Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tulisan Terakhir…

Apa khabar para pembaca semua..

Pada hari ini saya tidak akan menulis apa-apa topik perbincangan atau artikel. Orang ramai pun, sahabat, kawan dan saudara mara sudah mula sibuk untuk menyambut hari raya yang dijangka pada hari Sabtu ini.

Kepada para pembaca, para pelanggan saya dan kepada sesiapa sahaja, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan andaikata ada sebarang kesilapan atau kesalahan dengan anda.

InsyaAllah, saya akan bertolak pulang ke kampung pada malam hari esok (khamis). Dan kemungkinan saya akan bercuti selama satu minggu.

Di sini, saya ada sedikit pemberitahuan:

1. Projek RM20.00 tempoh hari terpaksa ditunda selepas raya. Saya akan umumkan nanti.

2. Ada beberapa projek lain yang akan saya lancarkan secara satu demi satu sehingga ke hujung tahun ini.

Akhir kata, selamat berhari raya dan bagi yang memandu, saya doakan anda selamat sampai ke destinasi.

Wassalam, dan jumpa lagi.

Incoming search terms:

  • koleksi video saya blogsport co

Teknik Apa dan Siapakah Yang Paling Bagus?

Apa khabar anda semua? Hampir tiga hari saya tidak dapat mengakses Internet dengan kelajuan yang memuaskan. Dan keadaan yang paling ‘teruk’ adalah semalam di mana akses ke Internet langsung tidak dapat dilakukan. Ini sedikit sebanyak mengganggu tugas-tugas perniagaan Internet saya terutama ‘support’ untuk pelanggan, termasuklah mengemaskini blog ini.

Saya yakin, ada di antara anda yang tertunggu-tunggu artikel terkini daripada saya terutama mereka yang menjadi pemberi komen yang teraktif. ;) Maafkan saya kerana tidak dapat mengatasi masalah Internet tersebut sehingga tidak dapat menerbitkan artikel yang terbaru.

Baiklah, kita teruskan dengan artikel kali ini..

Teknik Apa Yang Paling Bagus?

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • bisnes ape paling bagus
  • internet marketing bagus
  • mawardee enterprise penipu
  • meniaga apa yang paling bagus

Unsubscribe <--> Subscribe

Apa khabar para pembaca semua? Semoga sihat hendaknya dan saya yakin mesti anda sudah mula sibuk untuk persiapan raya. Saya? Seperti biasa, saya biasanya tidaklah ‘shopping’ sangat untuk perayaan, ala kadar sahaja dengan apa yang ada dan termampu. Hajatnya nak cuba buat kek untuk raya ni, tapi teringat raya tahun lepas tak silap, kek yang saya buat tak menjadi. :lol:

Ok. Pada kali ini saya hanya mahu berkongsi tips mudah sahaja. Namun, panduan atau trik yang akan saya kongsi ini lebih bermanfaat bagi mereka yang mempunyai autoresponder atau ‘list’ sendiri.

Seperti anda sedia maklum, pada laman web jualan atau pada ‘squeeze pages’, kita letakkan sesuatu ‘tawaran’ percuma kepada para pelawat atau prospek (bakal pembeli). Caranya, mereka perlu daftarkan nama dan emel mereka dengan mengisi borang (opt-in form) yang disediakan pada laman web tersebut. Tujuan ini adalah untuk membina ‘list’.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Koleksi Video Percuma SmartUsaha.com

Buat masa sekarang, jika dikira secara spesifik, saya telah upload empat buah video di YouTube.com yang berkisar mengenai blog dan juga Hosting. InsyaAllah, saya akan hasilkan video demi video untuk tatapan anda semua.

Silalah menonton video di bawah (tekan button Play). Anda boleh ‘beralih’ ke video saya yang lain dengan hanya meletakkan atau menggerak-gerakkan kursor tetikus anda pada video di bawah dan kemudian akan terpapar video-video yang lain. Klik mana-mana video yang anda mahukan.

Atau, gunakan Arrow kiri atau kanan (berwarna putih) untuk beralih dari satu video ke video yang lain.



Praktik: Cuba anda klik pada bahagian yang bernama Menu.

Anda juga boleh pergi ke laman web berikut untuk ‘screen’ playlist video yang lebih ‘besar’:

http://smartusaha.com/koleksi-video-percuma.html

Atau, terus sahaja ke page akaun YouTube saya untuk melihat senarai video yang ada dan menonton di sana:

http://www.youtube.com/smartusaha

Saranan:

Jika anda mahu mendapat pemberitahuan melalui emel yang saya telah upload video yang baru, anda boleh subscribe ke dalam list akaun YouTube saya. Caranya, anda perlu mendaftar di YouTube dahulu sebelum boleh subscribe ke akaun saya, memberikan komen kepada video dan sebagainya.

1. Daftar akaun YouTube secara percuma di http://www.youtube.com/signup

*Jika anda telah ada akaun YouTube, hanya perlu Login sahaja dan teruskan langkah berikut.

2. Pergi ke page User SmartUsaha: http://www.youtube.com/smartusaha

3. Kemudian, tekan button Subscribe yang berada di bahagian atas sebelah kiri:

youtube
Nota:

Sebenarnya, anda boleh juga mengaplikasikan apa yang saya terangkan di atas untuk diri anda sendiri. Jadikan video dan platform YouTube untuk tujuan promosi dan pemasaran anda.

Jumpa lagi.

Incoming search terms:

  • koleksivideosaya blogspot com
  • koleksi video saya
  • koleksivideosaya blogspot
  • koleksi video saya blogspot
  • koleksivideosaya blog
  • koleksivideosayaBLOGSPOT com
  • koleksivideosaya blogsport com
  • bilik kedap bunyi
  • koleksivideosaya blog com
  • bilik audio kedap bunyi

Apakah Mitos Terbesar Perniagaan Internet?

Oh tidak. Rusell Brunson telah mendahului saya di dalam menyebarkan satu mitos yang bermaharajalela di dalam pemikiran kebanyakan usahawan Internet! Hakikatnya, saya mahu menulis mengenai mitos tersebut sebelum ini, tetapi Rusell telah berkongsikan satu laporan khas yang lebih padat.

perniagaan internet

Ya, saya tidak bergurau mengenai perkara ini kerana saya sudah lama memerhatikan pemahaman yang diamalkan oleh kebanyakan usahawan Internet selama ini. Bukan hanya mereka yang memahami dan mempercayai mitos tersebut tanpa sedar, malah mereka telah menyebarkan mitos itu tanpa menyedari akan impak yang negatif di sebaliknya.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Langkah Pertama Perniagaan Internet!

Langkah pertama jika anda ingin berkecimpung di dalam perniagaan Internet ialah, anda mesti memiliki kad debit atau kad kredit. Namun, kad debit sudah memadai.

Tujuan kad debit yang utama ialah:

1. Untuk mengaktifkan akaun Paypal

2. Kad debit boleh digunakan untuk membeli sesuatu di Internet seperti Ebook, software, course dan sebagainya.

>> Apa itu Paypal? Ia adalah sebuah pemproses wang secara Online (e-money processor). Sebagai usahawan Internet, anda perlu menerima bayaran daripada pembeli. Jadi, Paypal adalah pihak tengah bagi anda untuk proses penerimaan bayaran tersebut.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • langkah pertama membuat perniagaan online
  • langkah pertama usahawan
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)