Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Bagaimana ‘Menjual’ Produk Percuma dengan Lebih Berkesan

Assalamu’alaikum,

Pada tulisan sebelum ini, saya ada menulis satu artikel yang bertajuk, “menjual produk percuma, salah atau betul?”. Daripada komen pembaca, ada yang setuju, ada yang mengatakan ia tidak berkat, ada kata ok ajer, ada yang tak bagi apa-apa komen pun, malah ada yang berikan komen yang tidak membina. :) Semuanya ada.. Apapun, tak apa, sebab semua orang ada pendapat masing-masing dan semoga tenang dengan pendapat itu.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • cadangan untuk memasarkan produk dengan lebih berkesan
  • cara menjual barang lebih berkesan

Kejayaan : Jadilah Seperti Padi

Pepatah melayu ada mengatakan, “ikutlah resmi padi, makin berisi makin menunduk”.

Maksudnya, semakin banyak ilmu dan kejayaan yang kita raih, semakin kita merendah diri dan tidak bermegah-megah.

Sebagai contoh, saya bawakan satu cerita si A. A dahulu adalah seorang yang tidak tahu langsung mengenai perniagaan internet, tetapi kini sudah jauh dan banyak tahu berbanding dengan orang lain. Pendapatannya juga sudah tinggi. Malah lebih berjaya dan jauh melangkah daripada mereka yang telah membantunya di peringkat permulaan dahulu.

Namun, seribu kali sayang, kata-katanya kini sudah jauh berbeza dengan sewaktu dirinya di saat awal dulu. Kini, dia angkuh dalam senyap, suka mengangkat-angkat dirinya, suka menyindir orang lain yang dirasakannya tidak bagus, tamak dan tak kurang juga takut orang lain buat sama apa yang dia buat. Apabila orang bertanyakan sesuatu, beliau menjawab, tetapi daripada jawapan itu, terserlah dengan ‘pengagungan’ kejayaannya dan seolah-olah orang lain tidak bagus.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • Jadilah seperti padi
  • jadi lah seperti padi
  • jadilah resmi paadi
  • jadilah seperti lalang makin tinggi makin
  • jadilah seperti padi makin
  • jadilah seperti resmi padi
  • padi makin berisi makin menunduk dan bukaknnya lalang
  • pepatah resmi padi semakin tinggi semakin menunduk

Versi Terbaru WordPress : 2.0.6

Mungkin anda belum tahu bahawa dalam 6 hari yang lepas, wordpress.org telah mengeluarkan versi 2.0.6 yang mana kata mereka:

  • The aforementioned security fixes.
  • HTML quicktags now work in Safari browsers.
  • Comments are filtered to prevent them from messing up your blog layout.
  • Compatibility with PHP/FastCGI setups.

Kata mereka lagi, versi 2.0.6 ini adalah “last release” sebelum hadirnya versi 2.1 yang masih dalam peringkat beta dan akan dikeluarkan kelak.

Jadi, anda bolehlah download di http://wordpress.org/download dan upgrade sistem blog wordpress anda. Saya belum upgrade lagi sebab belum sempat.

Bagi anda yang sudah biasa meng-upgrade versi, ia adalah satu kerja yang mudah sahaja. Begitu yang newbie, caranya amat mudah: hanya overwrite file wordpress di server sahaja! ;) Namun secara berlangkah adalah:

1. Backup database (guna phpmyadmin atau fungsi backup di cpanel)

2. Backup file wordpress dan .htaccess (download ke hard disk pc anda guna FTP program)

* Langkah 1 dan 2 di atas adalah langkah persediaan sahaja jika ‘something wrong’ berlaku

3. De-activate semua plugins

4. Upload (overwrite) file-file wordpress di server

5. Activate semula plugins yang anda gunakan

6. Siap

Sumber: http://wordpress.org/development/2007/01/wordpress-206/

P.S Tidak tahu membina blog? Mungkin ebook ini membantu anda: Klik Di Sini.

101MelayuBoleh di-indeks Dalam Masa 17 Jam Sahaja

Apa khabar semua? Semoga sihat hendaknya.

Hmm, di Johor ini, hujan kembali datang dan tak henti-henti, maksudnya begitu kerap hujan. Saya di rumah tidak merasa apa-apa kesan, tetapi mereka yang bekerja di luar sudah pasti sedikit terpaksa meredah hujan. Juga, diharapkan beberapa tempat tidak kembali banjir. Wallahu ‘alam.

Baik, tulisan kali hanya ingin menyatakan blog yang baru saya create untuk pertandingan SEO wangcyber.com telah pun di-indeks oleh Google hanya dalam masa lebih kurang 17 jam sahaja. Tempoh ini bertentangan dengan kenyataan orang lain bahawa untuk masuk ke database google atau yahoo, masa yang diperlukan adalah berminggu-minggu atau berbulan lamanya.

Saya tidak akan berkongsi apakah cara mudah yang saya gunakan pada tulisan ini tetapi semua apa yang saya lakukan untuk pertandingan ini akan saya kongsikan nanti. :) InsyaAllah.

Sekali lagi, di-indeks bukan bermaksud sudah naik ranking top 100, tetapi ia baru hanya masuk ke database google sahaja. Matlamat saya adalah ingin memastikan sekurang-kurangnya blog melayu boleh saya itu berada di kedudukan top 100 di google atau yahoo. Dan jika boleh, top 10. ;)

Pertandingan ini sedikit ‘rumit’ apabila saya menggunakan blog yang bermula dari ‘zero’. Kalau saya gunakan blog smartusaha ini, adalah satu perkara mudah untuk dapat naik ke top 10, lagipun sekarang blog smartusaha ini sudah pun berada di kedudukan top 50 di google untuk keyword melayu boleh. Namun begitu, saya tidak mahu mengambil jalan mudah dalam pertandingan ini kerana seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya mahu mencuba dari asas. Melakukan pelbagai teknik SEO untuk menaikkan ranking blog melayu boleh saya itu ke kedudukan yang lebih baik.

Diharapkan blog melayu boleh ini bukan hanya naik ke ranking yang baik, malah ia akan berkekalan dengan tulisan-tulisan yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Wassalam.

Menjual Produk ‘Percuma’ : Salah atau Boleh?

Salam bahagia semua, semoga sihat hendaknya.

Artikel kali ini, saya ingin memberikan pendapat mengenai menjual produk percuma.

Produk Percuma: Produk yang didapatkan secara percuma tetapi ada harga (boleh dijual beli) dan bukan produk yang diedarkan percuma dan ia tiada harga (bukan untuk dijual beli)

Saya menulis artikel ini ada dua sebab:

1. Menghilangkan kekeliruan sesetengah orang

2. Ada orang kata saya penipu setelah menjual beberapa produk yang boleh dijual ;)

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Pertandingan SEO WangCyber.Com : Melayu Boleh

Mungkin belum terlambat untuk saya menyatakan hal ini. Bermula 1 Januari hingga 30 Januari 2007 ini, pihak wangcyber telah membuka satu cabaran SEO kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Cabaran ini akan menilai blog/website yang paling tinggi kedudukannya di enjin carian google.com dan juga yahoo.com.

Untuk itu, keyword yang digunakan untuk cabaran ini adalah: melayu boleh

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • melayuboleh
  • blog melayu boleh blogspot com
  • melayu boleh blog terbaru
  • melayuboleh com
  • wangcyber

Tiada Idea Menulis Blog?

Salam bahagia.

Dalam masa yang terdekat ini, saya sedikit sibuk di awal tahun. Ingin saya katakan bahawa, tidak semestinya kerja tahun lepas habis begitu sahaja, sebaliknya terpaksa dibawa ke tahun baru ini. :) Selain beberapa projek client yang mesti disiapkan, saya juga perlu menyiapkan projek ebisnes pertama untuk tahun ini yang dirancang untuk dilancar pertengahan bulan Januari ini.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • forum topik atau idea
  • tajuk dan idea menulis ebook
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)