Archive for December, 2007

Kenapa Wujudnya Folder Spam?

Monday, December 31st, 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Dua tiga hari yang lepas, talian Streamyx sedikit bermasalah di kawasan saya ini. Tidak pastilah sama ada sebab masalah modem yang saya gunakan atau sebab dari TMNet Streamyx sendiri. Memang seksa sedikitlah untuk akses ke Internet sampai terganggu sedikit kerja-kerja yang perlu disiapkan.

Pada kali ini saya mahu mempersoalkan, kenapa wujudnya folder Spam (bagi emel Gmail) atau folder Bulk (bagi emel yahoo) atau apa-apa nama yang lain bagi aplikasi emel yang lain? Folder-folder ini pada asalnya khas untuk emel-emel spam tapi emel yang bukan spam pun turut menjadi mangsa.

Kenapa ya? Disebabkan wujudnya folder-folder ini, saya dan lain-lain usahawan produk digital mahupun usahawan internet amnya mengalami masalah yang ‘kritikal’ di dalam proses perhubungan dengan para pelanggan. Emel kita yang baik-baik pun boleh masuk ke dalam folder spam tersebut.

Kita tidak boleh persalahkan aplikasi emel tersebut yang mempunyai ‘filter’ untuk menapis emel-emel yang dianggap sebagai emel spam. Tapi yang perlu ditanggungjawabkan ialah para spammer yang tidak beretika dan tidak takut dosa. Sorry to say, mungkin kata-kata saya ini agak berat. Tapi apa lagi yang mahu dikatakan selain itu? Emel spam terbukti dan jelas menyusahkan hidup orang ramai.

Disebabkan para spammer lah wujudnya teknologi filter untuk menapis emel-emel spam ini. Wujudnya filter, maka wujudlah juga folder Spam..

(more…)

Popularity: 37%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Panduan Pengiklanan Banner Dilancarkan!

Friday, December 28th, 2007

Akhirnya, siap juga projek ini. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya akan lancarkan dua buah Ebook percuma iaitu Panduan Pengiklanan Banner Berkesan dan juga Temuramah Eksklusif Bersama LuvLee.

Anda boleh mendapatkan kedua-dua Ebook tersebut melalui laman web berikut:

http://banner.malaysiasoho.com

Saya tidak mahu menulis panjang-lebar di sini sebab saya ada beberapa kerja lain yang perlu disiapkan. Cuma jika ada sebarang masalah seperti tak dapat download, Ebook tak boleh dibuka dan sebagainya, sila nyatakan di ruang komen Post ini.

designer banner panduan iklan banner

Semoga Ebook-ebook ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Dapatkan sekarang juga ya. :)

Harap maklum.

ps. Kedua-dua ecover di atas dihasilkan oleh LuvLee (Nurul). Jika anda mahu mengenali designer muda ini, dapatkan Ebook temuramah saya bersama beliau tersebut. Ebook itu juga amat berguna untuk anda yang melakukan servis design di Internet. Ada banyak juga tips yang Nurul kongsikan untuk anda.

Popularity: 41%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Dilema Blog Berbahasa Melayu..

Tuesday, December 25th, 2007

Di dalam Pakej Kit Blogger, saya ada nyatakan satu perkara iaitu mengenai bahasa apa yang perlu digunakan untuk blog yang akan dibina. Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?

Boleh dikatakan, kebanyakan yang membina blog sendiri lebih mahu dan suka menghasilkan blog di dalam Bahasa Melayu. Saya tidak pasti kenapa. Cuma secara asasnya, mereka tidak tahu atau tidak yakin menulis di dalam bahasa Inggeris. Mungkin juga sebab topik mereka lebih sesuai dalam bahasa Melayu.

Ingin saya nyatakan, jikalau anda membuat sebuah blog dan 90% bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu, teramat sukar sedikit untuk anda menjana pendapatan melalui blog tersebut berbanding dengan blog berbahasa Inggeris.

TETAPI, adakah membuat blog ini semata-mata untuk mendapatkan duit?

Sudah tentu TIDAK. Ramai yang salah sangka atau tersalah sangka, apabila sebut sahaja blog, terus fikirkan “buat duit dengan blog“. Sikit sikit duit, sikit sikit duit.. Dan bila sebut blog juga, terus teringatkan Adsense. Begitu sinonim sekali kedua-dua perkara ini. :) Jikalau anda membina sebuah blog dan meletakkan matlamat utama untuk menjana pendapatan melaluinya, anda pasti akan KECEWA.

Ini kerana, membuat duit dengan blog bukanlah satu usaha yang mudah sebenarnya. Anda memerlukan usaha yang konsisten dan fokus yang kuat, di samping beberapa faktor asas yang lain. Tanyalah mana-mana blogger yang telah berjaya, apakah matlamat dasar dalam usaha blogging mereka?

(more…)

Popularity: 43%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Buat Duit Sehingga RM45 Untuk Satu Jualan

Sunday, December 23rd, 2007

Apa khabar para pembaca semua.

Sejak Rabu lepas, saya tidak menulis sehinggalah ke hari Sabtu. Kalau anda cuti, saya pun cuti juga lah. ;) Namun sebenarnya, saya tidak menulis kerana menumpukan sepenuhnya kepada kerja-kerja yang perlu disiapkan. Ada beberapa projek lagi yang saya perlu siapkan sebelum masuk tahun 2008.

Baik, kita lupakan pasal cuti dan tahun 2008 tersebut. Kita bincang lain kali. Pada hari ini, setelah bertungkus-lumus menyiapkan sistem affiliate dan lain-lain perkara secara seorang diri, akhirnya siap juga walaupun tidaklah selengkap mana.

Mungkin belum ada yang tahu bahawa saya telah upkan sebuah laman web produk iaitu Panduan TeknikNiche di http://www.pasaranlumayan.com. Saya belum melakukan apa-apa promosi secara ‘agresif’ lagi untuk produk ini.

perniagaan internet teknik niche

Jadi pada hari ini, saya ingin membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi “rakan jv” kepada SmartUsaha.com dan menjana komisen sekurang-kurangnya RM25 untuk satu jualan bagi produk di pasaranlumayan.com.

Komisen Produk Panduan TeknikNiche

  1. RM25.00 untuk satu jualan bagi harga RM50.00
  2. RM35.00 untuk pakej RM70.00
  3. RM45.00 untuk pakej terhad RM95.00

Untuk mendapat komisen RM45.00 itu, anda usahalah menggalakkan prospek anda membeli pakej terhad RM95.00 itu. Pakej berharga RM95.00 itu hanya dibuka kepada 67 orang sahaja. Apabila cukup bilangan tersebut, saya akan tutup pakej itu serta-merta.

Daftar Sekarang

Jika anda berminat untuk menjadi rakan JV kepada SmartUsaha.com, sila lakukan dua langkah mudah berikut:

1. Daftarkan diri anda ke dalam senarai Rakan JV SmartUsaha.com di sini:

http://smartusaha.com/rakanjv

Pendaftaran ini amat digalakkan agar mudah untuk saya mengumumkan apa-apa berita dan informasi kepada anda, di samping berkongsikan tip dan panduan program affiliate. Saya akan siapkan panduan-panduan berkaitan dan akan emelkan terus kepada anda. Jadi, sila daftarkan diri anda.

Selain itu, dengan menjadi Rakan JV Affiliate SmartUsaha.com, anda akan diberikan keutamaan untuk menyertai apa-apa program affiliate bagi produk-produk yang dikeluarkan oleh SmartUsaha.com dari semasa ke semasa.

2. Kemudian, sila daftarkan diri anda untuk program affiliate PasaranLumayan.com di sini:

http://www.pasaranlumayan.com/pro

Selepas mendaftar, anda boleh terus login dan dapatkan ‘tools’ yang telah disediakan. Buat masa ini, hanya banner sahaja yang disediakan. Lain-lain ‘tools’ akan saya sediakan nanti.

Kira-Kira Komisen

Baik. Mari kita kira berapakah komisen (pendapatan) yang akan anda dapat. Andaikata anda berjaya mempromosikan kepada 3 orang dan mereka masing-masing membeli pakej RM50, Pakej RM70 dan Pakej RM95, ini yang akan anda dapat:

Buat Duit Di Internet: Tanpa Sebarang Modal!

Itu hanya kiraan, namun segalanya bergantung kepada cara anda mempromosi. Kena caranya, banyaklah dapat komisen. :)

Pembayaran Komisen

Pembayaran komisen anda akan di lakukan pada 16hb setiap bulan terus ke akaun bank anda. Pastikan anda isi maklumat akaun bank semasa pendaftaran.

Pertandingan

Mana-mana agen (affiliate) yang berjaya membawa 5 pembeli (lima jualan) ke atas kepada mana-mana pakej tersebut, saya akan berikan bonus sebanyak RM25.00. Dan jika membuat 10 jualan ke atas, saya akan berikan bonus RM50.00.

Selain itu, untuk sehingga 15hb Januari 2008 ini, mana-mana affiliates (rakan JV) yang membawa paling ramai pembeli akan diberikan satu hadiah misteri oleh saya. Saya tidak mahu beritahu apakah hadiah tersebut. Yang pasti, ia amat bernilai.

Jadi, anda ada masa lebih kurang 3 minggu bermula hari ini bagi melakukan promosi untuk produk ini sehinggalah sebelum tarikh pembayaran komisen.

Akhir kata, daftar pada hari ini juga dan mulakan promosi anda secepat mungkin.

Selamat mencuba.

Ingin Menghubungi Saya?

Terdapat beberapa cara untuk anda menghubungi saya. Namun cara yang amat saya galakkan ialah gunakan Support Desk di sini:

http://malaysiasoho.com/support

Harap maklum.

p.s: Peringatan penting kepada para affiliates, JANGAN lakukan SPAM. Kalau saya dapati anda buat SPAM, akaun affiliate anda akan diterminate tanpa apa-apa amaran pun.

Popularity: 70%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Tujuh Idea Mudah Perkhidmatan di Internet - Siri 2

Tuesday, December 18th, 2007

Siri 2 Artikel 7 Idea Mudah Perkhidmatan di Internet…

Jika anda belum membaca siri 1, sila klik di sini untuk membacanya.

5. Review (Ulasan)

Jika anda mempunyai blog, sediakan khidmat mengulas (review) apa-apa produk atau laman web orang lain. Contohnya, saya mahu anda lakukan review Ebook saya. Dan untuk sekali review, anda cajkan dengan kadar yang tertentu.

Strategi:

1. Client anda itu perlu memberikan satu salinan produk mereka dan membuat bayaran untuk review tersebut. Atau jika produk mereka ialah laman web, minta mereka berikan URL laman web atau blog itu untuk anda reviewkan.

Jadi, khidmat anda di sini ialah mengulas mengenai sesebuah produk atau laman web di blog anda. Cuma syarat terpenting di sini, blog anda mestilah mempunyai trafik yang memuaskan. Tak guna kalau trafik hanya seorang dua sebulan, maka khidmat ini kurang sesuai untuk anda..

Apa yang perlu anda ulaskan?

Sudah semestinya kebaikan dan kelebihan produk tersebut. Review ini tidak jauh beza dengan iklan, cuma sahaja ia lebih mudah ‘dipercayai’ sebab ia dinilai secara ‘jujur’ oleh anda. Gunakan formula ini: Nyatakan beberapa kebaikan produk itu dan nyatakan juga satu kekurangan yang ada padanya. Atau, mungkin berikan cadangan/komen agar produk itu bertambah nilai dan kelebihannya.

Note kepada pelanggan servis sebegini: Jika produk anda adalah Ebook, ‘watermark’kan Ebook anda atau tetapkan syarat-syarat tertentu kepada mereka yang menyediakan khidmat review tersebut. Mereka tiada apa-apa hak terhadap produk anda, sebaliknya hanya layak untuk mengulas mengenai produk sahaja.

(more…)

Popularity: 46%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!