Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Perniagaan Internet : Pasaran Malaysia VS Pasaran Antarabangsa

Apa khabar semua? Terasa tak selesa pula kalau tak menulis. Walaupun sibuk, tapi hati ‘meronta-ronta’ juga untuk menulis. Oklah, saya tulis juga walau ringkas sebagai memenuhi permintaan hati saya yang tak selesa ni.

Direct to the point (biasanya saya suka pusing benda lain dulu baru kupas tajuk, hehe), tajuk kali ini adalah pengalaman saya sendiri setelah bergelumang dalam bidang perniagaan internet ini hampir 2 tahun juga. Baru 2 tahun? Ya, tak sampai pun lagi dua tahun tu. Kenapa, tak percaya? Saudara, jangan tengok dan kira masa dah lama mana, itu tidak penting, ada yang mula sebulan dah dapat beribu USD, so, anda nak kira masa atau nak kira duit? $$$$$$ (tambah lagi $ banyak mana anda nak..). ;)

Ok, ikhlas saya katakan, saya banyak menumpu (target market) dalam pasaran Malaysia. Hampir 90% bisnes saya adalah meliputi pasaran Malaysia sahaja. Kalau ada orang luar pun, Indonesia dan juga Brunei yang tahu berbahasa Melayu. Bahkan ada orang Brunei asyik tanya saya, tak nak datang Brunei ke buat seminar? InsyaAllah, sambil makan angin kelak.. :D

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • pemasaran antarabangsa
  • STRATEGI PERNIAGAAN ANTARABANGSA
  • artikal perniagaan antarabangsa
  • mengapa malaysia sesuai untuk perniagaan antarabangsa
  • pemasaran antara bangsa
  • perniagaan & keusahawanan - meluaskan pasaran
  • perniagaan antarabangsa di malaysia
  • proses pemasaran perniagaan antarabangsa
  • strategi pemasaran antarabangasa
  • strategi pemasaran antarabangsa

Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan Langkah Pertama

stepsBersedia untuk membaca satu tulisan (yang juga mungkin satu leteran) yang panjang… ;)

Pepatah ada mengatakan, “perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama”, tetapi bagaimana pula jika pepatah itu disambung begini?

“Walau langkah telah beribu batu, tetapi sampai masanya, kita perlu pulang kembali ke langkah yang pertama..”.

Ayat tersebut mempunyai 1001 makna tersendiri, mengikut keadaan diri anda sendiri. Saya mentafsirnya untuk diri saya sendiri, dan anda perlu mentafsirnya untuk diri anda. Jika anda ‘suka’ memikirkan soal dalaman anda, atau dalam maksud lain menghisab diri, maka mungkin ayat tersebut sesuai untuk anda fikirkan dan sesuaikan dengan diri anda. :)

Ia mungkin sedikit berfalsafah. Namun hakikatnya, siapa yang mahu berfikir, dia akan dapat sesuatu makna yang begitu luas pada sambungan pepatah itu tadi. ;)

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • PERJALANAN BERIBU BATU
  • ayat contoh kalau takut dilambung ombak
  • beribu langkah kita
  • perjalanan beribu-ribu batu bermula dengan langkah pertama
  • perjalanan bermula dari langkah pertama
  • perjalanan yang beribu batu boleh bermula dengan langkah pertama

Usahawan – Kena Usaha Kuat!

Tulisan kali ini saya akan guna satu style lain sikit. Saya akan tulis satu ayat rujukan, dan saya ‘komen’..

Dalam buku “Menyingkap Rahsia Kejayaan”, tulisan Syaikh Dr. Aidh Al-Qarni, terbitan Jahabersa, beliau menulis,

1. Bekerja dan bersungguh-sungguh adalah cara yang utama menuju kemuliaan, yang memberikan kesejukan bagi jiwa dan mengubati sekalian penyakit bahkan ia dapat menguatkanmu.

Kata Hati SmartZul: Siapa yang usaha kuat dan tidak kenal putus-asa, dia berhak memiliki kejayaan.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • makalah tentang tharfah bin abd

Buat Duit Online Sampingan dengan ‘Mudah’!

Apa khabar semua? Moga ceria hari ni, kalau tak ceria, ada masalah, ia normal. :) Atasi lah masalah itu dengan sebaik-baiknya. Salah satu cara, bacalah buku motivasi dan cerita-cerita kejayaan mereka yang telah berjaya. Itulah cara saya, masa semangat kurang atau energy motivasi itu di tahap rendah, saya akan membaca buku motivasi. Minggu ini sahaja, saya telah membeli beberapa buah buku untuk memantapkan lagi ‘isi dalaman’ saya agar semakin mantap. Nak berjaya, ilmu kena tambah.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • buat duit online mudah percuma

Kawan, Pesaing dan …… + Profesional + Selisih Pendapat

Pepatah ada menyebut, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Pepatah saya pula: “Jangan menduga lautan luas, kalau tak tahu berenang..”. hehe.. Ok, post kali ini mungkin agak serius sedikit.

Mungkin jika anda ahli forum wangcyber, anda mungkin sedikit sedar bahawa 2, 3 menjak ini saya berubah sedikit pada gaya penulisan. Maafkan saya jika ada yang terasa, tapi bagi saya, kita perlu berkata benar, walau ia pahit sekali mana pun. Di dalam berforum, kita mesti memberikan respons yang membina, dan saya biasanya TIDAK akan menyebelahi mana-mana pihak. Hatta kadang-kadang, saya berselisih pendapat dengan moderator yang lain, TAPI kami tidak menjadikannya SEBAB untuk tidak bertegur sapa. Kami menjalankan kerja secara profesional dan kami saling memberikan idea yang kadang-kadang tidak sama. Tapi, kami tetap profesional, insyaAllah.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • adat berniaga sesama sendiri
  • jadikan pesaing sebagai satu cabaran
  • motivasi berkata benar walau di marah
  • persaingan dalam perniagaan dalam islam

Apa Yang Anda Mahu Buat? Lakukan Saja!

Apa khabar semua? Moga sihat di sana. Pertama sekali, masalah talian streamyx telah selesai di rumah sewa baru saya ini. Terima kasih kepada pihak tmnet streamyx yang telah membantu menyelesaikan masalah ini setelah kami menghubungi pihak anda saban hari dan masa. Begitu juga kepada pihak Telekom, terima kasih sebab menyelesaikan masalah sebenar setelah hampir 1 minggu kami menunggu. :D Jadi kini, bolehlah saya online lebih kerap terutama menguruskan kerja-kerja saya dan menyiapkan beberapa kerja bagi pihak customer yang tertangguh.

Baik, hari ni saya cuma nak kongsi tip yang simple sahaja. Jika anda ingin melakukan sesuatu, lakukan sahaja walau ada orang memberikan komen negatif. Dalam perniagaan internet, anda mesti fokus kepada pelanggan anda, BUKAN kepada mereka yang berfikiran negatif kepada anda dan kepada produk yang dijual. Mereka bukanlah entiti yang penting dan mustahak untuk difikirkan kerana mereka hanya tahu berkata sahaja, melainkan mereka memberikan komen yang membina.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Perjalanan Penuh Berliku

Sebagai seorang usahawan, kita sedia maklum bahawa sifat yang mesti ada adalah sabar, kental, tidak cepat berputus-asa dan apa sajalah. :) Di atas kertas, di dalam buku, ia mudah diperkatakan, baca sambil santai lagi. Namun, insan yang menjadi usahawan itu sendiri akan merasa pahit mani, suka duka dan segala-galanya di dalam perjalanan untuk mencapai satu matlamat, iaitu KEJAYAAN.

Sebagai contoh, blog ini yang anda lawati selama ini setiap hari, tidak mudah juga untuk dijaga, beberapa bulan lepas, sering di-godam oleh cracker yang tidak takut dosa. Minggu lepas, laman web perniagaan ebook saya (kit blogger) ‘down’ akibat masalah teknikal server yang tidak dapat dielakkan. Boleh dikatakan dua hari laman web itu tidak dapat diakses. Umpama sebuah kedai yang barang di dalamnya ingin dibeli, namun KEDAI TERTUTUP!

Tidak cukup dengan lelah itu, semalam (29/11/06), hosting saya di-suspend kerana cpu overloading di server. Memang salah saya kerana menggunakan satu skrip PHP topsite yang menggunakan banyak ‘processing’. Jadikan ia satu pengajaran. Tapi masalah itu telah selesai. Akibat suspend itu, blog saya ini pula ada masalah dari segi subdomain. Perlu re-create balik. Namun, saya amat berterima kasih kepada pihak company hosting kerana servis-nya amat bagus dan cepat. Thanks a lot..

Itulah sedikit perkongsian kepada anda semua terutama newbie. Nak kata susah pun tidak, nak kata senang pun tidak. Cuma satu, jika anda hadapi kesusahan, usah gentar dan cepat berputus-asa. Juga, jika anda menghadapi kesenangan, itu bukan tiket untuk duduk relaks, sebaliknya perlu pertingkatkan lagi usaha dan kualiti. Bagi saya, tiada istilah santai atau relaks selagi matlamat utama belum tercapai. Cuma, jika anda stress dan sebagainya, berehatlah atau bercuti sekejap untuk menenangkan fikiran. Bukan lari atau melepaskan diri dari masalah…

Di sini saya ada dua pengumuman:

1. Kepada pembeli ebook saya bernama Ahmad Rizuan Ismail, sila berikan emel anda yang betul. Emel yang saya hantar (link download) tidak berjaya dihantar ke emel encik yang diberikan melalui order form. Sila gunakan contact form di blog ini untuk menghubungi saya.

2. Special offer untuk subscriber newsletter smartusaha telah tamat. Harga pakej ebook kit blogger kini adalah RM45.00.

Sekian.

Incoming search terms:

  • strategi pemasaran insyurans
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)