Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Laporan Lima Pembohongan Dilancar!

bisnes internet

Seperti yang dijanjikan semalam, berikut adalah laman web untuk anda mendownload Laporan Khas bertajuk “Lima Pembohongan BESAR Perniagaan Internet”:

http://www.sistemrahsia.com/lima/

Sila ke laman tersebut dan dapatkan laporan di atas pada hari ini juga. Saya tidak akan menceritakan apa yang ada di dalam Ebook tersebut sebab anda boleh membacanya sendiri (hanya 25 muka surat sahaja). Laporan itu tidak bosan untuk dibaca kerana format dan corak penulisannya yang menarik dan mudah difahami.

Selain membaca, anda juga boleh menjana pendapatan dengan menyebarkan Ebook tersebut. Untuk mengetahui caranya, sila download di laman web tersebut dan langkah penerangan ada disertakan sekali.

Semoga anda mendapat manfaat.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • format laporan perniagaan

Dua Ebook Percuma Perniagaan Internet

Ebook Pertama

Esok, satu laporan percuma (Ebook) akan dilancarkan oleh sahabat seperniagaan Internet saya, saudara Amirul Faisyal. Tajuk special report tersebut ialah “Lima Pembohongan Terbesar Perniagaan Internet”. Saya telah membaca dari awal sehingga tamat laporan tersebut dan ia memang satu laporan yang amat ‘pedas’ dan direct to the point.

ebook percuma

Apakah yang akan terkandung di dalam Ebook (report) tersebut? Anda bacalah sendiri nanti. Pastikan esok anda datang ke blog ini untuk mengetahui link ke laman web Special Report tersebut.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • ebook bisnes internet download percuma
  • ebook percuma berniaga internet
  • panduan percuma bisnes internet

Binalah Bisnes Anda Sendiri..

Jika anda sentiasa mengambil kisah atau ‘alert’ dengan perkara-perkara di Internet terutama yang berkaitan dengan “buat duit” atau “cari duit”, saya amat pasti anda tahu program-program buat duit yang bersepah-sepah di Internet. Kebanyakannya hanya SCAM dan panas di permulaan sahaja.

Lihatlah program perigi buta dot com (bukan nama sebenar) yang sebelum ini amat panas dan kecoh, tapi kini sudah pun terjunam jatuh ke dalam perigi buta. Dan yang terkini, sedang heboh satu program buat duit yang menyalahgunakan Ebook-Ebook tempatan yang menyalahi Akta Hakcipta.

Saya tidak mahu komen dan bercakap banyak mengenai penyalahgunaan tersebut mahupun memberikan ulasan terhadap kejahilan mereka yang terlibat. Sudah banyak perbincangan lepas mengenai sikap, perangai, skim cepat kaya dan sebagainya. Jadi, terserahlah kepada diri sendiri untuk menentukan apa yang perlu dilakukan untuk hidup yang sementara ini.

Bina Bisnes Anda Sendiri

Jika anda sibuk dengan program buat duit yang entah apa hujung pangkalnya yang hanya mengayakan pihak penganjur program sahaja, atau bersubahat berkongsi-kongsi dosa, adalah lebih baik berusaha membina bisnes sendiri.

Masalah tidak tahu, tidak pandai, tak ada modal, itu semua boleh diatasi. Jangan terlalu menyelubungi diri anda dengan alasan yang dicipta sendiri tanpa ada usaha untuk menyelesaikannya. Orang-orang yang berjaya juga bermula dengan tidak tahu, tapi kerana mereka ada usaha dan kesungguhan yang kuat, akhirnya mereka berjaya. Ingat, tiada istilah jalan pintas!

Jangan sesekali melihat orang yang berjaya dengan penuh sinis atau dengan perasaan dengki kerana mereka berhak merasa kejayaan yang mereka nikmati itu. Mereka telah banyak melalui pahit manis dalam usaha mereka, mereka kuat berusaha dan ada keazaman yang tinggi, maka mereka berhak merasai kesenangan. Sudah menjadi ‘hukum alam’, siapa yang berusaha tanpa putus asa, kejayaan pasti akan jadi miliknya, insyaAllah.

Binalah bisnes anda sendiri, Online ataupun Offline. Dengan memiliki perniagaan anda sendiri, maka anda tidak perlu lagi memandang program buat duit yang picisan (tiada nilai) itu walaupun dengan sebelah mata. Malah, anda dengan mudah mendapat ribuan ringgit sebulan tanpa perlu merosakkan, menipu atau memperbodohkan orang lain..

Sekian.

Incoming search terms:

  • buat bisnes sendiri
  • bisness sendiri
  • bina blog bisnes sendri com
  • cara buat bisness sendiri

Produk Perniagaan Internet: Harga Bukan Soal Utama

Pertama sekali, saya mohon maaf sebab beberapa hari lepas tidak menulis di blog ini. Mungkin pemberi komen yang teraktif terpaksa memberikan komen kepada artikel-artikel yang lepas. Dan, kita tengok nanti, siapakah pemberi komen yang ‘top 3′ bila tamat tempoh pertandingan yang sedang berlangsung.

Baik, kali ini saya hanya mahu menulis sedikit sahaja tip. Pendek sahaja. Ia adalah mengenai harga produk. Dahulu, saya sudah ada sentuh mengenai hal ini dan mendapat respons yang amat memberangsangkan daripada pembaca.

Harga adalah salah satu aspek penting di dalam menentukan keuntungan sesebuah produk yang diniagakan. Malah terkadang, aspek inilah yang memeningkan para usahawan Internet. Di artikel yang seterusnya nanti, saya akan utarakan beberapa cara untuk meletakkan harga untuk sesebuah produk (terutama produk digital seperti Ebook).

Ramai yang menyoalkan, harga rendah atau tinggi? Kalau letak murah, bagaimana nak cepat kaya! Kalau letak tinggi, tak ada orang beli pulak… Itulah ayat biasa yang mungkin selalu didengari. Inilah dilema kebanyakan usahawan Internet.

Sebenarnya, jika kita memahami konsep asas perniagaan, soal harga tinggi atau rendah, itu bukan menjadi masalah yang besar pun.

Asas perniagaan adalah:

1. Menyediakan penyelesaian kepada masalah atau memenuhi kehendak orang ramai. Utamakan produk atau servis yang amat-amat diperlukan oleh ramai orang.

2. Produk tersebut berkualiti dan betul-betul membantu pembeli menyelesaikan masalah mereka.

3. Sokongan (bantuan) yang baik. Sebarang masalah yang berkaitan, anda akan cuba membantu mereka sebaik yang mungkin. Jangan hanya setelah dapat bayaran daripada mereka, anda terus senyap tanpa melayan persoalan yang mereka kemukakan.

Pendek kata, pembeli rela membayar apa sahaja jumlah harga dengan syarat masalah mereka selesai, anda memberikan ‘support’ selepas jualan dan anda jujur dalam berniaga.

Maka, tidak usah takut untuk meletakkan harga yang tinggi dengan pelbagai alasan yang mana ia mungkin pada andaian anda sahaja. Padahal pada pihak pembeli, itu bukan satu masalah pun kerana mereka sentiasa akan mahu membeli dengan anda. Jangan sesekali menganggap yang bukan-bukan seperti mampu tau tidak mereka membeli produk anda. Jika mereka ‘desperate’ (mahu sangat-sangat) atau berminat, mereka akan membelinya.

Tip kali ini amat ringkas, dan insyaAllah, nantikan artikel lain yang lebih detail mengenai harga ini. Sekian.

ps. Jika anda belum pernah menggunakan harga yang tinggi untuk produk anda, apa kata lakukannya sekurang-kurangnya sekali. Anda pasti berpuas hati. Inilah jalan untuk benar-benar menjadi ‘kaya’ dengan bisnes. Saya pernah lakukannya dan hasilnya amat lumayan. Ingat, ada golongan pembeli yang tiada masalah dengan harga yang tinggi dan itulah target anda!

Wassalam.

Incoming search terms:

  • bagaimana nak letak harga produk

Kembali Dengan Lebih Bersemangat! | Pelajaran Puasa

Apa khabar semua.. Lebih dari seminggu saya tidak menulis di blog ini kerana berada di kampung. Bukan tidak boleh menulis, tapi jika saya menulis pun, tidak ramai yang akan melawat blog ini kerana masing-masing dalam ‘mood’ raya.

Tapi tidak lagi hari ini. Saya yakin semua orang sudah kembali bekerja atau kembali menjalankan perniagaan masing-masing.

Kembali Dengan Lebih Bersemangat!

Setelah sebulan berpuasa dan kemudian menyambut eidulfitri, sepatutnya kita lebih bersemangat dan menjadi lebih bersemangat. Pada bulan puasa sebulan itulah kita dapat mengukur, tahap tindakan kita di dalam mahu berubah atau mengubah sesuatu agar kita lebih berjaya.

Jika sebelum ini banyak tidur atau malas, sepatutnya sekarang kita lebih ‘banyak’ bekerja (rajin dan tekun).

Jika sebelum ini al-Qur’an pun tidak disentuh, tapi sejak berpuasa itu, sekurang-kurangnya membaca satu ayat sehari pun sudah memadai.

Jika sebelum ini kita hanya tahu dan rajin memikirkan idea sahaja, kini sepatutnya kita lebih bersemangat untuk BERTINDAK (Take Action). Mana-mana idea yang belum anda laksanakan, lakukannya dengan secepat dan sebaik mungkin jika ia boleh dan sesuai dilakukan sekarang.

Jika sebelum ini kita hanya banyak bercakap, mendengar cakap orang atau banyak melakukan sesuatu yang tidak produktif untuk kita, maka kini sepatutnya kita lebih banyak meluangkan masa untuk sesuatu yang lebih berfaedah dan menguntungkan.

Jika sebelum ini kita hanya asyik berangan itu dan ini, maka kini, bertindaklah apa yang perlu untuk mencapai apa yang diangan-angankan tersebut.

Jika sebelum ini kita hanya banyak membaca, tapi tidak mempraktikkan apa yang sepatutnya, maka kini amat wajar kita mula bertindak.

Jika anda perhatikan ayat-ayat di atas, semuanya berkaitan dengan TINDAKAN. Sesuatu yang kita fikir atau yang kita mahu, kita tidak akan dapat memilikinya selagi kita tidak bertindak.

Pelajaran Puasa

Puasa begitu banyak hikmahnya jika kita mahu berfikir. Selain ia adalah tanda cinta dan taatnya kita kepada Allah, puasa juga melatih kita melawan diri dan nafsu kita. Jika mahu pahala lebih di bulan puasa, kita mesti RAJIN beribadat lebih daripada biasa. Rajin ini sudah semestinya memerlukan tindakan.

Jadi, inilah yang saya mahu maksudkan: Kuasa Tindakan. Walaupun anda seorang yang bijak, pandai, banyak membaca, petah berkata-kata, tapi anda tidak akan mencapai sesuatu selagi anda tidak bertindak untuk mendapatkan sesuatu yang anda mahu.

Sebab itulah jika kita lihat dan perhatikan, ada orang yang tidak banyak membaca, ada orang yang hanya tahu beberapa perkara sahaja, tapi mereka berjaya. Kerana, mereka mempunyai FOKUS dan TINDAKAN dalam ‘area’ yang berkaitan dengan impian dan kehendak mereka. Mereka tekun, fokus, tabah dan kuat berusaha (tindakan).

Maka, orang yang malas atau yang hanya tahu berangan sahaja, memang jauh ketinggalan dengan orang yang tak pandai mana pun, tapi bagus tindakan dan usahanya.

Mungkin ada yang mula bertanya, “Bagaimana untuk bertindak? Saya mahu tahu caranya”. Untuk soalan ini, mungkin anda boleh berikan pendapat di ruangan komen atau tunggu saya menulis artikel yang lain kelak. Di sudut yang lain, ada yang mungkin berkata, “Untuk bertindak, tak semudah berkata-kata atau menulis”. Tak apalah, masing-masing punya pendapat, tapi jika sudah cukup ‘syarat-syarat’ tertentu, anda mesti bertindak jua. Tiada lagi alasan. :)

Wassalam.

Incoming search terms:

  • hakikat6 puasa
  • bergaul dengan orang cemerlang yang pandai buat wang irfan khairi
  • dr irfan khairi kurus di subang
  • petua kurus
  • usahawan malaysia yang terkenal

Raya Lagi Ke?

Apa khabar semua? Semoga sihat hendaknya.

Raya kini masih lagi berada di kampung dan akan kembali ke Johor Bahru pada hari Sabtu ini, insyaAllah. Cuti seminggu di kampung bukan bermakna seminggu raya, tapi saya dah lama tak balik kampung. Anda pula bagaimana? Masih ‘demam raya’ ke? Jangan cuti lama-lama, nanti hilang semangat kerja. :)

Sambungan Ke Internet

Tidak seperti orang lain yang menggunakan 3G atau GPRS, saya pula menggunakan dial up connection sahaja (TMNet Prepaid Card) semasa berada di kampung ini. Kelajuannya, kira Oklah walau tidak selaju mana pun. Ia sesuailah untuk semak Emel, akses laman web, tetapi kurang sesuai untuk download file-file yang besar.

Saya hanya menggunakan dial up ini hanya bila berada di kampung atau jika ada sambungan talian telefon. Tapi jika di dalam perjalanan atau di tiada kelengkapan tersebut, saya akan menggunakan connection GPRS atau 3G melalui telefon bimbit.

Pembayaran Komisen Program Affiliate Kit Blogger

Semalam, saya telah membuat bayaran kepada affiliate-affiliate yang telah berjaya menjana komisen melalui program affiliate Pakej Kit Blogger, untuk tempoh 16 September hingga 16 Oktober 2007. Tahniah kepada yang telah berjaya.

Untuk kali ini, En Tazilan sekali lagi berjaya menjadi top affiliate yang berjaya mendapat komisen yang paling tinggi. Dan kali ini, sedikit perkembangan baru telah berlaku di mana ada affiliate yang baru berjaya menjana komisen setelah sekian lama mereka menjadi affiliate Kit Blogger. Syabas..

Saya berbesar hati mengumumkan nama affiliate yang berjaya mendapat komisen untuk bulan ini:

1. En Tazilan
2. En Sabri (saifulsham)
3. En Hapisol
4. En Mahadizan
5. En Mohd Amirol
6. Pn Mah Tom (Kak Tom)
7. En Mohd Zaini
8. Saliha binti Said
9. En Wan Asmadi

Kepada mereka semua, sila semak akaun Maybank anda masing-masing.

Kepada yang berminat untuk menjadi affiliate (agen) bagi produk Pakej Kit Blogger, anda boleh mendaftar di laman berikut:

http://bloggingsteps.com/kit/agen

Jumpa lagi di Post yang akan datang.

Wassalam.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)