Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pelancaran Pakej Kit Blogger Ditangguh + “Si Dia” + Motivasi + Keusahawanan

Bersedia sekali lagi untuk membaca tulisan yang agak panjang juga ini… Akibat motivasi saya naik dan meledak, saya mahu menulis lebih panjang pada hari ini. :)

Pelancaran Kit Blogger Ditangguhkan

Seperti yang saya janjikan semalam, sepatutnya Pakej Kit Blogger dilancarkan pada hari ini. Namun, akibat daripada beberapa perkara teknikal yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa menangguhkannya dahulu.

Persoalannya bila? Saya tidak dapat menjawab persoalan ini. Cuma bagi anda yang berminat, pastikan anda sentiasa datang ke blog ini atau mendaftarkan Emel anda di sini untuk mengetahui status pelancaran melalui Emel. Cuma jika diikutkan pertimbangan sekarang, saya mahu ia dilancarkan esok, 1/8/2007. “No” tangguh-tangguh lagi.

Semuanya telah siap. Cuma ada beberapa masalah yang timbul di akhir-akhir masa…

Siapakah Si Dia?

Jika anda masih ingat beberapa minggu yang lepas, saya ada membuat ‘teaser’ mengenai “si dia”. Inilah imej yang saya berikan dan rasanya tiada siapa pun yang dapat meneka dengan yakin walaupun ada seorang yang meneka secara tepat.

Perniagaan Internet

Baiklah, sebagai mengubati penantian anda, inilah si dia…

Tarik nafas panjang-panjang…

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Apakah Itu Blog?

Apakah itu blog?

Saya tidak akan huraikan secara detail akan hal ini kerana saya telah siapkan satu ‘laporan’ ringkas (ebook) mengenai persoalan Asas ini.

Sila dowload di sini: http://malaysiasoho.com/dwnload/Apa-itu-Blog.zip

Ebook tersebut merupakan sebahagian daripada Ebook “Buat Duit Dengan Blog”. Jika anda mahukan Ebook ini secara lengkap, ia disertakan bersama dengan Pakej Kit Blogger.

Untuk mengetahui apakah yang terkandung di dalam Ebook tersebut, sila klik di sini untuk membaca mengenainya. Bersempena dengan Kit Blogger versi terbaru, Ebook Buat Duit Dengan Blog ini akan dikemaskini dan disertakan beberapa item yang useful…

PS. Jangan lupa esok, 31/7/2007 (Selasa), jam 10.00 pagi. Sama-sama memeriahkan pelancaran Pakej Kit Blogger versi terbaru.

PPS. Boleh baca sedikit ‘teaser’ saya di forum WangCyber. Klik di sini.

Nota:

1. Kepada reseller, saya akan hubungi anda untuk Ebook versi terkini.

2. Kepada pembeli, anda akan diberikan secara PERCUMA segala item yang terkini. Tanpa sebarang kos. Pastikan daftarkan diri sebagai pembeli agar saya dapat menghubungi anda melalui emel.

Terima kasih.

Pendapatan Sedikit? Mungkin Ini Menenangkan Anda…

Di sebelah pagi hari ni, saya tak ada apa-apa tips, motivasi, berita atau apa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan Internet. Cuma mungkin di kala kesibukan kita mencari rezeki, kita terlalai seketika daripada jalan yang lurus. Walaupun harta itu penting, tapi jangan dilupa akan soal keberkatan…

Jangan di kala hati yang memburu kekayaan dan membina empayar perniagaan, soal yang wajib-wajib kita tinggalkan.

Semua orang mahukan pendapatan berpuluh-puluh ribu, apatah lagi melihat orang lain yang mempunyai pendapatan sebegitu.

Betulkah gaji RM3000 tidak cukup di zaman sekarang?

Betulkah pendapatan RM5,000 bagi seorang usahawan adalah sedikit?

Sebenarnya saya tak ambil kisah persoalan tersebut, sebab saya ada jalan dan tujuan hidup tersendiri (prinsip).

Bagi saya, persoalan di atas ada betul dan ada salah, bukan hanya satu. Ia bergantung kepada keadaan dan seseorang. Tiada hanya satu rumusan atau ketetapan. Kalau pendapatan anda RM2000 sebulan, kenapa perlu ambil kisah pendapatan orang lain yang lebih dari itu? Jadilah diri sendiri jika ia sudah memadai bagi anda.

Apa yang diperolehi sekarang, redha dan syukurlah. Kalau dapat lebih, itu rezeki yang melimpah namanya.

Baiklah, untuk memendekkan cerita, apa kata kita baca tulisan berikut yang mungkin bermanfaat untuk dikongsikan bersama. Klik pada link di bawah. Semoga hati kita tenang setenang-tenangnya… InsyaAllah.

Harta Berkat Vs Harta Laknat

PS. InsyaAllah, saya berharap saya dapat melancarkan Kit Blogger versi terbaru esok (selasa). Halangan demi halangan mendatang yang membuatkan ia tertangguh berminggu-minggu. :) InsyaAllah…

Apa Itu Newsletter + Amaran Kepada Yang Tidak Berminat!

Semalam (bahkan sebelum ini), saya ada menerima satu emel daripada seorang subscriber saya yang mana katanya:”Saya minta maaf, saya tidak berminat dengan perniagaan Internet ini. Saya tidak mahu memberikan kamu karenah itu dan ini. Jangan emel saya lagi…”.

Begitulah lebih kurang bunyinya. Saya tidak tahu apa masalah dia, kerana apa yang saya berikan melalui emel terakhir saya adalah produk percuma yang terus boleh didownload tanpa perlu daftar apa-apa. Tak apa, saya bersangka baik kepadanya:

1. Dia menyatakan yang dia tidak berminat. [Tetapi persoalannya, kalau tidak berminat, kenapa pergi subscribe newsletter SmartUsaha.com?] Jadi, saya menghormati alasan tersebut dan saya memang tidak mahu berurusan dengan mereka yang tidak berminat.

2. Mungkin beliau tidak tahu menahu mengenai Email Marketing yang dihantar dalam bentuk personal seperti ini:

Apa khabar [[firstname]]?

Bahagian [[firstname]] itu akan menjadi nama sebenar subscriber. Contohnya saya ada 3 orang subsciber yang bernama berikut:

Ali, Ahmad dan Abu. Sistem newsletter saya akan menghantar emel kepada mereka dengan memaparkan nama mereka masing-masing di dalam emel tersebut.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)