Hari ini saya akan menulis dua artikel. Dan artikel yang anda baca ini adalah tulisan yang pertama pada hari ini.
Tulisan yang anda baca ini tiba-tiba sahaja mahu saya tulis dan saya rasa ia adalah daripada pemerhatian saya selama ini iaitu berkaitan dengan perletakan harga.
Kebanyakan laman web terutama yang berbahasa Inggeris (pasaran luar), ada yang tidak meletak harga pada laman web mereka. Kononnya, itu adalah trik agar pelawat/pembaca klik pada button ‘buy’ dan terus membeli.
Kalau saya bertemu dengan laman web begini, saya amat susah (tidak mahu) klik pada button buy. Sebaliknya saya akan klik button Close sahaja. Ia terlalu menyusahkan bagi saya…
Walaupun trik sebegini andaikata boleh menjerat bakal pelanggan, namun bagi saya ia menyusahkan mereka. Keyakinan dan kemahuan mereka untuk mengambil tahu lebih lanjut mengenai produk akan menurun, apatah lagi kemahuan untuk membeli. ‘Mood’ untuk membeli mereka perlulah dikekalkan sebaik mungkin sehingga mereka membuat bayaran. Dan salah satu perkara yang perlu ialah memudahkan mereka tahu berapa harga produk anda.
“Eh, berapa harga produk ni?”
“Hmm, mana harga produk ni, tak nampak pun”.
Itulah beberapa keluhan hati mereka.
Selain tidak meletak pada laman web, ada juga laman web yang menulis harga dengan saiz yang kecil di mana terselit di antara baris-baris ayat. Ini saya rasa satu kesalahan yang besar di dalam ‘copywriting’.
Apakah salahnya meletak harga ‘besar-besar’ dan dari situ bakal pembeli anda akan memberikan sedikit masa untuk berfikir-fikir mahu membeli atau tidak. Jika tiada harga di laman web, atau harga produk itu tidak dapat dijumpai oleh mereka, maka kemahuan membeli mereka akan hilang. Orang kata, ‘sudah hilang selera’.
Oleh itu, letaklah harga di beberapa tempat di laman web jualan anda dan nyatakan harga produk anda dengan sejelas-jelasnya. Mudahkan mereka untuk membeli, sebaliknya bukan menyusahkan.
Wassalam.
PS. Di laman web Pakej Kit Blogger, saya menyatakan harga produk itu beberapa kali. Dan salah satunya dengan saiz huruf yang besar. Selain itu, saya juga menyediakan satu link ‘pembelian’ di atas sekali pada laman web untuk mereka terus ke page pembelian.
Incoming search terms:
Komen Terkini