Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Usahawan – Kena Usaha Kuat!

Tulisan kali ini saya akan guna satu style lain sikit. Saya akan tulis satu ayat rujukan, dan saya ‘komen’..

Dalam buku “Menyingkap Rahsia Kejayaan”, tulisan Syaikh Dr. Aidh Al-Qarni, terbitan Jahabersa, beliau menulis,

1. Bekerja dan bersungguh-sungguh adalah cara yang utama menuju kemuliaan, yang memberikan kesejukan bagi jiwa dan mengubati sekalian penyakit bahkan ia dapat menguatkanmu.

Kata Hati SmartZul: Siapa yang usaha kuat dan tidak kenal putus-asa, dia berhak memiliki kejayaan.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Buat Duit Online Sampingan dengan ‘Mudah’!

Apa khabar semua? Moga ceria hari ni, kalau tak ceria, ada masalah, ia normal. :) Atasi lah masalah itu dengan sebaik-baiknya. Salah satu cara, bacalah buku motivasi dan cerita-cerita kejayaan mereka yang telah berjaya. Itulah cara saya, masa semangat kurang atau energy motivasi itu di tahap rendah, saya akan membaca buku motivasi. Minggu ini sahaja, saya telah membeli beberapa buah buku untuk memantapkan lagi ‘isi dalaman’ saya agar semakin mantap. Nak berjaya, ilmu kena tambah.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • perniagaan sampingan online

Kawan, Pesaing dan …… + Profesional + Selisih Pendapat

Pepatah ada menyebut, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Pepatah saya pula: “Jangan menduga lautan luas, kalau tak tahu berenang..”. hehe.. Ok, post kali ini mungkin agak serius sedikit.

Mungkin jika anda ahli forum wangcyber, anda mungkin sedikit sedar bahawa 2, 3 menjak ini saya berubah sedikit pada gaya penulisan. Maafkan saya jika ada yang terasa, tapi bagi saya, kita perlu berkata benar, walau ia pahit sekali mana pun. Di dalam berforum, kita mesti memberikan respons yang membina, dan saya biasanya TIDAK akan menyebelahi mana-mana pihak. Hatta kadang-kadang, saya berselisih pendapat dengan moderator yang lain, TAPI kami tidak menjadikannya SEBAB untuk tidak bertegur sapa. Kami menjalankan kerja secara profesional dan kami saling memberikan idea yang kadang-kadang tidak sama. Tapi, kami tetap profesional, insyaAllah.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • jangan menduga arus peribahasa
  • jika takut dilambung ombak

Apa Yang Anda Mahu Buat? Lakukan Saja!

Apa khabar semua? Moga sihat di sana. Pertama sekali, masalah talian streamyx telah selesai di rumah sewa baru saya ini. Terima kasih kepada pihak tmnet streamyx yang telah membantu menyelesaikan masalah ini setelah kami menghubungi pihak anda saban hari dan masa. Begitu juga kepada pihak Telekom, terima kasih sebab menyelesaikan masalah sebenar setelah hampir 1 minggu kami menunggu. :D Jadi kini, bolehlah saya online lebih kerap terutama menguruskan kerja-kerja saya dan menyiapkan beberapa kerja bagi pihak customer yang tertangguh.

Baik, hari ni saya cuma nak kongsi tip yang simple sahaja. Jika anda ingin melakukan sesuatu, lakukan sahaja walau ada orang memberikan komen negatif. Dalam perniagaan internet, anda mesti fokus kepada pelanggan anda, BUKAN kepada mereka yang berfikiran negatif kepada anda dan kepada produk yang dijual. Mereka bukanlah entiti yang penting dan mustahak untuk difikirkan kerana mereka hanya tahu berkata sahaja, melainkan mereka memberikan komen yang membina.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Perjalanan Penuh Berliku

Sebagai seorang usahawan, kita sedia maklum bahawa sifat yang mesti ada adalah sabar, kental, tidak cepat berputus-asa dan apa sajalah. :) Di atas kertas, di dalam buku, ia mudah diperkatakan, baca sambil santai lagi. Namun, insan yang menjadi usahawan itu sendiri akan merasa pahit mani, suka duka dan segala-galanya di dalam perjalanan untuk mencapai satu matlamat, iaitu KEJAYAAN.

Sebagai contoh, blog ini yang anda lawati selama ini setiap hari, tidak mudah juga untuk dijaga, beberapa bulan lepas, sering di-godam oleh cracker yang tidak takut dosa. Minggu lepas, laman web perniagaan ebook saya (kit blogger) ‘down’ akibat masalah teknikal server yang tidak dapat dielakkan. Boleh dikatakan dua hari laman web itu tidak dapat diakses. Umpama sebuah kedai yang barang di dalamnya ingin dibeli, namun KEDAI TERTUTUP!

Tidak cukup dengan lelah itu, semalam (29/11/06), hosting saya di-suspend kerana cpu overloading di server. Memang salah saya kerana menggunakan satu skrip PHP topsite yang menggunakan banyak ‘processing’. Jadikan ia satu pengajaran. Tapi masalah itu telah selesai. Akibat suspend itu, blog saya ini pula ada masalah dari segi subdomain. Perlu re-create balik. Namun, saya amat berterima kasih kepada pihak company hosting kerana servis-nya amat bagus dan cepat. Thanks a lot..

Itulah sedikit perkongsian kepada anda semua terutama newbie. Nak kata susah pun tidak, nak kata senang pun tidak. Cuma satu, jika anda hadapi kesusahan, usah gentar dan cepat berputus-asa. Juga, jika anda menghadapi kesenangan, itu bukan tiket untuk duduk relaks, sebaliknya perlu pertingkatkan lagi usaha dan kualiti. Bagi saya, tiada istilah santai atau relaks selagi matlamat utama belum tercapai. Cuma, jika anda stress dan sebagainya, berehatlah atau bercuti sekejap untuk menenangkan fikiran. Bukan lari atau melepaskan diri dari masalah…

Di sini saya ada dua pengumuman:

1. Kepada pembeli ebook saya bernama Ahmad Rizuan Ismail, sila berikan emel anda yang betul. Emel yang saya hantar (link download) tidak berjaya dihantar ke emel encik yang diberikan melalui order form. Sila gunakan contact form di blog ini untuk menghubungi saya.

2. Special offer untuk subscriber newsletter smartusaha telah tamat. Harga pakej ebook kit blogger kini adalah RM45.00.

Sekian.

Incoming search terms:

  • kehidupan penuh berliku

Program Affiliate Kini Dibuka

Ok, sistem affiliate untuk pakej kit blogger telah siap dipasang. Kini, anda boleh menjana pendapatan tambahan di internet sebanyak RM15 untuk satu sale ebook.

Saya juga telah sediakan tools dan panduan untuk agen affiliate. Segalanya dapat diperolehi setelah anda mendaftar.

Pendek cerita, sila daftar sekarang di

http://bloggingsteps.com/kit/agen

Semoga berjaya.

Ikhlas,

Mohd Zulfadli.

PS. Jika ada masalah, sila hubungi saya atau nyatakan di sini.

Wassalam.

Sewa Ruang Iklan Ditutup – Kuota Telah Penuh. :)

Berita terkini kepada anda, sewa ruang iklan di blog ini telah ditutup berkuat-kuasa serta-merta. Kepada mereka yang telah menempah baru-baru ini, jangan takut, tempahan anda tetap ada dalam senarai saya. :)

Impression sebanyak 35,000 amat murah. Harga standard adalah 1000 impression untuk USD25. Kepada anda yang ingin download laporan pengiklanan banner, sila download di http://smartusaha.com/iklan. Terima kasih kepada mereka yang telah merebut peluang dengan menyewa iklan di blog ini dan selepas ini saya akan berikan beberapa ‘bonus’ seperti yang dijanjikan.

Dua berita terkini lagi, saya akan langsungkan satu jualan gempar untuk satu produk XXXX. :) Yang pasti, produk tersebut hanya terhad kepada jumlah pembeli sahaja.

Berita satu lagi adalah, sistem affiliate telah siap di-up. Tunggu masa untuk ON sahaja. ;)

Seperti dijanjikan, komisen adalah RM15 untuk satu sale ebook. Jika 10 jualan, RM150 + bonus RM50. Maka, anda dapat RM200 dengan mudah sahaja. Program affiliate ini bukan datang begitu sahaja, tetapi saya sertakan sekali panduan, tools dan teknik efektif yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan ebook kit blogger saya. Syarat tegas adalah: JANGAN SPAM!

Wassalam.

Program Affiliate Kit Blogger Akan Dilancarkan…

Apa khabar semua? Diharapkan sihat selalu.

Fuuh, letih betul selepas balik dari bengkel di UTM. Sampai jer rumah, terus baring.. :) Terima kasih kepada semua para peserta atas sokongan dan komitmen yang diberikan. Saya doakan semua peserta faham atau sekurang-kurangnya dah tahu macam mana nak mula.

Baiklah, di sini sekadar pengumuman ringkas sahaja. Saya akan melancarkan satu program affiliate untuk produk ebook saya iaitu Pakej Kit Blogger dalam beberapa hari lagi. Yang pasti insyaAllah komisen agak besar juga iaitu RM15 untuk satu sale ebook. Saya belum pasti, akan membukanya kepada sesiapa sahaja atau ada syarat. Atau kepada jumlah agen tertentu sahaja.

Tunggu perkembangan selanjutnya dengan selalu datang ke blog ini. :)

Wassalam.

http://bloggingsteps.com/kit

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)