Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Membina Perniagaan Internet: Hari 1 – Mukaddimah

Membina Perniagaan Internet, 4 Langkah + 3 hari

HARI 1:

a. Fahami apa yang akan dilakukan

b. Melakukan kajian pasaran sebaik mungkin

Apa khabar semua? Mesti anda semua tidak sabar-sabar untuk mempelajari cara membina perniagaan internet yang saya janjikan bukan? InsyaAllah, saya akan berikan nilai yang amat bermakna buat anda. Setelah saya kira, kos untuk ‘kursus’ percuma ini adalah tinggi nilainya kerana saya akan berikan anda dokumentasi dalam bentuk PDF, audio (insyaAllah) dan juga video. Namun usah risau, anda akan mendapatnya secara percuma. Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Cabaran 3 Hari Perniagaan Internet

Seperti yang saya janjikan, kita akan sama-sama pelajari secara ‘live’ bagaimana membina sebuah perniagaan internet dengan mudah dan cepat dalam masa 3 hari. :)

3 hari?? Ya. Saya ‘mencabar’ diri saya dan anda semua untuk membina sebuah perniagaan dalam masa sesingkat ini dengan 4 langkah termasuk proses marketing tanpa kos. Perlu diingatkan, kita membina dan bukan terus mendapatkan hasil (tapi kalau dapat sale itu petanda yang baik!). Proses promosi dan pemasaran perlu dilakukan sebaik mungkin dan kadang-kadang memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan hasil. Namun, adalah tidak mustahil jika anda melakukan promosi dan pemasaran yang efektif dan konsisten, hasilnya akan datang dengan ‘cepat’.

Namun begitu, ingin saya memesan, jangan lihat kepada $$$$, tetapi fokus kepada usaha untuk membina sebuah perniagaan yang berdaya saing dan fokus kepada usaha pemasaran yang berkesan. Duit akan datang sendiri.. Jika anda hanya inginkan duit, maka jalan terbaik adalah pergi membuat pinjaman sahaja di bank atauuu dengan along? (jangan ekk!) ;) Dalam perniagaan, kita memerlukan sedikit masa. Proses pengurusan laman web, meningkatkan mutu sales letter dan melakukan promosi yang efektif, perlu dilakukan sebaik yang mungkin. Apa yang akan saya tunjukkan adalah benda-benda asas yang boleh kita lakukan dalam masa 3 hari dan yang diperlukan. Lain-lain perkara, perlu dilakukan di lain masa.

Saya menyatakan hal ini awal-awal kerana tidak mahu anda melakukan ‘kesilapan’ di awal-awal proses pembinaan perniagaan internet. Jika di awalnya sudah ada kesilapan penetapan matlamat dan fikiran, maka di dalam usaha pembinaan dan semasa pengurusan perniagaan, anda akan KECEWA.

Jadi, apa yang akan kita lakukan dalam masa 3 hari ini adalah PEMBINAAN. Bukan terus mendapat hasil ok.. ;) Dalam 3 hari bermula Selasa ini, anda cuma perlu ikuti (pelajari) apa yang saya buat. Dalam ‘kursus’ ini, saya akan menggunakan paypal.com untuk tujuan pembelian produk dan juga payment processor untuk pembayaran. Atau, anda juga memerlukan kad kredit atau kad debit untuk melakukan apa-apa pembelian di internet. Haa, saya dah cakap dulu, nak jadi usahawan internet, anda perlu ada sekurang-kurangnya kad debit! Mudah nak beli sesuatu di internet termasuk untuk mendaftar akaun paypal. Kalau tak ada, daftar segera yang mungkin.. Agak sukar tanpa adanya kad debit. Tak tahu? Download ebook panduan paypal percuma di sini: http://smartusaha.com/news.

Seperti yang saya maklumkan di tulisan sebelum ini, kita mulakan esok – 23/1/07, selasa. -. Harap semua catat nota dan ruang sedikit masa untuk pelajaran kita ini. Tak cuba, tak tahu & mencuba adalah lebih baik daripada tak buat apa-apa.

Jumpa esok yer.. :)

PS. Tak nak jumpa esok, jom jumpa saya di UKM Bangi Sabtu ini, 27/1/07. Klik di sini. :)

Incoming search terms:

  • cabaran pemasaran perniagaan

Membina Perniagaan Internet : 4 Langkah, 3 Hari

Membina sebuah perniagaan internet amat mudah. Diulangi sekali lagi, amat mudah!

Namun, sepertimana yang saya nyatakan di newsletter terbaru saya kepada subscriber newsletter saya – daftar di sini -, anda perlu memiliki dua pengetahuan ini:

1. Ilmu teknikal (internet, komputer, perisian, …)

2. Ilmu perniagaan dan pemasaran internet –> Paling penting

Tanpa salah satu pengetahuan tersebut, anda amat sukar bergerak jauh walaupun anda boleh mengupah orang lain untuk perkara no 1 di atas. Namun, itu jika anda banyak duit lah. ;) Itu nak upah, ini nak upah, last-last, lebih belanja daripada untung. Maka, adalah menguntungkan jika anda mengetahui sendiri perkara-perkara asas teknikal terutamanya cara membina laman web dan yang berkaitan seperti ‘hosting’ (server). Bukan perlu tahu banyak-banyak pun, cuma beberapa perkara yang diperlukan sahaja.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • membina perniagaan internet dengan 4 langkah dalam 3 hari
  • buat blog perniagaan langkah demi langkah
  • ebuku percuma Bisnes Internet: Bina Upload Urus
  • langkah demi langkah membina perniagaan internet
  • langkah membina perniagaan internet

Ebook Asas Blog WordPress. Versi Terkini..

Apa khabar semua..

Jika anda belum memiliki pakej kit blogger di laman web http://bloggingsteps.com/kit, maka anda jangan membelinya lagi.. :) Ini kerana, saya sedang menyiapkan versi terkini yang lebih bertambah nilainya. Untuk itu, pastikan anda menyemak emel anda setiap hari untuk mengetahui perkembangan terkini daripada saya.

Versi kali ini memang ‘hebat’ dan penuh dengan item-item yang amat membantu anda membina blog dan menggunakannya untuk sebarang tujuan anda. Versi terkini ini juga akan didatangkan bersama dengan satu PELUANG yang amat RUGI jika anda melepaskannya begitu saja, kerana ia dibuka secara TERHAD.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • ebook asas wordpress

Tak Cuba Tak Tahu

Teringat di saat awal saya berkecimpung dalam bidang perniagaan internet ini. Kosong, tak tahu, takut, keliru, dan macam-macam lagi… Tapi kini, selalu ajer ada macam-macam idea untuk buat duit, cuma kena buat satu-satu jer.. :)

Dr. Irfan dalam artikelnya “Cuba, jangan tak cuba” di blognya, mengatakan kalau kita tak cuba, kita tak akan tahu dan jika kita asyik bermain dengan fikiran yang negatif, sampai bila kita tak akan sampai ke mana.

Begitu juga saya dulu, dari keliru kini sudah tahu (walau sedikit), dari tak tahu buat laman web jadi kepada tahu buat laman web (masih belajar sehingga sekarang!) dan macam-macam lagi yang cuba dilakukan untuk mengenal-pasti potensi diri dan peluang yang ada. Kini, apa sahaja peluang yang ada, saya akan merebutnya sebaik yang mungkin!

Anda pula bagaimana? Masih belum bertindak? Atau mahu menunggu awal tahun depan? ;) Tiada siapa yang dapat membantu anda melainkan diri anda sendiri.. Kalau ada orang nak suapkan makanan untuk anda pun, tapi kalau anda tidak mahu membuka mulut, maka tak ada gunanya juga.

Salam kejayaan untuk semua!

irfankhairismartusaha.jpg

SmartZuL

“Orang yang kuat berusaha berhak merasai nikmat kesenangan daripada hasil usahanya, dan orang yang pemalas berhak merasai kesusahan hasil kemalasannya..”.

PS. Jumpa saya di UKM Bangi 27 Januari ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Penyertaan Agen Baru Untuk Program Affiliate KitBlogger Ditutup

Sekadar makluman kepada semua,

Saya telah menutup penyertaan untuk agen-agen baru bagi program affiliate KitBlogger saya di http://bloggingsteps.com/kit/agen.

Penutupan ini kerana jumlah penyertaan sudah banyak dan saya akan ‘melatih’ agen-agen sedia-ada ini untuk promosi dan pemasaran bagi produk affiliate saya (ebook panduan wordpress).

Saya hanya tidak mahu melihat kepada banyaknya kuantiti agen tetapi saya lebih suka melihat kepada kualiti. Jelas, begitu ramai agen-agen yang tidak bertindak dengan konsisten dan efektif untuk promosi produk bagi program affiliate ini.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Berbisnes Di Rumah aka SOHO : Sudah Sampai Masanya

Small Office Home Office (SOHO) atau dalam bahasa Melayunya Pejabat Di Rumah (ni istilah saya) adalah melakukan kerja atau perniagaan hanya di rumah. Bermaksud, rumah dijadikan sebagai pusat utama untuk menguruskan perniagaan. Apa yang akan saya bincangkan di sini adalah bisnes dan bukan telekerja iaitu bekerja dengan orang lain dari rumah.

Perkembangan perniagaan secara SOHO ini begitu maju dan terus meningkat bilangannya di luar negara, tetapi di Malaysia, ia masih sedikit baru dan agak sedikit ‘jengkel’ atau janggal bagi kebanyakan orang.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • perniagaan di rumah
  • perniagaan dari rumah
  • berniaga dari rumah
  • jenis perniagaan di rumah
  • jenis perniagaan dari rumah
  • perniagaan dirumah
  • contoh perniagaan dari rumah
  • bisnes soho
  • peluang perniagaan di rumah
  • sumber perniagaan dari rumah
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)