Tulisan saya kali ini amat ringkas!
Di dalam satu temuramah bersama dengan Mr. X (video klip), beliau telah ditanya satu soalan berikut:
“Bagaimana anda boleh berjaya dalam perniagaan Internet? Membina laman web, SEO, produk dan sebagainya, bagaimana anda melakukannya?“.
Dengan senyuman yang manis dan penuh keyakinan, beliau menjawab bagaimana beliau berusaha sehingga berjaya…
.
.
.
.
“Saya gunakan khidmat mereka yang pakar…“.
Itulah rahsia perniagaan Internet Mr. X.
Malah, itulah rahsia bagi kebanyakan usahawan Internet yang tersohor.
Mereka tak tahu mengenai teknikal blog, tapi mereka hanya tahu menggunakan menu Write and Publish sahaja! Blog mereka dibina oleh orang lain (servis).
Mereka tak tahu mengenai pengaturcaraan (coding) perisian, tetapi mereka mengupah programmer melakukannya dan mereka hanya menjual dan mengaut keuntungan!
Mereka tidak tahu teknik itu dan ini, tools itu dan ini, tapi mereka menggunakan khidmat individu yang tahu akan hal tersebut.
Mereka tidak tahu design laman web, Ebook Cover dan sebagainya, tapi mereka upah orang lain yang melakukannya.
Mereka menjual Ebook, tapi bukan mereka yang menulis Ebook itu walau ada nama mereka pada Ebook itu. Mereka menggunakan khidmat Ghost Writer.
Mereka tidak mencari-cari sendiri di Internet mengenai itu dan ini, tetapi mereka membeli rujukan yang telah siap disusun seperti Ebook, buku dan sebagainya!
Mereka adalah ‘Smart Netpreneur‘. Bijak menggunakan kepakaran orang lain untuk menjana keuntungan bagi perniagaan Internet yang dibina. Masa mereka banyak terluang kerana 90% kerja dilakukan oleh orang lain. Masa yang ada digunakan untuk mencari peluang, menambah rangkaian perniagaan, JV Partner (rakan niaga) dan merancang serta menguruskan perniagaan, di samping menambah lagi dan lagi perniagaan Internet mereka.
Ya, mengupah orang lain sudah semestinya memerlukan kos. Tapi, apabila kita menyebut perniagaan, sudah tentu memerlukan modal! Inilah keusahawanan yang sebenar, kos tetap ada dan tidak melakukan semua perkara sendiri-sendiri. Kelak apabila anda sudah mampu, lantiklah staf sendiri atau paling kurang menggunakan khidmat mereka yang pakar bagi sesuatu perkara.
Saya, sudah lama menanamkan impian sebegitu di dalam minda saya… Sudah sentiasa berdoa agar suatu masa kelak, saya menjadi seorang ‘Smart Netpreneur‘. Bukan seperti hari ini yang kebanyakan perkara dilakukan sendiri-sendiri, banyak masa digunakan untuk buat itu dan ini… Nasib ler tak kawin lagi.
Anda pula bagaimana?
Wassalam.
Incoming search terms:
Komen Terkini