Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Tarikh hari ini amat cantik:
27.07.07
Saya suka 27 kerana tarikh lahir saya adalah 27hb (Mac). Tapi lagi cantik pada 7hb yang lepas, 07-07-07. Ada orang kata, apa ada pada tarikh? Bagi saya, setiap yang dah berlalu, tak akan kembali lagi. Ia telah menjadi sejarah. Begitu juga dengan kita, kalau hari ini anda tidak melakukan walau satu perkara yang bermanfaat, bermakna anda telah menyiakan hari ini yang akan menjadi sejarah.
Dan post (tulisan) ini diterbitkan secara automatik pada pukul 02.07 petang waktu Malaysia:

Sempena tarikh hari ini dan lagi-lagi hari ini adalah hari Jumaat, maka saya dengan suka hatinya ingin memberikan sesuatu yang susah untuk anda dapatkan secara percuma. Apa yang saya berikan ini adalah saya beli sendiri dan ada yang saya menghasilkannya. Tapi saya hadiahkan kepada anda sebagai tanda terima kasih kerana sentiasa datang ke blog SmartUsaha ini.
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.
Pergi ke page khas itu sekarang, salah satu produk yang akan anda dapat adalah yang saya biarkan selama setahun di dalam hard-disk saya! Ia dihasilkan oleh saya sendiri dan saya pernah berjanji dahulu. Kini saya sudah tunaikan…
Antara item yang saya sertakan sekali adalah Ebook-Ebook percuma yang telah saya tulis sepanjang saya menceburkan diri di dalam bidang ini dan selama wujudnya blog ini. Saya yakin, ada di antara anda terlepas pandang Ebook percuma saya…
Selain itu, saya sebenarnya banyak menghasilkan ‘produk’ hampir setahun yang lepas, tetapi tidak memasarkannya. Kini, saya mengambil keputusan untuk menghadiahkan kepada anda. Daripada membiarkannya ‘berdebu’ di dalam hard-disk, lebih elok saya kongsikan untuk anda.
Apakah Itu Gelombang Pertama?
Buat masa sekarang, anda tidak perlu faham apa itu Gelombang Pertama, cukuplah merasa sesuatu. Ada rasa tak?
Tapi kalau anda mempunyai daya analisis yang kuat, mungkin anda dapat memahami walau tidak tepat tujuan Projek Gelombang ini. Ada masa dan diizinkanNya, saya akan kongsikan kelak…
Tidak perlu saya menulis panjang lebar, anda klik pada link di bawah untuk ke satu laman web Eksklusif khas untuk anda pembaca blog yang amat saya hormati dan kasihi. Tidak perlu berikan nama atau emel, anda boleh terus download…
Klik di sini untuk ke page Eksklusif
Jika anda rasakan pemberian saya ini bermanfaat untuk orang lain, beritahu mereka. Tiada kos walaupun satu sen… Beritahu mereka tidak perlu membawa sebarang duit.
Sahabat Online Anda,

ps. Sahabat semua, masihkah ingat tulisan saya yang lepas? Masa sedang berlalu… Klik di sini untuk membacanya lagi dan lagi. Jangan lupa impian kita, 3 tahun dari sekarang.
pps. Apa kata pada hari Jumaat yang mulia ini, kita banyakkan berdoa agar Allah selamatkan kita daripada kejahatan manusia dan semoga kita berjaya, mendapat untung yang tinggi dan memudahkan usaha kita di dalam perniagaan Internet yang dilakukan. InsyaAllah.
ppps. Di kesempatan ini, saya ingin memaafkan sesiapa sahaja yang ada bersalah dengan saya dan saya memohon maaf jika saya mempunyai salah terutama yang tidak disedari…
Wassalam.








Komen Terkini