Fuuh, akhirnya berjaya juga upgrade sistem blog wordpress yang selama ni asyik bertangguh sahaja. Sebelum ini, saya menggunakan versi 2.0.5 dan kini saya telah menggunakan versi 2.1 Ella.
Ya, memang lebih laju berbanding versi sebelumnya kerana daripada pengamatan saya, dua sebab utama wordpress versi 2.1 lebih laju iaitu ‘database’ mySQL dan juga rekabentuk struktur sistem wordpress yang ditelah dioptimizekan. Ada beberapa bahagian ‘dibuang’ dan ada beberapa fungsi yang ditambah. Perubahan ‘drastik’ ini nampaknya menjadikan proses penggunaan blog wordpress lebih efektif, mudah dan cepat.
Oh ya, proses upgrade yang saya lakukan adalah secara manual dan BUKAN melalui cpanel (fantastico) kerana saya install secara manual.
Namun, ada juga blog saya yang lain saya update melalui fantastico. Kedua-dua cara boleh dilakukan. Anda pembeli ebook wordpress saya? Haa, satu berita baik. Anda akan mendapat secara PERCUMA cara upgrade sistem wordpress anda daripada saya…
Inilah janji yang saya nyatakan pada laman jualan pakej kit blogger dan kini saya akan kotakan. Cuma, panduan upgrade itu dalam proses editing. Nantikannya…
Persoalan: Perlukah semua pemilik blog wordpress perlu upgrade kepada versi terkini? Ya dan tidak. Ya jika anda inginkan penggunaan yang lebih efektif dan memuaskan atau TIDAK jika anda tidak mahu bersusah-payah upgrade blog anda. Sebenarnya tidak wajib anda update / upgrade blog kepada versi terkini, cuma biasanya versi sebelum ini banyak bugs..
Tahu ke apa itu bugs? Kalau anda tidak mahu blog anda dicerobohi hacker, maka dinasihatkan upgrade ke versi terkini yang lebih tinggi tahap securitynya.
WordPress Terbaik?
Ya, saya amat suka dan cintakan sistem blog ini! Ia mempunyai sebuah team yang mantap dan sentiasa bertungkus-lumus untuk menambah-baik sistem ini. InsyaAllah, saya akan terus menggunakan wordpress untuk semua blog saya.
Dalam masa dua-tiga hari ini, saya sedang melakukan sedikit ‘kajian’ mengenai wordprss versi 2.1 ini dan akan berkongsikan dengan anda..
Oklah, saya sebenarnya agak sibuk juga dalam minggu ini kerana ada beberapa kerja tertangguh yang belum disiapkan.
Jumpa lagi semua.
PS. Versi wordpress 2.2 dikatakan akan release pada 22hb April 07 ini..
PPS. Pakej Kit Blogger on the way.. Nantikan ketibaannya ok. Maaf di atas kelewatan..
Komen Terkini