Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Buat Duit Tanpa Produk Sendiri?

Salah satu cara untuk menjana pendapatan di internet adalah dengan menjual produk orang lain. Ia bukan program affiliate, tetapi dikenali sebagai Resell Right (RR), Master Resell Right (MRR) dan satu lagi adalah Private Label Right (PLR). Ketiga-tiga cara ini memerlukan ‘pelaburan’ sekali sahaja untuk mendapatkan produk tersebut, tetapi kemudian menjadi milik anda untuk mendapat income 100% daripadanya.

Dengan RR atau MRR, kita boleh menjual produk itu dan mendapatkan hasil 100% tanpa perlu berkongsi dengan pihak lain. ‘Master’ di sini bermaksud, kita juga boleh memberikan hak yang sama kepada pembeli kita. Private Label Right pula bermaksud, kita boleh mengubah kandungan produk itu samada ia artikel, ebook ataupun perisian, dan meletak nama kita. :) Inilah dikatakan menghasilkan produk digital dengan cepat.

Saranan saya, anda tetap perlu melakukan kajian pasaran sebelum melaburkan wang untuk membeli pakej MRR atau PLR tersebut. Tentukan topik atau permintaan di internet dan kemudian baru mencari produk yang berkaitan untuk dipasarkan. Juga, anda perlu pelajari lebih lanjut mengenai RR, MRR dan PLR ini. Ramai yang membeli produk sebegini tetapi tidak berbuat apa-apa.

Di dalam perniagaan internet, begitu banyak bidang atau model. Tak perlu saya ulangi lagi akan hal ini. Cuma anda perlu menentukan apakah yang sesuai untuk anda. Affiliate? produk sendiri? Servis? MRR? PLR? ……?

Bagaimana Mendapatkan Produk Sebegini?

Mudah sahaja, gunakan google. :) Carilah produk digital yang berkaitan dengan bidang tertentu yang anda mahukan. Contohnya, “internet marketing resell right ebook“. Akan keluar banyak hasil dan anda perlu memilih mana yang terbaik. Pastikan produk yang ditawarkan mereka masih relevan, bukan produk ‘ketinggalan zaman’, atau dijual semata-mata untuk keuntungan semata-mata tetapi kualitinya tiada.

Anda perlu tahu, tidak semestinya produk tersebut berkaitan dengan internet marketing semata-mata sepertimana yang saya katakan sebelum ini. Banyak lagi bidang lain (niche) yang boleh kita ceburi contohnya. Yang penting adalah kajian pasaran.

Jadi, itulah dia, antara cara ‘mudah’ bagaimana untuk memulakan perniagaan internet sendiri tanpa perlu bersusah-payah mengeluarkan produk sendiri yang memakan masa yang lama. Apa yang saya tulis di sini adalah secara kasar sahaja dan jika anda berminat, kajilah bidang ini kerana ia adalah cara tersendiri untuk berjaya.

PS. Yang mana masih kabur, anda dipersilakan untuk menyertai seminar kami. Klik di sini.

Panggil saya “Mr. Newbie” atau “Mr. Overdeliver” :) + Cerita MENTOR

Apa khabar semua,

Semoga sihat di sana dan jika kawasan anda banjir terutama di Johor dan Negeri 9, saya doakan anda tabah dan selamat di sana. Walaupun saya di Johor, alhamdulillah, tempat ini tidak dinaiki air, jauh sekali. :)

Ok, berbalik kepada tajuk, mungkin saya ni nak angkat bakul sendiri, tapi tak kisahlah apa orang nak kata. ;) Dalam dunia ni, setiap orang ada gelaran masing-masing dengan merujuk kepada sesuatu aspek. Jadi, saya juga nak begitu. :) Bila disebut internet marketer yang begini-begini, maka semua orang akan tahu, “oh, kalau nak banyak ebook free dalam bahasa Melayu, pergilah ke blog dia ni…”. Anak saper lah tu yer, baik betul tulis dan bagi banyak ebook percuma. :D

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • contoh ayat kalau takut dilambung ombak
  • ebook percuma bahasa melayu-panduan newbie mrr

Menjadi Semua Orang Dalam Satu Masa

Ada 12 hari lagi untuk kita bertemu dengan tahun 2007. Bermula 1 Januari ini, saya menjangkakan akan berlakunya pelancaran produk yang bertubi-tubi daripada pelbagai pihak. Begitu juga saya. :) Target saya tahun depan, akan menghasilkan dua lagi ebook panduan kepada yang memerlukan. InsyaAllah, ebook kedua dalam proses dan dijangkan dilancarkan hujung minggu ni. Namun saya harap, kita jangan hanya menumpu kepada produk berkaitan “internet marketing” semata-mata, kerana banyak lagi topik lain yang masih belum diterokai.

Tulisan kali ini, saya ingin menyatakan satu sifat yang banyak juga melanda ramai orang, iaitu “menjadi semua orang”. Dia ingin tahu semua perkara dengan anggapan, dia akan menjadi pakar dan tahu segala apa jenis perkara pun. Padahal, dia sedang menempah jalan kesedihan, kegagalan dan kekeliruan.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • menjadi pakar dalam suatu bidang
  • usahawan dalam bidang komputer

Seminar Perniagaan Internet

Ok tak cover buku ni? :D

panduan blog wordpress

Hehe, saya nak terbitkan buku wordpress. Ops, gurau jer. Saja test tools image generator kat internet.

Oklah, saya tak ada apa-apa nak menulis pada hari ni. Tengok trafik yang masuk ke blog ini pun sedikit menurun. Biasalah, akhir tahun. Semua sibuk dan buat-buat sibuk. :D

Jangan lupa seminar kami ya!

seminar

Klik pada imej di atas untuk maklumat lanjut.

– SmartZuL

Pilih Satu, Kaji & Buat

Apa khabar semua, moga sihat hendaknya.

Post kali ini saya akan menyentuh mengenai memulakan perniagaan internet. Ramai orang berprinsip, ingin memulakan tindakan sebaik sahaja bermula tahun 2007 yang mana tindakan ini bermaksud, mengkaji dan seterusnya memulakannya. Pendapat saya, perancangan begini hanya membazir masa anda sahaja, kerana sebenarnya masa yang sesuai untuk mengkaji bidang perniagaan internet adalah pada waktu sekarang. Jadi, sebaik sahaja bermula tahun 2007, anda sudah bersedia melakukan pra-pelancaran atau terus melancarkan perniagaan anda.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • kertas kerja perniagaan online
  • contoh kertas kerja keusahawanan
  • kertas kerja keusahawanan
  • kertas kerja perniagaan internet
  • contoh kertas kerja program keusahawanan
  • contoh kertas kerja perniagaan online
  • kertas kerja perniagaan menggunakan internet
  • kertas kerja perniagaan on line
  • kertas kerja perniagaan
  • kertas kerja perniaagaan online

Bayaran Komisen Telah Dilakukan :)

Apa khabar semua, cuma nak khabarkan bahawa, hari ni adalah hari pembayaran komisen untuk program affiliate Kit Blogger. Nampaknya, tidak ada agen yang buat sale sebanyak RM100, tetapi paling tinggi adalah RM90 sahaja.

Kepada mereka yang daftar program affiliate dan ada komisen yang terkumpul, sila kemaskini no akaun bank anda dengan segera agar mudah untuk saya masukkan bayaran komisen.

Sekian, harap maklum.

PS. BONUS RM50 untuk bulan ini tiada pemiliknya. :) Dan peluang ini tamat serta-merta. Untuk bulan ini (Disember), iaitu sebulan dari sekarang, saya akan adakan satu lagi ‘bonus’ untuk anda. Apa tu? Tungguu.. ;)

Wassalam.

Produk Murah + Komisen 100% + Komisen xx%

Di akhir-akhir ini, saya menerima banyak emel dengan tawaran produk yang teramat murah, terutama di bawah USD10. Mari kita korek, apakah strategi yang mereka gunakan dan tujuannya di dalam bidang perniagaan internet ini diletakkan harga yang sebegitu rendah.

Jika anda menerima tawaran produk dengan harga USD9.99 dan anda membelinya, anda akan ditawarkan dengan satu peluang program affiliate ‘tertutup’ dengan komisen 100%. Maksudnya, program itu akan memberikan anda komisen sama dengan harga produk yang dibeli oleh mereka yang membeli melalui link affiliate anda.

Persoalan di sini, bagaimana mereka untung? Jawapan mudahnya adalah, back end product, atau lebih tepat dipanggil One Time Offer (OTO). Tawaran OTO ini adalah pada masa tersebut sahaja, maka dengan cara ini, pembeli tadi yang perlu membuat keputusan pada masa itu juga untuk membeli atau tidak. Mengenai sistem OTO ini, kita akan bincang di lain masa nanti. Flownya begini:

Pembelian produk murah —> Page Thank You + OTO Offer –> Page Download

Jika pembeli tadi bersetuju untuk membeli produk special offer itu, di situlah pemilik ‘program’ mendapat duit + anda pula akan mendapat komisen lagi di situ dengan peratusan yang tertentu.

Produk yang dibincangkan di sini adalah produk digital kerana jika tiada orang membeli produk OTO, maka tidaklah rugi sangat si peniaga tadi.

Jadi di sini, terdapat dua peluang:

1. Peluang kepada anda untuk membuat income dengan program affiliate jenis ini

2. Peluang kepada anda (usahawan internet) untuk cuba mengaplikasikan teknik ini untuk produk atau usahaniaga anda sendiri

Di ruang ini, saya tidak akan menyentuh secara detail akan teknik OTO ini, insyaAllah di lain kali.

PS. Teknik memberikan harga yang murah pada produk adalah juga bertujuan untuk mengumpul list. :) Maka, lakukan teknik ini selain memberikan teknik ebook percuma. ;)

Nota: Tulisan kali ini amat sesuai untuk mereka di tahap intermediate dan ke atas. kepada newbie, don’t worry, lakukan apa yang perlu dahulu di dalam usaha anda.

Ikhlas,
S
martZuL

PS. Jom bersama kami di seminar perniagaan internet. Klik di sini!

Incoming search terms:

  • produk o t o
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)