Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mengapa?

Mengapa…

Mengapa begitu ramai lagi orang-orang kita masih terjerat dengan skim cepat kaya?

Mengapa orang-orang kita rela ditipu berkali-kali?

Mengapa masih ada orang-orang kita yang mahu menipu bangsa sendiri dengan skim-skim cepat kaya?

Mengapa orang kita apabila kecewa dan ditipu, mereka menuding jari kepada orang lain?

Mengapa masih banyaknya dan bersilih ganti program-program skim cepat kaya di Internet?

Dan mengapa yang melakukan program itu adalah di kalangan orang-orang kita sendiri?

Mengapa apabila kita melakukan sesuatu untuk pendidikan, ia disambut dengan hambar?

Mengapa ada yang masih berkata, tiada sesiapa yang mahu mendidik orang-orang kita padahal sudah ramai yang berkorban masa untuk mendidik?

Apabila dikatakan sudah ada yang berusaha, mereka mengungkit pula cara pendidikan tidak berkesan dan tak sampai. Tapi bila ditanya, apa yang kamu buat untuk mendidik orang ramai atau kamu hanya berpeluk tubuh? Mereka kelu…

Mengapa orang-orang kita begitu mudah mempersalahkan yang betul dan begitu mudah juga tertipu dengan benda yang jelas menipu?

Mengapa buku-buku dan ebook-ebook (hatta yang percuma) yang boleh mengisi kekosongan jiwa, akal dan minda tidak begitu mendapat sambutan?

Mengapa susah benar orang-orang kita mahu melaburkan sedikit wang untuk kemudahan di kemudian hari?

Mengapa yang salah dijemput senyum, tetapi yang betul ditolak mentah begitu saja?

Mengapa?

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Idea Perniagaan Internet Secara ‘Mudah’

Salah satu bentuk perniagaan di Internet ialah memberikan sesuatu perkhidmatan (servis) kepada yang memerlukan. Perkhidmatan yang biasa kita dengar ialah seperti:

1 – Rekabentuk laman web

2 – Pemasangan sistem Affiliate

3 – Design Ecover

dan banyak lagi..

Namun begitu, tidak mudah untuk mendapatkan idea-idea perkhidmatan apa yang boleh dilakukan dan satu lagi, susah untuk mendapatkan pelanggan.

Jadi pada hari ini, saya mahu berikan satu idea dan tip kepada anda yang berkaitan dengan model perkhidmatan. Langkahnya amat mudah tapi bergantung kepada keadaan juga. Nanti saya akan terangkan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah, cari mana-mana produk (terutama Ebook panduan) yang sedikit berbentuk ‘teknikal’ contohnya:

1 – Ebook panduan pemasangan Affiliate

2 – Ebook yang ada versi Resell Rights (laman jualan disediakan)

3 – Panduan Perniagaan Internet

Biasanya, pembaca yang membeli panduan-panduan teknikal sebegini mempunyai masalah di dalam melakukan apa yang mereka pelajari di dalam Ebook. Malah, ada yang berputus-asa kerana setelah banyak kali mencuba, namun ‘error’ atau kegagalan jua yang ditemui.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Panduan Membeli Secara Online

Kepada anda yang belum pernah membeli secara Online, bermula pada hari ini, biasa-biasakanlah diri. Kita sekarang sudah berada di zaman teknologi yang kadangkala tidak memerlukan kita melangkah keluar dari rumah untuk membeli sesuatu.

Saya dapati, masih ramai orang Malaysia yang takut-takut untuk membeli secara Online dengan alasan tidak selamat. Selagi anda tidak mencuba dan belajar, selagi itu wujudnya alasan tersebut.

Untuk itu, sebagai panduan kepada anda yang mahu membeli secara Online, tetapi tidak tahu, maka satu panduan membeli secara online telah pun dihasilkan.

Anda boleh mendownloadnya dengan klik kanan pada imej di bawah dan pilih ‘Save Target As..’ (bagi Internet Explorer) atau ‘Save Link As..’ (bagi browser Firefox) untuk menyimpannya ke komputer anda:

panduan membeli secara online

Sila download perisian Adobe Reader secara percuma untuk membaca Ebook ini jika anda belum mempunyai perisian tersebut di komputer. Sila ke sini untuk download perisian Adobe Reader:

http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep2.html

Jika anda seorang usahawan internet, amat-amat digalakkanlah mengedarkan ebook ini agar kadar pembelian di internet terutama di kalangan masyarakat Malaysia semakin meningkat. Ini untuk kepentingan kita semua.

Atau, tidak kisah sesiapa pun anda, sebarkanlah ebook ini kepada sesiapa sahaja agar industri pembelian dan perniagaan internet di Malaysia terus meningkat dari semasa ke semasa.

Kalau anda mahu mengedit isi kandungan ebook ini dan jadikan ia versi anda sendiri, sila dapatkan versi Word melalui penulis asalnya. Klik di sini jika berminat.

Sekian.

Kredit: WangCyber.com, Sham RajaAdsense.com

Hati-Hati Dengan Kata-Kata Negatif Manusia…

Di dunia ini, sedia kita maklumi bahawa, ada pelbagai jenis manusia. Ada yang amat periang, ada yang selalu senyum, amat pemarah, ada yang suka syok sendiri, suka riak dan berlagak pandai, tidak mahu mendengar pendapat orang, ada yang hanya tahu berkata-kata tapi hipokrit dan sejuta satu perangai lagi.

Sebelum saya terus menulis, saya ingin mengulangi lagi seperti yang saya katakan dahulu lagi, segala apa yang saya tulis adalah pendapat dan pandangan saya, tapi ia tidak semestinya betul dan perlu dipercayai dan diterima 100%. Anda baca dan nilailah dengan akal dan ilmu yang ada, bukan taqlid buta. Beringatlah selalu.

Di dalam perniagaan internet, kita sering menjumpai pelbagai jenis ragam manusia. Tatkala kita di peringkat awal memulakan perniagaan internet, kita banyak didatangi oleh mereka untuk memberikan nasihat kepada kita. Ada yang belum berjaya pun sudah mahu memberikan kita ‘peringatan’ dan nasihat, termasuklah yang sudah berjaya.

Ya, nasihat-nasihat ini amat bagus, teramat bagus sekali.

TETAPI, nasihat yang banyak, yang bercampur-aduk dan berbilang variasinya, akhirnya membuatkan seseorang yang menerima nasihat tadi bertambah keliru, “mana satu yang betul?”.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)