kemudian-kemudianlah. Tajuknya ialah 17 Rahsia Blogger Membina Nama dan Kredibiliti:

rahsia blogger

Hanya sekadar makluman sahaja. Apabila ia akan dilancarkan (dua buah ebook pertama), saya akan umumkan kepada anda semua. Jika mahukan makluman ini terus ke emel anda, sila daftarkan diri anda di sini:

http://smartusaha.com/news/news-perniagaaninternet.html

Mungkin tidak sempat untuk saya lancarkan pada minggu ini. Sebab kemungkinan saya akan balik kampung. Kepada pengiklan yang telah membuat bayaran ruang iklan yang saya buka beberapa hari lepas, pastikan menghantar info dan maklumat yang saya perlukan.

Harap maklum.

Apa Itu Pasaran Lumayan?

Saya dilanda ‘banyak kerja’ sekarang. Sehingga ‘kesuntukan’ untuk menulis di blog ini. Namun begitu, saya cuba meluangkan sedikit masa untuk menulis ‘berita terbaru’ di blog ini. Saya tidak mahu pembaca-pembaca ‘akhbar harian Ebiz’ ini kecewa jika tiada sesuatu yang baru pada setiap hari.

Niche, Niche, Niche.. Tak Habis Habis..

Anda sering kali didedahkan dengan istilah ‘Niche’. Saya juga telah banyak juga menulis mengenai niche market, niche marketing, niche product dan sebagainya. Apa itu niche, apa tujuannya, mengapa dan juga bagaimana telah pun pernah saya tulis sebelum ini.

Namun pada hari ini saya ingin mengulangi lagi agar kita semakin nampak akan keuntungan menjual sesuatu kepada pasaran yang ‘niche’. Baik, apa itu ‘niche’? Ia adalah perkataan bahasa Inggeris dan ada yang ‘menterjemahkan’ ke dalam bahasa Melayu sebagai fokus, bertumpu atau spesifik.

Tapi setelah difikirkan istilah yang sesuai UNTUK perniagaan internet, maka saya ingin memanggil istilah ‘niche’ itu sebagai LUMAYAN. Jadi, niche market bolehlah diberi maksud pasaran spesifik yang lumayan.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • fokus pasaran
  • definisi fokus pasaran
  • maksud fokus pasaran
  • pasaran niche
  • maksud pasaran fokus
  • maksud pasaran baru
  • niche pasaran
  • maksud \pasaran niche
  • apakah maksud mass market
  • apa itu kajian pasaran

Tip ‘Leverage’ dan Menggandakan Pendapatan…

Post ini saya lebih khususkan kepada mereka yang melakukan model perkhidmatan di Internet.

Dari hari ke hari, saya amat yakin bisnes yang anda lakukan semakin mendapat banyak pesanan. Semakin banyak, semakin ‘tertekan’ dan kadang-kadang terpaksa menolak pesanan itu. Perkhidmatan di Internet ni banyak contoh seperti design grafik, setup blog, design laman web dan lain-lain lagi.

Berikut adalah beberapa tip untuk anda mempermudahkan usaha perniagaan perkhidmatan anda:

1. Gunakan pembantu. Maksud pembantu di sini bukanlah staf atau kita menggajikan mereka. Tapi ia lebih kepada perjanjian.

Anda boleh melatih mereka yang berminat dan mahu berniaga di Internet. Sebagai contoh, anda sedang melakukan khidmat memasang sistem affiliate. Tapi disebabkan anda semakin sibuk dengan projek yang lain, apa kata gunakan rakan perniagaan untuk melakukan kerja-kerja pemasangan sistem tersebut. Anda mungkin hanya menguruskan bahagian pesanan sahaja. Atau boleh juga serahkan ‘sepenuhnya’ kepada pembantu tersebut.

Bagaimana dengan pembahagian keuntungan? Terserah kepada andalah. 50% ke, berapa ke. Ia bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak atau anda boleh memutuskan segalanya (anda adalah ‘bos’). Perkara ini juga sebenarnya satu benda yang bagus sebab anda memberi peluang ‘pekerjaan’ dan perniagaan kepada mereka yang berminat.

Latih dan tunjuk ajarkan mereka apa yang perlu mereka buat. Jika mahu lebih mudah, sediakan workflow (sistem dokumentasi) sesuatu tugas itu step by step.

Contoh Dokumentasi Kerja: Apa yang perlu dibuat dari awal sampai tamat untuk pemasangan sistem affiliate. Sertakan sekali bagaimana cara berhubungan dengan pelanggan.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • cara menggandakan pendapatan
  • teknik menggandakan pendapatan

Anda Perlu Ke Seminar atau Bengkel. Noktah!

Sebelum itu, sila baca Post saya kali ini dengan nada yang biasa-biasa dan jangan menganggap tulisan ini dalam penuh beremosi. Tidak sesekali ok. Lagipun hari ni hari Isnin, hari yang amat-amat patut kita mulakannya dengan penuh keceriaan dan penuh bermotivasi. :D

Saya Minat Nak Buat Ebiz!

Saya tidak tahulah berapa kali sudah menerima emel-emel yang menyatakan minat, mahu dan keinginan individu-individu terhadap perniagaan Internet. Tidak cukup dengan emel, ada yang hantar SMS kepada saya.

Terkadang, saya amat kasihankan mereka. Jika boleh, mahu sahaja membantu mereka dari A hingga Z. Tapi apakan daya, saya tidak mempunyai kelapangan masa yang begitu banyak sebab saya perlu menguruskan perniagaan saya. Di sudut yang lain, saya juga adalah manusia biasa yang mempunyai tanggungjawab tersendiri.

Bagi anda yang masih kekosongan dan tidak faham mengenai perniagaan internet ini, ubat terbaik bagi anda ialah menyertai seminar atau bengkel. Noktah. Tiada lagi cara lain. Jika mahu lebih berkesan, dapatkan ‘personal training’ daripada mereka yang terbukti sudah mendapat hasil melalui perniagaan internet ini.

Ya, ia memerlukan kos. Tapi jika anda benar-benar serius, modal anda untuk ke seminar atau bengkel dan untuk pembelian buku/ebook akan diperolehi kembali kelak selepas anda berjaya menjual produk anda. Itupun jika anda benar-benar berusaha dan bukan hanya minat semata-mata.

Awas Wahai Pemikir Yang ‘Jumud’

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • jago capal

Anda Seorang Designer?

Jika anda seorang designer dan mahu mempromosikan perkhidmatan design anda (khususnya ‘banner design’), saya telah membuka satu ruang iklan khas untuk anda di dalam satu Ebook yang akan saya lancarkan kelak.

Untuk maklumat lanjut, sila ke forum WangCyber.com berikut untuk membaca ‘iklan’ yang telah saya buka di sana:

http://wangcyber.com/forum/showthread.php?p=64712

Harap maklum.

ps. Sebaiknya anda mendaftar sebagai ahli forum WangCyber untuk mudah berurusan. Klik di sini untuk mendaftar secara percuma.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)