Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Artikel Terakhir 2006: Pencapaian + Harapan

Assalamu’alaikum,

Salam sejahtera.

Tulisan kali ini adalah artikel terakhir saya untuk tahun 2006 ini. Di tulisan ini, saya akan kongsikan sedikit apa yang telah saya di smartusaha.com lakukan dan ujian yang telah dilalui.

Seperti sedia maklum, blog ini sudah pun berusia lebih dari 1 tahun. Namun, ia telah mengandungi lebih daripada 200 artikel (post) yang beraneka bentuk tulisan daripada pandangan hati saya, motivasi, teguran, panduan perniagaan internet, keusahawanan dan pelbagai lagi.

Melalui smartusaha.com, saya telah menghasilkan lebih kurang 6 ebook percuma termasuk laporan (special report) yang disebarkan kepada pelawat blog smartusaha dan juga melalui newsletter. Antara ebook dan report yang telah saya hasilkan adalah:

1. Pakej Ebook Ebiz (bahasa Melayu)

2. Panduan Asas PayPal

3. Buat Duit dengan blog (kini status percuma telah tamat)

4. Laporan Mitos dan Kelebihan Ebiz

5. Laporan dan Kajian Pengiklanan Banner Efektif

6. Penyakit di Alaf 21

Manakala ebook berbayar pula adalah, Panduan Asas Blog Wordpress.

InsyaAllah saya akan terus menerus menghasilkan ebook percuma atau berbayar walaupun ada yang menentang dan menyuruh saya menghentikan usaha saya ini. TIDAK SESEKALI KAWAN, tak semudah itu.. ;)

Cara saya berkongsi ilmu adalah dengan menulis ebook dan memberikannya secara percuma dan juga berbayar, selain menulis di blog ini dan juga newsletter. Malah, saya juga meluangkan sedikit masa untuk membalas emel-emel pertanyaan yang mana perlu saya jawab.

SERVER KENA GODAM!

Tak kurang dengan kegembiraan, smartusaha.com dan saya juga melalui saat getir apabila server hosting saya beberapa kali telah di-godam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Namun begitu, kejadian ini menjadi iktibar untuk saya dan orang lain agar sentiasa bersiap-sedia menghadapi manusia yang mahu melihat kita susah dan gagal. Ingin saya nyatakan di sini, jika blog atau laman web anda begitu famos, selalulah bakcup data, kerana ada mereka yang tidak suka akan kejayaan dan prestasi anda..

PENCAPAIAN

Dalam tahun ini sahaja, saya telah melakukan 2 perniagaan internet dan lain-lain secara side income, semuanya online. Alhamdulillah, semuanya memberikan hasil sehingga sekarang. Boleh dikatakan sebahagian besar target untuk tahun ini tercapai dan halangan-halangan yang datang berjaya dilalui dengan baik. Alhamdulillah. Semoga Allah terus menguatkan hati kita dalam usaha perniagaan ini.

Tahun ini boleh dikatakan sebagai usaha pemantapan smartusaha.com dan juga diri saya sendiri dalam bidang ini. Pelbagai ujian, halangan, hasil yang baik, kegagalan dalam usaha dan pelbagai lagi telah dilalui. Semua itu akan lebih mematangkan lagi pemikiran dan memantapkan usaha yang dilakukan dalam bidang ebiz ini. Yang pasti, kesilapan lepas yang telah dilakukan diharapkan tidak diulangi lagi..

Perancangan 2007

Harapan untuk 2007 pula, diharapkan saya dapat membuka beberapa lagi perniagaan internet yang akan fokus kepada pasaran Malaysia (local) dan juga international. Satu projek global insyaAllah akan dilancarkan pertengahan Januari ini dan disusuli dengan beberapa projek lain termasuklah satu projek ‘besar’ yang lebih kepada komuniti.

Produk yang akan menjadi keutamaan saya tahun hadapan adalah lebih kepada produk digital seperti ebook, audio, video dan juga perisian. Harapan saya adalah, ingin menjadi penulis ebook yang paling banyak di Malaysia. :lol: Yang pasti, saya akan terus menerus berusaha untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan juga semestinya akan berkongsikan ilmu dan pengetahuan yang saya ada dengan anda semua. InsyaAllah. Semoga Allah mempermudahkan usaha saya ini untuk kebaikan bersama dan semoga Allah melindungi saya dan anda semua daripada kejahatan manusia yang mahu kita gagal dan jatuh.

Untuk blog ini, saya akan menulis dengan lebih praktikal dan tersusun lagi bermula tahun depan. Dengan harapan, penulisan saya dapat membantu anda membina perniagaan internet sendiri.

Harapan

Tak sangka, tahun 2006 sudah hampir kepada penghujungnya. Semoga tahun depan kita semua lebih berdaya maju, dapat bekerjasama, menjauhi sifat dengki dan bermusuh, jangan bersalah-sangka dan sama-sama sokong menyokong di antara satu sama lain walaupun ada berbeza pendapat. Kejayaan seorang diri tidak sama dengan kejayaan dalam satu kumpulan (bangsa dan agama).

Juga, kepada yang belum mula perniagan internet, usahalah untuk memulakannya sedaya yang anda mampu. Belajarlah dari bawah (asas) dan jangan begitu target income yang besar dalam waktu yang singkat. Jika tidak, anda akan berputus-asa. InsyaAllah, saya akan bantu anda sedaya yang saya mampu melalui smartusaha.com ini.

Juga, saya ingin memohon kemaafan jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, salah fakta, atau sebagainya. Sesungguhnya saya juga manusia biasa yang tak lepas daripada salah dan silap. Segala tulisan saya di blog ini, di forum, newsletter atau di ebook, semuanya hanya pandangan peribadi saya, sekadar perkongsian, dan bukan satu paksaan untuk anda ikuti. Saya hanya menulis, menyampai dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada..

Doa-doakanlah agar saya dan smartusaha.com terus kekal dan dilindungi oleh Allah. Semoga saya dapat melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk semua orang terutama rakyat Malaysia khasnya dan negara-negara lain yang tahu berbahasa Melayu. Ada juga orang Indonesia yang suruh saya menulis dalam bahasa mereka, katanya mereka dahagakan ilmu sebegini. Maafnya dong, saya tak pandai bahasa indonesia. Apa kata anda belajar memahami bahasa Malaysia? ;)

Kejayaan saya, akan saya kongsikan bersama dengan anda juga, insyaAllah. Ilmu itu untuk dikongsi, bukan untuk dirahsia-rahsiakan. Cuma masa sahaja yang diperlukan kerana proses pembelajaran memerlukan masa dan langkah yang berkesan.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada dua mentor utama saya, Dr. Irfan dan juga SaifulSham. Mereka banyak memberikan inspirasi, sokongan, motivasi dan panduan yang amat berguna kepada saya dalam bidang ini. Tak lupa juga kepada rakan-rakan e-usahawan lain seperti Shuth, Hasrul, Sufian, Sham RajaAdsense, Galadriel, Alang, TuahEmas, Osman Affan dan lain-lain (sorry kalau tak sebut nama), mereka banyak berkongsikan panduan, idea, pandangan dan pengalaman masing-masing.

Tak lupa juga kepada mereka yang banyak menyokong usaha saya. Tak perlu saya sebut nama di sini, cuma apa yang saya ingin katakan, terima kasih banyak-banyak dan semoga Allah membalas sesuatu yang istimewa untuk anda. Begitu juga untuk pembaca setia blog ini, terima kasih dan diharapkan anda tidak bosan dengan penulisan saya. :)

Akhir Kata

InsyaAllah hari ini saya akan bertolak balik ke kampung atau mungkin esok pagi, bergantung kepada keadaan cuaca. Saya doakan anda sentiasa selamat di mana sahaja anda berada. Semoga kita semua berjaya dalam apa sahaja yang kita lakukan. Walaupun pelbagai rintangan yang datang, kita mesti menghadapinya dengan hati yang kuat dan bergantung kepadaNYA, di samping berusaha sebaik mungkin.

“Orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa merasa berputus-asa, insyaAllah akan berjaya. Allah itu Maha Adil”.

Jumpa lagi, wassalam.

Ikhlas,

SmartZuL

PS. Pihak ebizmalaysia akan mengadakan bengkel perniagaan internet di area KL Januari ini. InsyaAllah. Tarikh dan tempat akan dihebahkan nanti.

PPS. Nantikan ebook-ebook dan produk saya yang akan membantu anda membina perniagaan internet anda. InsyaAllah.

Terkini: Sudahkah anda mendaftar di TheSuperGifts? Dapatkan 200 mata dan rebut peluang-peluang yang diberikan oleh Henry Gold seperti peluang menyertai kumpulan perbincangannya serta mendapat list untuk email marketing anda. Sila rujuk laman web tersebut untuk maklumat lanjut: Klik di sini. Peluang ini akan berakhir dalam Januari ini.

Perniagaan Konvensional + Perniagaan Internet

Assalamu’alaikum,

Banjir yang berlaku di beberapa buah negeri membuatkan kita terfikir, apakah ini semua? :) Bagi seorang Islam, jadikanlah ia satu pelajaran yang terbaik untuk diri sendiri. Jika anda melihat berita di TV atau membaca di akhbar, tidak semua berita sebenar disiarkan. Jika mendengar daripada mulut atau cerita si mangsa, anda akan lebih rasa gerun. :) Begitu dahsyatnya banjir kali ini yang tidak dijangka. Air naik dengan begitu pantas, bumbung rumah tenggelam, bandar jadi macam tasik, air setinggi pokok kelapa sawit, terperangkap dalam rumah sendiri, panjat pokok kelapa pun ada! Walaupun saya di JB, tapi kawasan saya tidak kena dan semuanya baik sahaja. Lagipun, saya jarang keluar dan kerja saya tidak terganggu! Janji ada internet, boleh buat kerja biz online saya.

Tidak cukup banjir, berlaku pula gempa bumi yang kuat di Taiwan. Ia menyebabkan komunikasi internet dan talian telefon terjejas dan terputus. Sebagai usahawan internet, talian telefon dan juga saluran komunikasi sebegini amat-amat penting atau merupakan nadi utama perniagaan internet yang dijalankan. Tiada internet, ‘tiada’ bisnes internet. :)

Maka, sebagai seorang usahawan yang bijak, kita perlulah ada strategi sendiri dalam bidang keusahawanan ini. Kita jangan hanya fokus 100% kepada ebiz sahaja untuk income kita, sebaliknya cuba pelbagaikan (multiple sources of income) termasuk bisnes konvensional samada secara besar ataupun kecil seperti home based business yang lain.

Contoh terbaik adalah team saifulsham, yang mana pendapatan mereka bukan sahaja daripada perniagaan internet, tetapi daripada pelaburan hartanah, saham dan juga penulisan buku. Dr Irfan pula contoh yang terbaik juga. Dengan hasil perniagaan internetnya, beliau juga bergiat dalam usaha perniagaan konvensional dan juga hartanah. Sham RajaAdsense katanya, membantu ayah beliau dalam usaha penternakan dan pertanian, serta beberapa bisnes offline lain. Tak gitu Sham? ;) Saya? Saya juga ada perancangan sendiri untuk biz offline saya. Anda pula bagaimana? Rata-rata kita lihat usahawan internet yang berjaya, mereka bukan hanya melibatkan diri dengan perniagaan internet semata-mata.. Inilah sifat usahawan yang sebenar-benarnya.

Anda perlu tahu, ‘kesusahan’ di dalam perniagaan internet hanyalah di peringkat permulaan sahaja. Bila anda sudah dapat rentak, maka anda begitu mudah untuk membuka satu demi satu perniagaan internet dan duit tak berhenti-henti masuk. Jika anda sudah stabil dan kukuh dalam perniagaan internet, maka anda hanya memerlukan beberapa jam sahaja sehari, lebih-lebih lagi jika anda mengautomasikan perniagaan internet anda.. Maka, manfaatkan juga peluang perniagaan dalam dunia konvensional untuk menambahkan lagi punca pendapatan anda.

Apa sahaja peluang yang ada, manfaatkan sebaik mungkin. Sumber rezeki di dunia ini bukan sahaja daripada internet, malah dari dunia offline. Sebagai usahawan yang sudah ‘mantap’ perniagaan internetnya, maka amat digalakkan mempunyai perniagaan konvensional yang lain samada perniagaan itu besar, atau berbentuk kecil-kecilan (Penjaja? Oh, teringat pula Dr. Rusly! ;) ). Bagi saya, bidang yang lebih diminati adalah perniagaan berasaskan di rumah. Perniagaan internet adalah salah satu home based business, dan banyak lagi bisnes-bisnes offline lain yang memerlukan modal kecil sahaja.

Kesimpulan di sini, pentingnya ada punca pendapatan yang pelbagai dalam usaha hidup kita ini + pentingnya wang dalam hidup. Dah banjir macam ni, barulah kita terfikir, pentingnya wang! Semuanya perlukan wang. Jadi, bersiap-sedialah dari sekarang agar anda dan keluarga serta mereka yang terdekat, dapat menarik nafas lega dengan adanya sedikit pendapatan yang boleh menampung hidup jika berlaku sesuatu di luar jangkaan. Ya, wang bukan segalanya, tapi ia diperlukan untuk kehidupan di dunia ini..

Akhir kata, semoga kita mengambil pelajaran atas setiap apa yang berlaku. Jadilah usahawan yang sejati, insyaAllah.

Semoga anda bahagia dan ceria selalu.

- SmartZuL

Internet Anda ‘Slow’? Ketahui Sebabnya…

Hari ni atau bermula semalam, talian internet begitu perlahan. Dalam hati saya, “alahai streamyx”, problem lagi. Akses ke beberapa laman web agak perlahan, termasuk ke beberapa laman web saya. Antara web terbesar yang agak slow diakses adalah yahoo.com. Agak-agak kenapa yer? Anda perlu tahu berita terkini….

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Adakah Anda Mempunyai Prinsip Sendiri?

Dulu, di awal pembabitan saya dalam bisnes internet, saya cepat mengalah, mudah berputus-asa, takut, tak yakin, mudah lemah semangat dengan kata-kata negatif orang dan tak kurang juga mudah terikut kata-kata orang. Tapi insyaAllah, kini tidak lagi.

Saudara,

Untuk berjaya dalam hidup, hati kita perlu kuat. Lihatlah mereka yang berjaya, pasti ada musuh atau yang tidak sehaluan dengan mereka. Persoalannya, mengapa walau bertubi-tubi datangnya kata negatif kepada mereka, kejayaan tetap diraih dan kekal sampai mereka mati? Boleh anda jawab? Jawapannya adalah:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Gunakan Formula Saya Untuk Menjana RM10,000 Dengan Mudah!

Apakah itu rahsia perniagaan internet yang sebenar? Ingin tahu? Sila baca tulisan ini..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)