Jika anda belum membaca siri I, sila baca dahulu sebelum membaca siri kedua ini, jika tidak anda tak akan faham. Klik di sini untuk membacanya.
Ok, kita sambung topik “mengapa saya belum berjaya”.
Anda perlu ada kepakaran tersendiri
“Anda perlu tahu apa NICHE anda”. Mungkin anda sudah bosan dengan istilah ini. Tapi anda jangan sama sekali memandang sebelah mata atau mengambil mudah! Niche biasanya adalah apa yang anda minat atau sesuatu yang amat anda tahu.
Biar saya berikan beberapa tafsiran, sistem dan contoh di sini:
Apa itu niche, niche market dan niche product?
Niche adalah bahasa orang putih. Dalam bahasa Malaysia bermaksud menumpu. Tapi lebih baik guna istilah niche sahaja di sini sebab mudah nak explain. Sebab itu kena faham BI walau sikit. Perniagaan Internet adalah global dan amat baik jika kita faham istilah yang global juga. Baru tak kacau.
Niche Market pula adalah kumpulan sasaran (pasaran) yang anda mahu target (tumpu) dengan satu produk yang niche. Saya akan berikan contoh nanti. Market yang spesifik ini ada sesuatu yang diperlukan (permintaan – demand) untuk menyelesaikan sesuatu ‘masalah’.







Komen Terkini