Semalam, semasa saya dalam melakukan satu usaha promosi perniagaan di Internet, saya telah menemui satu penemuan yang tak terduga!
Lihat imej ini (klik untuk besarkan) :
Page item yang saya submit ke satu site ini telah di-index oleh Google dalam masa satu jam sahaja! Biasanya, hasil untuk perkara ini mengambil masa beberapa jam atau satu malam. Tetapi tidak untuk kali ini.
Keyword untuk web tersebut amat besar persaingannya iaitu ada 1 juta lebih laman web lain. Tapi lihat imej tersebut, ‘page’ yang saya submit ke laman web itu berada di page ketiga senarai hasil carian Google (SERPs).
Apakah laman web tersebut?
Maafkan saya kerana tidak dapat dedahkan di sini. Sebab? Bukan sebab saya kedekut, tetapi ‘rahsia’ sebegini tidak sesuai didedahkan kepada umum. Kerana, saya amat bencikan mereka yang mengamalkan kaedah spam. Tengok sahajalah apa yang telah terjadi kepada Squidoo contohnya. Tidak pasal-pasal ‘dihukum’ oleh Google gara-gara ‘kejahatan’ si spammer. Saya amat anti dalam hal ini.
Saya menyatakan penemuan ini dengan satu tujuan sahaja:
>> Di dalam menerima tip dan teori orang lain, kita juga perlu mencari formula tersendiri. Mungkin dengan penemuan itu ia menjadi satu senjata ampuh untuk perniagaan kita.
Usaha Saya Yang Lain:
1. Sekarang sedang nak compete untuk satu keyword yang tinggi juga persaingannya. InsyaAllah dapat top ten.
2. Saya telah menemui beberapa laman web yang ‘high ranking’ di Google dan boleh dijadikan sebagai laman proksi. Dan laman web-laman web itu adalah untuk market Malaysia.
Pelajaran:
1. Cari ‘senjata’ anda sendiri dan guna senyap-senyap. Tidak timbul soal kedekut di sini kerana kita melakukan perniagaan. Anda WAJIB ada senjata ampuh sendiri. Anda faham apa yang saya mahu maksudkan.
2. Laman web proksi seperti Squidoo, MyBlogLog, EzineArticles, MySpace, YouTube dan sebagainya memang terbukti berkesan. Namun, ia sudah mula ‘crowd’. Maka sebab itu anda perlu mencari sendiri laman web proksi dan rahsiakan.
Jangan sesekali dedahkan kepada umum sehingga anda mendapat hasil yang lumayan dari segala teknik yang anda gunakan. Jika anda dedahkan, tengoklah akan berlaku persaingan yang sengit termasuk dari si spammer (I hate them).
Sekali lagi, di sini tidak timbul soal kedekut. Tetapi ia mengenai perniagaan. Jika anda mahu tahu, semua perniagaan ada ‘trade secret’ masing-masing yang tidak sama-sekali akan didedahkan kepada umum, kerana itulah hidup dan mati mereka. Anda mesti tahu hakikat ini.
Jumpa lagi.
















Komen Terkini