Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

vCard Perniagaan Internet

Hmm, topik ni santai jer. Saja layan topik yang dibuka oleh Shuth.

Pendek kata, ni kerja tag menge-tag jer ni. Shuth telah ‘tag’ saya agar saya buat apa yang dia buat. Kiranya kalau dia dah cuit saya, saya kena buatlah. So, saya nak tag juga 5 orang kat sini. Before that, boleh rujuk post Shuth, klik di sini.

Then, ini vCard (virtual card) saya:

tag.gif

Saya bukan pakar design, tu jer lah yang dapat saya lakukan. Design di atas adalah design sebenar kad bisnes saya yang saya gunakan sekarang. Tapi, tak ada lah gambar kit blogger dan juga sign SmartZuL tu.

Jadi, kepada 5 orang yang saya tag ni, anda kena buatlah juga vCard untuk anda yer. Tapi, jangan paksa diri, benda ni santai dan main-main jer. :)

Sham RajaAdsense: http://rajaadsense.com/blog –> Sibuk nak launch ebook baru dia tu

Jebat MesraInternet: http://mesrainternet.com/blog –> Ehem, sibuk2 dia ada projek besar tu ;)

Adly Jom Berniaga: http://blog.jomberniaga.com –> Bakal jutawan!

Fai Flarebiz: http://fai.immalaysia.com –> Orangnya hebat, tak kenal erti putus asa. :)

PrinceQ: http://princeq.com –> Jejaka hensem. Nampaknya ada skill design juga dia tu.

Kepada Shuth, thanks sebab tag saya. ;) Hajatnya nak tag Shuth balik.. hehe..

Apa-apa jerlah yer post ni. Layan jer lah yer. Apapun, vCard juga sama seperti kad bisnes biasa. Cuma, cara gunanya itu perlu dipersoalkan. Letak kat blog? Send ke emel kawan2? Dan suruh diaorang jadikan wallpaper kat pc? Atau suruh mereka print sendiri? :)

Wassalam.

Incoming search terms:

  • apa itu v-card

Siapa Sahaja Boleh Tulis Ebook, TAPI…

Saya sekarang sedang me-review beberapa buah eBook yang bakal diterbitkan dalam masa terdekat oleh beberapa Internet Marketer (IM) dan juga bakal IM di Malaysia ini. Tempoh hari saya telah melakukan review dan sedikit analisis terhadap ebook Sales Letter Membunuh. Ebook mereka lengkap, amat direkemenkan. Kini, saya ada tiga buah eBook lagi yang perlu di-review dan salah satunya akan diterbitkan pertengahan bulan ini. IM tersebut dikenali ramai, nak tahu siapa dia? Tunggu jer lah. :razz: Dua buah eBook lagi adalah daripada ‘pendatang’ baru dalam bidang penulisan eBook.

Bagi saya, adalah satu perkembangan yang baik jika banyak eBook diterbitkan kerana ia banyak kelebihan yang tak kurang hebat juga berbanding buku bercetak. Budak sekolah macam Labanon pun boleh tulis eBook TANPA perlu pening-pening dengan penerbit besar yang mungkin akan mempertikaikan kebolehannya dan statusnya yang masih budak hingusan sekolah (erk, masih berhinguskah Labanon? hehe..). Itulah eBook, tak kisah siapa anda, apa tahap pengajian anda, tidak ada pihak yang boleh menghalang anda daripada menulis dan menerbitkan ebook sendiri! (Ebook yang halal dan tak langgar undang2 lerr…). Labanon contohnya sudah ada eBook sendiri dan sudah menjana pendapatan tanpa batasan bersama rakannya Fai.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Perhatian Kepada Pembeli Kit Blogger

Sekadar makluman ringkas tetapi penting.

Jika anda adalah pembeli Pakej Kit Blogger dan belum menerima apa-apa emel daripada saya untuk Link Download, sila hubungi saya menggunakan contact form di blog ini ATAU reply di bahagian komen di post ini.

Kadang-kadang emel yang dihantar akan memasuki Bulk Folder akaun emel anda. Jika anda tidak menerima apa-apa emel maklum balas daripada saya selepas tempoh 2 hari membuat bayaran, sila semak bulk folder. Jika tiada juga, sila hubungi saya menggunakan contact form di blog ini. Anda usah gusar, kerana saya bukan penipu atau mengambil duit orang secara menipu. Bahkan kalau anda terbayar lebih pun saya akan pulangkan bakinya. Sesiapa yang terbayar lebih tu, kalau nak bakinya sila hubungi saya ATAU saya akan hubungi anda kelak.

Walaupun polisi saya mengatakan berikan saya tempoh sekurang-kurangnya 48 jam selepas anda buat bayaran bayaran anda akan dapat maklum balas daripada saya, namun biasanya saya akan berikan maklum-balas terhadap pembeli anda pada hari anda membayar itu juga.

Server ‘slow’ + Internet Slow

‘Mood’ saya untuk menulis artikel di blog ini sedikit terganggu kerana server atau Internet amat perlahan. Walaupun saya ada simpanan artikel di komputer, namun akses yang perlahan membuatkan kerja saya kurang ‘enak’. ;) Tak tahulah masalah Internet atau server. Jadi, mungkin saya akan berehat daripada menulis sehinggalah keadaan ini akan pulih sepenuhnya. :cry:

Harap maklum.

PS. Peluang untuk menjadi reseller bagi Pakej Kit Blogger masih terbuka untuk 21 orang sahaja lagi. Harap maklum. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Komen: Dulu saya ada buka satu thread untuk bertanyakan kepada pelawat blog ini, adakah blog ini cepat atau lambat semasa mengaksesnya. So, saya nak tanya balik kepada semua para pelawat blog ini. Mohon menyatakan sama ada perlahan atau ok semasa anda mengakses blog ini? Nyatakan di bahagian komen. TQ.

Cara Cepat ‘Menghasilkan’ Produk untuk Perniagaan Internet

Apa khabar anda semua? Semoga sihat hendaknya.

Baik. Apa yang saya ingin perkatakan pada hari ini, adalah sambungan kepada topik yang telah saya bincangkan baru-baru ini mengenai ‘resell rights’ (RR). Produk RR merupakan satu cara mudah untuk kita menjimatkan masa bagi memulakan perniagaan Internet di mana kita boleh mendapat hak untuk menjual sesuatu produk.

Masa yang mungkin berbulan-bulan untuk menghasilkan produk sendiri, telah dijimatkan dengan mendapatkan produk-produk yang disertakan dengan lesen resell rights, master resell rights atau private lable rights. Biasanya, produk-produk sebegini adalah produk digital seperti ebook, audio dan video.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • cara buka perniagaan
  • cara nak buka perniagaan
  • produk untuk perniagaan
  • komunikasi lim goh tong
  • langkah buka perniagaan baru
  • nak buka perniagaan
  • panduan asas membuka perniagaan
  • panduan membuka perniagaan
  • produk untuk berniaga
  • produk untuk bisnes
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)