Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mengejar September 2007 | Rangkaian Blog

Sekarang adalah bulan Jun 2007. Dah separuh tahun dah. Cepat betul masa berlalu. Saya yakin, bahkan diri saya sendiri, ada perancangan yang sudah tercapai dan ada yang tak terbuat lagi. Tak apa, ia pelajaran yang baik untuk hidup kita dan perniagaan yang dijalankan. Yang bestnya perniagaan Internet skala kecil ini, risikonya tak lah sebesar projek juta-juta yang mengerikan. Kalau rugi, taklah rugi sangat. Start Small… Nanti-nanti baru buat yang besar-besar.

Seiring masa-masa yang berlalu, sudah semestinya banyak juga pelajaran dan pengajaran yang kita telah dapat bukan?

Begitu juga dengan SmartUsaha.com, apabila masuk sahaja September 2007 nanti, maka genaplah dua tahun ia ‘bernafas’ di dunia online ini. Adakah ia satu tempoh yang lama? Ya, lama. Saya tidaklah perlu membandingkan dengan blog orang lain yang mungkin sudah bertahun-tahun wujud di alam maya ini, tetapi cukuplah saya melihat kepada prestasi sendiri.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Bersama Cikgu Azleen: Bahasa Inggeris Untuk Usahawan Internet

Sebelum saya memaparkan artikel sumbangan cikgu Azleen lagi pada kali ini, saya ingin menyatakan cara utama untuk pandai bercakap dalam bahasa Inggeris (BI). Caranya adalah, bergaul dengan kawan-kawan (tak kira bangsa) yang lebih banyak menggunakan english sebagai bahasa perantaraan dalam seharian. Saya dapati, memang terbukti suasana sekeliling kita yang jarang menggunakan BI adalah penyebab utama kita tidak pandai bercakap dalam BI dan takut untuk mencuba. Setuju?

Terbukti dan jelas, selama 5 hari berada di Singapura baru-baru ini, saya dan kawan-kawan banyak menggunakan bahasa Inggeris sama ada dengan kami sendiri, lebih-lebih lagi apabila berkomunikasi dengan bukan orang Malaysia. Selama berada di sana saya mengatakan kepada diri sendiri, “agaknya kalau aku stay kat sini dalam sebulan, mesti prestasi bahasa inggeris aku akan lebih baik..”. ;) Maksud saya, disebabkan persekitaran di sana banyak menggunakan english sebagai bahasa utama, maka nak tak nak kita terpaksa dan mesti berbahasa Inggeris.

Semasa di WIMS, saya membuangkan perasaan malu dan banyak mencuba untuk bercakap dalam BI walaupun saya tahu, grammar saya taklah begitu baik sangat. Namun terbukti, janji apa yang kita sampaikan itu difahami, orang yang mendengar akan faham apa yang kita sampaikan.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • cikgu bahasa inggeris
  • www cikguazleen com
  • cikgu azleen
  • cikgu azleen dot com
  • tip pandai bercakap english
  • sebab perlu menguasai bnyk bahasa
  • orag yang kerja bersama saya di office dalam bahasa inggeris
  • merendah diri dalam bahasa english
  • kepentingan bahasa inggeris di dalam perniagaan
  • kepentingan bahasa inggeris dalam dunia perniagaan

Mencuba Lebih Baik Daripada Tak Buat Apa-Apa

Saya sengaja tidak menulis dalam 2 hari lepas semata-mata mahu membiarkan post sebelum ini dibaca berulang-ulang kali oleh pembaca iaitu mengenai Fai yang menyertai pertandingan The Next Internet Millionaire. Bersamalah kita berdoa agar Fai berjaya dalam pertandingan ini sekurang-kurangnya berjaya masuk ke peringkat ke-2.

Fai ada menyatakan di blognya bahawa, ada orang yang menyuruh beliau menarik diri daripada pertandingan tersebut. Actually, saya begitu pantang dengan manusia sebegitu yang begitu negatif. Kononnya kata mereka, penyertaan Fai itu akan memalukan nama Malaysia sahaja…

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • mencuba lebih baik dari tidak mencuba

Kenapa Suka Salahkan Orang Lain dan Sifat Buruk Si Blogger

Saya perhatikan, apabila seseorang itu (bukan semua orang) sudah sampai kepada peringkat ‘berjaya’ (ye ke?), maka mereka akan mula memperkatakan sesuatu mengenai orang lain yang mereka tidak suka. Mereka perasan dalam perasan iaitu mereka tak perasan yang mereka sedang perasan. Erm, mungkin saya juga melakukan hal ini tapi rasanya tak ada atau kurang kot. ;)

Apa yang saya ingin katakan pada hari ini adalah, saya begitu pelik dengan perangai manusia (tak semua) yang menganggap diri mereka sahaja yang betul dan orang lain salah walaupun salah orang lain itu hanya 1 dalam 1000 kebaikan. Mengapa? Dalam 1001 perkara, yang 1000 mereka tidak nampak tetapi yang satu itulah mereka gunakan untuk membenci seseorang.

Adakah mereka lupa bahawa manusia itu bukan maksum? Adakah mereka lupa yang manusia itu tidak dapat mengelak melakukan kesilapan? Mengapa mereka tidak bertanya atau berhubungan dengan yang melakukan kesilapan itu dahulu sebelum mereka menggembar-gemburkan? Tidakkah itu boleh memburuk-burukkan individu tersebut?

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • cerita ghairah
  • salahkan orang lain
  • kenapa orang suka mengutuk
  • pendapatanajaib forum
  • apakah kes buruk blog terhadap islam
  • suka salahkan orang lain
  • salahkan orang
  • riak disisi islam
  • pendapatanajaib com
  • model tetingkap johari

Perlukah Membuang Sifat Malu, Kecewa dan Terasa Hati?

Apa khabar anda semua? Semoga sihat hendaknya.

Bermula esok, saya yakin, ramai yang akan bercuti dan mungkin ada yang mengambil peluang untuk balik ke kampung. Saya insyaAllah, hujung bulan Jun ini akan balik ke kampung… Apapun yang anda lakukan, semoga selamat dan bahagia selalu.

Ok, artikel kali ini saya ingin berkongsi pandangan saya mengenai sifat fitrah semulajadi manusia iaitu sifat yang telah dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia. Selain sifat fitrah, setiap manusia masing-masing memiliki sifat peribadi tersendiri yang akan membentuk personaliti insan tersebut.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • doa membuang sifat negatif
  • terasa hati
  • kata kata terasa hati
  • kata-kata terasa hati
  • cara membuang perasaan sedih
  • buang sifat malu
  • membuang perasaan terasa hati
  • membuang perasaan duka
  • membuang sifat negatif
  • mengapa manusia mudah kecewa
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)