Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

“Tak ok ke kalau buat blog pasal ebiz?”

Apa khabar anda semua? Moga sihat di sana yer. :)

Baiklah. Seperti yang saya janjikan sebelum ini, saya akan menulis satu artikel susulan untuk tajuk sebelum ini iaitu “Jangan buat blog pasal internet marketing boleh tak?“. Ramai yang memberikan pelbagai respons, terima kasih kepada yang memberikan komen.

Baiklah. Persoalan sekarang adalah, ok ke kalau buat blog pasal internet marketing atau perniagaan internet? Atau blog pasal buat duit? Jawapan saya, boleh. Tak ada masalah, yang mana dah buat, teruskan, yang mana baru nak buat, “just proceed”. :)

“eh zul ni, sebelum ni cakap lain, hari ni cakap ok pulak”. Ya, saya tahu. Tapi hakikat yang sebenarnya, tulisan saya sebelum ini atau mana-mana tulisan saya hanya sebagai pandangan peribadi semata-mata, bukan satu paksaan atau hakikat yang mesti diikuti. Perkara ini kita perlu jelas sangat-sangat, TETAPI….

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Jangan Buat Blog Pasal Internet Marketing Boleh Tak?

Pertama sekali, saya tidak tuju kepada sesiapa dalam penulisan ini. Ia adalah secara global, Malaysia dan international keseluruhannya.

Apa yang saya perhatikan sekarang, kebanyakan orang yang ingin membina blog, mereka hanya nampak satu topik sahaja : Perniagaan Internet. Niche atau topik lain sudah tidak dipedulikan lagi. Salah anggapan newbie atau sesiapa sahajalah, jika buat blog, hanya pasal buat duit, pasal perniagaan internet, dan seumpama dengannya yang mana topiknya tersangat umum atau ‘general’ sepertimana blog smartusaha.com ini.

Kepada yang baru nak bina blog, fikir-fikirkanlah hal ini sebelum anda ingin membina blog yang topiknya mengenai perniagaan internet:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Perniagaan Internet : Konsep 24/7 yang disalah-fahami

Apabila menyebut perniagaan internet, maka ramai yang berpandangan atau meletakkan di dalam minda bahawa perniagaan internet = 24 jam sehari menghadap komputer.

Anggapan ini AMAT salah sama-sekali. Apa yang dimaksudkan dengan 24 jam ialah, laman web jualan yang ‘live’ berterusan 24 jam sehari, 7 hari seminggu dalam masa setahun yang boleh menerima bayaran dan pesanan. Sebaliknya, BUKAN si usahawan internet tadi yang menghadap PC dan internet berjam-jam lamanya atau paling lama 24 jam sehari. Ia satu kerja yang… hmmm… entah. Dalam bahasa sopannya, satu kerja yang amat tidak menyihatkan, satu tanda pengurusan masanya bermasalah dan mungkin dia tidak ada jadual hidup.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

“Saya tak tahu.. Apa perlu saya buat?”

Apa khabar para pembaca semua, moga sihat yer.

Saya tahu, ramai yang balik ke kampung, bahkan 5 orang kawan serumah saya pun balik ke kampung juga (1 Terengganu, 4 Kelantan). Tapi, saya tak balik sebab ada komitmen dengan perniagaan. Kalau saya balik, nescaya pelanggan ebook saya tak selesa dan panas punggung sebab ada beberapa perkara yang perlu saya uruskan.. Lagipun, saya perlu bersiap-sedia untuk beberapa perkara lain (bisnes juga) dan nak siapkan laman web pelanggan.

Huuh, seperti yang saya katakan sebelum ini, menjadi usahawan internet (lagi-lagi jika seorang diri!), amat-teramat mencabar. Kewangan, pesanan, bayaran, layan pembeli yang 1001 karenah, urus jualan, dan lain-lain lagi semuanya dilakukan oleh dua tangan sahaja! Ke ada yang ada 3 tangan? Ada banyak tangan kan susah lak.. ;) Apapun, demi mencapai apa yang dihajati (berjaya dalam bisnes), seorang usahawan perlu banyak bersabar dalam segenap perkara, tiada alasan bagi mereka..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Just Do It! Let Your Customer Talks!

Wah Zul, tajuk BI nampak. Hehe, apa salahnya sekali-sekala. Grammar salah ke tak, itu no. 2, yang penting mencuba. Bak kata cikgu Azleen (ratu jamu) di forum khas pembeli kit blogger, “tak kisah grammar tu, orang kita je yg risau sangat..”. Tak gitu cikgu?

Pengalaman saya pula dalam ebiz bila ber-emel dan berforum, grammar taklah ok sangat, tapi faham pula mereka tu. So, tak perlulah anda takut nak berbahasa inggeris terutama dalam komunikasi. Kalau takut sangat, gunakan spell checker dalam Microsoft Word. Kalau wordpress 2.1 pula, spell checker juga dah ada.

Ok. Apa yang saya nak kongsi pada hari ini adalah, jangan tunggu semua COMPLETE sangat-sangat baru nak mula sesuatu. Contoh mudah, saya dah siapkan pakej kit blogger saya. Dah semak dan test download, web dan sebagainya sebelum lancarkannya. Namun, itulah manusia, ada lemahnya. Rupa-rupanya ada lagi kekurangan, kesilapan kecil dan perkara yang terlupa dilakukan. Saya ke yang nampak kesilapan itu? TIDAK. Para pelanggan saya yang memberitahunya…

Jadi, pokok cerita pada kali ini ialah, kita tak akan dapat memperbaiki sesuatu jika kita tidak mula melakukannya. Sebab, tak mungkin semua yang kita nampak dan lihat, semuanya dan ok. Walau kita sendiri kata produk kita hebat dan tiada kekurangan, tapi lain orang lain pandangan. Pembeli akan tetap nampak kekurangan walau sekecil mana pun.

Kesimpulannya, dengar dan terima aduan pelanggan anda, dan perbaiki apa yang kurang! Bahkan anda akan banyak belajar daripada sesuatu kesilapan yang sebelum ini anda tak terjangkakan. Inilah dikatakan, belajar daripada kesilapan!

Terima kasih kepada para pembeli pakej kit blogger. Saya sedia mendengar komen, pandangan dan masalah yang dihadapi. Pastikan report di ruangan khas ok. ;)

Sekian.

PS. Sehingga masa sekarang, masih tinggal 69 lagi lesen resell rights untuk Pakej Kit Blogger.

PPS. Blog dot com akan terus bercambah di internet dengan panduan pakej kit blogger. Nak panduan bina blog, dapatkanlah satu. Klik di sini. ;)

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)