Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Produk Sendiri Vs Program Affiliate

Produk Sendiri Vs Program AffiliateMempunyai produk sendiri di dalam usaha perniagaan Internet adalah satu kelebihan kerana anda boleh membina keunikan anda sendiri, atau dalam erti kata lain, “anda menyerlahkan diri” dengan ‘bantuan’ produk yang unik tersebut.

Malah, keuntungan adalah 100% milik anda tanpa diusik sedikit pun oleh sesiapa.

Namun begitu, tak semua indah belaka jika anda berniaga dengan produk sendiri. Ada juga ‘kekurangannya’ yang terpaksa ditanggung.

Berikut adalah jadual ringkas perbandingan di antara produk sendiri dan produk program Affiliate (bukan produk anda) :

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Jual Ebook Cara Mudah!

Sebelum ini, saya telah banyak menulis mengenai Resell Rights dan juga Master Resell Rights. Bagi yang telah membacanya atau memahami mengenai, sudah pasti anda faham apakah model perniagaan tersebut.

Secara mudah, Resell Rights bermaksud Hak Jualan Semula. Apa-apa produk yang disertakan dengan lesen hak jualan ini bermakna anda boleh menjualnya kembali. Dengan syarat, anda mendapatkannya (membeli) secara sah daripada pihak berkaitan seperti dari pemilik asal produk tersebut atau daripada mana-mana Reseller yang sah.

Menghasilkan Ebook sendiri tidaklah susah tetapi tidaklah semudah yang disangka. Ia memerlukan masa untuk mengkaji, mengumpul bahan, menulis draf, menyemak penulisan (proof reading), memformat Ebook dan tidak cukup dengan itu, perlu membina laman web jualan pula. Huuh.. :shock:

Ya, memang banyak kerja yang perlu dilakukan. Bergantung kepada tahap penguasaan anda terhadap topik yang ditulis serta tahap kesusahan topik tersebut, ia akan menentukan berapa lama sesebuah Ebook itu akan siap.

Jual Ebook Cara Mudah!

Salah satu cara untuk menjual Ebook tanpa berpenat lelah seperti yang saya nyatakan di atas ialah, anda boleh mendapatkan hak jualan semula untuk Ebook-Ebook yang ada di pasaran (Internet).

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • jual ebook
  • cara jual ebook
  • menjual ebook
  • cara menjual ebook
  • jual e-book
  • cara nak jual ebook
  • bagaimana nak jual e book
  • jual ebook di mana
  • mana nak jual ebook
  • menjual e-book

Pentingnya Fokus Pada Satu-Satu Model Perniagaan Internet

Salah satu pelajaran terbesar yang pernah saya terima sebelum ini ialah, pentingnya FOKUS di dalam usaha perniagaan Internet yang dilakukan. Salah satu fokus yang perlu diberi perhatian besar ialah terhadap model perniagaan yang dilakukan dan fokus kepada kekuatan yang ada.

Jikalau anda lebih pakar dan tahu bagaimana menjual produk-produk digital seperti Ebook, maka teruskan berusaha sehingga anda mengecapi hasil yang besar. Jangan begitu mudah terpesona dengan model perniagaan lain yang menggiurkan anda. Ia boleh dilakukan kelak dan anda tidak perlu risau mengenai kerugian jika tidak melakukannya.

Sebaliknya, jika anda belum berjaya dalam bidang yang anda tahu atau sedang lakukan seperti bisnes Ebook, dan kemudian menyibukkan diri dengan perniagaan barangan fizikal di Ebay katakan, maka anda akan hilang fokus.

Kekuatan anda ialah di dalam model produk digital, bukan pada produk fizikal. Walaupun perniagaan model lain memberikan hasil yang lumayan, tetapi masalah di sini ialah anda perlu meluangkan banyak masa untuk mempelajari perkara-perkara baru. Ingat, anda bukanlah menjalankan sebuah perniagaan yang besar yang mempunyai ramai staf untuk membantu anda, tetapi anda melakukan perniagaan kecil (small business) banyak melakukan kerja secara sendiri.

Tambahan pula, jika anda masih mencari-cari rentak atau masih menyesuaikan diri lagi dengan perniagaan Internet.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • apakah model perniagaan
  • model perniagaan ebay

Sedang Siapkan Ebook Terbaru

Saya ada banyak artikel untuk dipublishkan, tapi saya mahu simpan dahulu dan akan kongsikan dengan anda satu demi satu. :) Lagipun, menulis blog juga perlu ada strategi oleh seorang usahawan. Dia mesti tahu, apa yang perlu ditulis pada satu-satu hari dan apakah tujuan atau manfaat tulisan tersebut untuk usaha perniagaannya di samping memberi faedah kepada para pembaca.

Jika ada produk terbaru yang akan dilancarkan oleh seseorang usahawan Internet, anda boleh ‘hidu’ dengan melihat siri-siri artikel yang topiknya agak sama dari hari ke hari di blog mereka. Teknik ini biasa digunakan oleh ramai usahawan Internet. Mereka akan menulis satu-satu topik secara berterusan sehinggalah produk mereka dilancarkan.

Sedang Siapkan Ebook Terbaru

Untuk pengetahuan anda semua, saya sekarang dalam proses menyiapkan EBook untuk Projek RM20.00 yang saya umumkan baru-baru ini. InsyaAllah, saya akan melancarkannya dalam minggu ini jika sempat. Bergantung kepada keadaan teknikal, jika tiada masalah yang timbul, saya tidak mahu lagi menangguhkan projek ini. :)

Apa yang dapat saya katakan, Ebook ini ada banyak kelebihan dan perbezaan dengan Ebook yang lain. Antaranya ialah:

1) Penulisannya mudah difahami, InsyaAllah.

2) Menyentuh topik-topik yang khusus mengenai _________ (anda akan tahu nanti). Yang pasti, huraian dan gaya penulisan yang saya gunakan amat menarik untuk dibaca dan ditatap.

3) Model dan sistem. Ini ‘part’ yang paling best. Saya akan sediakan peluang perniagaan Internet untuk anda juga iaitu melalui lesen Master Resell Rights. Sistem yang dimaksudkan di sini adalah amat simple, tapi ia dihasilkan untuk memudahkan anda memulakan perniagaan Internet dengan langkah yang mudah dengan produk ini.

4) Tajuk-tajuk yang disentuh dalam Ebook mungkin anda sudah biasa dan lama mendengarnya, TETAPI mungkin anda tidak tahu perkara yang sebenarnya. ;)

Jadi, anda bukan setakat mendapat ilmu di sini, tapi dalam masa yang sama anda boleh meniagakan Ebook tersebut walaupun anda tiada pengalaman dalam soal teknikal. Namun seperti yang saya jelaskan dahulu, anda mestilah berusaha untuk memahami asas komputer dan juga Ebiz. Saya sama-sekali tidak akan menyentuh perkara ini, sebaliknya akan lebih menumpu kepada produk agar semua mendapat manfaat yang baik.

Oklah, saya tidak dapat luangkan banyak masa untuk menulis. Cuma yang pasti, tunggukan pelancaran Ebook ini nanti. Kepada 175 orang yang telah mendaftar dahulu, saya akan mengutamakan anda dahulu apabila projek ini dilancarkan dan kemudian baru akan saya umumkan di blog ini kepada semua orang.

Sekian, harap maklum.

ps. Satu Ebook percuma siap sedia untuk dilancarkan pada bila-bila masa. Tunggu je lah yer. ;)

pps. Saya dapati industri Ebook semakin rancak di Malaysia. Syabas, syabas. :)

sistem rahsia perniagaan internet

Siri 2: Peringkat Usaha Perniagaan Internet

Jika anda belum membaca siri 1 artikel ini, anda boleh membacanya di Post berikut:

Peringkat Yang Perlu Dilalui Dalam Perniagaan Internet

Sila baca dahulu siri 1 itu agar anda faham apa yang saya mahu sampaikan.

Di bahagian yang pertama, saya menghuraikan secara ringkas dua peringkat yang pertama. Kali ini, kita sambung pula peringkat yang seterusnya. Namun sebelum itu sekali lagi saya mahu nyatakan, peringkat-peringkat ini adalah tafsiran dan definisi saya, ia bukan ‘standard’ atau tetap. Ia hanya satu gambaran sahaja..

Peringkat 3:

Anda sudah ‘bebas’ daripada cengkaman bos dan politik pejabat. Anda bebas daripada kekangan peraturan di tempat kerja anda, bebas dari tekanan kerja dan sebagainya. Namun, tidak semestinya anda tidak melalui perkara-perkara itu di dalam usaha perniagaan anda.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • usaha perniagaan

Saya Mahu Jadi Usahawan Jutawan!

irfan khairi

www.JejakJutawan.com

.

Menjadi Usahawan Jutawan

“alang-alang jadi usahawan, biar jadi usahawan jutawan!” – Irfan Khairi

. 

Rujukan:

1. Usahawan Jutawan

2. Minda Jutawan

Incoming search terms:

  • usahawan jutawan
  • tip jadi jutawan
  • macam mana jadi usahawan di internet
  • tip nak jadi jutawan
  • usaha untuk menjadi usahawan

Peringkat Yang Perlu Dilalui Di Dalam Perniagaan Internet

Apa khabar semua, semoga sihat hendaknya.

Pada kali ini, saya akan menulis mengenai peringkat-peringkat yang akan anda lalui di dalam usaha perniagaan Internet berskala kecil ini. Bermula dengan kecil, berakhir dengan besar. Inilah konsep yang terbaik bagi kita yang terhad sumber modal dan kemampuan. Dan dengan keterhadan itulah, wujudnya istilah Niche Marketing atau Niche Market dan seumpamanya. Kita tinggalkan dahulu mengenai ‘Niche’ tersebut.

Sebelum anda memiliki sebuah perniagaan yang maju dan kukuh seperti mempunyai sebuah perniagaan atau syarikat (yang berdaftar), atau lebih serius di dalam perniagaan, anda biasanya akan melalui tahap-tahap yang akan saya terangkan berikut.

Sebelum saya menyenaraikan apakah ‘level’ atau peringkat yang perlu dilalui sebelum membina empayar perniagaan yang serius, anda perlu memahami di sini bahawa:

Permulaan anda adalah bidang perniagaan Internet Berskala Kecil atau dalam bahasa inggerisnya, ‘Internet Home Based Business’. Mengapa saya tidak menyentuh mengenai menjadi usahawan pasar malam, atau usahawan berskala kecil yang lain, ini kerana blog ini dan diri saya sendiri adalah fokus kepada perniagaan internet.

Selain daripada itu, perlu diingatkan bahawa, segala apa yang saya tulis bukanlah satu nasihat profesional atau sebagai pakar, tetapi ia lebih kepada perkongsian idea, ilmu dan juga pandangan berdasarkan apa yang saya tahu dan pengalaman yang ada. Jadi, tidak semestinya anda terima bulat-bulat tulisan saya, tetapi sebaliknya jadikanlah ia sebagai sumber untuk anda berfikir dan berinovasi. Jangan taklid buta orang kata. :)

Peringkat Demi Peringkat Usaha Perniagaan:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • kesimpulan dalam perniagaan
  • kesimpulan perniagaan
  • peringkat-peringkat perniagaan
  • ciri ciri fokus market dalam perniagaan
  • tujuh peringkat dalam pasaran internet
  • tahap-tahap sesebuah perniagaan
  • tahap-tahap perniagaan
  • pengalaman kali pertama berniaga di tapak
  • kesimpulannya dalam perniagaan
  • Kesimpulan dalam Perniagaan Perkongsian
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)