Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Anak Muda 26 Tahun Kini Mendedahkan ‘Rahsia’nya..

Ingin mendengar pesanan ringkas saya secara audio mengenai topik ini? Sila ke sini: http://smartusaha.com/audiopesanan.html

Anda ingin berjaya di dalam perniagaan internet. Anda ingin menjana pendapatan. Anda ingin hidup ‘bebas’, bebas kewangan, bebas hutang, bebas segalanya. Ingin jadi bos sendiri. Ingin segalanya. Begitulah rata-rata impian indah kebanyakan orang termasuk di dalam bidang perniagaan internet.

Baik, tidak salah untuk anda berimpian seperti itu sebab ia tidak salah pun, ia hak setiap individu untuk merasai nikmat di dunia ini dan hidup dengan baik. Persoalannya, bagaimana? Adakah jalan pintas? Tiada! (katakan juga tidak pada skim pelaburan seperti HYIP, autosurf dan juga skim piramid!!) :) Tetapi ada jalan pendek untuk mencapai apa yang anda inginkan itu terutama berjaya di dalam perniagaan internet.

Tidak mudah, tidak susah, mungkin perjalanan panjang, mungkin pendek. Namun kini, ada sesuatu yang istimewa dari seorang anak mudah berusia 26 tahun, iaitu Gobala Krishnan. Beliau telah mengambil keputusan untuk berkongsi ‘kunci’ atau teknik yang beliau gunakan selama ini untuk menjana pendapatan sekitar RM28,000 dalam masa 4 bulan.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Pindah Rumah Sewa Baru + The Death of Internet Marketing

Huuh, letih. Satu kerja yang saya kurang suka dan mungkin juga anda. Malam tadi saya dan kawan-kawan serumah angkut barang ke rumah baru. Tak jauh dari rumah sekarang tetapi dekat sahaja, dalam 3 hingga 5 minit perjalanan. :)

Rumah sewa (bukan beli, ala time-time bujang ni dok ramai-ramai lagi best) baru lebih besar, 2 tingkat dan 4 bilik. Memang selesa berbanding rumah sewa sekarang. Satu sebab nak pindah ke rumah sewa baru kerana ada member-member lain yang ingin tinggal sama-sama, jadi pindahlah ke rumah yang lebih besar. Dari 5 orang, kini isi rumah sudah 9 orang. :)

Orang kata, zaman bujang hanya sekali, dah kahwin susah nak ‘seronok-seronok’ macam ni. hehe.. Tinggal ramai-ramai ada seronoknya, anda tahu sebab anda mungkin pernah melaluinya bukan?

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • panduan pindah rumah sewa
  • pengalaman pindah rumah baru
  • rumah untuk disewa di changlun

Buat Duit Melalui ReviewMe.Com

ReviewMe.Com

Kepada mereka yang memiliki blog, kini tiba lagi satu peluang untuk anda. Namun, ingin saya nyatakan awal-awal, blog yang masih berusia muda, amat susah untuk mendapat ‘kelulusan’ bagi program ini. Sebaliknya, jika anda memiliki blog yang mempunyai trafik yang tinggi, mempunyai content yang baik, nilai PR tinggi satu ciri kelebihan, maka blog anda biasanya akan diterima untuk ‘program’ reviewMe ini.

Bagaimanakah Program Ini Dilakukan?

Mudah sahaja, daftarkan blog anda di http://www.reviewme.com dan jika blog anda diterima, tugas anda tamat di situ sahaja. Tunggu pihak advertiser memilih blog anda untuk membuat ulasan (review) mengenai produk mereka. Itu sahaja. Ulasan mestilah sekurang-kurangnya 200 perkataan atau lebih.

Bayaran?

Secara purata, bayaran adalah di antara $20 hingga $200 bergantung kepada keadaan tertentu seperti ‘nilai’ blog anda. Jika blog anda mempunyai ciri-ciri yang baik seperti yang saya nyatakan sebelum ini, nilai bayaran mungkin lebih tinggi untuk anda dapatkan. Bayaran pula akan dilakukan sebulan sekali, samada melalui check atau paypal.

Dalam Bahasa Inggeris?

Tidak semestinya. Salah satu blog yang saya submit adalah di dalam bahasa Melayu dan mereka menerimanya. Kata mereka, buat review di dalam bahasa yang anda gunakan pada blog.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada kali ini dan insyaAllah saya akan update mengenai program ini dari semasa ke semasa.

Sponsored Post by ReviewMe.Com

Strategi Pemasaran Perniagaan : Social Network Tools

Assalamu’alaikum & salam sejahtera semua.

Kali ni saya mahu membawakan satu tip atau teknik ‘pemasaran’ yang begitu ‘panas’ dibincangkan di kala ini. Satu ‘benda’ yang selama ini dianggap membazir waktu tetapi kini sudah ramai yang mula sedar akan ‘kehebatannya’. Mudah citer, dulu saya pun ‘anti’ dengan benda ni. hehe..

Social network tools yang saya maksudkan adalah friendster.com dan myspace.com.

Mungkin anda ketawa atau pelik, bagaimana benda tu yang ‘membazir masa’ boleh memberikan manfaat kepada perniagaan anda?

Untuk tidak memeningkan kepala, kekuatan tools tersebut adalah pada fungsi “networking”nya serta bilangan pengguna di kedua-dua tools tersebut mencecah puluhan ribu malah jutaan. Malahan, tools tersebut adalah percuma untuk membuka akaun dan terdapat banyak fungsi yang percuma tanpa perlu membayar.

Daripada sedikit kajian yang saya lakukan, saya dapati ramai internet marketer berjaya seperti Mike Filsaime, Shawn Collin dan lain-lain menggunakan myspace untuk aktiviti social mereka di internet. Jika pakar mengaplikasikannya, mengapa tidak anda? Bahkan, banyak company yang besar atau kecil menggunakan myspace untuk memasarkan produk mereka. Ada yang mendapat hasil berganda berbanding tidak menggunakan social network tool ini.

Daripada data, didapati myspace.com lebih popular berbanding dengan friendster.com. Namun, saya menggunakan kedua-duanya sebab ia ada kekuatan masing-masing. :)

Sebelum ini saya mempunyai satu akaun friendster dan myspace, tapi ia agak ‘peribadi’. So, saya create yang baru khusus untuk networking bagi tujuan bisnes. Berikut adalah link URL friendster saya dan alamat emel untuk anda invite saya ke akaun friendster anda. Myspace? InsyaAllah, sampai masanya saya akan berikan nanti. Buat masa sekarang, kita main-main dengan friendster dulu ya. :)

http://www.friendster.com/smartzul

E-Mel saya: smartusaha[@]gmail.com

Sila buang tanda [ ].

Lain-Lain:

Id YM Yahoo saya: smartzul

Id Skype: smartusaha

* Saya jarang online YM atau sykpe, tapi jika anda mahu ber-chit chat dengan saya, boleh buat appoinment dengan saya dulu.. hehe..

Tip: Dalam perniagaan internet, anda perlu menggunakan apa sahaja cara yang ada (pastikan legal) untuk memecah pasaran anda walaupun ia simple pada pandangan mata anda, jangan perlekehkan. Cuma apa yang perlu anda tekankan adalah, aspek mengutamakan yang utama dan masa. Jangan hanya tumpu satu dua kaedah sahaja dalam satu masa, sebaliknya banyakkan masa untuk teknik yang lebih efektif.

Wassalam.

PS. Sertai bengkel asas perniagaan internet di UKM Bangi. Klik di sini.

Incoming search terms:

  • strategi pemasaran insurans am
  • aspek pemasaran perniagaan
  • pemasaran insuran
  • strategi pemasaran insurans
  • strategi perniagaan insurans
  • teknik perniagaan insurans

Kemahiran Menguasai Sesuatu dengan Cepat

Apa khabar semua, moga sihat hendaknya. Masa begitu cepat berlalu di kala ini. Pejam celik, sekejap sahaja masa berlalu.. Hanya mereka yang berusaha sebaik mungkin dan mengisi ruang masa yang ada dengan perkara yang baik-baik sahaja yang akan berjaya. Itulah lumrahnya.. Isilah masa anda dengan perkara yang berfaedah dan itulah pentingnya perancangan masa..

Baiklah. Kali ni saya nak bawakan satu perkara yang amat perlu anda ada pada diri terutama bagi mereka yang melakukan model servis seperti pembinaan laman web, hal-hal teknikal seperti setup sistem dan sebagainya.

Perkara tersebut adalah: Penguasaan Perkara Baru

Ya. Jika anda mempunyai skill yang baik di dalam penguasaan sesuatu perkara dengan cepat, ia adalah satu “add value” yang amat berfaedah dan menguntungkan. Sebagai contoh, anda hanya tahu design laman web sahaja. Tetapi satu ketika, pelanggan anda meminta anda setup sistem affiliate untuk mereka. Walhal, sebelum ini anda TIDAK pernah  sama sekali ingin ambil tahu atau tidak tahu memasang apa-apa jenis sistem affiliate.

Katakan upah (bayaran) untuk setup sistem affiliate itu adalah RM100, adakah anda ingin tolak bulat-bulat ‘permintaan’ tersebut? Jika saya tidak. :)

Hari ni saya nak ‘pecahkan’ sikit rahsia saya yang ramai orang tak tahu. Kononnya saya ni hebat dalam hal teknikal. Dulu, saya hanya tahu design laman web. Dan, pelanggan minta saya design banner. “Aduh, aku mana pandai design-design banner ni..”. Tapi, rezeki jangan ditolak, nak seribu daya. Alhamdulillah, saya berjaya design apa yang beliau mahukan. Datang pula pelanggan baru. Dia tak nak web statik, tapi nak laman web dinamik. Lepas diskus, dia mahu gunakan mambo atau sekarang dikenali sebagai joomla. Sekali lagi saya sakit kepala.. Dulu tahu guna jer, orang lain yang setupkan masa saya praktikal. Alhamdulillah, nak seribu daya, dalam hanya satu malam sahaja saya dapat setup laman web yang dia mahukan dan menguasai lebih kurang sebahagian fungsi sistem joomla tersebut.

Cukup dululah contoh-contoh sebenar daripada saya. Banyak lagi yang boleh saya contohkan di sini.. Pokok pangkalnya:

1. Nak sejuta daya, tak nak macam-macam dalih. Anda mesti YAKIN!

2. Kemahiran menguasai sesuatu perkara baru dengan cepat atau berperancangan

Saya tidak sangka, begitu cantik taqdir Ilahi yang DIA susun untuk saya. Dan begitu perlunya juga usaha yang kuat. Jumhur ulama’ bersepakat, kita wajib berusaha untuk mendapat rezeki, tak cukup hanya berdoa semata-mata. Imam Ahmad rahimahullah pernah ditanya mengenai seorang lelaki yang hanya tahu duduk di rumah atau di masjid dan kata mereka, “aku tidak mahu bekerja sedikit pun, sampai rezeki datang sendiri.” Dan jawab Imam Ahmad, “Ia adalah lelaki yang tidak mempunyai ilmu”. Beliau berkata lagi, “Para sahabat juga berdagang dan bekerja dengan pohon kurma. Dan mereka itulah sebagai contoh teladan buat kita.” (Fathul Bari, 11/305-306)

Pendek kata, anda perlu usaha sebaik mungkin dan kadang-kadang memerlukan usaha yang kuat untuk berjaya. Percayalah. Jika langkah awal anda begitu berat, susah, sakit, penat, insyaAllah, di hujung usaha anda adalah keselesaan, kesenangan dan kegembiraan. Persoalan saya seperti biasa: Anda masih mahu hanya menjadi penonton kejayaan orang lain? Kalau orang lain boleh, kenapa anda tidak boleh walhal anda mungkin lebih mampu daripada mereka?

Jumpa lagi, wassalam.

PS. Di tulisan akan datang, saya akan kongsi apakah asbab (penyebab) yang membawa saya ke alam perniagaan (bisnes). :)

Incoming search terms:

  • pentingnya kemahiran dalam sesuatu kerja

Soal-Selidik Blog SmartUsaha.Com

Kali ni saya nak buat soal-selidik sedikit mengenai hal ‘teknikal’ bagi blog saya ni.

Sebab, saya ada menerima beberapa emel daripada mereka yang mengatakan blog saya ni lambat diakseslah, selalu downlah time tertentu dan tak kurang kata server yang saya ‘sewa’ ni slow.. Kadang-kadang saya naik pening jugak. :)

So pembaca semua, saya mahukan komen positif daripada anda semua. Komenlah apa sahaja seperti ada design yang senget ke, slow ke, tak berfugsi ke.. Ingat, komen mengenai hal ‘teknikal’ sahaja yer, bukan mengenai penulisan saya. hehe..

Jasa baik anda semua amat dihargai.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • soal selidik keusahawanan
  • soal selidik perniagaan
  • Panduan Membina Soal Selidik
  • panduan membuat soal selidik
  • panduan menyediakan soal selidik
  • cara buat soal selidik
  • soal selidik prodak
  • soal selidik sistem manual
  • soalselidik perniagaan
  • membina soal selidik

Perniagaan Internet : Kesalahan 1 dan Merugikan

Assalamu’alaikum semua, semoga sihat hendaknya.

Kali ini, saya ingin menulis ringkas sahaja. Bukan tak ada idea untuk menulis, tetapi cukuplah sikit-sikit. Nanti banyak-banyak tersedak pula kan?

Apa yang saya ingin bawakan pada kali ini adalah salah satu kesalahan yang banyak dilakukan oleh usahawan internet, dan kesalahan ini begitu merugikan. Amat amat merugikan. Ia berdasarkan juga kepada pengalaman saya. Berharap, agar anda tidak melakukan ‘kesalahan’ ini agar masa yang ada digunakan sebaik mungkin untuk perkara yang memberikan manfaat untuk perniagaan anda.

Kesalahan tersebut adalah: BERCAKAP BANYAK, TINDAKAN KURANG. :)

Ya, ramai yang hanya tahu cakap itu dan ini. Orang lain kalah dengan dia dari segi teori, boleh dikatakan dia tahu banyak teknik-teknik pemasaran internet. Paling kurang pun dia tahu asas-asasnya. Tapi, kesian, pendapatannya tidak seimbang dengan penggunaan masanya. Dalam 24 jam, dia banyak habiskan masa untuk membaca dan menulis semata-mata, TAPI tiada tindakan. Pengalaman saya, antara sebab mengapa tiada tindakan atau kurangnya aktiviti yang ‘menguntungkan’ adalah sifat menangguh dan tidak yakin diri serta tiada perancangan yang rapi.

Ada seorang internet marketer Malaysia begitu low profile. Nampak biasa sahaja dan ‘tiada’ kredibiliti. Namun, siapa sangka air yang tenang tiada buaya. Kini dia sudah mula mempunyai peminat tersendiri kerana dia berjaya di dalam perniagaan internet. Pendapatannya di internet mengalahkan gaji bulanan kerja tetapnya. Tip mudah beliau, “Utamakan tindakan dan jangan hanya tahu cakap sahaja..”. Betul sekali apa yang dikatakannya itu. Katakan dalam sehari kita gunakan 8 jam untuk aktiviti perniagaan kita, tetapi 7 jam untuk ‘menghabiskan’ masa di forum atau menumpu pada blog, anda telah menempah kerugian yang amat besar!

Pendek kata di sini, gunakan masa yang ada sebaik mungkin dan jangan sesekali menumpu kepada satu dua perkara sahaja untuk jangka masa yang lama. Saya sendiri telah melakukan kesilapan ini dan melihat, banyak masa ‘terbuang’, dan pendapatan tidak seimbang dengan masa yang dihabiskan. Jika anda sudah ada kredibiliti, sudah dikenali, masa untuk anda terus membina nama sudah boleh dikurangkan. Inilah yang saya lakukan sekarang. Saya akan menumpu kepada penghasilan produk dan juga menambahkan lagi networking dengan usahawan yang lain serta menajamkan lagi skill internet marketing sedia ada. :)

Anda pula bagaimana? Hanya mahu bercakap dan menulis sahaja tanpa mahu membuat duit dengan jumlah yang sepatutnya? Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Tip:

1. Untuk membina ‘nama’, anda boleh gunakan blog, forum dan teknik viral marketing seperti artikel dan ebook. Untuk cepat dikenali, pastikan anda ada keunikan tersendiri samada dari segi gaya atau dari segi topik niche anda.

2. Jika anda sudah dikenali, usah buang masa lagi. Create your own product or services and start making money! :)

Wassalam.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)