Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pentingnya Tahu Teknikal Komputer

Assalamu’alaikum.

Apa khabar semua? Semoga sihat semua hendaknya.

Semalam, sambil khusyuk buat kerja di komputer, tiba-tiba skrin komputer menjadi gelap. Kemudian saya off komputer sebab biasanya itu berpunca dari sistem windows. Biasalah windows ni, bila ada problem kita kena restart. :) Tapi, sebaik sahaja ON balik, komputer saya tak mahu hidup. MasyaAllah, harap-harap hard-disk tak rosak. Alhamdulillah, dengan ilmu yang ada sikit kat dada ni, saya dapat tengok-tengok sikit dan buat troubleshoot. Namun, kecewa, tak jumpa masalah dia. Lagipun, hari dah malam, menjadi cara saya, bila “stress”, saya tidur untuk mencari “ilham”. hehe..

Bangun pagi, dengan harapan menggunung (magic la tu.. Biasanya berlaku!). Terus ON suis utama dan On PC. Juga tidak mahu hidup. Takper, kali ni saya buka semua benda yang ada dalam komputer tu. Bedah lah tu kiranya.. :) Mungkin komputer dah tua dan lama tak cuci, so saya cuci lah mana yang patut terutama debu di celah-celah kipas penyejuk dan power supply. Pasang balik, tak dapat juga.. :( Kalau anda nak tahu, dalam proses troubleshoot komputer, dia ada beberapa cara. Salah satunya, kita tanggalkan semua komponen dan pasang balik. Kalau tak berjaya, baru buat cara lain.

Then, saya dah dapat syak yang problemnya adalah power supply. Sebab power nak tak nak jer masuk. Lagipun kipas power supply tak berpusing. Tengok motherboard ok jer. Komponen lain pun ok jugak. Kemas, takder tanda terbakar ke apa. Ya, 90% saya yakin power supply dah K.O. So, saya gunalah satu teknik lagi iaitu tukar ganti. Maksudnya, kita guna komponen yang disyak bermasalah tu dengan yang ok. Jadi, saya pinjam power supply kawan saya dan pasang di komputer saya. Jeng jeng jeng!! Alhamdulillah, 100% sah yang power supply saya perlu diganti yang baru. :)

Hehe, itulah cerita daripada saya untuk anda. Apa yang saya nak bawakan kepada anda adalah, begitu menjimatkan jika anda tahu troubleshoot komputer anda sendiri apabila berlaku masalah seperti yang saya contohkan. Jika anda hantar ke kedai, mungkin kos yang perlu anda bayar mencecah RM100. Tapi, dengan buat sendiri, paling tidak anda hanya perlu membeli komponen yang rosak sahaja. :)

Hikmahnya jika anda tahu selesaikan masalah yang mudah pada pc anda, di saat “technician” tengah tidur di lamun mimpi, dan anda pula banyak kerja perlu disiapkan, dan pc pula problem. Maka, anda dapat repair sendiri tanpa perlu mengupah orang lain. Di sinilah lebihnya seorang usahawan internet yang tahu soal teknikal seperti ini. Seorang usahawan yang bijak, biasanya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjimatkan kos atau perbelanjaan. Pokok pangkal, anda perlu belajar. :)

PS. Tahukah anda. Pelajar degree sains komputer tidak diajar “bagaimana membaiki komputer”. Kami hanya diajar, “ini adalah mouse”, “ini adalah hard-disk”…, sebaliknya kami belajar sendiri!! Kalau kami boleh, masakan anda tidak? Nak seribu daya..

AWAS: Walaupun membaiki komputer sendiri mudah, tapi dapatkan nasihat pakar jika anda was-was dan ragu-ragu. Saya sendiri pun meminta nasihat kawan-kawan jika saya ragu. Bukan nak menakutkan, tetapi langkah berjaga-jaga sebab kita ‘bermain’ dengan elektrik. Namun, dengan mengamalkan langkah keselamatan, insyaAllah, kita akan selamat. :)

Wassalam.

Incoming search terms:

  • teknikal komputer
  • kursus baiki laptop
  • belajar baiki komputer
  • kursus baiki komputer
  • belajar baiki laptop
  • cara membaiki komputer
  • kursus teknikal komputer
  • masalah teknikal komputer
  • komputer teknikal
  • misi kedai komputer

Pembuka Pintu Rezeki Adalah Taqwa & Iman..

Apa khabar pembaca semua? Moga sihat hendaknya. Mungkin bagi sesetengah orang, dapat merasakan saya kini semakin jarang online dan aktif menulis dan berada di wangcyber.com.

Ya, masa saya untuk menulis dan aktif di wangcyber agak terhad sedikit buat masa sekarang. Tak apa, saya hanya sebahagian atau salah satu yang wujud, kini saya perhatikan, sudah ramai yang berjaya sudah menampilkan diri. Satu demi satu usahawan internet muncul untuk membantu para pemula yang baru.. Baguslah, satu perkembangan yang positif. Maka, tidak menjadi masalah jika saya jarang menulis terutama di forum wangcyber. :) Bahkan, begitu ramai yang lebih pakar dan berjaya daripada saya yang dapat membantu anda memulakan dan menjalankan perniagaan internet.

Baiklah, kali ini saya ingin memberikan satu tips yang semua orang dah tahu, tapi tak salah saya katakan, ramai yang meremehkannya. :) Usaha-usaha juga, yang ‘tak nampak’ jangan diperlekehkan. Taqwa adalah pembuka pintu rezeki.. Ini dinyatakan secara jelas dalam ayat ’1000 dinar’ yang agar terkenal di kalangan orang-orang Islam. Malangnya, ia tidak dihayati dan tidak diamalkan (bukan sekadar dibaca, tapi dilakukan maksud ayat itu), sebaliknya hanya digantung buat perhiasan sahaja di dinding terutama di kedai. Kononnya dengan menggantung, ia boleh menjadi ‘pelaris’.. Itulah nasib kalamullah di zaman ini. Dihias-hias, digantung-gantung, tapi tak dihayati.. :)

Apa itu taqwa? Mudah sahaja walaupun banyak tafsiran. Taqwa adalah mendekatkan diri kepada Allah, menjauhi maksiat dan tidak melakukan perkara yang dimurkaiNya. Lidah tak lepas dari zikrullah, jauh sekali mengumpat dan memfitnah manusia yang seagama dengannya, aib manusia disimpan baik.. Tak semudah dikata, orang yang cuba menguasai taqwa akan diuji. Nafsu, syaitan, harta, manusia, dunia, akan menjadi garis ukur di dalam usaha memiliki taqwa.

Orang yang bertaqwa begitu dikasihi Allah, maka dengan sifat adilNya, yang dikasihi memang wajar diberi balasan yang setimpal. Itulah sebabnya jika kita lihat, orang yang bergaji ratusan ringgit pun, dapat membesarkan ramai anak dengan baik, memiliki keluarga yang bahagia. Berbanding yang berharta ribuan, juta, namun hati tidak tenang, resah, kosong dan keluarga porak-peranda, akibat daripada jauh dari Allah. Yang kaya diuji, yang miskin pun diuji. Namun yang membezakan adalah, TAQWA.

Ketahuilah, rezeki itu bukan hanya wang ringgit semata-mata, ia lebih dari itu.. Namun apa yang saya bicarakan adalah mengenai pendapatan daripada usaha perniagaan kita. Orang-orang yang bertaqwa, insyaAllah rezeki akan datang secara tak disangka-sangka.. Sucikanlah hati, jauhi perkara mungkar, ber-istighfarlah selalu.. Inilah ‘ilmu penarik rezeki’ yang sah di sisi Agama. :) Tak perlu jumpa bomoh atau pawang yang mengarut tu..

Oh, mengapa saya tiba-tiba ber-tazkirah pada hari ini? Nak tunjuk alim ke? Mudah sahaja jawapan saya: Kita adalah orang Islam, maka tak salah nak bercakap hal-hal baik sebegini. :) Lagipun, kita berniaga, dan sudah semestinya panduan no satu adalah agama. Taqwa itu tak nampak, sebab itu ramai yang tak yakin ia boleh ‘menarik’ rezeki. Taqwa itu lebih hebat daripada teknik bayangan minda bawah sedar, psikik, NLP atau yang seumpama dengannya. Ketahuilah, taqwa ‘sudah’ merangkumi sebahagian besar teknik-teknik ‘sains’ yang saya nyatakan itu. :) Bagaimana nak mendapat taqwa? Anda mengetahuinya.. kalau tak tahu, ‘carilah’.. hehe..

Semoga perniagaan internet kita bertambah maju dan diberkati. Bagi yang tak mula-mula, bedoalah kepada Allah agar dipermudahkan untuk anda bermula. Doa adalah langkah awal dalam melakukan sesuatu agar Allah mempermudahkan apa yang kita lakukan, pemikiran kita juga tenang. Mudah menuntut ilmu, mudah mempraktikkan dan mudah mencapai kejayaan.. Berdoalah. InsyaAllah.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • doa pembuka 12 pintu rezeki
  • doa pelaris perniagaan
  • ayat 12 pintu
  • mula-mula cari kerja tiba-tiba terjumpa doa rezeki
  • nama pembuka rezeki dlm islam
  • pelaris perniagaan
  • Pelaris perniagaan dalam islam
  • pelaris perniagaan yang digantung di kedai
  • rahsia ayat seribu dinar
  • rezeki internet

Kejayaan Adalah Milik Individu..

Kembali dari cuti, ada beberapa kerja yang perlu saya siapkan. Tambahan pula, kini kawan-kawan serumah pula bercadang ingin berpindah rumah dan jika jadi, insyaAllah pertengahan bulan ni kami akan pindah. Hmm, angkut barang lagi, satu kerja yang saya kurang suka lakukan.. hehe.. Cuma perkongsian cerita sahaja, ok, kembali kepada topik. :)

Apabila kita membaca, melihat dan mendengar akan kejayaan seseorang, maka kadang-kadang terdetik rasa cemburu di hati dan juga tak kurang rasa motivasi tiba-tiba menjadi lemah.. Di dalam fikiran, “oh, jauhnya aku ketinggalan. Tengok dia, banyak betul yang dia tahu, berjaya lak tu..”. Sebagai manusia biasa, sifat itu adalah normal di peringkat permulaan, tetapi ia perlu dikawal sebaik yang mungkin.

Kejayaan orang adalah kejayaan mereka dan mereka berhak dengan hasil yang diperolehi kerana mereka berusaha dan bermula dari sifar. Maka, jika anda inginkan hasil seperti mereka, maka anda juga perlu berusaha gigih dan jika belum mulakan langkah pertama, maka mulakanlah dengan segera. Jika tidak, anda semakin tertinggal dan terus tertinggal. Anda bertambah ‘sakit’ dan akhirnya terus meninggalkan apa yang diimpikan.

Di dalam Islam, kita diajar bersyukur atas apa yang dimiliki. Jika orang lain lebih daripada kita, kita digalakkan melihat orang yang kurang daripada kita. InsyaAllah, kita akan terasa bermotivasi dan terus ingin berusaha dan bersyukur atas nikmat yang dimiliki, seterusnya mengelakkan rasa iri hati dan dengki yang terlarang.

Akhir kata, jika anda ingin berjaya, maka anda perlu berusaha dengan baik, bersungguh-sungguh, dan jika anda bertemu jalan buntu, berehatlah, jangan berputus-asa.. Rehatkan minda, tenangkan fikiran, insyaAllah, jalan keluar akan datang kepada anda.

Percayalah, jika ada usaha dan sabar, insyaAllah, kejayaan milik anda. Allah itu Maha Pemurah dan hanya orang yang beriman sahaja mempercayai Allah itu bersifat sedemikian dengan seyakin-yakinnya. Dan merekalah golongan yang kuat usahanya atas sebab keyakinan tersebut..

Wassalam.

PS. Saya mohon maaf jika saya lambat membalas emel anda semua.. Moga memahami.. :)

Kembali Bekerja.. :)

Assalamu’alaikum pembaca semua,

Alhamdulillah, setelah seminggu lebih bercuti, akhirnya kembali juga ke bumi Johor ni. :)

Tulisan ni tak ada apa-apa nak disampaikan, cuma nak menyatakan yang saya sudah kembali jer.. ;) InsyaAllah, lepas puasa sebulan, raya, mesti kita dah ada semangat baru bukan? Apa sahaja ujian dan masalah, kita mesti melaluinya dengan sabar dan tabah untuk mencapai cita-cita dan impian kita. InsyaAllah.

Baiklah, cukup dulu untuk kali ini. Jumpa lagi di tulisan yang seterusnya.

Wassalam.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)