Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Strategi Caj Murah : Bidang Perkhidmatan

Baiklah. Seperti yang saya janjikan di artikel sebelum ini, tambahan pula ada mereka yang salah anggap tulisan saya, maka saya percepatkan artikel ini. Cuma ingin saya nyatakan, saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Kalau tak puas hati, I’m sorry. Saya hanya memberikan idea, pandangan dan secebis pengalaman sahaja. Saya ulangi lagi seperti yang saya nyatakan dulu-dulu, apa sahaja yang orang kata, apa sahaja yang orang tulis, ia BUKAN SATU TITIK NOKTAH untuk kita. begitu juga tulisan saya, ia bukan kata-kata muktamad untuk anda. Jadilah seorang yang bijak menganalisis dan jangan ‘taklid’ begitu sahaja tanpa berfikir.

Baiklah. Di artikel yang lepas saya kata, amat rugi jika kita letak harga yang rendah untuk servis kita. Saya tak kata tak boleh letak harga rendah, maka ada yang salah faham lantas mengatakan, tulisan saya tak membina. Apa yang tidak membinanya? Di akhir tulisan saya menyatakan, ada strategi untuk letak harga murah, tapi insan tersebut seolah-olah membaca sambil lewa tulisan saya tersebut. Saya simpati akan dirinya. :) Lain kali, sebelum bagi komen, faham betul-betul dulu tulisan orang yer.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Seminar Perniagaan Internet : Jom Ke Utara

Apa khabar anda semua. Semoga sihat selalu yer. Sekarang ni musim demam, sebab cuaca tak menentu.

Oklah, saya ingin ingin mengumumkan bahawa, insyaAllah pada 8 April 2007 ini saya akan ke nun jauh ke utara semenanjung Malaysia untuk Seminar Perniagaan Internet. Jadi mana-mana yang asyik dok tanya bila saya nak datang ke utara nun, haa, saya dah nak datang la ni.. :)

Di seminar tersebut, sayalah speakernya dan akan menyampaikan perkara-perkara asas mengenai Perniagaan Internet dan langkah-langkah membina perniagaan online ni.

Sebenarnya, saya nak relaks sekejap daripada memberikan sebarang ceramah, bengkel, seminar atau sebagainya, tetapi sebab kawan baik saya begitu berharap dan dah lama berharap, maka saya terimalah juga. Mungkin seminar ini adalah yang terakhir untuk saya ‘beraksi’… :)

Jadi bagi anda yang ada kelapangan dan kemampuan, bolehlah sertai seminar ini. InsyaAllah semua orang mampu membayarnya kerana pihak penganjur kata kat saya, mereka akan caj bawah RM100. :) Ini adalah seminar, bukan bengkel. Maka bermaksud, ia adalah teori, bukan hands-on. Dan saya hanya akan sampaikan perkara asas sahaja dan tidak akan pergi terlalu jauh atau advance atau sentuh banyak-banyak benda. Saya nak sentuh benda-benda penting sahaja. Dan saya juga nak anda tanya soalan-soalan yang asas sahaja jika anda seorang ‘newbie’. Tak perlu pergi jauh-jauh kalau nak start ebiz pun masih keliru dan tak tahu. Target seminar ini adalah untuk mereka yang masih tak tahu apa-apa, yang sedang ‘blurr’ mengenai ebiz dan tak tahu nak mula.

Apa yang akan disampaikan adalah, model-model ebiz yang ada dan saya akan lebih fokus kepada menjual produk sendiri dan ada laman web jualan. Mengapa? Saya akan bagitahu di seminar nanti kenapa kita perlu ada produk sendiri dan laman web jualan sendiri.

InsyaAllah, dengan sedikit ilmu yang saya ada, saya akan kongsi perkara-perkara penting yang perlu anda tahu. Tak perlu banyak-banyak, sikit-sikit pun dah boleh buat ebiz. Cuma pesanan saya kepada bakal peserta, pastikan, pastikan anda setkan MATLAMAT kenapa anda menyertai seminar ini dan APAKAH yang perlu anda lakukan selepas balik dari seminar. Saya menyatakan hal ini sebab, ramai orang orang datang dia tak tahu untuk apa dia datang, tak ada matlamat. Bahkan ada yang ikut kawan atau saja-saja datang. Apa matlamat anda agaknya? Haa, saya akan tanya anda semasa di seminar nanti.

Kemudian, apa tindakan yang perlu anda buat selepas seminar? Adakah sampai jer rumah, terus baling file seminar ke mana-mana penjuru rumah dan kemudian tidur. Bangun sahaja, semangat untuk buat ebiz terus hilang entah ke mana. Mudah sahaja, selepas balik seminar, anda fahamkan balik apa yang telah anda pelajari dan praktikkan. InsyaAllah saya akan berikan langkah demi langkah untuk anda bina ebiz dengan cara ‘mudah’. Lambat atau cepat, itu bukan persoalannya, tetapi yang penting, anda faham dan tahu.

Satu lagi perkara adalah, pastikan anda datang dengan niat untuk menuntut ilmu. Kalau anda dah tahu banyak, tinggalkan ilmu anda itu di rumah. :) Dalam adab menuntut ilmu, kita kena dengar baik-baik walaupun benda tu kita dah tahu. Jangan ego dengan ilmu yang anda ada. Kalau niat kita ikhlas, ilmu yang ada akan bertambah-tambah, yang dah faham, bertambah-tambah faham dan yang tak tahu akan jadi tahu.

InsyaAllah, walaupun namanya seminar ASAS, tapi saya akan kongsi jalan yang mudah difahami untuk bina perniagaan Internet dan beberapa perkara yang berkaitan. Kalau anda yang sudah advance atau otai tu sertai seminar ni, mungkin apa yang akan saya sampaikan sedikit membosankan anda.

Oklah, kita jumpa di sana nanti yer. Segala persoalan dan pertanyaan, sila hubungi pihak penganjur. Sila ke laman web mereka untuk pra-pendaftaran:

http://bijakniaga.com

Wassalam.

PS. Sila baca, kenapa anda perlu ke Seminar Perniagaan Internet. Klik di sini.

Pelaburan Internet Sudah Sampai Ke Hujung Tanduk?

Iklan: Anda jutawan pelaburan Internet yang mengarut? Siapa peduli? ;)

Sudah lama tak tulis pasal benda-benda panas ni. Setiap kali saya ungkit hal ini, pasti ada yang tak senang duduk atau marah.. Tapi nak buat macam mana, dah hakikat, kenalah kita kongsi-kongsi kebenaran. Setuju? Kata ustaz Zaharuddin, sah atau tidak sesuatu pelaburan ini di sisi undang-undang, itu BUKAN PERSOALANNYA, tapi hakikatnya kita perlu tahu ia halal ATAU haram? Katanya lagi, kilang arak Carlsberg di Malaysia ni sah di sisi undang-undang negara, TAPI arak adalah HARAM dalam Islam (syari’at).

Oklah, bab-bab hukum-hakam, kita serahkan kepada yang lebih berilmu. So, saya just copy & paste dan bagi link yang berkaitan. Semoga kita tak tertipu dengan skim pelaburan yang bermacam-macam di Internet sekarang demi menggapai keredhaanNya. InsyaAllah.

Berikut adalah petikan berita daripada akhbar tempatan :

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Hakikat Extra 1: Kenapa Tak Ramai Orang Malaysia Membeli Produk Anda?

Saya telah menulis 14 hakikat selama hampir 2 minggu tanpa henti. Tak tahulah, pembaca ambil serius atau tidak. Tapi banyak yang saya nyatakan, ia akan menentukan berjaya atau tak perniagaan Internet yang dilakukan. Kalau tak ambil serius, I’m sorry if you in trouble. Jangan datang kat saya dan minta bantuan sebab anda tak serius akan pesanan-pesanan saya.

Okay, saya akan tambah lagi hakikat ekstra (tambahan). Agak-agak anda, apakah sebab tak ramai orang Malaysia yang beli produk yang anda jual di Internet? Produk tak bagus? bukan… Laman web tak bagus? tidak… Anda tak buat promosi? Ermm, dah buat… Abis, apa lagi sebabnya yer? Oh ya, mungkin sebab tak ramai orang Malaysia yang melayari Internet kot… Jawapannya juga tidak sebab pengguna Internet terus meningkat setiap hari. Habis, apa sebabnya zul? Nak tahu ke jawapannya? Jawapannya, baca artikel ini sampai habis. :)

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Hakikat 14: Perniagaan Internet, tak semudah disangka

Apa khabar anda semua? Moga sihat hendaknya.

Akhirnya, kita sudah sampai ke hakikat 14 mengenai perniagaan Internet. Daripada hakikat 1, saya telah banyak menyatakan hakikat-hakikat yang ada dalam perniagaan Internet sama ada dari segi pro dan kontranya. Mungkin tulisan saya nampak lebih kepada ‘berleter’ tetapi itulah hakikatnya, saya tak mahu simpan apa yang patut diberitahu.

Kali ini, saya akan ulangi lagi apa yang telah saya pernah sebut dahulu, perniagaan Internet tidaklah semudah yang disangka. Ye ker zul? Habis, kenapa ramai yang kata, “buat duit mudah dengan perniagaan internet!”?? Ya, betullah tu, mudah bagi mereka yang dah ada asas komputer, Internet dan juga pengetahuan ebiz.

Ingin saya tekankan, apabila saya kata belajar dan ambil tahu tentang sesuatu perkara, bukanlah bermaksud anda perlu belajar secara mendalam. Cukuplah dulu asas dan tahu guna, itu sudah memadai, dan teruskanlah belajar dan belajar… Orang kata, pandai-pandailah fikir apa yang patut, sebab anda perlu ukur baju di badan sendiri.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)