Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Si Dia Sudah Hampir Tiba…. ;)

Apa khabar semua?

Beberapa hari yang lepas, saya ada buat sedikit ‘teaser’ mengenai Si Dia. Ramai juga yang ingin mengetahui siapalah si dia tersebut. Daripada mereka yang telah memberikan Perniagaan Internetkomen, ada seorang yang menjawabnya dengan TEPAT SEKALI dan seorang lagi menjawab dengan betul, tapi kurang tepat. Saya sendiri pun tak terduga, bagaimana dia boleh jawab dengan tepat sepertimana yang ada dalam fikiran saya. :D

Akibat daripada jawapan yang tepat itu, hati saya terdetik untuk memberikan hadiah kepada pemberi komen tersebut. :) Saya tidak merancang pun untuk membuat pertandingan teka-teki tetapi saya merasakan saya perlu memberikan hadiah untuknya sebagai tanda terima kasih. Kepada beliau, nanti saya akan hubungi anda…

Kepada pembaca lain yang mahukan apa-apa hadiah, insyaAllah saya akan adakan pertandingan nanti. So, tak perlulah pergi komen tulisan tersebut semata-mata untuk dapatkan hadiah daripada saya. Hehe..

Siapakah “si dia” itu? Anda sebenarnya sudah kenal, cuma kali ini gaya yang dibawa olehnya sedikit berbeza daripada biasa.

Saya akan umumkan melalui emel (untuk subscriber) dan juga di blog ini apabila si dia sudah sampai. Kalau anda dah agak siapa si dia tu, dok diam-diam dulu. ;)

Tunggu…

Nota:

Saya telah membuat bayaran komisen bagi bulan Jun 2007 untuk agen yang telah berjaya menghasilkan jualan untuk Pakej Kit Blogger. Ada beberapa orang agen tidak memasukkan no. akaun bank untuk saya membuat bayaran komisen…

pakej kit blogger affiliate

Untuk makluman anda semua, pendaftaran untuk agen baru ditutup sementara kerana saya akan menggunakan sistem baru. Saya dah siap memasangnya, namun dalam proses ‘testing’ lagi. Bila dah siap, bolehlah anda mendaftar dan mula menjana komisen 50% dan saya merancang mahu membuat bayaran komisen dua kali sebulan (dua minggu sekali). :) InsyaAllah.

Hati-Hati Dengan Emel Ini!!

Saya sekarang sedang menyiapkan versi terbaru Pakej Kit Blogger. Namun, di dalam kesibukan saya, ada satu berita yang perlu anda semua ambil serius dan saya juga memerlukan kerjasama anda.

Ada orang salah guna nama saya!

Setelah saya berfikir masak-masak, saya akhirnya mahu membongkar satu rahsia yang pada mulanya saya mahu simpan sebab ia adalah masalah saya. Apabila saya fikir kembali, kalau saya berdiam diri, orang lain pula akan jadi mangsa!

Pertama, hati-hati dengan klon Zul SmartUsaha!! Orang tersebut menggunakan nama saya TETAPI menggunakan emel lain iaitu zulsmartusaha@gmail.com. Si penipu yang tak takut dosa itu menggunakan nama saya untuk membuat pembelian produk di Internet tetapi MALANG sekali, tidak berjaya menipu sahabat ebiz saya itu.

Beliau bertungkus-lumus menyatakan kepada penjual produk itu bahawa beliau sudah membuat bayaran, padahal dia menggunakan nama Mohd Zulfadli!! Helahnya tak berjaya apabila orang yang beliau tipu itu adalah orang yang mengenali saya. Pendek kata, beliau gagal dalam operasi penipuannya!

Jadi di sini, penipu tersebut menggunakan nama saya dengan harapan mahu membuat penjual mana-mana produk di Internet percaya dengan bayaran yang dilakukan walaupun tiada dalam rekod bank. Kononnya dengan kefemesan SmartZul dia boleh menipu dengan mudah dengan mengguna nama saya. Tapi sayang, helahnya tersangkut di tengah jalan… Itu biasanya nasib bagi yang berbuat jahat.

Kepada mana-mana usahawan Internet, jika anda menerima pesanan pembelian daripada nama saya (Mohd Zulfadli) dan dengan emel yang meragukan, hati-hati… Malah daripada siasatan saya, penipu tersebut juga menggunakan nama orang lain bersilih ganti. Jika anda ada menerima pesanan pembelian daripada nama saya, sila hubungi saya dahulu menggunakan contact form di blog ini untuk mengesahkannya.

Perkara kedua, lantaran daripada kejadian ini, saya mahu anda semua mengabaikan apa-apa emel yang anda terima daripada individu tersebut yang menggunakan emel zulsmartusaha@gmail.com. Ini kerana, daripada sumber yang saya dapat, dia ada juga menghantar emel kepada orang lain. Sungguh tak beradab!

Ketiga, saya mendedahkan hal ini kerana tidak mahu terjadi apa-apa fitnah. Ya lah, mungkin anda ada terima emel daripada individu yang tak bertanggungjawab itu dan menyatakan saya yang menghantarnya. Lantas, terus membenci diri saya dan menyebarkan hal itu kepada orang lain. Maka terjadilah fitnah. Na’uzubillah.

Apa perlu saya buat?

Jika anda mangsa kepada zulsmartusaha@gmail.com, saya serahkan kepada anda untuk membuat apa-apa tindakan. Nak report polis ke, SC ke apa ke, suka hati anda. Si penipu tu sebenarnya sudah membuat satu jenayah besar dalam undang-undang siber.

Kepada rakan-rakan Ebiz saya dan juga mereka yang telah memberikan kerjasama kepada saya, terima kasih banyak-banyak. Walaupun individu tersebut masih bebas berlegar-legar di alam maya ini, biarkanlah dia. Tapi kalau nak cekup pun terserahlah.

Kepada individu tersebut, jangan ingat diri tu hebat sangat Ok. Kami boleh bertindak jika kamu meneruskannya. Jangan ingat kami ni buta IT dan undang-undang… Kami beri amaran keras, jika kamu melakukannya lagi, awaslah… Kami ada segala maklumat yang berkaitan dan kami bila-bila masa boleh bertindak.

Kami mahu cari kawan, bukan mahu cari musuh macam kamu lakukan. Gunakan akal sebaiknya… Ingat pesan saya, kalau nak menipu, jangan sampai terkantoi sudah lah! Kalau tak, hmmm, faham-faham ajer lah nasibnya.

Pengajaran

Ingatlah pepatah Melayu, “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. Kalau kat dunia ni terlepas, kat akhirat tidak sekali.

Kepada pembaca semua, berbuatlah kebaikan setiap masa. Jangan menipu, jangan mencuri hak orang, jangan memfitnah, hatta mengumpat. Jangan sesekali mahu melakukan kejahatan, lagi-lagi melibatkan hak orang. Taubat tak akan sah kalau individu tersebut tidak memaafkan anda…

Akhir kata, jika anda ada menerima emel daripada zulsmartusaha@gmail.com, saya serahkan kepada anda nak buat apa dengan insan tersebut. Saya sebenarnya sedih apabila nama saya dipergunakan sesuka hati untuk tujuan penipuan. Kesalahan itu bukan mainan, tapi satu jenayah!! Satu kesalahan yang amat serius.

Wassalam.

PS. Pastikan esok anda datang ke blog ini. Jika diizinkanNya, saya akan umumkan sesuatu.

Bagaimana Menjual Perkhidmatan di Internet?

Apa khabar anda semua? Jika anda masih ingat, saya ada menulis mengenai cikgu memandu saya iaitu Che Isman yang mana beliau menggunakan laman web untuk perkhidmatannya. Seperti yang saya katakan, pelaburan sekali beliau untuk membina laman web itu telah memberikan satu impak yang besar kepada perkhidmatannya terutama dari segi pendapatan.

Ini adalah kerana, selain daripada secara offline, kini sudah ramai yang tahu menggunakan Internet untuk mencari info dan maklumat. Taip sahaja di enjin pencari dan kemudian akan keluar hasil carian. Cubalah taip “lesen memandu jb“, laman web beliau akan keluar di top ten senarai hasil carian. Boleh baca kisah beliau dan laman webnya di sini.

Buku Panduan Lengkap

Bagaimana cara menjual atau mempromosikan perkhidmatan yang anda lakukan secara offline di Internet?

Satu berita baik untuk anda yang mempunyai perkhidmatan offline seperti klinik, mekanik, tukang paip, restoran, perkhidmatan kereta sewa, tukang cat dan sebagainya, kini sudah terbit sebuah buku yang memberi panduan bagaimana menjual perkhidmatan offline itu menggunakan Internet (laman web).

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • lesen kereta johor
  • lesen kereta di johor
  • promosi lesen memandu 2012 johor
  • nombor lesen memandu malaysia
  • menjual perkhidmatan di internet
  • memasarkan perhidmatan
  • lesen memandu kereta di johor
  • apakah nombor lesen pemandu
  • lesen kereta di jb
  • lesen di jb

Mengapa Asyik-Asyik Persalahkan Melayu??

Pemikiran saya dulu terlalu mudah mengikut apa kata orang. Maklumlah, di sekolah selama 11 tahun saya hanya diajar ikut sahaja apa yang cikgu ajar, tapi tidak atau kurang diajar mempersoalkan dan berfikir… Tapi kini, saya cuba mempersoalkan apa sahaja perkara kerana amat rugi saya ada akal, tapi hanya ikut-ikut sahaja.

Jika anda mengikut perkembangan Sains contohnya, sudah banyak penemuan-penemuan dahulu yang kita belajar dalam buku sekolah sudah dinafikan di zaman ini. Jika di sekolah kita percaya mengenai A, hakikatnya ia tidak benar. Begitu juga hal-hal adat yang mana ada dianggap sebagai syariat Islam, padahal ia adalah perkara syirik dan kurafat. Ini berlaku kerana adanya golongan manusia yang terus berfikir dan mempersoalkan.

Saya membahagikan pemikiran manusia kepada dua jenis:

1. Pemikiran lapuk atau klasik

2. Pemikiran bijak (akal yang cerah)

Pemikiran klasik adalah pemikiran yang dimiliki oleh orang yang hanya taklid buta atau tidak menggunakan akal dengan sebaiknya. Akal hanya berfungsi dengan baik jika ada ilmu dan pengetahuan. Mudah dikatakan, mereka hanya angguk-angguk, geleng-geleng, ya ya dan tidak-tidak. Mereka tidak mempersoalkan. Akal mereka lesu, takut atau malas untuk mempersoalkan.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • melayu pemalas
  • mengapa graduan melayu tak gemar jadi usahawan
  • nasihat pendeta za\ba

Shhh, Si Dia Dah Nak Datang… :)

Ini hanya sekadar ‘teaser’ mengenai ‘si dia’.

Tak perlu saya beritahu sebab saya nak buat anda tertanya-tanya ‘siapalah’ si dia tu. ;)

InsyaAllah, selewat-lewatnya Isnin depan, anda akan tahu siapa si dia. Untuk lebih membuatkan anda tidak dapat tidur malam, ini dia sedikit tatapan untuk anda:

header.gif

Lihat sinaran yang terpancar-pancar dan berkelip-kelip itu, begitu memukau bukan?

Dia bukan sesuatu yang baru, tetapi ia lahir kembali (re-born). Kembali untuk membantu mereka yang memerlukan.
Cukuplah dulu saya membuat anda tidak tahan untuk mengetahuinya, hehe… ;)

Tungguuu….

Yang benar,

SmartZul dan si dia.

PS. Macam ‘teaser’ iklan kereta lak kan? Tunjuk sikit-sikit jer. :D

Siapakah Yang Layak Menjadi Usahawan Internet?

Jika anda adalah pelawat tetap blog ini ataupun baru sahaja menjumpai, anda perlu tahu apakah skop UTAMA penulisannya. Di blog ini, saya lebih akan menulis kepada perkara keusahawanan yang sebenar melalui bidang perniagaan Internet. Saya tidak akan begitu menulis perkara berkaitan “how to make money” di sana dan di sini… :)

Saya yakin, anda sudah membaca banyak artikel ataupun buku yang menceritakan mengenai motivasi usahawan dan sudah jenuh membaca mengenai apakah ciri yang perlu ada pada diri seorang usahawan.

Namun, saya mahu juga menyenaraikan tiga ciri yang wajib ada pada seseorang yang mahu menjadi seorang usahawan yang bertahan lama.

1. Ada sifat mahu belajar dan berusaha sendiri

Bagi saya, inilah perkara pertama dan utama yang perlu ada pada seseorang yang mahu jadi usahawan. TIDAK cukup jika hanya ada sifat mahu belajar sebab semua orang ada. Si pemalas pun ada sifat mahu itu, tapi mereka tak ada usaha yang kuat (rajin).

Berdasarkan pengalaman sayalah, ramai yang bertanya bagaimana dan bagaimana atau tidak kurang juga mereka mengeluh tidak tahu itu dan ini. Tapi pelik, mengapa mereka kurang usaha untuk belajar? Jalan sudah ditunjuk, tapi kenapa masih berharap pada orang lain?

Jawapannya mudah, mereka mahu mudah dan nak hasil yang cepat. Cara mereka mudah, tanya sahaja orang lain dengan soalan yang berjela-jela. Siap tunggu orang menjawab dan membantu sahaja. Prinsip mereka juga mudah, semua perkara adalah percuma dan orang yang sudah berjaya WAJIB membantu mereka secara percuma… Begitulah rutinnya…

Di dalam bidang perniagaan Internet, anda perlu belajar asas dahulu. Perlu faham perkara-perkara yang perlu anda tahu, terutama asas komputer dan Internet. Tak perlulah saya ulang lagi, perkara ini wajib walaupun anda boleh mengupah orang lain…

Pendek kata, wujudkan kemahuan dalam diri dan berusahalah diri-sendiri. Manfaatkan kudrat yang Allah kurniakan, jangan mudah hilang akal. Jangan hanya mahu berharap pada orang lain. Nak lebih faham, boleh baca buku Pendeta Za’aba, “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” terbitan DBP. Ia satu buku yang amat bagus, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran.

2. Sabar, Cekal dan Tabah

Ciri ini paling sukar dikuasai dalam diri manusia. Sudah lumrah semuanya nak cepat belaka. Kalau anda sudah ada asas, ada kemampuan, sesuatu perkara itu boleh dilakukan dengan ‘cepat’, tapi jika anda masih baru dalam perniagaan, jangan sama-sekali ada sifat gopoh dan hanya tahu nak cepat.

Kita tidak dapat merubah fitrah alam kerana setiap perkara ada tempoh masanya tersendiri… Rasulullah sendiri pun mengambil masa yang begitu lama untuk menyebarkan Agama Islam dan membangunkan empayar Islam. Ia bukan satu kerja sehari dua, tapi puluhan tahun.

Dalam kes keusahawanan, lihatlah mereka yang telah berjaya, hasil yang mereka kecapi bukan daripada usaha sehari dua, sebaliknya bertahun-tahun lamanya. Tapi kita di zaman yang maju ini, mentang-mentanglah hebat teknologinya, semuanya nak cepat… Diri manusia sudah dikuasai sifat gopoh, tidak sabar dan tamak. Mereka ini biasanya kalau cepat berjaya pun, akan cepat juga jatuhnya. Sebab, mereka tidak ‘mematuhi’ fitrah alam.

3. Faham dan Sedar

Sebagai seorang usahawan, kita perlu sedar bahawa di dalam perniagaan tidak semuanya indah. Ada masanya pendapatan menjunam jatuh atau hasil pendapatan kurang. Ada masa laman web kena hack. Ada masa mengalami masalah teknikal yang tak terjangka. Ada masa dicaci-maki atau dimarah oleh pelanggan… Sedarlah, menjadi usahawan perlukan sebuah hati yang kuat dan cekal.

Kalau orang komen sedikit pun sudah nak kecewa, rasanya amat sedikit sukar untuk anda bergerak laju. Jadi, anda perlu tahu, angin tidak selalu syahdu dan sempoi, kadang-kadang akan ada ribut dan taufan melanda…

Saya rasa cukup dahulu 3 perkara tersebut. Ia berkaitan dengan sikap kita sebenarnya. Kalau wang menjadi sasaran utama, anda biasanya tidak akan memiliki ciri keusahawanan yang sejati. Usahawan yang hebat adalah mereka utamakan pembaikan perniagaan dan mutu produk serta sentiasa memperbaiki prestasi pemasaran perniagaan.

Mereka tidak begitu sangat memikirkan wang wang wang, cepat cepat cepat. Mereka tidak gopoh, mereka tidak hilang akal, mereka tidak cepat melatah, mereka tidak takut akan musuh, kerana…

Kerana mereka sedar dan faham erti keusahawanan sebenar yang memerlukan ilmu dan kesabaran. Mereka ada sifat ketenangan yang dianjurkan oleh Islam, mereka tidak takut, sebab mereka golongan yang sedar. Ketenangan itu tidak ramai memilikinya selagi hati tidak dikuasai oleh sifat dan sikap yang baik…

Anda pula bagaimana, ada sesuatu yang ingin dikongsi?

Incoming search terms:

  • ciri-ciri yang perlu ada dalm diri usahawan
  • kelulusan untuk menjadi usahawan
  • nak belajar menjadi usahawan
  • sikap yang perlu ada pada diri seorang peniaga dan usahawan

Apakah Kekuatan Pemasaran Internet Anda?

Apakah Kekuatan Pemasaran Internet Anda?

Maksud kepada persoalan di atas adalah apakah teknik pemasaran Internet yang paling anda kuasai? Sekali lagi, yang anda kuasai, bukan sekadar tahu.

Jika saya mahu anda menjawab sekarang juga kepada soalan di atas, adakah anda mempunyai jawapannya? Jika tiada jawapan, anda sebenarnya dilanda satu penyakit yang berbahaya. ;)

Penyakit itu adalah, anda tiada kekuatan dalam satu-satu teknik pemasaran Internet. Anda sukar untuk bersaing dengan usahawan lain di dalam pemasaran. Akhirnya, hasil jualan kurang dan jika pemasaran itu menggunakan kos, maka kadar pulangan tidak mengembalikan kos tersebut (tak balik modal).

Dahulu, di saat awal saya menceburi bidang perniagaan Internet ini, saya main hentam sahaja di dalam melakukan promosi dan pemasaran. Yang hanya saya tahu, iklan iklan dan iklan. Tapi saya tidak ambil tahu sangat bagaimana melakukan pengiklanan yang berkesan dan aspek penting berkaitan.

Kini, saya mula berhati-hati dan lebih berdisiplin di dalam melakukan satu-satu teknik pemasaran. Jika orang lain menggunakan Google Adwords, tidak semestinya saya juga perlu melakukannya sekarang. Jika orang lain hebat dengan teknik SEO, saya tidak semestinya berhempas pulas mahu turut serta dalam medan tersebut.

Tidak kisah anda menggunakan teknik pemasaran Internet apa pun, yang paling penting adalah fokus dan anda menguasai teknik tersebut, bukan hanya tahu dan faham.

Jika anda menggunakan teknik pengiklanan Google Adwords, maka anda perlu faham bukan hanya perkara asas, malah anda tahu triknya, perkara dan isu berkaitan, malah anda ada tools untuk melakukan tracking bagi kempen PPC anda itu.

Jika anda bertanya saya mengenai teknik PPC (pay per click), saya bukan orangnya sebab saya tidak pernah menggunakannya. ;) Saya lebih kepada teknik Free Internet Marketing. Namun saya akan menggunakan kaedah PPC kelak kerana ia satu kaedah yang efektif.

Sekarang, saya menggunakan teknik pemasaran tersendiri dan usahawan lain ada kekuatan tersendiri. Tidak penting saya menyatakan apakah teknik-teknik yang saya kuasai, tetapi yang penting adalah apakah teknik yang anda kuasai??

Jika tiada, pilih satu teknik, belajar, kaji, faham dan kuasainya… Saya kini juga sedang dilanda keseronokan dengan satu teknik. Saya sedang syok kaji, belajar dan mengaplikasikannya. Apa la zul, belajar pun syok walau duit tak masuk lagi dengan teknik tu?

Yup, seronok. Sebabnya, saya hanya fokus kepada satu teknik, bukan macam-macam teknik. Lagi seronok apabila kita mengaplikasikannya. Kita boleh tahu cara mana yang berkesan bagi teknik tersebut dan akhirnya kita bertambah seronok apabila ia memberikan hasil yang optimum!

Bila dah mahir yang satu itu, saya akan belajar dan apply pula yang lain. Tidakkah ia menyenangkan hati daripada belajar banyak-banyak sekaligus? Orang yang gopoh dan tamak selalunya akan rugi jua. hehe.. ;) Maka, jadilah diri sendiri, jangan tiru gaya dan style orang lain. Saya sedikit pun tidak kecewa dan sedih walaupun ada orang yang lebih hebat daripada saya, sebab saya adalah saya. :D

Bila anda sudah menguasai satu-satu teknik (walaupun tidak sepenuhnya) dan teknik itu memberikan hasil yang baik, maka belajarlah dan cuba pula teknik yang lain. Begitulah seterusnya. Orang kata, jangan buat sesuatu banyak-banyak sekaligus, tetapi buatlah satu-satu kerana ia lebih berkesan dan menguntungkan.

Akhir kata, kalau saya bertanya lagi selepas ini, saya harap anda dapat menjawab soalan saya di atas dengan lebih yakin dan optimis! ;)

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)