Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

“Saya tak tahu.. Apa perlu saya buat?”

Apa khabar para pembaca semua, moga sihat yer.

Saya tahu, ramai yang balik ke kampung, bahkan 5 orang kawan serumah saya pun balik ke kampung juga (1 Terengganu, 4 Kelantan). Tapi, saya tak balik sebab ada komitmen dengan perniagaan. Kalau saya balik, nescaya pelanggan ebook saya tak selesa dan panas punggung sebab ada beberapa perkara yang perlu saya uruskan.. Lagipun, saya perlu bersiap-sedia untuk beberapa perkara lain (bisnes juga) dan nak siapkan laman web pelanggan.

Huuh, seperti yang saya katakan sebelum ini, menjadi usahawan internet (lagi-lagi jika seorang diri!), amat-teramat mencabar. Kewangan, pesanan, bayaran, layan pembeli yang 1001 karenah, urus jualan, dan lain-lain lagi semuanya dilakukan oleh dua tangan sahaja! Ke ada yang ada 3 tangan? Ada banyak tangan kan susah lak.. ;) Apapun, demi mencapai apa yang dihajati (berjaya dalam bisnes), seorang usahawan perlu banyak bersabar dalam segenap perkara, tiada alasan bagi mereka..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Just Do It! Let Your Customer Talks!

Wah Zul, tajuk BI nampak. Hehe, apa salahnya sekali-sekala. Grammar salah ke tak, itu no. 2, yang penting mencuba. Bak kata cikgu Azleen (ratu jamu) di forum khas pembeli kit blogger, “tak kisah grammar tu, orang kita je yg risau sangat..”. Tak gitu cikgu?

Pengalaman saya pula dalam ebiz bila ber-emel dan berforum, grammar taklah ok sangat, tapi faham pula mereka tu. So, tak perlulah anda takut nak berbahasa inggeris terutama dalam komunikasi. Kalau takut sangat, gunakan spell checker dalam Microsoft Word. Kalau wordpress 2.1 pula, spell checker juga dah ada.

Ok. Apa yang saya nak kongsi pada hari ini adalah, jangan tunggu semua COMPLETE sangat-sangat baru nak mula sesuatu. Contoh mudah, saya dah siapkan pakej kit blogger saya. Dah semak dan test download, web dan sebagainya sebelum lancarkannya. Namun, itulah manusia, ada lemahnya. Rupa-rupanya ada lagi kekurangan, kesilapan kecil dan perkara yang terlupa dilakukan. Saya ke yang nampak kesilapan itu? TIDAK. Para pelanggan saya yang memberitahunya…

Jadi, pokok cerita pada kali ini ialah, kita tak akan dapat memperbaiki sesuatu jika kita tidak mula melakukannya. Sebab, tak mungkin semua yang kita nampak dan lihat, semuanya dan ok. Walau kita sendiri kata produk kita hebat dan tiada kekurangan, tapi lain orang lain pandangan. Pembeli akan tetap nampak kekurangan walau sekecil mana pun.

Kesimpulannya, dengar dan terima aduan pelanggan anda, dan perbaiki apa yang kurang! Bahkan anda akan banyak belajar daripada sesuatu kesilapan yang sebelum ini anda tak terjangkakan. Inilah dikatakan, belajar daripada kesilapan!

Terima kasih kepada para pembeli pakej kit blogger. Saya sedia mendengar komen, pandangan dan masalah yang dihadapi. Pastikan report di ruangan khas ok. ;)

Sekian.

PS. Sehingga masa sekarang, masih tinggal 69 lagi lesen resell rights untuk Pakej Kit Blogger.

PPS. Blog dot com akan terus bercambah di internet dengan panduan pakej kit blogger. Nak panduan bina blog, dapatkanlah satu. Klik di sini. ;)

Usahawan : Kerjaya Yang Mencabar

Saya pernah berjumpa dan juga diberitahu oleh mereka yang begitu terkesima dan teruja dengan bidang perniagaan internet.. “zul, saya nak berhenti kerja. Nak buat full time internet business..”. Saya terus jawab, “jangan.. Kerja dulu biar semua aspek dah cukup..”.

Ok, cerita tu kita stop dulu, apa yang saya nak cakap adalah, apabila dikatakan sebagai usahawan, satu perkara yang akan ada dalam kamus hidup usahawan adalah SABAR dan TIDAK PUTUS-ASA.

Sabar bukan sahaja di dalam mencapai kejayaan dan meraih keuntungan dalam jualan, malah sabar di dalam menghadapi karenah pembeli produk yang dijual. Seorang pembeli, atau pelanggan, mereka tidak mahu mendengar apa-apa alasan anda sekali-pun. Janji, mereka dapat apa yang sepatutnya mereka dapat. “Itu hal awak, yang penting apa yang saya bayar, saya dapat..”.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Info Kepada Pembeli Pakej Kit Blogger

Kepada yang dah beli, tapi belum dapat emel download pakej daripada saya, jangan risau. Berikan sedikit masa kepada saya untuk proses pesanan anda, sebab banyak order gak ni, tak cukup tangan nak buat serentak.

Kepada yang berminat untuk menjadi reseller, lesen resell rights ni masih ada dalam 83 lagi. Saya tak pasti bila ia akan habis.. Ramai yang berminat dan saya yakin, ia akan habis dalam masa yang singkat.

Oklah ya, tak dapat nak tulis banyak-banyak. Nak selesaikan pesanan-pesanan pembeli ni.

PS. Jika anda pembeli dan ada apa2 masalah, sila emel saya atau gunakan no. HP yang saya bagi tu yer.. :)

PPS. Jika anda tak nak jadi reseller, jadi pembeli biasa. Di forum, anda bukan sahaja dibantu oleh saya bersama ahli lain, malah anda juga dapat menambah kenalan baru. Bersama saya di komuniti kit blogger.

PPPS. Sekali saya ulangi, pakej ini bukan panduan sekerat-sekerat, tetapi dia lengkap untuk asas, malah saya rasa ia dah tahap intermediate. Ebook panduan wordpress pun dah setebal 90m/s, tak termasuk lagi dengan item-item lain. RM50? Murah sangat.. ;)

- zul

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)